CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9880|Reply: 9

Cara jaga gigi anak sejak bayi lagi

[Copy link]
Post time 4-10-2007 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Jaga gigi sejak bayi lagi

FIEDZROY Ezani mendengar penerangan tentang penjagaan gigi daripada Dr. Halizah Hashim.

BARISAN gigi yang cantik, kemas, putih dan berseri sebenarnya harus dijaga sejak bayi lagi. Pakar pergigian, Klinik Pergigian Halizah, Dr. Halizah Hashim berkata, kebanyakan ibu bapa memandang remeh cara dan tahap penjagaan gigi anak-anak, ini semua kerana kurangnya pendedahan terhadap kaedah penjagaan gigi.

Menurut beliau, pembentukan gigi sebenarnya bermula di peringkat janin iaitu semasa kandungan berusia lima dan enam bulan. Gigi susu atau gigi yang akan berganti akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh pada pada umur tiga tahun.

Oleh itu, pengambilan makanan oleh ibu terutama kalsium ketika mengandung adalah penting kerana ia akan mempengaruhi pembentukan gigi pada janin itu sendiri.

揝ebaik sahaja anak tumbuh gigi pada peringkat bayi, ibu bapa perlu mempunyai tabiat membersihkan gigi bayi dengan menggunakan tuala basah atau kain lembut,拻 katanya.

Beliau juga menyarankan ibu bapa supaya membersihkan gusi bayi menggunakan tuala basah dan lembut selepas bayi selesai menyusu.

揕angkah ini bertujuan untuk mengelak sisa susu tertinggal di dalam mulut dan seterusnya terbentuk karies gigi,拻 jelasnya.

Dr. Halizah memberitahu, gigi kekal yang kita miliki hari ini sebenarnya bermula daripada gigi susu yang tumbuh pada usia enam bulan.

Beliau juga memberitahu setiap gigi ada jadual pertumbuhan yang berbeza di mulai dengan gigi hadapan sebelum gigi di bahagian lain. Justeru itu, amat penting ibu bapa mengajar anak mengenai penjagaan gigi sejak kecil.

揂jar anak-anak menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan juga ibu bapa menjaga gigi dan jika boleh lakukan bersama anak-anak,拻 jelasnya.

Menurut Dr. Halizah, selalunya gigi susu kanak-kanak akan penuh apabila umur mereka menjangkau usia setahun lebih hingga tiga tahun. Ketika itu anak-anak boleh diajar untuk menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok gigi.

Tip berjumpa doktor gigi kepada anak-anak

* Seawal usia dua tahun, ibu bapa disaran membawa anak berjumpa doktor gigi walaupun tiada masalah. Jangan menunggu sehingga sakit kerana akan meninggalkan 憄engalaman ngeri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2007 04:39 PM | Show all posts
Allhamdulilah... memang dah lama fau nak cari maklumat tentang penjagaan gigi bagi budak bawah 2 tahun ini....
ada kat sini rupanye....
Satu info yang amat menarik dan banyak memberi maklumat kepada para ibu dan bakal ibu.......
Thanks Syd .....:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 04:41 PM | Show all posts
nak jaga gigi mustilah mulakan dari bayi
ibubapa kena la ambil tau hal2 nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2007 04:42 PM | Show all posts
kebetualan paper utusan ada artikel ttg ni
so paste je kat sini

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 04:47 PM | Show all posts
Dapat jugak info hari nie ttg penjagaan gigi anak2..kebetulan anak br 2 tahun n mengalami masalah gigi n takut nak p jumpe doc...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 04:52 PM | Show all posts
my doter dah nak masuk 3 tahun..so far gigi dia semua masih elok..
saya memang tak bagi dia makan benda manis macam gula-gula atau ice-cream..
tapi bila ambik my doter dari rumah babysitter, selalu ada gula-gula kat mulut dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2007 10:57 PM | Show all posts
Penjagaan gigi anak jugak penting......thats why kite as parent kena set good example kat anak.....berus gigi bersama2 anak.....ajar anak berus gigi is a good habit

Even though gigi susu baby jatuh jugak nanti tapi kena jaga jugak sebab nanti gigi nie lah yg akan membentuk gigi dewasa yang dah xde ganti tu......huhu for whole life.....

My grandma very particular about gigi nie.....And she is in her 80s now but gigi still cantik dan xde yg rapuh.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 07:46 PM | Show all posts
Originally posted by ^_^Angel at 4-10-2007 04:52 PM
my doter dah nak masuk 3 tahun..so far gigi dia semua masih elok..
saya memang tak bagi dia makan benda manis macam gula-gula atau ice-cream..
tapi bila ambik my doter dari rumah babysitter, se ...


setakat ni my 3 doters sumer gigi elok....yg eldest baru jer gugur 2 gigi susunyer....naturally dan bukan sebab rosak ke aper...dah 6 tahun kan...mmg waktu tu gigi anak2 mula gugur...



saya bagi juga anak2 makan gula2 atau ice-cream...tp saya selalu pastikan anak2 mesti gosok gigi selepas tue...tidak biasakan anak2 dgn gula2 dan makanan yg manis2 ni bagus....tp ini tak bermakna gigi anak tidak akan rosak...walau hanya dgn minum susu sahaja...tp tidak menjaga kebersihan gigi..gigi anak2 tetap cenderung utk rosak juga...

[ Last edited by  hairanaz at 5-10-2007 07:52 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2007 06:08 AM | Show all posts
my doter punya gigi teruk bebeno....i buat benda yg sama cam abang dia tapi tak menjadi dgn anak pompuan nie..

satu benda baru yg i belajar....setengah air liur manusia nie memang ada yg mudah sgt menyebabkan kerosakkan gigi pd anak2...yg terbaik, lepas makan benda manis kena ajar berkumur dgn air kosong...

harap2 lah my doter tak sakit gigi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 08:48 AM | Show all posts
gigi susu anak mac semuanya cantik2..... putih dan straight aje susunannya.

The problem starts bila gigi kekal keluar.....  mostly besar2, so in the end gigi berlapis.

manacamana nak buatkan  gigi kekal yg keluar tak besar? (saja nak tau, altho  damage had been done to my kids, mmg kena pakai braces...)

[ Last edited by  macademia at 8-10-2007 08:49 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193094 Replies : 4473
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 4975 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.062620 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list