View: 14678|Reply: 47
|
Ulama Tersohor dari Kelate dan Teganu
[Copy link]
|
|
Maksud Ulama:
Perkataan ulama adalah kata jamak bagi adjektif alim yang bermakna yang mengetahui, berketahuan, berpengetahuan, berilmu, mahir, arif, terpelajar, bijaksana, atau kesarjanaan, dan al-Alim pula, bermakna Yang Mengetahui.
Seperti kita ketahui, kelate dan teganu banyak menghasilkan ulama-ulama terkenal seperti Tok Kenali @ Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani, Tok Ku Paloh, Ismail al-Kalantani dan juga Tok Syeikh Duyung (sekadar menyebut beberapa nama).
Nama-nama ini amat terkenal hingga pelusuk nusantara, menjadi tok guru kepada ramai lagi ulama-ulama tersohor hingga kini. Masing-masing mempunyai pengikut yang tersendiri (namun masih dalam satu aliran yang sama), karamah dan mahir dalam bidang yang tertentu. Mereka juga banyak menerbitkan hasilan sastera, kitab-kitab agama yang menjadi rujukan sehingga sekarang.
(thread ini muncul selepas lala dok beleber, setni banyak buat thread mengarut sekali, hehe. Digest kan lah, lala?)
[ Last edited by munkyG at 8-8-2007 12:25 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TOK KENALI
![](http://sejarahmalaysia.pnm.my/images/tokkenali.jpg)
[size=130%]Ulama Peringkat Wali
[size=78%]Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
DALAMsekian banyak e-mel yang saya terima, ada orang memprotes kenapa sudahsekian banyak ulama Nusantara yang diperkenalkan dalam halaman AgamaUtusan Malaysia, namun cerita tentang Tok Kenali tidak muncul?. Padaprinsipnya kisah semua ulama Nusantara akan saya muatkan dalam akhbarini, hanya gilirannya belum sampai. Ada ulama kisahnya disegerakan danada yang artikelnya masih dalam pemerosesan.
Tok Kenali ialahsatu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakansistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alamMelayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui olehmasyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama,telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku PalohTerengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawaTok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorakdemikian.
Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh.
TokKenali ialah murid yang paling dipercayai oleh Syeikh Ahmad al-Fathani,oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmadal-Fathani yang tidak diketahui oleh Tok Kenali. Di sini saya sentuhsedikit saja. Syeikh Ahmad al-Fathani ialah tokoh pertama darilingkungan dunia Melayu sejagat yang secara diplomatik pergi keIstanbul, Turki untuk melaporkan perbuatan tiga bangsa yang menjajah didunia Melayu ketika itu. Bangsa-bangsa itu ialah Inggeris, Belanda danSiam. Walau bagaimanapun, supaya suasana tidak selalu keras dan tegangdalam corak pemikiran jihad zhahiri, kisah Tok Kenali saya fokuskankepada pemikiran jihad shufi. Jihad zhahiri lebih menitikberatkanperjuangan secara fizikal, sedang jihad shufi lebih mengutamakanpembinaan dalaman, qalbi atau hati dan rohani. Kedua-dua jenis jihaditu adalah penting dikombinasikan secara sepadu. Selain itu dalamdisiplin ilmu akidah dan tasawuf ia dikenali dengan istilah 慦aliAllah |
|
|
|
|
|
|
|
...sambungan
Penulisan
PenglibatanTok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti jugaulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalahPengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Darisini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalahIslam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuhmasih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh MajlisAgama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkanperingkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidakditerbitkan lagi.
Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalambentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud DurrilMantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilatBurdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh SyeikhAbdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.
Karya TokKenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi 'IlmisSharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandunganmerupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksuddaripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudulAbniyatul Asma' wal Af'al. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyahal-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.
KaryaTok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li MiftahitTa'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah 'ala Ratbih, selesaipenulisan pada 29 Sya抌an 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakanhuraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau dituliskembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji AbdullahThahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, PulauPinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin MuhammadZain pada 9 Safar 1356 H. |
|
|
|
|
|
|
|
Ismail al-Kalantani
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
ULAMAyang berasal dari Kelantan ini pernah penulis riwayatnya di dalamMajalah Pengasuh yang diperlengkapkan oleh Ismail Awang. Selanjutnyadimuat dalam buku Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (jilid 1), yangdiselenggarakan oleh Ismail Che Daud dan diterbitkan oleh Majlis UgamaIslam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, cetakan pertama, 1988.Beberapa tahun kemudian penulis menemui data-data baru mengenai ulamaKelantan yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Pontianak di KalimantanBarat ini, oleh itu riwayat mengenainya ditulis kembali di dalamruangan Agama, Utusan Malaysia ini.
Nama lengkapnya ialah Ismailbin Haji Abdul Majid bin Haji Abdul Qadir al-Kalantani. Lahir diKampung Labok, Macang, Kelantan. Mengenai tahun lahir dan wafatnyamasih perlu dikaji kembali. Pendapat awal menyebut bahawa IsmailKelantan lahir pada tahun 1293 Hijrah/1876 Masihi. Ismail Che' Daudmenjelaskan pada notanya bahawa ulama tersebut lahir pada awal tahun1300 Hijrah/1882 Masihi. Demikian tentang wafatnya bahawa pendapat awalmenyebut tahun 1365 Hijrah/1946 Masihi, Ismail Che' Daud menyebutkemungkinan pada tahun 1370 Hijrah/1951 Masihi atau terkemudian lagi.
PENDIDIKAN
Ismaildan abangnya Muhammad Nuh (yang kemudian dikenali sebagai Haji NuhKaya) setelah memperoleh pendidikan asas di Kelantan, dihantar belajarke Mekah. Di Mekah, Ismail sempat mengikuti majlis pengajian SyeikhAhmad al-Fathani, sama ada di rumah mahu pun di Masjid al-Haram. Adaorang meriwayatkan bahawa Ismail Kelantan pulang ke Kelantan sesudahhaji pada tahun 1325 Hijrah/1908 Masihi, iaitu tahun kewafatan SyeikhAhmad al-Fathani (wafat 11 Zulhijjah 1325 Hijrah/18 Januari 1908Masihi). Riwayat lain menyebut bahawa setelah Syeikh Ahmad al-Fathanimeninggal dunia, Ismail Kelantan meneruskan pengajiannya kepadabeberapa orang ulama besar Mekah, antaranya Saiyid Abdullah az-Zawawi(lahir 1266 Hijrah/1850 Masihi, wafat 1343 Hijrah/1924 Masihi), SyeikhMuhammad Mahfuz bin Abdullah at-Tarmasi dan ramai lagi. Syeikh MuhammadMahfuz bin Abdullah at-Tarmasi berasal dari Termas (Jawa) adalahseorang ulama besar Mazhab Syafie dan ahli dalam ilmu hadis. Beliaumempunyai beberapa karangan yang besar, antaranya Muhibah Zawin Nazharyang tebalnya empat jilid.
Hubungan mesra antara Ismail Kelantandengan Saiyid Abdullah az-Zawawi sejak beliau belajar di Mekah lagi,yang ketika itu Saiyid Abdullah az-Zawawi adalah seorang Mufti MazhabSyafie di Mekah. Ketika pergolakan Wahhabi di Mekah, beberapa orangulama tidak aman tinggal di Mekah, termasuklah Saiyid Abdullahaz-Zawawi. Haji Ismail Kelantan mengikut gurunya Saiyid Abdullahaz-Zawawi itu berhijrah dari Mekah ke Riau dan selanjutnya kePontianak. Sewaktu Saiyid Abdullah az-Zawawi menjadi Mufti Pontianak,Ismail Kelantan terus bersama gurunya itu, belajar pelbagai bidang ilmutiada henti-hentinya walau pun ilmu yang dikuasainya cukup banyak danmemadai. Riwayat lain menyebut bahawa Ismail Kelantan pulang keKelantan lebih awal (1325 Hijrah/1908 Masihi), dan selanjutnya pergi keCam/Kemboja.
Ilmu falak
Ismail Kelantan tidak sempatmenamatkan ilmu falak yang dipelajarinya daripada Syeikh Ahmadal-Fathani. Oleh itu setelah Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia,beliau meneruskan pendidikan khusus tentang ilmu falak itu daripadaSyeikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail al-Fathani. Ketikamempelajari ilmu falak daripada Syeikh Muhammad Nur al-Fathani, beliaubersama Syeikh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar.
Mengenaiketokohan Ismail Kelantan dalam ilmu falak dapat dibuktikan dalamkaryanya Pedoman Kesempurnaan Manusia. Menurut cerita Ustaz Abdur RaniMahmud (ketika masih hidup sebagai Ketua Majlis Ulama KalimantanBarat), bahawa Ismail Kelantan adalah orang pertama yangmenyebarluaskan ilmu falak di Pontianak, khususnya atau KalimantanBarat umumnya.
KE PONTIANAK SEBAGAI MUFTI
Selain bersamagurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi di Pontianak, Ismail Kelantan pernahmenziarahi Syeikh Muhammad Yasin, seorang ulama yang berasal dariKedah, yang tinggal di Kuala Secapah, Mempawah. Pada tahun kedatanganIsmail Kelantan ke Kuala Secapah, Mempawah itulah Syeikh Muhammad YasinKedah meninggal dunia. Ismail Kelantan juga menziarahi Wan Nik, seorangulama sufi yang berasal dari Patani. Beliau tinggal dalam bandarMempawah.
Dalam waktu yang relatif singkat, kealiman IsmailKelantan tersebar di sekitar Mempawah dan Pontianak. Oleh sebab ituAdam, seorang hartawan Bugis di Sungai Itik, Pontianak, iaitu seorangyang sangat haus dengan ilmu pengetahuan, menjemput Ismail Kelantanmengajar di rumahnya. Bukan itu saja, atas kehendak Adam dan Mu'minahbinti Haji Muhammad Thahir, mereka menjodohkan anak perempuannya denganIsmail Kelantan. Perkahwinan dengan anak Adam itu merupakan perkahwinanIsmail Kelantan yang pertama di Pontianak. Detik-detik terakhir akankepulangannya ke Kelantan, Ismail berkahwin lagi dengan Jamaliah yangberasal dari Tasik Malaya, Jawa Barat. Perkahwinan kedua ini adalahatas kehendak dan perintah Sultan Muhammad, Sultan Pontianak.
Daripadasepucuk surat Ismail Kelantan kepada Syarif Muhammad bin Syarif Yusuf,Sultan Pontianak, tarikh Pontianak: 28 Februari 1924, dapatlahdiketahui bahawa mula-mula beliau dilantik sebagai Naib Hakim di RadAgama Pontianak mulai tarikh 12 Ogos 1920 Masihi. Pada tarikh penulisansurat 28 Februari 1924, kedudukan Ismail Kelantan adalah sebagai Muftidi Kerajaan Pontianak.
Sewaktu Ismail Kelantan menjadi MuftiPontianak, ada tiga orang ulama yang bernama Ismail. Dua orang lagiialah Ismail bin Abdul Lathif (lebih dikenali dengan Ismail Jabal) danIsmail bin Abdul Karim (lebih dikenali sebagai Ismail Mundu). Ismailbin Abdul Lathif berpangkat Adviseur Penasihat Rad Agama KerajaanPontianak. Ismail bin Abdul Karim (wafat pada hari Khamis, 15Jamadilakhir 1376 Hijrah/16 Januari 1957 Masihi) pula adalah MuftiKerajaan Kubu, sebuah kerajaan kecil di bawah naungan KerajaanPontianak. Ketiga-tiga ulama tersebut sangat terkenal di dalam KerajaanPontianak. Bahkan kerajaan-kerajaan lain di seluruh Kalimantan/Borneo. |
|
|
|
|
|
|
|
...sambungan
PULANG KE KELANTAN
IsmailKelantan pulang ke Kelantan sekitar tahun 1937. Di Kota Bharubeliaumenjadi guru di Jami' Merbau yang berstatus sebagai pendidikan tinggiIslam ketika itu. Murid-murid yang diterima di Jami' Merbau adalahorang-orang yang telah mendapat pendidikan yang cukup memadai, yangdatang dari seluruh Semenanjung dan Patani.
Semangat
Selainmengajar di Jami' Merbau, Ismail Kelantan juga menjadi guru dan imam diIstana Sultan Kelantan. Ismail Kelantan adalah hafiz al-Quran tigapuluh juzuk, fasih ketika berpidato dan berkhutbah di atas mimbar.Kelebihannya pula dapat mempengaruhi dan membakar semangat pendengar.Dalam satu peristiwa pergaduhan yang didalangi Bintang Tiga yangterjadi di Kota Bharu, Ismail Kelantan telah berpidato sehinggamenaikkan semangat juang orang Melayu
PENULISAN
1. FatwaDaripada as-Saiyid Abdullah Ibnu Almarhum as-Saiyid Muhammad Shalihaz-Zawawi Jawab Soal Dari Tanah Jawa, diselesaikan pada 25 Syawal 1330Hijrah. Kandungannya mengenai ayat-ayat al-Quran dalam piring hitam.Diberi gantungan makna dalam bahasa Melayu daripada karya asalnya yangditulis dalam bahasa Arab, Rejab tahun 1326 Hijrah. Dicetak dengankehendak as-Saiyid Ja'far bin Pangeran Syarif Abdur Rahman al-QadriPontianak. Dicetak di Mathba' Haji Muhammad Sa'id bin al-Marhum HajiArsyad, No. 82 Arab Street Singapura, pada 25 Syawal 1330 Hijrah olehMuhammad bin Haji Muhammad Sa'id, Basrah Street, No. 49 Singapura.
2.Risalah Pada Bicara Jum'at dan Sembahyang Zhuhur Mu'adah, tanpadinyatakan tarikh selesai penulisan. Tarikh salinan 3 Rabiulawal 1345Hijrah. Manuskrip disalin oleh Khathib Peniti Kecil, diperoleh diPontianak pada 8 Syawal 1422 Hijrah/22 Disember 2001 Masihi. Kandunganperbahasan khilafiah mengenai sembahyang Jumaat dan sembahyang Zuhuratau mu'adah.
3. Pedoman Kemuliaan Manusia, kandungannyamembicarakan rampaian berbagai-bagai ilmu, termasuk falakiyah. Cetakanyang pertama Mathba'ah al-Ma'arif, Kota Bharu, Kelantan. Taqriz/pujian:Tuan Guru Ahmad Mahir bin Haji Ismail Kemuning, Kadi Besar NegeriKelantan (ditulis pada 22 Januari 1938), Tuan Guru Nik Muhammad Adibbin Syeikh Muhammad Daud, Jawatan Tinggi Kadi Pelawat atau PemeriksaKadi-kadi Dalam Kelantan (ditulis 22.11.37), Tuan Guru Abdullah Tahirbin Ahmad, Guru Besar Ugama Dalam Kelantan dan Anggota Ulama DalamMajlis Ugama Islam Kelantan (ditulis 14 Zulkaedah 1356 Hijrah).
KETURUNAN DAN MURID
SewaktuIsmail Kelantan pulang ke Kota Bharu, Kelantan, tiga orang anaknyadengan isteri pertama telah berumah tangga, ketiga-tiganya tidak ikutpulang ke Kelantan. Anak-anaknya yang pernah ditemui penulis ialahanaknya yang tinggal di Parit Sungai Keluang, Peniti, KecamatanSiantan, Kabupaten Pontianak. Suaminya bernama Arif. Seorang anakIsmail Kelantan yang perempuan lainnya tinggal di Pontianak. Dipercayaiketiga-tiga anak Ismail Kelantan melahirkan keturunan yang ramai diPontianak atau pun telah berpindah ke tempat-tempat lainnya.
Antarasekian ramai murid Ismail Kelantan di Pontianak yang sangat rapatdengan penulis ialah Ustaz Abdur Rani Mahmud. Beliau termasuk salahseorang guru penulis. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Majlis UlamaKalimantan Barat. Beliau adalah tempat rujukan segala kemusykilanmengenai Islam bagi masyarakat umum dan pihak pemerintah di KalimantanBarat.
Cerita-cerita mengenai kelebihan atau keistimewaan IsmailKelantan banyak penulis dengar dan catat daripada Abdur Rani Mahmud.Menurut Abdur Rani Mahmud, Ismail Kelantan adalah orang pertamamenyebarkan ilmu falak secara meluas di Pontianak. Katanya,``Kemungkinan Haji Ismail Kelantan hafal Quran tiga puluh juzuk keranadi mana saja beliau duduk, mulutnya sentiasa membaca ayat-ayatal-Quran. Tangannya senantiasa memegang tasbih. Kalau mengajar matapelajaran apapun yang diajarkannya semuanya secara hafal walau punkitab ada di depannya.'' |
|
|
|
|
|
|
|
tq mat g sbb wi ilmu yg bermanfaat...
:flower::flower::flower::flower::flower::flower: |
|
|
|
|
|
|
|
ambo raso susoh doh nk ju'pa ulama' hebat mcm grup2 nih
dunia dh nk kiamat .
demo2 nih antara manusia yg terpilih dan kekasih Allah..
ms kecik2 dolu, atuk aku ade byk cite ttg tok kenali..
salah satunye..
tok kenali nih, sebelum meninggal, beliau ade pnykit spt kaki berulat,
dr segi saintifiknye, coz die tk suka pki selipar, pendapat aku le
klu ade org suh p spital berubat, beliau akn kata, 'biarlh doh rezeki ulat tu kat situ'
klu p pasar, sayur2 yg dh kecut dan layu yg jdk feveret die, w/pun org slalu nk bg free, baliau selalu menolak.
alasannye kesian kat tuan sayur dan takmo mbazir..
hari jumaat selalu takde kat umah, kdg2 ade org jumpa kat mekah ms solat jumaat.
p mekah tk yah naik flight , hebat..dgn izin Allah..
ade satu hari anak2 murid die sengaja kunci pintu dr luar taknak bg die kuar
bila tgk balik dh takde, gaib. ms tu ari jumaat..org semua redy nk p jumaat..
klu rajin aku smbg lg..
heehh, aku ni peminat tok kenali ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tqvm G..tp kawe tak dok kesempatan nok baco lg ni....
TOK KENALI satu namo yg hebat...tp ado ore tu ngaku dia tu cucu tok kenali....jolo ko dia tu... |
|
|
|
|
|
|
|
saloh sore hok sohor maso kin - Al-Integra Al-BukitMaroki |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 punk's post
haha......................................... |
|
|
|
|
|
|
|
Haji Wan Muhammad Al-Kalantani Mufti Kelantan yang ke-IV Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah
SUKARjuga untuk memastikan siapakah ulama yang bernama Muhammad bin AbdusShamad Kelantan sama ada seorang atau pun dalam masa yang sama terdapatdua orang.
Diriwayatkan bahawa yang seorang dikatakan lahir diKota Bharu, Kelantan, pada malam Jumaat, 5 Rejab 1287 H/1 Oktober 1870M. Yang seorang lagi sekurang-kurangnya terdapat tiga buah salinanrisalah. Di antaranya ialah salinan Risalah ThariqatQadiriyah-Naqsyabandiyah Syeikh Ahmad Khathib Sambas dan ThariqatSyathariyah.
Pada akhir salinan beliau menulis, 揟ammat al-kalambil khair atas tangan faqir al-haqir Muhammad bin Abdus ShamadKelantan, Kampung Laut di dalam Biladillah al-Haram, Hijrah an-Nabiyisanah 1294 H. |
|
|
|
|
|
|
|
...sambungan
PELBAGAI PELANTIKAN
Ada duaorang anak Tuan Tabal yang pernah menjadi Mufti Kelantan. MuftiKelantan yang ketiga ialah Haji Wan Musa bin Tuan Tabal yang dilantikpada 10 Rejab 1327 H/27 Julai 1909 M. Selanjutnya Mufti Kelantan yangkeempat ialah Haji Wan Muhammad bin Tuan Tabal dilantik pada 22 Syawal1334 H/21 Ogos 1916 M. Haji Wan Musa bin Tuan Tabal adalah adik kepadaHaji Wan Muhammad bin Tuan Tabal tetapi Haji Wan Musa dilantik menjadiMufti Kelantan lebih dahulu daripada abangnya Haji Wan Muhammad.
Jikakita teliti pemikiran Haji Wan Muhammad dalam pegangan Islam tidak adaperbezaan dengan semua Mufti Kelantan yang terdahulu, kecuali yangberbeza adalah dengan adiknya sendiri Haji Wan Musa. Haji Wan Musamembawa pemikiran cara baru, yang dinamakan 揔aum Muda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 munkyG's post
MAT G
ato aku sepang maley ni................. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 munkyG's post
hahahha...
utk ulama2 je heh....
tahan diri jah aku drpd reply sini.....
takut rosok binaso habih thread comey nih...
tapi gak....
tgk mung sore jah dok wi input nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 tundahgulana's post
satu hari satu ulama untuk aku kenalkan... dan aku ambil pelajaran daripadanya...
![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 munkyG's post
bagus G..teruskan usaha murni anda...jage dok laye ore jahak tu...........![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan guru Abdul Hamid Besut anak murid Tuan Bendang Daya
Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
TIDAK sedikit ulama silam dunia Melayu telah melahirkan tokoh yang menjadi ulama ataupun menjadi pemuka masyarakat hingga mencapai kedudukan pimpinan tertinggi pemerintahan negara. Seperti yang telah diriwayatkan dalam penulisan-penulisan saya yang lalu, sangat ramai pimpinan pemerintahan berketurunan ulama di Indonesia, Malaysia, bahkan juga termasuk di Thailand.
Sebagai contoh Dr. M. Hatta ialah cucu ulama Thariqat Naqsyabandiyah di Minangkabau. Beliau ialah pejuang kemerdekaan Indonesia dan menjadi wakil Presiden Indonesia yang pertama. Abdur Rahman Wahid yang merupakan anak dan cucu ulama pernah menjadi Presiden Indonesia.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, anak dan cucu ulama, adalah Perdana Menteri Malaysia sekarang. Dua orang Menteri Besar Terengganu yang terakhir, iaitu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Idris Jusoh, kedua-duanya adalah keturunan ulama yang berpengaruh dalam masyarakat.
Yang hendak diperkenalkan pada kesempatan ini ialah datuk pada Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu sekarang. Nama lengkap datuknya berdasarkan tulisan beliau sendiri ialah Abdul Hamid bin Fadhlullah al-Basuti al-Falimbani. Yang dimaksudkan dengan 慳l-Basuti |
|
|
|
|
|
|
|
...sambungan
Perbandingan
Istilah 憁utaqaddimun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|