CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12619|Reply: 39

Petua pecut motosikal

[Copy link]
Post time 23-8-2007 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Petua pecut motosikal
BOLEHKAH terangkan tunggangan yang baik untuk mendapatkan kelajuan sebenar motosikal Yamaha RXZ 135 Catalyzer.

Ini kerana apabila rakan saya menunggang motosikal saya ia berjaya mendapat kelajuan maksimum 220 km/j tetapi hairannya apabila saya menunggang hanya 140 km/j saja.

Mazlan Ahmad
Pahang


KELAJUAN tinggi membahayakan dan harus dikendalikan dengan berhati-hati berpandukan pengalaman dan hanya masa serta latihan dapat memberikan pengalaman mencukupi.

Seseorang penunggang yang menunggang motosikalnya setiap hari selama dua tahun mungkin mendapat pengalaman secukupnya bagi membolehkan ia bertindak secara automatik dalam keadaan kecemasan tanpa perlu berfikir panjang.

Kelajuan meter sebenarnya bukanlah panduan mutakhir kelajuan motosikal. Ini kerana paparan meter kadangkalanya kelihatan tinggi kerana meter rosak atau ringan.

Penentu ukur sebenar hanya dapat dicapai menggunakan peralatan laser, transponder atau GPS untuk mendapatkan kelajuan sebenar motosikal yang tepat.

Lazimnya, yang membezakan penunggang ialah cara tunggangan, ketepatan penukaran gear, pemulasan pendikit tepat pada masanya, pengambilan garisan selekoh dan paling penting mampu merasa tindak balas motosikal untuk memaksimumkan kemampuan motosikal.

Pemulasan pendikit yang sedikit lambat menyebabkan kita mungkin tertinggal. Begitu juga dengan penukaran gear terlalu cepat atau lambat.

Kaji dengan teliti kemampuan motosikal dan dapatkan deruman berpandukan telinga tanpa melihat meter untuk menentukan tahap kuasa rpm untuk memberikan daya pecutan maksima bagi setiap gear kerana tiap nisbahnya adalah berlainan tahap pecutan maksimanya.

Melihat meter rpm mungkin membazirkan masa walaupun kita hanya menjeling tidak sampai sesaat. Pengambilan selekoh yang baik dan memecut keluar dari selekoh tepat pada waktunya dapat meningkatkan pecutan jentera.

Penggunaan brek yang berdikit (late braking) mampu menyimpan daya lajak motosikal kita tanpa perlu tambahan kuasa enjin dengan menurunkan gear. Kesemua ini agak teknikal sebenarnya dan kelas penunggang sendiri tidak mampu meningkatkan kemampuan pengendalian motosikal tanpa latihan mencukupi.

Pastikan anda sentiasa memakai peralatan keselamatan untuk melindungi diri anda pada setiap masa, walaupun pada kelajuan yang biasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 11:20 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

perrgghh... RXZ layan 220kmj tu... sure mamat TZM terbakar nih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:00 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

aku rasa mamat ni over weight kott...
giler different 80km/h...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:05 PM | Show all posts

Reply #2 ryo_takahashi1's post

sy pun mcm tak pcaya RXZ blh sampai 220/kmj....

mcm mana dia buat tu?????

bh pcaya ka??
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:11 PM | Show all posts

Reply #4 sdee77's post

naper... tak phircaya aaaa...??  dia simpan hantu  raya dlm henjin tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:17 PM | Show all posts

Reply #5 ryo_takahashi1's post

kalau motor ko simpan antu rayaa gak.... sure boley tapau casey stoner yg menaiki ducati tuu... menang motoGP, naik kriss jerr...perrgghhhhhh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2007 12:19 PM | Show all posts

Reply #6 takumi86's post

hantu aku lepas raya dah tak balik balik dahhhhhhhhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:21 PM | Show all posts
errrrr meter rxz sampai berapa km hah..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 12:22 PM | Show all posts

Reply #5 ryo_takahashi1's post

so suruh la dia join MOTOGP
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 12:28 PM | Show all posts

Reply #8 jofizo's post

dulu meter RXZ aku takde... kena curik.... terus tak pakai meter.. ntah berapa aku bawak pun tatau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 01:54 PM | Show all posts
biar betoi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 01:59 PM | Show all posts
setau aku rxz meter dia smpai 180km/j aje..

x tau la kalo dia letak meter tzm
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 02:54 PM | Show all posts
bior benor......RXZ bikin pun baru leh dpt camtu ni pulak std.....

yg bwk 140km/j tu berat dia brp kilo.....????

motor bwh 150cc kelajuan maksimum masih dipengaruhi berat badan penunggang kalu xsilap aku...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 03:48 PM | Show all posts

Reply #13 itik_magic's post

alaaa... tak heran... ada  member RXZ kata dia bawak 160kmj.. tapi EX5 stendet bule dok kat sebelah jer...  meter tiffuuuuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 02:14 PM | Show all posts

Reply #14 ryo_takahashi1's post

Yg ni x pe lagi. Aku pernah bawak RX-Z dalam 170 km/h, tiba
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 02:48 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by nik2121 at 25-8-2007 14:14
Yg ni x pe lagi. Aku pernah bawak RX-Z dalam 170 km/h, tiba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2007 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by tuan_wu at 23-8-2007 01:59 PM
setau aku rxz meter dia smpai 180km/j aje..

x tau la kalo dia letak meter tzm



meter TZM 240kmh...........

laju tul............

hehehe.....tadi aku naik motor la.....sampai jek lampu isyarat tetiba dah ijau....aku pun pecut la pakai gear 3 tak turun lagi tu....ada la pulak mamat yg berhenti kat trafic tu dgn 125Z dia mcm bengan sbb aku tinggal dia jauh......terbakar kot langsung kejar aku...aku tgk meter aku bawak 100 jek....boleh le dia potong gak sbb Kriss mana boleh lawan 125Z......wakakakaka........
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 01:02 PM | Show all posts
ni nak berlumba2 sapa mati dulu ka nih?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 02:45 PM | Show all posts

Reply #16 metalique's post

Ko ke tuh?

Kalau jumpe skali lagi, siap ko. Aku dah bikin motor aku baik punya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 03:34 PM | Show all posts
Orang lama batu 3, Shah Alam, boleh join tak ?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053826 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list