View: 3789|Reply: 18
|
Album 'Dayang 2007' dapat pelbagai reaksi
[Copy link]
|
|
Album 'Dayang 2007' dapat pelbagai reaksi
21-09-2007 09:56:22 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ | Satu berita baik buat penyanyi wanita yang memperjuangkan lagu berkonsep pop, R&B dan hip hop ini apabila album terbarunya, 'Dayang 2007' mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peminat-peminat muzik tempatan.
Dayang Nurfaizah Awang Dowty akui sambutan pasaran albumnya yang keenam ini lebih drastik berbanding jualan albumnya sebelum ini, 'Kasih'.
| Dayang menyanyikan lagu 'Hilang' semasa majlis berbuka puasa dengan artis NSR (Foto The Star oleh Ricky Lai) | "Jualan album 'Dayang 2007' lagi cepat diterima peminat berbanding album 'Kasih'. Mungkin sebab banyak lagu rancak dan kebanyakan durasi lagu adalah pendek iaitu dalam tiga minit lebih.
"Lagipun lagu-lagu dalam album tu mudah diingati kerana liriknya yang mudah dan boleh dikatakan Dayang berpuas hati dengan sambutan album setakat ini," kata gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini sambil tersenyum semasa majlis berbuka puasa bersama artis New Southern Records Sdn. Bhd. (NSR).
Menurut Dayang, beliau masih meneruskan promosi album yang dilancarkan pada Julai lalu di Shah Alam dan Bukit Bintang.
Album yang memuatkan lagu hits 'Inginku Miliki', 'Hilang' serta lapan buah lagu lain yang berentak balada dan pop ini bagaimanapun mendapat kritikan positif mahupun negatif daripada pendengar melalui emel.
"Peminat ada hantar emel kepada Dayang dan memberi respon mengenai lagu-lagu dalam album ni.
"Ada yang komen dari satu lagu ke satu lagu. Kebanyakan daripada mereka memberi komen yang positif.
"Namun, ada juga yang memberi komen negatif. Biasalah, ada orang yang suka kalau lagu tu macam ni, ada yang suka lagu rancak dan ada yang suka lagu 'slow'. Bergantung kepada seseorang tu," kata Dayang di mana enam buah lagu daripada 10 buah lagu berirama rancak.
Naqiu (Boboy) menghiburkan tetamu melalui lagu 'Dendang Perantau'
manakala OG (Aboi) dengan lagu 'Raya Dulu-dulu' (Foto The Star)
Selain itu, Dayang dapati kebanyakan daripada mereka yang mendengar albumnya terhibur dan tidak bersedih dengan lagu-lagu yang menyentuh perasaan seperti yang pernah dimuatkan dalam album sebelum ini.
"Lirik-lirik lagu kali ini lebih memberi kesan yang positif kerana ia bukanlah lirik yang membawa kepada kisah orang putus harapan dan kecewa. Contohnya lagu 'Hilang' memanglah kedengaran sedih tapi akhirnya lirik tu "Kau rela" yang membawa maksud positif," ujar Dayang yang bakal menganjurkan sebuah konsert tidak lama lagi.
Artis NSR beramai-ramai menyampaikan lagu 'Selamat Hari Raya'
nyanyian Arwah Saloma (Foto The Star)
Artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman NSR ini akan mengadakan sebuah konsert di No Black Tie, Bukit Bintang pada 2 dan 3 November ini.
Memandangkan sekarang adalah bulan puasa maka aktiviti seni Dayang pun hanya tertumpu kepada menghadiri persembahan sempena majlis berbuka puasa selain meneruskan promosi album.
"Dayang tak pernah hadkan aktiviti cuma menanti kalau ada rezeki," ulas Dayang yang akan pulang ke Sarawak bermula 8 Oktober ini bagi menyambut hari raya selama dua minggu di sana.
Majlis yang bertempat di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Lagu Melayu NSR Anthony Gan serta artis-artis NSR seperti Andy (Flop Poppy), Naqiu (Boboy) dan OG (Aboi).
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 21-9-2007 10:20 AM
Album 'Dayang 2007' dapat pelbagai reaksi
21-09-2007 09:56:22 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ Satu berita baik buat penyanyi wanita yang memperjuangkan lagu berkonsep pop, R&B dan hip hop ini apab ...
.
.
.
"Peminat ada hantar emel kepada Dayang dan memberi respon mengenai lagu-lagu dalam album ni.
"Ada yang komen dari satu lagu ke satu lagu. Kebanyakan daripada mereka memberi komen yang positif.
"Namun, ada juga yang memberi komen negatif. Biasalah, ada orang yangsuka kalau lagu tu macam ni, ada yang suka lagu rancak dan ada yangsuka lagu 'slow'. Bergantung kepada seseorang tu," kata Dayang di mana enam buah lagu daripada 10 buah lagu berirama rancak
kita la tu.. hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 mr-judd's post
tahniah lah.
email awak dah disebut kat paper.
|
|
|
|
|
|
|
|
dayang nak buat concert? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 syafali's post
the concert she meant is showcase @ No Black Tie |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 mr-judd's post
Oooo yg tu.Ingtkan konsert besar.Tapi nak sngt tgk dayang buat concert besar mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kasih tu kan cover version
so lmbt la sikit..eheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 puteri-jelmaan's post
ha'ah..x menonjol sngt kan album tu. |
|
|
|
|
|
|
|
"Namun, ada juga yang memberi komen negatif. Biasalah, ada orang yang suka kalau lagu tu macam ni, ada yang suka lagu rancak dan ada yang suka lagu 'slow'. Bergantung kepada seseorang tu," kata Dayang di mana enam buah lagu daripada 10 buah lagu berirama rancak.
Dayang maksudkan aku ke ni ?
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm la dyg tau nama memasing2
hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 puteri-jelmaan's post
nama kau mesti dia tau kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
"Dayang tak pernah hadkan aktiviti cuma menanti kalau ada rezeki," ulas Dayang yang akan pulang ke Sarawak bermula 8 Oktober ini bagi menyambut hari raya selama dua minggu di sana.
amboi... lamanyer raya kt s'wak, nak itut..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 pilahdelpia's post
dia mmg blk lama kalau beraya pilah.Sebab time tu je la dia dpt berehat sepuas2nya kat kampung halaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 puteri-jelmaan's post
nnt aku tolong bg tau kt dia. |
|
|
|
|
|
|
|
From engine components and suspension parts to stylish wheels and performance-enhancing accessories, we have you covered. Visit our website to browse our catalog, check availability, and place an order. Trust Starlight Automotive for premium parts and accessories that meet the highest standards of quality and reliability. https://starlightautomotive.com/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|