CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2502|Reply: 10

Kaum Ibu dan kemerdekaan - SELAMAT HARI MERDEKA!

[Copy link]
Post time 1-8-2007 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Kaum Ibu dan kemerdekaanOleh SITI ZALEHA JORIMAI


MENGIMBAS sumbangan dan kejayaan golongan wanita sepanjang tempoh 50 tahun kemerdekaan negara, terlalu banyak kisah yang ingin diceritakan dan nama-nama tokoh yang mahu disebut.

Apapun, peranan kaum Hawa dalam menjadikan Malaysia seperti hari ini merupakan satu fakta sejarah yang tidak boleh dipadam begitu saja, malah ia telah bermula seawal sebelum zaman kemerdekaan lagi.

Memang secara hakikinya, perjuangan politik ketika era Tanah Melayu dalam proses mencapai kemerdekaan didahului oleh lelaki, namun di sebalik tabir tersebut ada pembabitan wanita secara senyap.

Bahkan ketika zaman pendudukan Jepun (1941-1945) apabila ramai lelaki sama ada bapa suami, abang dan anak lelaki mati atau hilang dalam perang, kaum Hawa dengan tabah dan tanpa mengenal erti putus asa mengambil-alih tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.

Mereka keluar berkerja di bendang dan ladang-ladang getah, sekali gus memecah kebiasaan zaman tersebut di mana masyarakat masih meletakkan tempat wanita 慸i ceruk dapur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 10:38 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syd at 1-8-2007 09:34 AM
Bahkan ketika zaman pendudukan Jepun (1941-1945) apabila ramai lelaki sama ada bapa suami, abang dan anak lelaki mati atau hilang dalam perang, kaum Hawa dengan tabah dan tanpa mengenal erti putus asa mengambil-alih tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.

Mereka keluar berkerja di bendang dan ladang-ladang getah, sekali gus memecah kebiasaan zaman tersebut di mana masyarakat masih meletakkan tempat wanita 慸i ceruk dapur抂/quote]

skrg pun tugas dan t.jwb wanita pun tetap hebat...atau booleh kita katakan lebih hebat drp dulu...
lihat sj wanita,ibu,isteri yg bekerja tanp bantuan maid di rumah...
sesibuk mana...se"stress" mana...masih mampu hadir meeting PIBG, semak buku anak2....
melaksanakan kerja2 rutin yg remeh tidak bemakna wanita tu lemah....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:57 PM | Show all posts
Kaum bapa pun penting jugak hehehe

Selamat Hari Merdeka :handshake:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 09:27 AM | Show all posts
ibuk ibuk sakalian

udah gantung bendera?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 09:39 AM | Show all posts
jap,

dulu masa kekecik, ada tak nenek ke emak ker
dok citer pasal merdeka?

13 Mei?

Zaman Jepun semua tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 08:34 PM | Show all posts
selamat mlm semua...

4 me kita semua rakyat malaysia patut byk bersyukur kerana malaysia telah 50 thn
merdeka... mudah mudahan negara kita berada d dlm keadaan aman dan damai
selalu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-8-2007 10:09 AM | Show all posts
Pesanan Tunku 25 tahun lalu


BAPA Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
--------------------------------------------------------------------------------

KETIKA negara meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-50, renung pesanan daripada Perdana Menteri pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang diluahkannya 25 tahun lalu melalui wawancara dengan wartawan Bernama, Zakaria A. Wahab (kini Datuk) sempena sambutan Jubli Perak kemerdekaan negara. Kami siarkan kembali wawancara bertajuk 慘enangan Seorang Negarawan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2007 10:10 AM | Show all posts
Menimbulkan

Jadi memanglah ada selalu kebimbangan itu bahawa kaum-kaum dalam negara ini boleh berpecah, tetapi asalkan kita tidak membuat perkara-perkara yang boleh menimbulkan pergaduhan, negara kita sudah tentu akan selamat. Saya masih teringat semasa peristiwa 13 Mei, 1969 di Kuala Lumpur dulu bukan main dahsyatnya Allah s.w.t. sahaja yang tahu.

Kalau timbulnya pergaduhan dari Perlis, Kedah hingga Johor sampai ke negeri-negeri sebelah Pantai Timur itu, apa hendak jadi pada negara ini saya tidak tahulah, macam saya ni bolehlah melarikan diri tetapi rakyat miskin dalam kampung hendak selamatkan diri di mana? Yang duduk di pekan hendak lari ke mana?

Siapa yang boleh menjaga setiap orang atau mereka semua? Jadi apa yang saya perhatikan selama 25 tahun merdeka ini, saya dapati perasaan terutama orang-orang muda atau generasi baru dan lebih-lebih lagi mereka yang keluar dari sekolah-sekolah yang dibantu oleh kerajaan, mereka ini sudah banyak memandang ke Malaysia sebagai tanah ibu pertiwi mereka.

Malah, mereka sudah belajar bahasa Melayu dan pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

Sampai dalam taman didikan kanak-kanak sendiri saya dapati kanak-kanak kaum lain begitu juga keadaannya, pernah anak saudara Adikong (Aide De Camp) yang belajar di tadika membaca al-Fatihah di depan saya, dari mula sampai habis. Jadi saya tanyalah tidakkah ibu bapa mereka marah kerana tadika itu bukan sekolah agama dan mengajar mereka membaca al-Quran pula.

Mereka memberitahu saya sebenarnya mereka tidak pernah mengajar membaca al-Quran kepada kanak-kanak bukan Islam.

Hanya kanak-kanak Melayu sahaja yang diajar membaca al-Quran, manakala kanak-kanak keturunan lain diajar mengenai adat dan tatatertib sahaja mungkin mereka pandai membaca al-Quran kerana banyak bergaul dengan kanak-kanak Melayu serta selalu mendengar mereka membaca kitab dan turut membaca bersama.

Jadi sampai begitu sekali keadaannya sekarang. Itulah saya berpegang kepada satu iaitu kita hidup dengan persefahaman yang baik, di antara satu sama lain dan harus bersyukur kepada hadrat Ilahi.

Tetapi kita mesti jaga keamanan itu agar tidak berlaku huru-hara atau perpecahan. Kalau sudah berpecah memanglah akan berpecah terus.

Kita dapat lihat sendiri seperti di Lebanon, penduduknya yang terdiri daripada satu bangsa tetapi kerana berlainan agama telah bergaduh sesama sendiri dari satu masa ke satu masa dan tidak pernah dapat hidup senang kecuali menanggung penderitaan akibat perbuatan sendiri.

Inilah perkara yang kita mesti awasi, saya pasti memang ada orang Melayu yang cuba hendak gunakan agama untuk memecahbelahkan antara satu sama lain.

Mereka tahu kalau digunakan cara lain sudah tentu agak sukar bagi mereka hendak mempengaruhi orang Melayu. Sebaliknya dengan menggunakan Islam orang Melayu akan lebih cepat tertarik hati. Kerana itu timbullah peristiwa sembahyang sampai dua imam dalam satu masjid. Inilah yang kita mesti jaga.

Agama Islam sebenarnya bertujuan memberi kebahagiaan kepada hambanya bukan untuk berpecah belah dan bergaduh antara satu sama lain. Sebab itu saya berusaha 憇impangkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pintujamban This user has been deleted
Post time 30-8-2007 10:44 AM | Show all posts
Selamat Hari MERDEKA pada adik adik, kakak kakak, makcik makcik

merdeka maknanya bebas
bebas daripada semua gejala, bebaskan diri drp mengata ngata orang, busy body pasal orang, prasangka kat orang

MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

I lep you Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:28 PM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

awal2 lagu udah digantung....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:37 PM | Show all posts


SeLamat MenyaMbut KemeRDekaan KE-50..

MalaysiaKU GEmiLAng!!!!!!!!

:bd: :bd: :bd: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069785 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list