|
Salam..
Ini adalah kegiatan2 asas dlm pembelajaran Seni
1. Menggambar
2. Membuat corak dan rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal kraf Tradisional |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan ini merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaan.
Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. |
|
|
|
|
|
|
|
ANTARA KEGIATAN BIDANG MENGGAMBAR:
1. Lukisan
2. Catan
3. Kolaj
4. Montaj
5. Cetakan
6. Resis
7. Gosokan
8. Stensilan
9. Percikan
10. Gurisan
11. Capan
12. Mozek
13. Poster |
|
|
|
|
|
|
|
Membuat Corak dan Rekaan
Bidang ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikan menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dsb. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: |
|
|
|
|
|
|
|
CORAK TIDAK TERANCANG
1. Pualaman
2. Tiupan
3. Titisan
4. Ikatan dan celupan
5. Renjisan dan percikan |
|
|
|
|
|
|
|
CORAK TERANCANG :
1. Lukisan
2. Catan
3. Cetakan
4. Capan
5. Lipatan dan
guntingan
6. Resis
7. Kolaj
8. Kaligrafi |
|
|
|
|
|
|
|
Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu.
Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran . Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. |
|
|
|
|
|
|
|
MEMBENTUK DAN MEMBINA
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tesebut murid dapat memahami
lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. |
|
|
|
|
|
|
|
Bidang kegiatan membentuk dan membina juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. |
|
|
|
|
|
|
|
BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK & MEMBINA
3 DIMENSI MERANGKUMI AKTIVITI SEPERTI :
1. Arca Timbul
2. Assemblaj
3. Mobail
4. Stabail
5. Model
6. Diorama
7. Boneka
8. Topeng
9. Origami |
|
|
|
|
|
|
|
Kegiatan membentuk dan membina memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarkat yang diwarisi turun- temurun.
1 Alat domestik 2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri 4. Perhiasan diri
5. Batik 6. Tekat
7. Ukiran 8. Tenunan
9. Anyaman 10. Tembikar |
|
|
|
|
|
|
|
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar2 byk tapi tak leh nak upload... my photobucket kena block... nanti la.. |
|
|
|
|
|
|
|
di mana letaknya wau saya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 kitul's post
Kraf tradisional...
Ur wau masih kat atas almari he he he he |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kena melukis lagi lee saya... |
|
|
|
|
|
|
|
bump
Tgh bengkel program bestari ni...kat hotel somewhere in KL... ambil balik nota2 dlm board ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|