CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25941|Reply: 149

KOMEN-KOMEN MENGENAI PROTON KERETA 'KEBANGGAAN' RAKYAT

[Copy link]
Post time 23-6-2007 02:11 AM | Show all posts |Read mode
Mari kita bincang pasal kereta (specifically Proton).
Saya pasti yang kita semua nie matang dan boleh berbincang secara terbuka.

Pertama sekali saya sungguh berbangga kerana Malaysia berjaya mengeluarkan KERETA SENDIRI dan MALAYSIA BOLEH. Sungguhpun kebanyakan dari kita tahu yang kereta itu sebenarnya adalah Mitsubishi dan Daihatsu (Perodua). Sungguhpun begitu saya percaya dalam setiap hati pengguna Proton di Malaysia tersimpan sesuatu yang hanya dibincangkan secara tertutup dan perkataan2 mereka tidak sampai ke perbincangan umum.

Saya mengambil inisatif bagi membincangkan perkara ini bagi sesiapa yang berminat untuk berkongsi pendapat secara matang dan berilmiah semoga ia mendatangkan manfaat bersama.

KUALITI

Kualiti kereta Proton yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah seperti kita semua dapat lihat, kena bola pun bole kemek/ kemik. Tetapi bagi yang diekspot,
ke UK misalnya, kualitinya sungguh baik. Memang memenuhi piawaian negara berkenaan yang ketat itu. Further more, harga pulak murah. Warranty lama. Tapi mintak maaflah, sebab mat2 saleh nie tak pandang sangat kete2 cam Proton nie. Memang ada yang beli tapi bagi mereka yang seperti orang2 veteran, orang2 budget kemut atau jadikan kereta sampingan. Kalau nak melawa tak de la nak pakai proton.

Jadi kalau kualiti sebegini diberi kepada mat saleh, dan kualiti teruk untuk rakyat Malaysia, saya pulangkan kepada kawan2 semua untuk menilai.

BUATAN TEMPATAN

Asalnya nak Transfer Tech jepun ke Malaysia. Hmm jgn harap le jepun nak ajar Malaysia camana nak buat enjin. Penyudahnya Proton jadi tempat pasang body. Enjin seketul datang dari Jepun. Yang peliknya kereta yang dipasang di Malaysia (buatan malaysia) lebih mahal dari kereta yang diimpot seketul dari jepun
(ketepikan tax GILA tu). Magic ke nie ?

Rakyat masih tertunggu2 kereta BUATAN TEMPATAN yg sebenar dan bukannya Mitsu Gallant (Iswara), Mitsu Lancer (Wira), Daih Mira (Kancil), Daih Terios
(Kembara). Bila dah ada nanti harapnya harga takdela GILA ok?

KEPUASAN

Once kita beli kereta Proton, bagi yang mengutamakan kepuasan, PASTI nak tukar/ tambah beberapa perkara.
1. SPORT RIM (takkan guna Rim Bodo Proton tu)
2. Anti-Theft system (pencuri paling senang curi kereta proton)
3. Power window belakang (Proton la satu2 nya kereta yang buat Power window Depan aje) dan sebagainya.

Cuba bandingkan kalau kita beli HONDA/ TOYOTA, kita basically tak perlu dah tambah benda2 lain. Yang datang seketul tu dah cukup lengkap. Melainkan kalau
betul2 gatal tangan, terpulanglah, kereta sendiri.

HARGA

Kereta yang paling murah sekarang ini (selain Kancil) di MALAYSIA adalah Proton. Sebab itulah ramai beli Proton , diulang sebab ITULAH ramai beli Proton. Dan
sebab ITULAH jualan Proton STILL NUMBER ONE. Sebab apa? Sebab rakyat Malaysia TIADA PILIHAN. Memang la Proton untung juta2 sebab orang terpaksa beli dengan dia. Cuba kalau rakyat Malaysia ADA PILIHAN, jangan harap Proton sale nak NUMBER ONE. Cuba fikirkan dengan harga dan kualiti yang diberikan, saya tak jangka orang akan memilih Proton. Mengapa harga proton murah? Sebenarnya harga Proton MAHAL !. Bayangkan Honda VTEC baru harga RM 100,000.00 ++ setelah di TAX sebanyak 300-400% GILA! Jadi kalau tanpa TAX, harganya baru RM 33,333.33 ++. Sedangkan Proton Iswara Aeroback (TEMPATAN) berharga RM37,000.00 ++. Cuba bandingkan kualiti VTEC dengan Iswara (jgn buat lawak la kawan), itu belum banding kualiti/harga Wira dll. Jadi, murahkah Proton ??.

Kalau nak dihitung betul2, nilai sebenar Iswara tu mungkin sekitar RM20,000.00 dan Wira tu dalam 30,000.00 aje kalau dibandingkan dengan pengeluar
kereta lain. Jadi maknanya selama ini rakyat Malaysia terpaksa membayar LEBIH dari sepatutnya untuk mendapat sebijik kereta yang rendah kualitinya. Sebenarnya kita suka dan sanggup untuk sokong kereta BUATAN TEMPATAN. Tak beli Honda pun takpe. Tapi kereta yg diberi tu biarlah BERBALOI dengan harga. Rakyat Malaysia bukan semuanya Milionaire.

SPARE PARTS

Antara sebab lain orang suka guna Proton ialah Spare Parts dia MURAH. Pengguna kereta lain kalau nak dapatkan spare parts kadang2 kena order dan harga pun tinggi. Harga Spare Parts kereta lain ini pun tinggi disebabkan TAX terhadap kereta import yang tinggi. Jadi supplier tak berani nak ambik banyak stok. Jadi bila nak baru nak order, order pulak tu sikit2 (runcit), harga pun tinggilah. Mana taknya orang tak larat nak pakai kereta jenama lain.

KEMALANGAN

Semua orang tak mahu kemalangan. Nyawa ditangan tuhan. Tapi kalau secara saintifik, tin milo dan besi tiang gol, mana paling senang rosak ?. Untuk pengetahuan, bumper2 proton dipasang secara KLIP aje. Kalau kemalangan kecil, bumper yang jatuh dulu (kelakar). Bumper bukannya dapat BUMP tapi jatuh dulu. Bagi siapa yang guna Wira, lampu signal depan paling senang nak curi. Cungkil sikit, tertanggal le (klip). Dah rugi RM300 (sepasang).

EON

Hahahahha nie satu penghisap efficient. Saya tahu kompeni nie bukan Proton tapi kita sebagai pengguna kereta Proton tak boleh elak ceria pasal EON. Kereta
yg keluar dari Proton baru RM31,000.00 (Iswara Aeroback 1.3), dia tambah bukan2 jadi RM37,500.00 (TYPE B belum lagi TYPE C,F dll) hahahahaha free RM
6500 kat dia. Sport rim = RM 1000 ??, Spoiler RM350??, yg lagi kelakar... Stripe (Sticker belang2 tepi pintu) = RM 150 hahahahahaha ! Selalu kalau tanya
Salesman dia, kereta Proton ada banyak type mengikut Acces yg dia bagi. Kalau beli Honda, takde type-type nie dee.. Seketul dtg full Acces, puas ati. Sekali tu
saya tanya, Type 'A' ade jual lagi ? Dia kata dah tak jual dah. (Type A ialah paling takde dia punya Acces).Kenapa lak tak jual ?. Dia kata Proton tak
keluarkan dah jenis tu. KOROK dia!! Kereta yg datang from Proton, Acces dia = Power Window, Central Lock dan Radio aje. Yg lain tu SEMUA EON yg bubuh. Jadi camana kate Proton dah tak keluar jenis tu ? EON nie masa ekonomi OK, jgn harap le nak dapat kereta cepat, kadang2 kereta sampai 6 bulan baru dapat. Dia kata "Kalau nak cepat bayar lebih 3-4 ribu, kalau tak mau tak apa". Amboi sombongnya dia. Kalau kita bayar 4 ribu, esok jugak keluar kete. Maknanya dia memang ada stok tapi nak untung segera. Bila ekonomi gawat, Salesman terhegeh2 cari customer. Seminggu bole keluar kete. Ade salesman yg jual cuma 2 bijik sebulan. Nak makan apa ?. Masa tu baru la layan customer dengan baik. Down payment bole rendah. Kalau dulu takde 10 ribu dia suruh balik saja. Tapi AWAS sekarang nie ekonomi naik balik, siap le jadi balik cam dulu.

KENAPA BELI ??
Kalau tahu bermasalah, kenapa beli ?. Amboi sombong betul org proton nie yea.. Mentang2 org KENA beli kereta dia. Kita beli sebab TERPAXA (ulangan). Takkan nak beli lori nak bawak anak bini. Nak beli kereta TOYOTA, berapa lak harganya (setelah tax). Kancil ?? Perodua pun 2 X 5 jugak. Tak memadai si bantut tu
harga RM 26,000.00 ??. Kalau ikut spec yang diberi pun +- macam Proton punya kualiti gak. Masaalahnya kancil nie jadi kereta kedua bole la (Perodua). Atau family kita masih tak ramai. Atau jalan dekat2.

Masalahnya.

Kita nie kebanyakannya orang bukan berada. Tak mampu pakai DUA kereta. Atau beli kereta lain bila family besar sikit. Jadi kalau beli kereta tu jadi pelbagai
guna la. Dari pegi pasar sampai balik kampung. Kalau pakai kancil emm tahle. Satu lagi, bukan nak sombong laa.. kita graduate dan level +- Executive. Tapi
takkan la disamakan level kita dengan Moto aje atau Kancil. Tapi nak buat macamana, graduate atau tidak, keadaan memaksa kita beli kancil, terpaksa la. Kalau
diberi pilihan, pemilik kancil mesti nak kereta Sedan. Kenapa beli Proton ?. Kereta dah menjadi barangan keperluan sekarang dan bukannya barangan mewah. Wake up, kata nak jadi Negara maju. Masalahnya harga kereta adalah harga barangan Mewah. Student2 Malaysia di US dapat beli kereta pakai duit loan. Student di Malaysia ??? Nak beli moto pun harap Bapak tolong. Kalau di US, kerja McDonalds pun dpt pakai kereta (bukan kereta mewah, tapi kereta yg dpt digunakan harian). Kalau di Malaysia kerja McD, naik bas ajela.

STAFF PROTON

Maaflah kepada mereka kerana mesej ini bukan untuk mereka kerana mereka semua sebagai perlaksana dan bukan penentu dasar. Eksekutif2 mereka tak dapat berbuat apa2 dengan perkara ini. Mesej ini untuk renungan bersama dan kalau dapat dipanjangkan ke Vice President, President, Senior Managers Proton lagi bagus.

AFTA

Penah dengar pasal AFTA ?. AFTA nie piawaian harga dunia yang semua Negara kena ikut kalau nak bersaing dalam pasaran dunia. Tak tau bila Malaysia
nakimplimenkan. Kalau ON maknanya.. Harga kereta import tak bole lagi dicukai 300-400%. Masa tu kita tengok, jualan Proton NOMBOR SATU atau tidak. Masa tu Proton tak bole lagi MANJA harapkan gomen punya tax utk lakukan jualan. Kali ini Proton kena betul2 bersaing dari segi KUALITI, LAYANAN PELANGGAN,
WARRANTY dan HARGA. Tapi I dont think AFTA dalam masa terdekat nie. Kalau buat, BUNGKUSSSS Proton.

Anyway, setakat ini saja untuk kali ini. Maaf kalau ada nada yang emosional. Just practicing my rights as a Malaysian and a User. Macamanapun saya rasa mesej saya ni masih dalam nada yang acceptable (tiada carut pls).

Sila beri komen/ teguran/ pendapat sekiranya ada.

Wassalam.

[ Last edited by  al_ajeeb at 23-6-2007 02:19 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2007 07:19 AM | Show all posts
to be frank,kamek sik baca abis apa dipost abang ajeeb di atas tok..but i got 1 conclusion..tangga jak gamba tok...



briefly,eksiden tok berlaku dekat2 ngan inti college pun carpark k student.kereta itam ya kereta novus.dapat ditangga tekanan kuat sebab airbag novus ya pop-out.gen 2 ya??dahla remuk,sikda airbag gik ya.driver n kawan nya dok sebalah tepaksa dikerjakan di hospital.dapat ditangga perbezaan kualiti kereta proton n novus dalam insiden tok..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 08:18 AM | Show all posts
ada seseorang tok ngator alarm keta WAJA cos alarm nya rosak.
ya cina ngato alarm ya madah,WAJA tok dipasang alarm nak murah.
windscreen nya pun windscreen murah.sebab ya cepat rusak.
tangga tak orang mostly penjan keta proton nak automatic mesti rusak.
heran ku nangga...
kancil nak dah menseya ya gik masih bagus penjan nya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 06:31 PM | Show all posts
lantak sikit alu cengkek... padan juak la saham turun, penjualan merosot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 06:39 PM | Show all posts
aok kmk pun prasan juak,penjan keta proton nang cepat rusak,samada nya auto atau manual..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 06:40 PM | Show all posts
lagik 1 k bukak pintu nya ya,apa namanya o? nak k mukak dr luar ya,senang2 jak patah..lawak2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2007 07:21 PM | Show all posts
kmk nang setuju benar pasal penjan keta proton tok.....mmg senang jak rosak. Ariya penjan keta waja mek rosak....ingatkan murah nak baiki tek....sbb cuma tukar ada nok plastik & roller kat dlm penjan ya (power windor)...rega part ya dah 4 ratus lbh.....campur upah sidaknya masang....2-3 ringgit mok 500.  Aduhhh...nasib bait duit cukup2 masa ya......ingatkan setakat paling mahal pun 2-3 ratus jak....sekali nengok.....terus sengkek pasya...

handle pakey bukak pintu ya pun selalu patah....keta kmk dah 3 kali patah. Bukannya murah mun beli kat eon....klu utk pintu belakang sidak jual dlm RM80, tp mun ktk pegi kedey biasa.....sik sampey 10 ringgit pun rega sigek....tp tok utk yg lum dispraylah....mun mok spray pun.....dlm 50 ringgit jak keday ya....so klu campur semua sekali...baruk 60 ringgit....leh jimat 20 ringgit gik ya....
klu utk pintu depan lagiklah mahal....lbh 100 ariya kmk nanyak (kat eon)....terus sik jd...kmk beli kat kedey biasa jak....baruk 25 cam ya (dah spray)....tp time ya sikda nok sama kaler dgn keta kmk...so terpaksa jaklah kmk beli wlupun pelik semcm ja.....sik kisahlah...janji murah & boleh dipakai kan....

toklah serba sedikit keburukan keta waja......(dr pengalaman peribadi kmklah)..termasuk kemahalan brgan kat kedai eon service.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 07:33 PM | Show all posts
kinek tok berleluasa jak org curik player, harta benda dalam kreta esspecially kreta buatan tempatan... cermin ya dipecah alarm pun sik berbunyik... alarm sik sensitif..

p/s: hati2 ktk org.. awal2 polah ekstra lock
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2007 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by weda at 23-6-2007 07:21 PM
kmk nang setuju benar pasal penjan keta proton tok.....mmg senang jak rosak. Ariya penjan keta waja mek rosak....ingatkan murah nak baiki tek....sbb cuma tukar ada nok plastik & roller kat dl ...


kwn kamek makae waja ya pun mcm ya juak..dah lah cermin sik boleh turun..pass ya pintu sik dpt dibukak sebab dah patah handle nya..ya lah..cerik rasa sidaknya kinek tok..org sik mauk meli kete proton lagik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 11:30 PM | Show all posts
dlm Top Gear pun ada mdh.. Ferrari, Mercedes Benz, Ford, etc plh keta bertujuan utk menikmati kepuasan memandu dgn kemampuan kereta ya, keseronokan memandu kereta ya dah pun dikongsi dengan masyarakat.. tapi lain yg terjadi dengan proton.. proton merupakan syarikat yang ditubuhkan untuk mengambil keuntungan dari masyarakat.. dh la tax mahal! patut ka org berhutang smpey 9 tahun semata-mata untuk memiliki besi burok yg sekda kualiti ya? KENAK MALAYSIA MCM TOK GILAK????

GEN 2 yang baruk keluar masa dolok pun awal2 dh knk komplen oleh salah satu majalah eksklusif dari luar negara..
tukar jak slogan Malaysia Boleh ya!! nya ng boleh, boleh la makan duit rakyat!

[ Last edited by  al_ajeeb at 23-6-2007 11:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 11:52 PM | Show all posts
aku makai proton wira...ya jak ku mampu beli...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 12:39 AM | Show all posts
pada asalnya kereta import murah, semua org mampu beli tp tax yg nyuruh nya mahal.. apa sak kerajaan memahalkan tax ya? mun bena pun nk selamatkan ekonomi at least berik la yg berkualiti kpd rakyat, tanpa rakyat kerajaan sikkan wujud. kuar gk viva, cmne mok capai matlamat 2020 sedangkan nk molah keta pun msh tiru produk luar? apa keja cdak engineer malaysia tok?? jepun yg kecik ya gk dpt plh cipta teknologi, apa gk malaysia? nak harapkan pemasangan komponen2 luar jak smpey bila malaysia nak terkenal dgn teknologi tersendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:46 AM | Show all posts
....bak kata perpatah....indah kabar dari rupa.....

bena kata diril Al,... berapa tahun dah kereta malaysia... aku pun dah lupa...rasanya 1985 kot??

masih gia-gia juak produk kita....   dah ya jual mahal2 ngalah keta luar...

tapi aku masih juak sik mampu meli keta luar
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 12:51 AM | Show all posts
sidak tok lagik mampu meli kata TOYOTA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 12:58 AM | Show all posts
ambik contoh honda accord 1986, zaman ya semua dh di pasang power window dpn blkg & power stering, malaysia tok taun tok masih juak nk ngeluar proton saga yg dh di upgrade dgn sikit ubahsuaian dalaman (sikit jak ubah suai nya, ya pun msh pkey enjin lamak). sik juak pasang power stering. lokek na PROTON eh!! dgn rakyat pun nk cekik darah!!:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 01:04 AM | Show all posts
yalah..sygmirza,nak k bukak pintu ya nang senang rosak koh..kin waja ka,cuba perati keta waja di jeraya,semua jak handle pintu nya betuka kaler.dahla susah carik spare handle yang kaler dikehendaki.semua jak handle rona itam.apajaklah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2007 01:08 AM | Show all posts

Reply #16 adziah's post

auk lah ad...keta abg ipar aku... baruk last week tukar handle pintu nya...jem.. dah lah pintu dua2 belakang x dpat bukak....
Jen2 pun gia...cousin aku meli keta ya... bermasel lengan nya mukak pintu keta ya.... susah lalu nak dibukak.... nuk pa molah keta gia gilak...nampak sik professional dak proton tok...:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 01:10 AM | Show all posts
aok eh...eksen jak design kacak konon,tapi rapuh!
ya sama jak ngan mpuan lobos dingkah make-up 10inci!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2007 01:21 AM | Show all posts
bagai pondan yg kacak, perfect & ayu tp pley gk dpt stud..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 01:30 AM | Show all posts
pa reti yaa???pajaklahhh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.056916 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list