View: 4488|Reply: 40
|
Mawi sambut hari lahir dengan insan 'tersayang'?
[Copy link]
|
|
Mawi sambut hari lahir dengan insan 'tersayang'?
24-08-2007 01:01:32 PM
oleh WAHIDA ASRANI | ESOK, tanggal 25 Ogos, genaplah usia 26 tahun bagi penyanyi sensasi dan hero filem Aduh Saliha, Mawi.
Sepanjang dua tahun bergelar anak seni, sudah tentu tatkala tiba hari lahirnya, Mawi tidak perlu merancang untuk mengadakan sebarang sambutan, pasti akan ada 'surprise party' di mana-mana penyanyi ini berada.
"Memang setiap tahun saya tidak pernah rancang untuk sambut hari lahir. Selalunya, memang ada peminat yang buatkan majlis seperti itu.
| Mawi, duta Aeras Eyewear (Foto The Star oleh Ricky Lai) | "Sama jugalah untuk tahun ini, tiada apa-apa perancangan yang saya nak buat. Lagipun, esok saya akan berada di Perak menjayakan sebuah program anjuran Kerajaan Perak dan Mawi World di sana.
"Cukuplah saya cuma berdoa supaya dapat memperbaiki diri dan menjadi individu yang lebih baik untuk tahun ini termasuklah dari segi kerjaya juga.
"Sudah dua tahun saya menjadi artis dan setiap hari saya berharap agar dapat upgrade lagi kerjaya saya," ujar Mawi yang ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta kaca mata Aeras Eyewear di Kafe Maroon, Aman Suria, semalam.
Sambil enggan mengulas lanjut sama ada tahun ini dia turut akan meraikan hari lahirnya bersama insan 'tersayang', Mawi seperti biasa lebih selesa mengunci mulut mengenai perkara itu.
"No comment. Tetapi, apa yang boleh saya katakan setakat ini, memang sudah ada hadiah yang saya terima. Salah satunya sebuah set virtual game pemberian peminat," kata Raja SMS ini sambil tersenyum.
Mengulas mengenai perlantikannya sebagai duta kaca mata keluaran Creative Optical Enterprise itu, Mawi berkata dia telah mengikat kontrak pelantikan tersebut dengan syarikat itu selama dua tahun.
"Saya rasa ini adalah endorsement saya yang ke-12 setakat ini. Saya pernah pakai kaca mata jenama ini dan bila dipilih menjadi duta, memang saya amat berbesar hati.
"Memang seronok, sebab saya dapat tahu mereka juga akan berikan saya 25 pasang kaca mata," jelas Mawi ceria.
'Surprise party' sempena hari lahir Mawi yang ke-26 esok. Majlis tersebut turut meraikan hari lahir Pengarah Urusan Creative Optical, Suet Toh Loh (Foto The Star oleh Ricky Lai)
Tidak sabar ke London
Awal September depan, Mawi akan berada di London selama lebih kurang seminggu untuk menjayakan undangan persembahan yang akan diadakan di dua lokasi berbeza iaitu Covent Garden, London dan di Universiti Manchester.
Program anjuran Teega Konsortium dan I Everything dengan kerjasama Mawi World Sdn Bhd dan agensi pelancongan, Travelynne itu masing-masing akan diadakan pada 4 dan 5 September di dua lokasi tersebut.
"Saya ke sana atas undangan mereka untuk buat persembahan di hadapan ahli-ahli perniagaan dan juga pelajar-pelajar Malaysia di sana.
"Pada show itu nanti, saya akan bawakan lagu-lagu popular saya bukan saja dari album terbaru, tetapi yang terdahulu juga.
Mawi akan adakan persembahan di London September ini (Foto The Star oleh Ricky Lai)
"Jika berkesempatan, saya harap dapatlah juga berpeluang berjalan-jalan dan membeli-belah di sana," kata Mawi.
Pulang dari London kelak, Mawi dijangka akan sibuk untuk penggambaran filem Aduh Saliha di Keningau, Sabah pula yang akan dijalankan pada bulan puasa nanti, selain memenuhi undangan rakaman program Hari Raya dan sesi fotografi.
"Bulan puasa nanti memang aktiviti saya akan sibuk seperti biasa. Selain filem dan rakaman program raya, saya juga akan merakamkan sebuah lagu raya untuk album raya AF, di mana itu merupakan lagu duet bersama lima artis termasuk saya, Mila, Zahid dan Faizal. Lagu ini saya sendiri yang buat liriknya.
"Insyaallah, Hari Raya nanti saya ingin bawa keluarga pergi bercuti. Ini baru perancangan, saya sendiri masih belum tetapkan destinasinya," ujar Mawi.
|
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mawi sambut hari lahir dengan insan 'tersayang'?
Mawi sambut hari lahir dengan insan 'tersayang'?
24-08-2007 01:01:32 PM
oleh WAHIDA ASRANI | ESOK, tanggal 25 Ogos, genaplah usia 26 tahun bagi penyanyi sensasi dan hero filem Aduh Saliha, Mawi.
Sepanjang dua tahun bergelar anak seni, sudah tentu tatkala tiba hari lahirnya, Mawi tidak perlu merancang untuk mengadakan sebarang sambutan, pasti akan ada 'surprise party' di mana-mana penyanyi ini berada.
"Memang setiap tahun saya tidak pernah rancang untuk sambut hari lahir. Selalunya, memang ada peminat yang buatkan majlis seperti itu.
| Mawi, duta Aeras Eyewear (Foto The Star oleh Ricky Lai) | "Sama jugalah untuk tahun ini, tiada apa-apa perancangan yang saya nak buat. Lagipun, esok saya akan berada di Perak menjayakan sebuah program anjuran Kerajaan Perak dan Mawi World di sana.
"Cukuplah saya cuma berdoa supaya dapat memperbaiki diri dan menjadi individu yang lebih baik untuk tahun ini termasuklah dari segi kerjaya juga.
"Sudah dua tahun saya menjadi artis dan setiap hari saya berharap agar dapat upgrade lagi kerjaya saya," ujar Mawi yang ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta kaca mata Aeras Eyewear di Kafe Maroon, Aman Suria, semalam.
Sambil enggan mengulas lanjut sama ada tahun ini dia turut akan meraikan hari lahirnya bersama insan 'tersayang', Mawi seperti biasa lebih selesa mengunci mulut mengenai perkara itu.
"No comment. Tetapi, apa yang boleh saya katakan setakat ini, memang sudah ada hadiah yang saya terima. Salah satunya sebuah set virtual game pemberian peminat," kata Raja SMS ini sambil tersenyum.
Mengulas mengenai perlantikannya sebagai duta kaca mata keluaran Creative Optical Enterprise itu, Mawi berkata dia telah mengikat kontrak pelantikan tersebut dengan syarikat itu selama dua tahun.
"Saya rasa ini adalah endorsement saya yang ke-12 setakat ini. Saya pernah pakai kaca mata jenama ini dan bila dipilih menjadi duta, memang saya amat berbesar hati.
"Memang seronok, sebab saya dapat tahu mereka juga akan berikan saya 25 pasang kaca mata," jelas Mawi ceria.
'Surprise party' sempena hari lahir Mawi yang ke-26 esok. Majlis tersebut turut meraikan hari lahir Pengarah Urusan Creative Optical, Suet Toh Loh (Foto The Star oleh Ricky Lai) Tidak sabar ke London
Awal September depan, Mawi akan berada di London selama lebih kurang seminggu untuk menjayakan undangan persembahan yang akan diadakan di dua lokasi berbeza iaitu Covent Garden, London dan di Universiti Manchester.
Program anjuran Teega Konsortium dan I Everything dengan kerjasama Mawi World Sdn Bhd dan agensi pelancongan, Travelynne itu masing-masing akan diadakan pada 4 dan 5 September di dua lokasi tersebut.
"Saya ke sana atas undangan mereka untuk buat persembahan di hadapan ahli-ahli perniagaan dan juga pelajar-pelajar Malaysia di sana.
"Pada show itu nanti, saya akan bawakan lagu-lagu popular saya bukan saja dari album terbaru, tetapi yang terdahulu juga.
Mawi akan adakan persembahan di London September ini (Foto The Star oleh Ricky Lai) "Jika berkesempatan, saya harap dapatlah juga berpeluang berjalan-jalan dan membeli-belah di sana," kata Mawi.
Pulang dari London kelak, Mawi dijangka akan sibuk untuk penggambaran filem Aduh Saliha di Keningau, Sabah pula yang akan dijalankan pada bulan puasa nanti, selain memenuhi undangan rakaman program Hari Raya dan sesi fotografi.
"Bulan puasa nanti memang aktiviti saya akan sibuk seperti biasa. Selain filem dan rakaman program raya, saya juga akan merakamkan sebuah lagu raya untuk album raya AF, di mana itu merupakan lagu duet bersama lima artis termasuk saya, Mila, Zahid dan Faizal. Lagu ini saya sendiri yang buat liriknya.
"Insyaallah, Hari Raya nanti saya ingin bawa keluarga pergi bercuti. Ini baru perancangan, saya sendiri masih belum tetapkan destinasinya," ujar Mawi.
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mawi ko nak gi bercuti time raya... kuar front page lagi la thn ni... mawi x benarkan peminat beraya di rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 cloudnine_mm's post
umah aku kot hua hua hua .... |
|
|
|
|
|
|
|
apa2 je la mawi oii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 cloudnine_mm's post
hua hua hua.. semua terbakar la.. hahahha dgn2 ikin pun terbakar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 redsentra's post
sajer la tu pi bercuti masa raya
x nak bg owang pi raya umah dia la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 kazz's post
kan kan.. kompom big headline minggu pertama raya semua paper |
|
|
|
|
|
|
|
wah nk beraye obersea pulak....nk bercuti ngn gurlfren kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kita selalu serong pada niat org. Bila dia kata nak bawa bercuti during raya, org ckp xbagi dtg rumah. Sedangkan itu jer masa yg pjg yg mereka ader utk diabadikan bersama. Nnt bila dia tak bawa family bercuti, kita akan ckp dia lupa daratan, lupa keluarga, anak durhaka la, si tanggang la dan bermcm2 lagi. Manusia mmg dilahirkan sempurna tapi hati & otak jer yg selalunya tak sempurna !
Aku pun dah berapa kali raya bercuti kemana2 destinasi yg kami plan nak pergi. Salah ker ? tidak kan ? So buat apa kita sibuk hal org !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 juecy's post
mcm la x kenal reputz sengal ni
kalo mawi buat sumer salah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by juecy at 24-8-2007 02:11 PM
Kita selalu serong pada niat org. Bila dia kata nak bawa bercuti during raya, org ckp xbagi dtg rumah. Sedangkan itu jer masa yg pjg yg mereka ader utk diabadikan bersama. Nnt bila dia tak bawa f ...
setuju se sangat with your statement, bravo!!!! :pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 redsentra's post
"hua hua hua.. semua terbakar la.. hahahha dgn2 ikin pun terbakar.."
:pompom: kita gumbira:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
gumuks la mawi skrg. x kene pesen spek mata tu dgn dia. |
|
|
|
|
|
|
|
bape byk benang psl mawi sambut harijadi ni. pening aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 cloudnine_mm's post
No comment manjang si Mawi nih.
Dapat sampai 25 speks..pagi ptg siang malam ar betukar-tukar spek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|