View: 2880|Reply: 9
|
salah siapa???!!!!! by Wan Mohd Muzri b. Ramli
[Copy link]
|
|
Suasana begitu menyenangkan. Aku begitu tenang. Pokok-pokok bunga meliuk-lintuk ditiup angin petang. Aku lihat bunga-bunga di sekelilingku. Seolah-olah pokok -pokok bunga itu juga tersenyum gembira dibuat begitu.Aku duduk di bawah pokok bunga raya yang tinggi merimbun. Merenung jauh ke kampung nelayan di hadapan sekolahku. Aku teringat seorang pelajarku sewaktu mengajar di salah sebuah sekolah menengah dahulu sebelum aku ditukar ke sini. Dia berasal dari kampung ini .Minggu lepas aku terserempak dengan dia sewaktu aku berjalan-jalan di hujung kampung. Pertemuan itu mengingatkan aku kembali kejadian yang tidak dapat aku lupakan hampir dua tahun yang lalu.
Pagi itu aku bergegas turun ke bilik guru. Sampai sahaja di anak tangga terakhir aku nampak Penolong Kanan 1 dan ketua bidang matematik dan sains tergesa-gesa menuju ke pejabat am.
Aku meneruskan perjalanan ke bilik guru. Ada sesuatu aku nak bincangkan. Belum sempat aku membuka pinta Pn Nor Yusni melambaikan tangannya ke arahku.Dia diekori oleh Pn Zana , Penolong Kanan 1. Mereka kelihatan cemas. Aku perhatikan sekeliling, mungkin akan mendapat jawapannya. Tiada sesuatu yang mencemaskan berlaku. Aku menunggu di depan pintu. Tombol pintu masih ku pegang. Suasana amat tenang hanya kedengaran suara guru-guru menyampaikan pengajaran mereka.
"Hah! Tu kak Ani. Dia berani," kedengaran suara Yus memberitahu Pn Zana.
"Cikgu Anisah, tunggulah kejap, ada hal ni," Pn Zana bersuara dengan lembut.
Melihat muka mereka yang begitu cemas aku pun menjadi cemas.
" Ada apa puan?Cemas saja ni,? Aku pula bertanya.
"Kak, tuu... ..nampak tu... ... ? Yus menudingkan jadinya ke arah seorang lelaki sedang bercerita dengan makcik jaga tandas sekolah.
Aku melihat ke arah yang dia tunjuk. Di hujung blok bangunan itu aku nampak Asmawi, tetapi dia tidak memakai pakaian seragam.
"Itu Asmawi kan? Apa dia buat di situ? Dia tidak masuk kelas ke?" tanya ku hairan. "Inilah yang kami nak minta tolong ni... .Akak pegilah pujuk dia masuk ke bilik pengetua."
Aku menjadi terpinga-pingga. Belum tahu hujung pangkal cerita.
"Kita ke bilik saya," jemput Pn Zana.
Setelah Pn Zana menceritakan perkara sebenarnya aku pun keluar dan mencongak-congak strategi nak pujuk Asmawi. Asmawi terkenal sebagai pelajar yang selalu melanggar peraturan sekolah. Melawan guru,ponteng kelas, dan bermacam-macam lagi salah laku yang dia buat.
Sebenarnya aku tidaklah kenal sangat dengan Asmawi. Dia pelajar Tingkatan 5 Madani. Cuma aku selalu mendengar dia melawan guru. Sehinggalah awal tahun aku berjumpa buat kali pertama di bilik kaunseling. Dia dihantar ke situ untuk mengikuti sesi kaunseling. Dia masuk ke bilik kaunseling setelah aku dan Pn Jue beri dia surat temu janji ke bilik kaunseling. Aku minta bantuan seorang pengawas untuk menghantar surat tersebut.
"Tentu dia tak mahu datang... .." bisikku.
Tak lama kemudian aku mendengar pintu diketuk. Cepat-cepat aku keluar.
"Oh... Asmawi,masuklah," pelawaku.
"Assalamualaikum cikgu.Cikgu panggil saya?"
"Emmmm... .duduklah."
Saya bawa dia masuk ke dalam bilik saya dan bukan di bilik kaunseling individu. Saya tak mahu ada pelajar lain yang nampak dia dibawa ke situ. Sesetengah pelajar di sini paling takut dan malu masuk ke bilik kaunseling. Aku jadi hairan. Mereka lebih sanggup dibawa ke bilik disiplin. Mengikut memo yang diberikan oleh PK HEM, dia memakai kasut hitam dan selalu melipat seluar hingga ke bawah lutut. Itulah kesalahan yang dicatatkan di dalam kertas memo itu. Semua surat amaran juga disertakan. Aku mengambil memo itu daripada fail dan terus duduk di sebelah dia. "Kenapa cikgu panggil saya? Saya ada kelas ni cikgu."
"Subjek apa?" Dengan pantas aku bertanya
[ Last edited by onizuka86 at 24-11-2007 11:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
"Kelas Pn Morrein,Bahasa Inggeris."Jawabnya
Saya tahu dia tak masuk kelas BI sebab memang Pn Morrien pernah halau dia dari kelas.
"Tak apa... ..nanti cikgu cakap dengan Pn morrien," aku memberi keyakinan kepada dia walaupun aku sudah tahu apa yang berlaku antara dia dan guru BI tingkatan 5 Madani itu. Aku bangun buat dua cawan nescafe. Aku letakkan secawan di atas mejaku dan yang satu lagi aku letakkan di atas meja di hadapan kami.
"Saya tidak minum cikgu,cepatlah... saya mahu keluar ni." Asmawi semakin gelisah.
"Kamu nampak kemas hari ini, "tegurku walaupun pada hakikatnya pakaiannya sebelum masuk bukanlah seperti pakaian seorang pelajar. Sudah menjadi kebiasaan, sebelum seseorang pelajar kami benarkan masuk, mereka diarahkan dalam keadaan kemas. Di sebelah kanan pintu masuk ke bilik kami, terletak sebuah cermin yang besar.
"Cikgu puas hati tengok kamu berpakaian kemas hari ini," aku memuji dia.
Dia tunduk memandang lantai. Mungkin dapat menangkap apa yang tersirat di sebalik kata-kataku sebentar tadi.
"Tadi, sebelum kamu masuk cikgu nampak baju tak masuk dalam, seluar lipat hingga ke bawah lutut, tak pakai sarung kaki dan tak ada tanda nama," aku memulakan perbualan.
"Emmm... .. cikgu... ..apa ni... .."dia menggaru-garu kepalanya.
"Takut seluar kotor cikgu... ..Setokin saya pula sudah koyak dan tanda nama belum dapat lagi," Asmawi menjelaskan kepada saya.
"Dah beberapa kali saya nampak awak di panggil ke bilik disiplin pasal semua ni."
"Ya, cikgu... ..tapi... ... .." dia tidak meneruskan cakapnya.
Lebih kurang satu jam aku bercerita dengan Asmawi. Aku biarkan dia bercakap, cuma sekali sekala aku menyampuk dan cuba memancing dia supaya terus bercerita. Dalam masa satu jam tu, aku cuba mengikuti cerita dia dari awal hingga ke akhir. Kalau boleh aku tidak mahu tertinggal walau sedikitpun apa yang dia ceritakan padaku. Mungkin suatu masa nanti boleh aku jadikan sebuah cerita pendek atau novel.
Mulai hari itu aku sering memanggil dia, kadang-kadang dia datang berjumpa dengan aku. Sebenarnya Asmawi bukanlah seorang yang sukar dibentuk dan diberi nasihat. Cuma pendekatan kita kena betul. Bukanlah bermakna kita mengalah dengan dia, tapi pandanganku cara untuk tackle Asmawi kenalah berlembut. Bukan dengan tengking atau hukuman. Api dan minyak memang tak boleh bersatu... ..bahaya. Sejak hari itu, adalah sedikit perubahan aku nampak. Itupun dah memadai. Dah jarang pentong, cuma dia pilih guru. BI memang dia langsung tak masuk..
Ekoran dari itu, mereka menganggap aku berjaya pujuk Asmawi dan insyaAllah , dia pasti akan berubah. Cuma ada beberapa orang guru yang masih menganggap dia tu teruk dan dah tak boleh dibetulkan. Kadang-kadang aku begitu kecewa dengan sikap mereka, pernah suatu masa ketika mesyuarat guru aku suarakan perkara ini. Nasib baiklah aku boleh kawal airmata ketika itu sebab hari itu aku begitu emosi.
Itulah sebabnya, aku dipanggil oleh dua orang guru wanita itu untuk membantu mereka memujuk Asmawi. Aku tahu tidak semudah itu dapat memujuk dia. Dia adakalanya boleh menjadi begitu agressif. Kecut juga perut ni bila mengenangkan cerita Asmawi sebelum dia bertukar ke sekolah ini. Dia pernah mengalami satu peristiwa yang amat sukar untuk dia lupakan. Dan dengan rasa bangga dia menceritakan semuanya padaku. Dia seorang yang berani bertindak di luar dugaan kita. Apa yang dia ceritakan padaku terlalu sukar untuk saya terima kerana melibatkan nyawa seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menuju ke hujung blok. Di situ Asmawi masih bercerita dengan Yang Meran. Dari jauh aku sudah teresenyum supaya dia tidak mengesyaki sesuatu, apa tah lagi mengetahui bahawa aku akan membawa dia berjumpa dengan pengetua.
"Assalamualaikum cikgu. Ceria saja pagi ni." dia menegurku dulu.
"Waalaikumsalam... ... kamu pun apa kurangnya," jawabku sambil bersalam dengan Yang Meran. "Mana ada cikgu, pakaian selekeh macam ni." Katanya.
Aku tersenyum mendengar kata-kata Asmawi.
"Tapi satu je yang tak kena... ... ..," sambil menunjuk ke arah poket seluarnya.
"Apa benda tu? Nampak samsenglah begitu," kataku sambil menarik hujung rantai yang terkeluar sedikit daripada poket seluarnya.
"Eh... .!!! Jangan tarik cikgu!!! Bahaya, boleh meletup tu cikgu." Katanya agak keras dan cuba berundur ke belakang.
"Mawi... ..untuk apa kamu bawa semua tu... .?"
"Tiada apa-apalah cikgu... ... Ini stail cikgu."
Mengikut laporan Pn Zana sebentar tadi, Asmawi membawa rantai itu untuk menyerang pengetua sekiranya berlaku sesuatu ketegangan.
Aku kena berhati-hati dalam mengatur strategi dan mengeluarkan kata-kata. Tersilap kata dan langkah buruk padahnya. Setelah memujuk dan memberi nasihat kepadanya, akhirnya dia bersetuju mengikut aku masuk ke bilik pengetua. Aku begitu cemas, cuma aku cuba sembunyikan perasaan itu dan cuba bertenang. Kalaulah terjadi apa-apa di bilik pengetua, kan aku juga yang susah. Pengetua dah memberi amaran, sekiranya Asmawi tidak mahu berjumpa dengan dia, polis akan dihubungi dengan alasan dia menceroboh masuk ke kawasan sekolah. Sebenarnya Asmawi telah digantung sekolah selama dua minggu dan dia akan diterima semula sekiranya ibubapanya datang untuk berjumpa dengan pengetua.
Sebelum masuk ke bilik pengetua dia telah memberi tahuku bahawa ibu dan ayahnya akan datang berjumpa dengan pengetua. Pada mulanya dia meminta saya memberi dia masa untuk menunggu ibu bapanya tetapi pengetua dah mendesak dan terpaksalah dia akur.
Sampai sahaja di bilik pengetua aku mengetuk pintu dan membawa Asmawi masuk. Pengetua mengarahkan aku keluar. Aku berdiri berdekatan dengan pintu dan melihat dari luar. Pintu tersebut aku tidak tutup rapat supaya aku boleh mendengar perbualan mereka. Di belakangku Pn Zana, pembantu makmal dan kerani sekolah. Pn Zana telah memanggil mereka untuk bersedia memberi bantuan. Manalah tahu tiba-tiba sahaja dia menyerang pengetua. Tetapi apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Asmawi hanya duduk diam dan kelihatan pengetua bercakap dengan suara yang agak kuat. Dia benar-benar marah. Suaranya kedengaran hingga ke luar. |
|
|
|
|
|
|
|
delete!!! :@ :@ :@
[ Last edited by onizuka86 at 14-11-2007 04:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
delete!! :@ :@ :@
[ Last edited by onizuka86 at 14-11-2007 04:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menuju ke hujung blok. Di situ Asmawi masih bercerita dengan Yang Meran. Dari jauh aku sudah teresenyum supaya dia tidak mengesyaki sesuatu, apa tah lagi mengetahui bahawa aku akan membawa dia berjumpa dengan pengetua.
"Assalamualaikum cikgu. Ceria saja pagi ni." dia menegurku dulu.
"Waalaikumsalam... ... kamu pun apa kurangnya," jawabku sambil bersalam dengan Yang Meran. "Mana ada cikgu, pakaian selekeh macam ni." Katanya.
Aku tersenyum mendengar kata-kata Asmawi.
"Tapi satu je yang tak kena... ... ..," sambil menunjuk ke arah poket seluarnya.
"Apa benda tu? Nampak samsenglah begitu," kataku sambil menarik hujung rantai yang terkeluar sedikit daripada poket seluarnya.
"Eh... .!!! Jangan tarik cikgu!!! Bahaya, boleh meletup tu cikgu." Katanya agak keras dan cuba berundur ke belakang.
"Mawi... ..untuk apa kamu bawa semua tu... .?"
"Tiada apa-apalah cikgu... ... Ini stail cikgu."
Mengikut laporan Pn Zana sebentar tadi, Asmawi membawa rantai itu untuk menyerang pengetua sekiranya berlaku sesuatu ketegangan.
Aku kena berhati-hati dalam mengatur strategi dan mengeluarkan kata-kata. Tersilap kata dan langkah buruk padahnya. Setelah memujuk dan memberi nasihat kepadanya, akhirnya dia bersetuju mengikut aku masuk ke bilik pengetua. Aku begitu cemas, cuma aku cuba sembunyikan perasaan itu dan cuba bertenang. Kalaulah terjadi apa-apa di bilik pengetua, kan aku juga yang susah. Pengetua dah memberi amaran, sekiranya Asmawi tidak mahu berjumpa dengan dia, polis akan dihubungi dengan alasan dia menceroboh masuk ke kawasan sekolah. Sebenarnya Asmawi telah digantung sekolah selama dua minggu dan dia akan diterima semula sekiranya ibubapanya datang untuk berjumpa dengan pengetua.
Sebelum masuk ke bilik pengetua dia telah memberi tahuku bahawa ibu dan ayahnya akan datang berjumpa dengan pengetua. Pada mulanya dia meminta saya memberi dia masa untuk menunggu ibu bapanya tetapi pengetua dah mendesak dan terpaksalah dia akur.
Sampai sahaja di bilik pengetua aku mengetuk pintu dan membawa Asmawi masuk. Pengetua mengarahkan aku keluar. Aku berdiri berdekatan dengan pintu dan melihat dari luar. Pintu tersebut aku tidak tutup rapat supaya aku boleh mendengar perbualan mereka. Di belakangku Pn Zana, pembantu makmal dan kerani sekolah. Pn Zana telah memanggil mereka untuk bersedia memberi bantuan. Manalah tahu tiba-tiba sahaja dia menyerang pengetua. Tetapi apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Asmawi hanya duduk diam dan kelihatan pengetua bercakap dengan suara yang agak kuat. Dia benar-benar marah. Suaranya kedengaran hingga ke luar. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku berdoa agar dia tak melawan pengetua. Aku bersyukur kerana apa yang aku kata dia patuhi. Dia hanya mendiamkan diri dan tunduk sambil menggenggam tangannya. Agaknya sedang menahan marah. Sebelum dia masuk, aku telah manasihati dia agar jangan melawan pengetua.
"Mawi, walau apa pun yang pengetua kata, tolonglah jangan melawan atau menjawab. Mawi dengar dan diam sahaja ok;" pujukku.
"Cikgu tidak mahu melihat awak di gari dan dibawa ke balai polis." "Baik cikgu."Jawabnya pendek.
Hampir 10 minit aku berdiri di situ bersama Kidom, pembantu makmal. Tidak lama kemudian kami nampak dia bangun dan mula bercakap. "Cikgu sudah habis bercakap? Kalau sudah habis saya mahu keluar." Begitulah kata-kata yang diucapkan oleh Asmawi.
Asmawi terus menuju ke pintu dan keluar. Pengetua mengejar dia dari belakang dan mengarahkan kami menahan Asmawi.
Tiba sahaja di hadapan saya, dia berkata, "Cikgu dah puas hatikan? Tolong jangan halang saya,"dia memandang saya dan terus keluar .
Pengetua masih tidak berpuas hati. Dia menjerit dengan kuat sambil mengarahkan Kidom menahan Asmawi.
"Pegang dia... .jangan lepaskan dia" jeritnya.
Tetapi Asmawi sudah sampai di tempat letak kereta berhampiran tempat perhimpunan. Di situ terdapat beberapa buah kereta guru-guru. Dengan pantas pengetua berlari keluar dan cuba mengejar Asmawi. Mereka berkejar-kejaran, mengelilingi kereta Pn St Ratna Murid-murid dan guru-guru mula memandang ke arah mereka. Aku dah terduduk dekat pintu kerana terlalu takut.
Selepas pusingan ke dua, Asmawi berpatah balik dan terus menendang pengetua di kaki. Pengetua terus terduduk dan cuba berdiri tetapi Asmawi dengan pantas berlari meninggalkan kawasan sekolah.
"Kau jangan lari!!! Pengecut!!! Telefon polis cepat!!! " Arah pengetua. Tetapi tidak ada seorang pun berani bertindak. Pengetua masuk ke dalam dan terus menelefon polis.
Cepat-cepat aku naik ke bilik kaunseling. Aku mengemas mejaku dan mengambil barang-barangku mana yang perlu. Aku menyambar beg tanganku dan bergegas turun. Suasana dah kecok sedikit. Guru-guru pun ada yang bertanya punca kejadian tersebut. Semuanya berlaku terlalu pantas.
Aku berjumpa dengan PK Pentadbiran minta kebenaran balik ke rumah. Rumahku terletak kira-kita 100 meter dari sekolah. Aku rasa seluruh badanku menggigil. Tak keruan aku dibuatnya. Aku mempercepatkan langkah. Takut tersempak dengan Asmawi. Manalah tahu dia patah balik nak menyerang aku pula. Aku terus masuk ke bilik. Peristiwa tadi benar-benar menghantui fikiranku. Sungguh tak ku sangka Asmawi sanggup bertindak liar begitu.
Peperiksaan SPM dan STPM hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Aku ditugaskan mengawas di salah sebuah sekolah di daerah itu. Jadi setiap perkembangan di sekolah sepanjang peperiksaan berjalan aku tidak tahu. Hari terakhir aku kena mengawas satu jam sahaja bersama Pn Ramlah. Kami balik awal dan terus ke sekolah sebelum balik se rumah. Sempat juga kami melawat taman SERI PAGI dan menanam bunga yang kami bawa.
"Apa khabar cikgu? Dari mana kamu dapat bunga ni?" Tegur Yang Meran.
Cepat-cepat aku menoleh dan menjawab, "Ohhhhh... .Yang Meran... .Baik. Kami minta dari pengetua sekolah tempat kami mengawas."
"Ada Asmawi jumpa saya tadi cikgu. Dia tanya cikgu. Katanya nak jumpa cikgu, minta maaf," jelas Yang Meran. " 'Alhamdulillah... .jangan dia serang saya sudahlah... "
"Issshhhh... cikgu ni... .Siapa pula nak serang, dia mau minta maaf ."Yang Meran meyakinkan saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak kejadian itu aku tidak pernah lagi berjumpa dengan dia. Petang itu aku amat terkejut apabila dia menegurku. Takut-takut pula dia berdendam denganku. Cepat-cepat aku menegur dia sambil berdoa di dalam hati agar aku tidak diapa-apakan.
"Cikgu mau pegi mana? Beli ikankah?" sapanya.
"Tidak... ... .Cikgu jalan-jalan tengok tempat. Cantik kampung ni." Jawabku sambil cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah beberapa orang nelayan sedang memunggah ikan.
Dia menghampiriku sambil berkata, "Maafkan saya cikgu. Saya tidak sempat meminta maaf pada cikgu dan pengetua. Sepatutnya saya tidak buat begitu kepada dia."
"Tidak apalah Mawi... Alhamdulillah ... syukurlah Mawi dah sedar dan taubatlah," jawabku.
"Saya teringin nak ke sekolah berjumpa dengan pengetua, tapi saya takut dia panggil polis suruh tangkap saya cikgu." katanya sambil menguis -nguis pasir dengan hujung seliparnya.
"Beginilah, sekiranya Mawi nak ke sana bawalah bersama ayah atau ibu Mawi."
Aku meninggalkan Asmawi dan terus menuju ke kereta ku dan meninggalkan tempat itu. Aku bersyukur kerana dia dah berubah. Mudah-mudahan dia menjadi seorang yang berguna dan menginsafi semua perbuatannya dahulu. "Asmawi, bertaubatlah." Itulah kata-kata yang dapat kulafazkan walaupun bukan di hadapannya.Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu."
[ Last edited by onizuka86 at 14-11-2007 04:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tamat (dengan perasaan yang sangat geram sebab server cam tak betul jer!!)
:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
salah ketua kampung dusun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|