View: 55417|Reply: 35
|
Apa yg korang perlu tau pasal loan kereta n hire purchase
[Copy link]
|
nerofreak This user has been deleted
|
En2 mod n semua...aku nak share ilmu skit..
aku harap post ni dapat tambah ilmu n berguna buat semua kat sini...(aku ada baca thread pasal panduan membeli dan membaiki kereta. yg ni sebagai tambahan)
Ramai antara kita yang berangan2 nak beli kereta atau dah memiliki paling tidak sebuah kereta. dan dari 10 orang, aku percaya tak sampai 1 orang yang mampu beli kereta dengan cash. so, sudah semestinya korang akan dapatkan pinjaman dari mana2 bank. Dalam bahasa pasarnya pinjaman, tapi aku lebih suka panggil kemudahan sewa beli. Dan untuk semua sewa beli yg melibatkan kereta, ia tertakluk di bawah Akta Sewa Beli 1967 (HP Act).
Katalah Ahmad (bukan nama sebenar) dah pun jumpa sebuah kereta kancil idaman hati di sebuah show room. Lepas berbincang dengan salesman yang nampak hensem sambil minum teh o, Ahmad pun setuju untuk beli Kancil idaman hati tersebut dengan bayar duit booking dulu. Lepas tu dealer tadi akan mintak Ahmad isi form dan dia akan bagitau n tulis kat form tu berapa harga on the road n bank mana yang dia prefer n berape tahun nak ikat n berape installment bulanan (form ni adalah form proposal yang wajib diberikan oleh dealer or bank. kalau tak ada, fatal).
Hari yang dinantikan pun tiba bila salesman tu telefon bagitau 'encik Ahmad yang hensem, kereta encik dah ready untuk collection dan mintak encik pun ready dengan down payment.'
Aku tau ada dealer yg offer zero down payment, tapi yang korang mungkin tak tau, that 10% down payment akan dimasukkan dalam kemudahan pinjaman yang korang dapat. Sebab HP Act kata mesti mau ada 10% deposit.
So Ahmad pun datang untuk collect kereta idaman bersama2 dengan 10% down payment (baru dapat bonus). Ingatkan dealer tu je yang ada, rupanya orang bank pun dah standby dengan muka yang hensem. Tapi of coz Ahmad yg paling hensem kat situ sebab dealer n orang bank tu asyik kata camtu je dari mula sampai abis.
Orang bank tadi akan bagi Ahmad satu lagi borang (kosong or dah complete, it does not matter, diaorg akan completekan later). Itula dia Hire Purchase Agreement bersama2 dengan form 2nd schedule (wajib ada dan dalam format yg dinyatakan dalam HP Act, kalau tak, fatal). Org bank tadi pun xplain kat Ahmad berapa interest, berapa tahun ikat, berape installment bulanan (biasanya ikut proposal untuk mudahkan org bank fill in the form).
So Ahmad dengan hidung yg kembang sign semua set Agreement tu. Memandangkan form 2nd schedule dah complete, Ahmad double cek samada kereta idamannya ada dinyatakan di situ dan berapa harganya on the road dan berapa installment yg dia kena bayar untuk tempoh berapa lama. Mungkin Ahmad tak tau dan dia tak baca pun lagi the terms n condition of the Agreement, tapi once dia sign, kereta idaman en Ahmad telah menjadi milik bank. Kwang..kwang..kwang...
Itulah realiti sewa beli. sebab tu aku lebih suka panggil kemudahan sewa beli n bukannya pinjaman kereta. Mungkin korang akan kata...'eh...kat geran JPJ ada nama aku, apesal plak keta tu bank punya?' but then again, sila perhatikan kat bawah tu ada cop 'hakmilik dituntut oleh Bank Bink Bonk' Itu pasal la takleh jual sesuka hati.
Nanti aku cerita lagi apa hak korang sebagai penyewa beli kereta, apa hak bank sebagai pemberi sewa beli, apa yang jadikan Agreement terbatal ab initio (bole claim balik apa yg korang dah bayar kat bank) n bank apa yang offer kemudahan jual beli kereta.
cheers...
p/s en mod, mungkin aku kena letak post ni kat blog ke? panjang sangat kot...(3573 bytes)
p.p/s kalau ada salah fakta tolong bagitau aku.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fakta nie
ada seseparuh bank akan mengenakan bayar denda jika kita bayar advance payment....
nie yg selalu kita tak perasaan... cthnya RHB... dalam agreement diorg minta kita bagi notis 3 bulan... kalau tak kasi notis dia boleh denda kita... |
|
|
|
|
|
|
nerofreak This user has been deleted
|
Reply #2 kipas_y2k's post
well, correct me if i'm wrong....
aku tak tau plak kalau RHB ada offer hire purchase facility...setau aku hanya finance company (utk commercial bank) e.g eon finance, mayban finance etc yang ada offer hire purchase facility. sekrag finance company dah merged dengan bank. RHB tak pernah ada RHB Finance, tu pasal dia tak ade facility ni...
yg denda tu kalau tak silap aku utk housing loan facility or fixed or term or overdraft or revolving or sundries facility or bai' al inah or bai' bithaman ajil....memang ada denda kalau buat advance repayment n advance repayment kat sini maknanya early settlement..tapi diorg juga akan bagi rebate utk the remaining loan tenure..
cheers.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus gak info nih... aku baru je gaduh ngan public bank nak bayorkan kete staff aku yg tertunggak dia mintak RM10 duit telefon sbb dia kene telefon branch asal pinjaman tu,,, marah la aku sbb dalam agreement takde pun kata dia boleh caj sesuka hati |
|
|
|
|
|
|
nerofreak This user has been deleted
|
hak penyewa beli lepas sign agreement
selamat tengahari semua.....
sekarang korang dah tau kereta idaman yg korang beli dgn begitu bangganya tu bukanlah milik korang sebenarnya. sama macam kes en Ahmad....setakat ni semua kes2 kat mahkamah yg mencabar isu hakmilik ni memutuskan bahawa dalam semua perjanjian sewa beli, tuan punya (legal owner) dan hak keempunyaan (legal ownership) kepada kereta tersebut adalah bank atau apa-apa entiti yang bagi kemudahan sewa beli tersebut e.g orix credit, bank rakyat etc.
tapi walaupun begitu, sebagai penyewa beli (hirer), Ahmad adalah berhak untuk:-
- enjoy quiet possession of the goods. maknanya bank tak bleh suka2 hati road blok keta tu kat tgh jalan n bagitau 'oi, Mad, manager bank nak pakai keta sekarang...'
- memiliki kereta tersebut bila sampai masanya. maknanya bank mesti mau ada hak yg sempurna ke atas keta tu utk diberikan kepada Ahmad bila sampai masanya. selalu berlaku pada kereta2 mahal. tengah sedap drive kat hgway, tetiba kastam tahan. rupanya bila cek kat puspakom, chasis number tempered n sebenarnya keta seludup, tak pernah bayar cukai. so kat sini sebenarnya bank dari awal lagi (semasa HP Agreement di sign) takde hak yg sempurna ke atas keta tu utk diberikan kepada hirer...kantoi.
- possess the goods free from any charge or encumbrances. maknanya keta tu takde sangkut dgn mana2 pihak. manala tau tetiba along road blok keta tu n di bagitau, 'oi, ini keleta, itu dealer sula taluk nama gua, dia ala pinjam luit sula sangkut tala baya. sikalang gua mau angkat.'
- miliki kereta yg merchantable quality. smua keta baru mesti pass QC, kalau ada defect, warranty akan cover. kalau defect teruk sampai tayar tercabut baru 3 hari pakai, bole ganti dgn keta baru (HP Agreement shall be amended accordingly). keta 2nd hand or used car lain plak ceritanya (aku akan cerita dalam topik kereta potong).
- penyata akaun bertulis dari bank bila diminta dalam masa 14 hari. kalau lepas minta (kena buat surat) bank taknak bagi n 14 hari lapsed, bank takbleh enforce the Agreement against him kecuali bank dah supply penyata tu dalam masa 3 bulan sebelum tu.
so, inilah secara ringkasnya hak2 penyewa beli kereta sebaik saja dia sign agreement sewa beli tu..apa jadik kalau bank sebagai legal owner kepada kereta yg korang sewa beli tu gagal utk berikan hak2 ni atau melanggar hak2 ni? panjang ceritanya. dipendekkan, agreement akan terbatal ab initio (bergantung pada fakta) n korang bole claim balik smua duit yg korang dah bayar (doctrine of frustration) n all parties are back at square one (status quo maintained).
pasal status quo ni sebenarnya aku ada pandangan aku sendiri n aku pun sebenarnya tak setuju dgn keputusan2 mahkamah berkenaan dengan remedi yg mahkamah bagi pada hirer. tapi kalau benda tu jadik kat aku, sebagai pengguna, aku setuju sgtla tu...
nanti aku cerita lagi apa yg sebenarnya berlaku bila bank tarik keta. syarat2 utk tarik keta n apa hak korang sebagai penyewa beli bila keta kena tarik.
cheers...
[ Last edited by nerofreak at 19-7-2007 01:21 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menarik untuk dibaca nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa citer waktu nak jual keta..
dan
apa patut buat sekiranya keta yg di jual itu hilang...
maksudnya dah jual... tapi biasanya jual tokey kedai tak tukar nama lagi selagi tak dapat client baru.. tetiba hilang... camner nak buat ek..
takkan nak bayar keta dah takder kot |
|
|
|
|
|
|
|
waaa bagus aa ko ni..
orgtak tanye pon ko boleh kongsi ilmu ko..
semuge Tuhan balas jasa ko tu..
aku nak tanye..kalau nak beli kete..ikat lg pendek lg bagus kan??
ni aku dpt tau dr azizi ali..
leh ke ikat 3 thn kalau kite mampu?
bank lg suke kan kalau ikat lama2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
nerofreak This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
nerofreak This user has been deleted
|
#7 kipas_y2k's post-apa nak buat kalau nak jual keta
apa yg korang perlu take note bila nak jual keta?
- dalam HP Act ada peruntukkan pasal hak hirer untuk tamatkan sewa beli lebih awal iaitu samada setelkan semua outstanding balance a.k.a settlement amount atau hirer boleh introduce a buyer kepada bank untuk bank jualkan keta tu pada buyer yg dia introducekan. do take note that hirer cuma bleh introduce saje, dia takde hak utk jual, sbb keta tu dimiliki oleh bank. yg ni aku percaya korang mesti tak buat punya, biasanya korang akan tolak kat dealer or trade-in. tak pun jual kat member2 or sedara mara or ntah sapa2.
- bila korang tolak kat dealer or trade in or jual direct kat member2 or sedara mara or ntah sapa2, benda yg korang buat ni sebenarnya salah. so sebelum tolak or jual, make sure korang inform bank. kalau belum inform lg, inform sekarang! .
- tapi tak cukup setakat inform, korang kena pastikan yg dealer or buyer akan buat full settlement dengan bank. sign form yg berkenaan (depends pada bank, takde format standard). kekadang dealer ada suh isi form, tapi dia tak hantar kat bank n lagi teruk dia tak buat full settlement, lepas dapat saman dari loyer, baru tau rupanya dealer takde buat benda tu..
- of coz, dealer adalah dealer, tak semua dealer ada cukup capital utk beli keta secara cash. so dia akan simpan keta tu kat kedai sampai ada buyer. dalam tempoh ni, hirer still kena bayar installment keta tu walaupun dia dah ada keta baru. tapi biasanya dealer akan manis mulut bagitau 'takpa lu angkat itu keleta balu, lu punya keleta gua baya bulan2 sampai ada buyer'. samada dia buat atau tak hirer perlu cek kat bank. sama gak kalau jual kat selain dealer.
- sebelum trade in, make sure korang dapatkan full settlement amount dari bank sebelum deal dgn dealer. so korang akan tau roughly samada kena top up deposit atau tak. katalah settlement amount RM10k dealer nak ambik keta dengan harga RM12k trade in dgn keta harga rm20k. so ada lebih rm2k yg bleh dijadikan deposit. kalau dealer ambik keta dgn harga lebih rendah dari rm10k, kena top pup berape yg kurang utk deposit keta baru.
- selagi full settlement amount tak setel, selagi tu bank tak discharge liabiliti hirer dari HP Agreement. so walaupun korang dah jual keta kat third party (or trade in) tapi settlement amount tak setel, bank akan kejar kalau ada installment yg sangkut. yg ni aku slalu dengar n jumpa 'apa ni bang? saya dah jual keta ni kat kawan saya. patutnya bank kejarla kawan saya tu..'.
kalau keta tu hilang sebelum bank kuar surat discharge, camna?
- buat report polis.
- report kat insurans skali.
- bagitau bank.
- bayar tetap kena bayar.
- kalau insurans cover walau 80% dari value keta, syukur...kalau tak cover langsung, sue dealer/buyer tu for damages (kalau bleh cari lagi)
- whatever happens, selagi settlement amount (outstanding balance) tak setel, hirer still liable to pay.
aku tau ni banyak terjadi...sbb tu aku share ilmu n info ni kat sini...(tak comprehensive sebenarnya)
cheers.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
banyak info yg aku dpt..thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nerofreak at 20-7-2007 12:10 PM
secara matematiknya, bank akan untung lagi banyak kalau ko ikat lagi lama..jangka hayat bank lebih lama dari jangka hayat keta yg ko beli..so dia tak kesah kalau ko ikat 9-10 tahun..
kalau tak ...
waa..
ko ni bagus gak tang financial planning ek..hehe.
ade apa2 info lg btau lah k rahsia org bank2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
nerofreak This user has been deleted
|
tarik kereta (repossession)
selamat bertemu kembali...
kali ni aku akan cerita pasal tarik keta...n share info mengenainya..
sebenarnya bank tak bleh suka2 tarik keta walaupun keta tu sebenarnya dia yg empunya....ada prosedur yg bank kena ikut dgn ketat.
dalam HP Act ada peruntukkan yg meletakkan syarat bahawa mesti mau ada 2 kali tak bayar ansuran bulanan berturut2 baru bleh laksanakan hak utk tarik keta. kalau hirer dah meninggal, mesti mau tunggu 4 kali ansuran berturut2. atau pun bila hirer gagal bayar ansuran terakhir (yela dah nama pun last payment, takkan nak tunggu 2 kali berturut2 kot). so loophole dia kat sini, korang bleh bayar installment selang dua bulan skali tanpa merisikokan keta korang dari ditarik (tapi merisikokan diri utk disaman ke mahkamah dan menanggung jumlah hutang yg makin besar akibat interest ).
dipendekkan, syarat2 utk tarik keta adalah:-
- gagal bayar 2 ansuran bulanan berturut2 atau gagal bayar ansuran terakhir atau kalau dah meninggal gagal bayar 4 kali ansuran bulanan berturut2;
- bank kena serahkan notis dalam format jadual keempat HP Act kepada hirer (serah secara pos berdaftar)
- lepas 14 hari dari tarikh notis jadual keempat, bank kena serahkan notis peringatan 7 hari di bawah peraturan 3 peraturan sewa beli (notis jadual keempat bagi tempoh 21 hari pd hirer utk setelkan tunggakan n notis peringatan bagi peringatan bahawa hirer ada lagi 7 hari dari tarikh notis untuk comply dgn notis jadual keempat
bila tempoh 21 hari dh tamat, bank akan mulakan gerakan mencari keta. selalunya bank akan lantik ejen utk buat keje2 ni. bila keta dijumpai di tepi jalan (selain dari dalam kawasan rumah, tak bleh masuk rumah org tanpa kebenaran, tresspass...) or nampak keta sdg dipandu, ejen yg dilantik akan road-block keta n tunjuk pengenalan diri n kad perlantikan bank pd sapa2 yg drive keta tu...(prosedur ni kena dipatuhi utk mengelakkan dari salah tanggapan..mana tau kot org jahat nak rompak).
dalam tempoh 21 hari lepas keta ditarik (repossessed), bank kena serahkan pd hirer n guarantor, satu notis dalam format jadual ke-5 HP Act yg berikan hirer tempoh 21 hari lg dari tarikh notis tu utk:-
- setelkan tunggakan (termasuk kos repo, storage, repair, maintenance n re-delivery);atau
- setelkan semua (termasuk kos repo, repair, manitenance n re-delivery) ;atau
- intro buyer yg sanggup nak beli keta tu
kalau hirer gagal, lepas tamat 21 hari, bank bleh dispose keta tu by way of public auction or tender. kalau hirer berjaya setel no. 1, bank kena bagi balik keta n HP Agreement diteruskan cam biasa. kalau berjaya setel no 2., keta akan terus jadi milik hirer 100%, bank kena kensel nama dia dalam geran.
kalau bank gagal patuhi syarat no. 1 & 2 kat atas nu, repossession akan jdi unlawful n hirer bleh claim apa2 loss yg disebabkan wrongful repo tu (duit teksi, loss of use etc...) n bank kena pulangkan balik keta. kalau bank gagal patuhi syarat no 3 plak, bank tak bleh enforce hak dia dalam HP Agreement n keta kena pulangkan balik kecuali bila hirer pegi bank (dia mesti dh sedar keta dia kena tarik) n bagitau dia nak setelkan tunggakan atau setelkan semua skali.
tapi bank bleh apply kat court utk extend masa utk serahkan notis dalam syarat no. 2&3 kalau dia gagal serahkan n dgn syarat keta belum repo lg. sama gak cam notis jadual kelima, bank bleh apply kat court utk extend masa serahan.
nnti aku cerita plak pasal keta potong...
cheers |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nerofreak This user has been deleted
|
Reply #13 ronnishi4369's post
aku tau plan je...buat tak juga...
cheers |
|
|
|
|
|
|
|
nero
nak tanya pasal keta kena tarik nih..
lepas kena tarik, hirer tak buat satu pun dr ketiga2 perkara yg dinyatakan di atas. pas tu keta kena lelong kan..
lepas lelong ada tak bank kuarkan apa2 surat kat hirer yg menyatakan keta dah kena lelong ke, kena setel utang lagi ke..apa2 je lah
hirer kira dah blacklisted eh?
ko paham x.
aku tak tau nak wat ayat cemana. harap ko paham. |
|
|
|
|
|
|
nerofreak This user has been deleted
|
Reply #16 ThousandIsland's post
aku rasa aku paham...
sebelum lelong, bank kena bg notis pd hirer at least 14 hari sebelum lelong yg menyatakan bhw keta dh nak kena lelong n tempat lelong (walaupun HP ACt silent pasal isi kandungan notis, tp notis kena bg).
kalau jual secara tender (other than public auction), bank kena bg notis kat hirer yg memberikan peluang pd hirer utk beli keta tu pd harga yg lebih rendah dari nilaian yg dinyatakan dalam notis dijadual kelima HP Act.
lepas lelong, bank akan bg satu surat yg menyatakan bhw keta dh kena lelong n still ada balance (shortfall) n of coz bank akan mintak hirer setel balance tu. kalau harga jualan melebihi amaun tertunggak, bank kena pulangkan lebihan tu pd hirer.
waktu ni hirer dh blacklisted. kalau ctos tak tau, bank lain akan cek kat bank negara. selalunya oficer bank lain tu akan telepon bank2 lain bila hirer ni dtg utk buat loan kat bank dia. dia akan cek credit history potential customer dia samada dia adalah juga potential defaulter..
bleh paham tak penerangan aku? ayat aku pun tunggang langgang...
cheers.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa aku pun paham.. tq
tp kalau tak dapat apa2 surat dr bank yg samada menuntut/memulangkan lebihan cemana?
mcm tak logik plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang aku pelik, ramai tak tahu konsep sewa-beli ni hampi rsama dengan konsep islamic financing. tapi ramai yang mengutuk islamic financing takde pulak bising-bising pasal sewa-beli |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|