CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6531|Reply: 32

Kesan seumur hidup..jadikan pengajaran.

[Copy link]
Post time 6-9-2007 01:49 AM | Show all posts |Read mode
Memandangkan aku tak dapat tidur malam ini , aku ingin mengabadikan di ruangan ini satu kisah yang pernah terjadi dalam hidup ku..

Sejak aku kecil sampai lah aku dewasa, aku merupakan anak yang sangat dikawal setiap gerak geri ku. Aku masih mengingati ,ibu ku seorang yang sangat cerewet ,garang dan rigid. Apa saja yang aku perlakukan, sangat dibatasi.

Kisah satu

Aku dihantar ke sekolah berasrama semasa di tingkatan satu. Tapi, aku tak dapat meneruskan pengajian kerana aku tidak suka tinggal di asrama. Aku berkali-kali melarikan diri dari asrama sekolah. Disebabkan aku merupakan pelajar yang cemerlang, pengetua sekolah telah menasihati ibuku supaya membawa ku pulang dan berpindah ke sekolah menengah harian. Terima kasih kepada pengetua yang begitu memahamiku. Namun, ibu ku masih dengan sikapnya ...malu dengan perbuatan ku yang telah menconteng arang ke muka nya.(ye lah, aku berkali-kali lari dari asrama)..aku bukan pergi ke mana-mana, aku balik ke rumah.   aku rindu pada adikku yang masih kecil .

Kisah dua

Ibu ku sangat anti dengan semua teman lelaki ku sejak aku tingkatan satu lagi. Berbagai syarat ketat dikenakan terhadap aku agar aku tiada boyfriend. Aku sembunyi-sembunyi bercinta . Tapi , bila aku melanjutkan pelajaran dan tinggal di luar, semua surat-surat yang sampai ke rumah akan dibaca oleh ibu ku dan disorokkan tanpa pengetahuan ku. Adikku yang tersayang telah memberikan aku semua surat-surat tersebut.

Surat-surat itu adalah daripada seorang lelaki yang aku tidak pernah berjumpa dengannya. Aku hanya mengenalinya melalui majalah. Tak ingat lah majalah apa...cinta monyet lah ni...aku langsung tak pernah bersua, tapi berutus surat..zaman dulu-dulu...90an. Masalah yang aku hadapi, ...aku pernah memberikan banyak gambar kepada si lelaki ini, dan dia juga memberikan aku gambarnya ,berkeping-keping juga lah....tapi ibu ku telah menyorokkan gambar tersebut.

Masalah yang timbul, setelah hampir 6 bulan cintan-cintun tanpa melihat wajahnya, ...setelah mendapat gambar si lelaki daripada adikku, aku lemah semangat...wajah si lelaki langsung tidak kena taste dengan aku, malah aku rasa ngeri..tak nak jumpa dengannya walaupun sekali...sedangkan si lelaki tersebut siap dah jatuh cintan tahap gaban terhadap ku....

Aku rasa hiba kerana ibu ku sanggup buat begitu pada ku, ye lah, kalau aku tengok gambar lelaki tu sedari awal, tentunya tak jadi masalah. Sebab masa gambar dihantar, aku belum serius dengannya. Perkara paling sedih masa tu, aku terpaksa mengecewakan sekeping hati yg begitu menyintaiku. Selepas aku tidak memberikan alasan untuk memutuskan percintaan dengannya, si lelaki telah datang mencari aku di tempat pengajian ku. Aku menguncikan diri dalam bilik....dan menangis .Aku tidak sanggup bersemuka kerana telah mengecewakannya. ....lebih hiba lagi, lelaki tersebut tanpa henti berterusan selama 2 tahunmengirim surat meminta aku menerimanya ..


Kisah tiga

Aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. aku bercinta dengannya agak lama,melebihi 5 tahun. Selepas aku memperkenalkan lelaki tersebut, ibu ku telah menolak pilihan hati ku. Aku patah hati.....

Sejak kali terakhir itu, aku jadi tak yakin untuk memperkenalkan sesiapa saja pada ibu ku. Aku jadi seorang terasing dengan ibu ku.

Rentetan peristiwa silam yang berlaku dalam hidupku telah meninggalkan kesan mendalam dalam hidup ku terhadap hubungan ku dengan ibu.  

Aku sedih, orang lain menjadikan ibu sebagai tempat meluahkan perasaan tetapi tidak aku. Aku sentiasa menyembunyikan semua perkara tentang hidup ku daripada ibu ku. aku menjadi seorang yang sangat perahsia dan menutup semua cerita dari pengetahuan ibu ku.

aku rindu pada seorang ibu yang memahami ku.

aku rindu pada seorang ibu yang boleh aku kongsikan suka duka hidup ku.

Jadi, kepada semua para ibu dan bapa yang membaca penulisan ku ini, renungilah ..

Berbaloikah kita sebagai ibu dan bapa menentang pilihan anak-anak ,menutup peluang anak-anak menikmati hidup dengan cara sendri.

atau hadapi kesan seperti yang terjadi dalam hidup ku, aku tidak percaya untuk bercerita peristiwa-peristiwa pahit manis dengan seorang ibu. Aku menjadi sangat kekok untuk bergurau dengan ibu...aku rasa sangat formal dengan ibu sendiri...

sehingga pernah ibu complaint, aku lebih mesra dengan kawan-kawan berbanding dengan ibu tapi aku tak sampai hati meluahkan apa yang terbuku di hati.

Andai suatu masa nanti aku berpeluang melalui rentetan perjalanan yang sama sebagai ibu, aku sudah pasti pilihan ku. aku sangat ingin menjadi seorang ibu yang sangat memahami, menjadi kawan kepada anak-anak ku....dan meredhai kehendak mereka semoga mereka berbahagia...


~ terima kasih GG, meminjamkan nick gilagila2 kepada ku di malam yang hening dan syahdu ini.

Nina.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 02:02 AM | Show all posts
mmmm... cerita kau sikit lebih kurang mcm kawan aku... mmg sadis... dia pun lebih mesra dgn kawan2 dari emak dia, lebih senang mengadu pada kawan2 dari mak sendiri, nak buat mcm mana, dia x putus berdoa agar mak dia berubah, cuma doanya belum dimakbulkan, harap u pun tabah2 kan hati....tempuh mcm2 dugaan nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 02:17 AM | Show all posts
  Teringat last bila nak kahwin dengan suami aku beberapa tahun dulu direject oleh ibu ku..aku jadi fobia, hingga tak pernah bercerita sepatah pun tentang lelaki idaman hati ku...akhirnya beberapa tahun berlalu, aku seperti berskandal pula dgn bf ku itu...yang akhirnya berjaya aku kahwini...oh ibu.....kalau kau tak halang dulu, tentu dah ramai cucu.

~ Nina.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 09:38 AM | Show all posts
suka hati ko la labuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 09:54 AM | Show all posts
harap2 nanti mek memahami anak mek, tapi tak boleh terlalu sporting
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by ABAH35 at 6-9-2007 09:38 AM
suka hati ko la labuuuuu



hi..hi..hi...


GG..takat citer nih jer...tak mengancam la...citer lagi mengancam tadak ka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2007 09:57 AM | Show all posts
GG,

Nape ramai yang guna nick GG ya?..GG ada cyber caf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 10:35 AM | Show all posts

Reply #4 ABAH35's post

terima kasih ABAH35. Kalau abah ada anak, mesti anak abah sayang sangat pada abah sebab ABAH memahami...asal buat apa saja...sukahati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2007 10:35 AM | Show all posts

Reply #6 namakurahsia's post

aku dah klimaks ...dah tak ada nafsu nak citer lucah lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 10:40 AM | Show all posts

Reply #7 kaknoo's post

Nampaknya ramai juga ibu yang bersikap diktator terhadap anak...

Pentingkan diri sendiri ,tak cuba memahami kehendak anak. Sehingga anak-anak menjadi terasing meluahkan perasaan kepada kawan-kawan. Menjadikan kawan-kawan teman yg lebih akrab.

Bila saya merenungkan semula kenapa saya jadi begitu, saya selalu nampak keegoaan ibu yang selalu membatasi saya.

Selama ini saya pendamkan semua di hati saya sehingga tertutup terus pintu hati saya untuk bercerita apa saja pada ibu malah bercakap bila perlu sahaja.


Nina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 10:46 AM | Show all posts

Reply #5 mekma's post

Bila tengok drama tv, anak-anak bercerita tentang semua masalah pada ibu tanpa segan -silu. bergurau senda dan berpeluk-pelukan. Tapi aku cuma peluk ibu dalam keadaan sebagai syarat je bila bersalam dengannya.

Nina.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 11:57 AM | Show all posts

Reply #8 gilagila2's post

kalau ko tu anak aku dah lama aku sepak......
Reply

Use magic Report

Nenek_muda This user has been deleted
Post time 6-9-2007 12:33 PM | Show all posts
Ibu tetap seorang ibu. Dia hanya menginginkan yang terbaik buat anaknya. Mungkin caranya salah, tapi dia tidak boleh dipersalahkan.
Tanggungjawab dia kepada anak, hanya boleh dipersoalkan oleh Tuhan. Tanggungjawab anda kepada ibu, tetap tidak boleh diabaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 03:40 PM | Show all posts
GG... nak idup tenang kena taat kat org tua especially ibu.  Jarang ada ibu yg nak rosakkan anak sendiri. Setiap tegahan dia tu ada makna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2007 07:13 AM | Show all posts

Reply #14 Cint@'s post

  orang dah tak sayang ibu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:06 AM | Show all posts
adoi...kalo masuk benang gg, mesti sue gelak.....
tima kasihlah sbb menceriakan hari ku yg suram kebelakangan nie.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 10:21 AM | Show all posts

Reply #12 ABAH35's post

sepak ..jangan tak sepak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:40 AM | Show all posts
haahhaha ada2 saje si gg nih.. geli hati aku nengok.. ekekekke
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by LostSoul at 7-9-2007 10:40 AM
haahhaha ada2 saje si gg nih.. geli hati aku nengok.. ekekekke

aku lak, geli paru-paru....................
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 01:02 PM | Show all posts

Reply #3 gilagila2's post

Macam cerita kawan suami aku je ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.226870 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list