CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2732|Reply: 12

Kenaikan Harga Barangan & Perkhidmatan

[Copy link]
Post time 10-7-2007 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Assallamualaikum kepada para Pengguna Malaysia,

Dah lama rasanya aku tak buat coretan di sini sebab sibuk dengan tugasan. Aku cuma nak minta pandangan korang semua sebagai seorang Pengguna yang berhemah. Kebanyakkan aduan dari orang ramai buat masa sekarang adalah mengenai kenaikan harga makanan dan minuman sedia masak di restoran dan kedai makan. Apabila kenaikan gaji diumumkan oleh PM kita, ramai yang beranggapan harga barangan & perkhidmatan akan naik mendadak. Sebelum kenaikan gaji diumumkan, apabila duduk minum di kedai kopi atau restoran, kita tak pernah nak tanya berapa harga makanan dan minuman yang kita order tu tapi selepas kenaikan gaji diumumkan, barulah sibuk nak ambil tahu berapa harga bagi kesemua makanan dan minuman yang dipesan. Apabila mula terasa mahal sedikit, mulalah bising-bising yang harga dah naik.
Saya ambil contoh peristiwa yang mana pakcik ni mengadu bahawa sebuah restoran mamak telah menaikkan harga minuman tin kerana beliau perlu membayar RM 1.50 yang mana katanya ditempat lain harga minuman tin tersebut hanyalah RM 1.30 sahaja. Apabila disiasat, harga minuman tin tersebut memang berharga RM1.50 sejak setahun yang lepas.

Jadi, aku nak minta pendapat korang tentang perkara ini ok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2007 03:14 PM | Show all posts
takde yang nak beri respon ker?

Saya beri satu lagi contoh :-

Ada satu famili seramai 4 orang telah pergi ke satu restoran. Setiba di restoran, pelayan telah memberi mereka menu pilihan, tetapi mereka terus memesan makanan berdasarkan gambar-gambar makanan yang ada di dinding restoran tersebut.

Apabila tiba untuk membayar bil, si 'bapa' terkejut beruk kerana bil semua sekali ialah RM44.50 dan merasakan yang restoran terbabit adalah penghisap darah kerana menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati.

Beliau terus menghantar surat kepada KPDNHEP yang mana di dalam suratnya tiada nama atau alamat beliau sendiri.

Apakah pendapat anda? Salah Siapa? Salah Sendiri?
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 11-7-2007 06:11 PM | Show all posts
bagi aku takkan la harga susu tu rm2.00 je setin sampai tahun 2200.
terima la kenaikan harga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 12:22 PM | Show all posts
Dalam hal begini, pengguna haruslah menggunakan 2 hak mereka iaitu Membuat Perbandingan Harga dan Hak Memilih, jangan hanya bergantung kepada agensi penguatkuasaan semata-mata untuk membuat pemantauan, pengguna juga harus peka dengan keadaan semasa harga barangan dan perkhidmatan yang mana jika harganya adalah terlalu tidak bersesuaian dengan sesuatu kualiti atau kuantiti perkhidmatan, pulaukan saja premis tersebut. Jika tiada sambutan dari orang ramai, maka akan turunlah sedikit harga barangan atau perkhidmatan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 12:50 PM | Show all posts
pengguna kena rajin sket...
.pengguna cuma rajin buat komplen je
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 12:57 PM | Show all posts
pengguna kena rajin survey rega...kalo nk murah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-7-2007 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by koko2 at 12-7-2007 12:57 PM
pengguna kena rajin survey rega...kalo nk murah


Tambah skett.. Rajin dan bermaklumat... maksudnya bermaklumat ialah tahu di mana adanya premis-premis yang buat sales etc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2007 01:10 PM | Show all posts
Satu pertanyaan saja jika ada respon,

Jika anda ingin makan di mana-mana restoran, apakah anda melihat terlebih dahulu harga atau terus order saja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2007 01:52 PM | Show all posts
  takde yang nak reply rupanya.. kalau mod bagi kacang kat thread ni and sapa yang balas, gerenti banyak "semut"
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 07:33 AM | Show all posts
Originally posted by kuppit at 13-7-2007 01:10 PM
Satu pertanyaan saja jika ada respon,

Jika anda ingin makan di mana-mana restoran, apakah anda melihat terlebih dahulu harga atau terus order saja?


kuppit, kalau shachi tgk harga dulu....mne leh main order je..
kecuali kalau owang belanje, shachi xpandang harge dah ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2007 10:15 AM | Show all posts
Saya ada terbaca satu thread dalam bod ni gak mengatakan yang dia bising pasal harga makanan naik... Tu pun boleh dijadikan contoh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2007 12:40 PM | Show all posts
semua barang naik....dah satu keje nak pi survey hage lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2007 08:00 PM | Show all posts

Reply #12 reenz013's post

takkan awak beli barang satu tempat yang tetap je? awak boleh pilih dan cuba di tempat lain.. cuba minta pandangan kawan-kawan tentang tempat yang murah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.091353 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list