CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34136|Reply: 10

Rumah baru - CF, kunci dah dapat, tp tak boleh duduk

[Copy link]
Post time 9-7-2007 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Saya difahamkan yang CF ni maksudnya rumah dah boleh duduk, tapi kalau bekalan elektrik tak ada, camna nak duduk, dan apa agaknya tindakan yang kita boleh buat?

Bolehke kes macam ni dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna Rumah?

Kalau ada yang berpengalaman dengan masalah ni, your response and advice is greatly appreciated.

Terima kasih.

[ Last edited by  elkasih at 9-7-2007 12:03 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2007 12:15 PM | Show all posts
bila developer delivered vacant possession i.e serah kunci???delivery of vacant possession and CF ni lain stage nya...refer back dekat ur sale and purchase agreement....

G la tribunal tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 10:06 AM | Show all posts

Reply #1 elkasih's post

ko da pegi baya deposit tnb ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 10:52 AM | Show all posts
CF tu maknanya sijil layak menuduki.. normallly sblm PBT keluarkan CF rumah tu dah complete... cuma bab sambung air ngan letrik tu ko kene bayar deposit sendiri kat TNB baru diaorg pasangkan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 12:11 AM | Show all posts
CF atau CFO = certificate of fitness occupation
sijil layak menduduki

bermakna ... bila dah dapat CF ... rumah layak diduduki
syarat utk dapat CF rumah mesti disah tauliah oleh badan berwajib
dalam keadaan sempurna oleh TNB, TELEKOM, AIR, PERPARITAN, bomba dll
lebih kurang 8 agensi mesti luluskan rumah ini dlm keadaan selamat
dan selesa diduduki ...

itu syarat dari pemaju
syarat dari agensi kepada pembeli rumah pula ... membayar deposit / cagaran memasang meter dll hal berkaitan.

VP = vacant possession bermakna .. rumah sudah siap sepenuhnya, selamat dan memperolehi CF atau TCF (temporary CF) sijil layak menduduki sementara ...

dalam erti kata lain ... VP = nak ambil kunci dan masukkan kunci ke dalam lubang kunci di daun pintu tersebut.  perlu memenuhi syarat pemaju pula ... spt. dah bayar abis di bank, wang penyelenggaraan dll ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 12:16 AM | Show all posts
kes elkasih ni pelik sikit .. tapi biasa berlaku di Malaysia
tindakan :

. buat aduan di tribunal pembeli pembeli rumah
alasan .. pemaju tak mematuhi sepenuhnya syarat dalam perjanjian jual beli
sila semak perjanjian ... pemaju mesti menyerahkan rumah dlm keadaan sempurna keseluruhannya sehingga CF dan mula memasuki fasa DLP .. defect liability period = tempoh kecacatan bangunan ..semak dlm S&P ... biasanya 18 bulan dari tarikh penerimaan kunci.

. berhubung dgn agensi yg perlu dibuat deposit tnb. air. dll ...


soalan ... apa maksud  elkasih dgn "tak boleh duduk, tak ada elektrik" ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2007 01:59 AM | Show all posts
Terima kasih dilto,elbecks, yusrin & budakjawa.

Originally posted by yusrin at 10-7-2007 10:06
ko da pegi baya deposit tnb ke belum?


Masa ambik kunci tu kena bayar deposit TNB dll, kena isi borang TNB.

Originally posted by budakjawa at 11-7-2007 00:16
soalan ... apa maksud  elkasih dgn "tak boleh duduk, tak ada elektrik" ?


Ada beberapa perkara, antaranya, jalan besar ke kawasan perumahan masih lagi diblok, lampu jalan pun belum pasang. Sampah-sampah construction belum diclearkan, atas jalan ada paku, besi dll. pasal ada pembinaan di belakang rumah untuk rumah jenis lain pulak.

Elektrik pulak mengikut kata pemaju dah disambungkan ke kesemua rumah cuma ada beberapa rumah yang salah pemasangan, termasuklah rumah saya. Lepas salah pemasangan, sampai la sekarang respons diorang TNB belum repair.
Nak pasang kabinet, gril semua kena tangguh sampai kontraktor dah fedup, last-last tarik api rumah jiran.

Dari masa penyerahan CF tu dah 2 bulan. Yang lagi takut bila dengar cerita kawan yang kena perkara sama dengan pemaju lain. Kes selesai lepas kena tunggu sampai 8/9 bulan. Pergi Tribunal, dapat dalam 10 ribu jugak.

Ada staff yang bagus bila kita telefon pasal elektrik ni, tapi staf yang handle direct dengan saya memang tak boleh dipercayai langsung. Dah berkali-kali bila telepon, respon dia TNB dah repair, tapi bila kita call kontraktor diorang yang maki kita balik pasal bila diorang pergi rumah, tak settle lagi. Dah bermentol-mentol meletup setiap kali test. Skrg ni pun saya dah bagi notis keluar rumah, tapi nampak gayanya memang kena sambung sebulan lagi.

So lepas diskus dengan pemaju, saya kata saya akan tunggu sehingga hujung minggu ni. Cuma saya tak beritahu yang saya  nak pergi HBA (http://www.hba.org.my) utk mintak advice diorang pulak. Dalam talifon, diorang kata sepatutnya lepas 28 hari lepas dapat VP, kalau tak boleh duduk, VP can be cancelled.

Btw, kata orang kat kementerian perumahan pemaju ni ok, ( CF 15 bulan awal dari expected untuk projek sebelum ni), tapi lepas beli rumah diorang ni saya rasa tarikh expected completion tu sengaja dilambatkan supaya nampak diorang bagus, hakikatnya projek diorang ni rush job.

Terima kasih kpd yang memberi advice.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2007 06:12 AM | Show all posts
punca  masalah elkasih ni mudah sahaja .... RASUAH !
sebab :

mana ada / mana boleh Certificate of Fitness dikeluarkan sebelum rumah siap sempurna

nasihat saya :
. jangan terima kunci rumah sebelum semuanya selesai
. jika elkasih terima VP iaitu kunci rumah serentak bermakna :

anda setuju rumah sudah siap dan sedia diduduki sebab itu terima kunci, walau tak duduk.
oleh itu ... DLP - defect liability period .. sudah bermula sejak penerimaan kunci
pemaju akan melambatkan pembaikan kerosakan rumah dlm tempoh ini 18 bulan
kerana pemaju wajib menggunakan kos sendiri.
selepas 18 bulan berakhir , kerosakan rumah dibiayai sendiri oleh pemilik.

rumah siap bermakna ... kontraktor pemaju juga sudah menerima :

. pembaikan jenis kecacatan sama ada bangunan atau kawasan persekitaran
jalan siap, elok sempurna, sampah tiada dll
. terima CMGD cert. making good defect ... dikeluarkan oleh arkitek projek.
setelah semuanya dipastikan dan diperakui oleh arkitek.
. permohonan CF oleh arkitek bagi pihak pemaju.

ketika ini .. semua agensi akan beramai ramai ke tapak disertai juruperunding
untuk mengesahkan kesemua kerja pembinaan siap , sempurna dan semuanya
SUDAH DIUJI TERMASUK ELEKTRIK AIR TELEFON JALAN LONGKANG DAN SEGALANYA ...

setelah itu... barulah kelulusan diberikan oleh majlis tempatan untuk CF.




cadangan :
buat aduan di HBA ... dan tribunal pengguna ... terus tekan mereka supaya buat kerja.

harap membantu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nerofreak This user has been deleted
Post time 17-7-2007 05:31 PM | Show all posts
nak tanya...

ada jugak pemaju yg impose dalam surat suruh ambik kunci tu, DLP akan berjalan dalam masa 14 hari dari tarikh surat tu notwithstanding kunci dah ambik atau tak..so yg ni camna plak? cf tak kuar lagi, tapi dah suh amik kunci...nampak mcm diorg nak elak dari kena tindakan late delivery...

dalam kes elkasih ni, obviously ada somthing fishy.. betul gak kata budakjawa....corrupt.

cheers..(walaupun terpaksa)
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 08:50 PM | Show all posts
Originally posted by nerofreak at 17-7-2007 09:31
nak tanya...

ada jugak pemaju yg impose dalam surat suruh ambik kunci tu, DLP akan berjalan dalam masa 14 hari dari tarikh surat tu notwithstanding kunci dah ambik atau tak..so yg ni camna pla ...



apa apa pun .. semak semula surat perjanjial jual beli ...
mungkin ada tertulis. terma dan syarat...
paling tidak pun ... pemaju dah terima TCF (sijil menduduki sementara)
yg perlu diperbaharui setiap beberapa bulan / tahun. ini  ... kalau tak dapat CF
mesti memenuhi kehendak asas menduduki rumah

masalah di mana mana ... bila dikatakan rasuah
mereka memerlukan bukti .. jadi
kumpullah seberapa banyak bukti yang meragukan.
bawa ke muka pengadilan.  

ketahui hak sebagai pengguna.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 01:12 PM | Show all posts
kalau s&p yg ikut standard kementerian perumahan mesti ada CF, temporary CF tak leh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.545199 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list