|
Kesihatan Anak: Kekurangan zat makanan bunuh enam juta budak
KEKURANGAN zat makanan membunuh hampir 6 juta kanak-kanak setahun terutama di negara membangun meskipun ada pelbagai cara dilakukan bagi membaiki tahap makanan berkhasiat di seluruh dunia.
Menurut laporan Biro Rujukan Populasi yang berpangkalan di Washington, ketika negara berpendapatan rendah dan sederhana menjadi sasaran utama masalah kekurangan zat makanan, isu ini sebenarnya turut menjejaskan sesetengah negara maju.
Data populasi dunia 2007 yang dikeluarkan berserta dua laporan susulan menunjukkan angka terbaru masalah kekurangan zat makanan berdasarkan demografi, kesihatan dan data alam sekitar di semua negara.
Menurut laporan itu, kekurangan zat makanan ketika kehamilan dan tahun-tahun awal kehidupan bayi menyebabkan kerosakan mental dan fizikal yang serius.
Presiden Biro Rujukan Populasi, Bill Butz, berkata orang ramai kebanyakannya tidak mempedulikan jumlah kematian di kalangan kanak-kanak kerana kekurangan zat makanan. Ini kerana ia dianggap tidak membunuh kanak-kanak itu secara langsung seperti juga pneumonia dan cirit birit.
揝ebenarnya kematian disebabkan kekurangan zat makanan ini boleh dicegah kerana jalan penyelesaiannya mudah tetapi harus efektif, |
|
|
|
|
|
|
| |
|