View: 3588|Reply: 16
|
PAHALA BACAAN SAMPAI, KENDURI ARWAH BOLEH
[Copy link]
|
|
PAHALA BACAAN SAMPAI, KENDURI ARWAH BOLEH
PERSOALAN
Saya kerap menghadiri majlis kenduri - arwah serta tahlil. paling kerap selalu-nya sebelum tiba bulan ramadan..
Adakah amalan ini di-buat oleh Rasullah dan para sahabat..
PENGIRIM
Hmm.. kalau tak silap saya amalan ni tidak ada pada zaman Rasulullah..
Firstly kena tanya apa sebenarnya tujuan bertahlil dan kenduri arwah tu diadakan? Adakah untuk yg hidup, atau adakah untuk yg dah meninggal dunia?
Kalau untuk yg telah meninggal dunia, saya rasa kita perlu merenung ayat Qur'an ini :
53:39 That man can have nothing but what he strives for;
Jadi jika dalam tahlil tu kita menyebutkan ini :
"Allahumma ausil tsawmaba ma wara'nahu ila ruhi " (Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaan tahlil kami tadi kepada roh), maka ianya bertentanganlah dengan apa yg Allah firmankan dalam An-Najm ayat 39.
ALEX
Banyak ulama terdahulu yang faham dan menggunakan ayat 39 surah an-Najm tetapi mereka tetap mengatakan SAMPAI. Sudah pastilah pasra ulama itu jauh lebih berkesarjanaan berbanding kita yang dhaif ini.
Pertama sekali kita lihat fatwa SYEIKH IBNU TAIMIYYAH.
IBNU TAIMIYYAH: (Kutub war Rasaail wal Fatawa Ibnu Taimiyyah fil Fiqh ms 366 vol 24 - Maktabah al Fiqf wa Usulih)
“Adapun masalah bacaan sedekah dan selain keduanya daripada segala amal kebajikan, maka TIADA BERBANTAH (TAK ADA KHILAF) di kalangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah pada SAMPAINYA pahala segala ibadat maaliyah (berupa harta benda) seperti sedekah dan memerdekakan hamba, sebagaimana SAMPAI JUGA KEPADA MAYAT, sampai doa (di sisinya), istighfar (memohonkan keampunan untuknya), solat jenazah dan doa di sisi kuburnya.”
“Telah berbantahan (berkhilaf pendapat) pada masalah ibadat amalan badaniah seperti puasa, solat dan bacaan. YANG BETUL- BAHAWA KESEMUANYA SAMPAI KEPADA MAYAT.”
Adapun sebahagian MEREKA YANG BERHUJAH (MENGATAKAN TIDAK SAMPAI) DENAGN FIRMAN ALLAH SURAH AN-NAJM AYAT 39, , maka dijawab kepadanya: Sesungguhnya telah sabit di dalam sunnah (hadith) yang mutawatir dan ijmak ummah bahawasanya SAMPAI.”
Ditanya akan dia: “Berkenaan bacaan (Al Quran) yang mengirim ahli mayat (keluarga si mati) kepada mayat tasbih, tahmid, tahlil dan takbir, apabila mereka menghadiahkannya kepada mayat- adakah sampai pahalanya kepada mayat atau tidak?”
Dijawabnya: “SAMPAI KEPADA MAYAT bacaan ahli (keluarganya), sama ada tasbih, takbir, dan seluruh zikir mereka yang dibuat kerana Allah, apabila mereka menghadiahkan kepada mayat nescaya sampai ia.”
(Kitab yang sama ms 324)
Jadi, IBNU TAIMIYYAH kata SAMPAI.
Kita lihat pula apa kata SYEIKH IBNU QAYYIM.
IBNU QAYYIM: (AR RUH cetakan kedua Haidar Abad ms 13)
“Sesungguhnya tersebut daripada satu jemaah daripada SALAF, bahawa MEREKA BERWASIAT MEMBACA AL-QURAN DI SISI KUBUR MEREKA PADA MASA MENANAM. Mereka. Abdul Haq berkata: bahawa ABDULLAH BIN UMAR RA menyuruh dibacakan Surah Al Baqarah di sisi kuburnya, sebahagian daripada orang yang menyaksikan perkara tersebut (wasiat itu) ialah Ali bin Abdul Rahman.”
“IMAM AHMAD pada mulanya mengengkari perkara tersebut sebab belum sampai lagi kepadanya hadith. Selepas itu beliau rujuk kembali daripada fatwanya (mengatakan SAMPAI pula).”
Al Hassan bin as Sobah az-Za;farani berkata: Aku bertanya kepada Imam Syafie berkenaan membaca Quran di sisi kubur, maka beliau menjawab: “TAK MENGAPA dengannya.”
Al Khilal menyebut lagi: “Adalah golongan Al Ansar (sahabat), apabila ada kematian di kalangan mereka, mereka pergi ke kubur yang kematian itu, membaca Quran di sisinya.”
Pada ms 188 pula:
“SAMPAI ibadah yang bangsa badan kepada orang yang mati seperti solat, puasa , baca Quran dan zikir di sisi IMAM AHMAD dan kebanyakan salaf. Yang MENGATAKAN tak sampai ITU ADALAH AHLI BIDAAH DARIPADA GOLONGAN ULAMA USULUDDIN.”
Mengulas ayat Surah An Najm pula, di ms 205:
“Telah mengkahabarkan oleh Allah SWT, bahawa manusia tidak mempunyai melainkan usahanya. Adapun usaha orang lain adalah kepunyaan yang mengusahakannya. Maka JIKA MAHU, DIBERIKANNYA KEPADA ORANG LAIN dan kalau dia mahu kekalkan buat dirinya (maka) dikekalkannya. Allah Taala tidak pula berfirman: La yantafi u illa bimaaa sa a’a.” (Tidak mengambil manafaat melainkan dengan apa yang ia usahakan)
“Adalah guru kami IBNU TAIMIYYAH memilih (memuktamadkan) wajah ini dan beliau mentarjihkannya.”
Jadi, macam mana?
IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM mengatakan sampai. Bahkan menurut IBNU QAYYIM, siapa yang mengatakan tidak sampai adalah AHLI BIDAAH!
Tuan-tuan mengatakan sampai atau tidak?
Kadang-kadang saya tersenyum sendirian. Kaum Salafi Wahhabi ataupun Salafi Tua menggunakan kalam Mazhab Syafie manakala kita menggunakan kalam Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.
Renung pula pendapat IBNU RUSYHD.
Kata IBNU RUSYHD dari Mazhab Maliki dalam Nawazil:
Pertanyaan tentang ayat 39 Surah An-Najm yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya.”
Beliau menjawab: “Jika membaca seseorang lelaki dan menghadiahkan pahala bacaannya kepada orang mati, nescaya HARUS demikian itu dan HASIL (dapat) BAGI SI MATI pahala tersebut.”
Kesimpulan kecil yang pertama- Surah an-Najm ayat 39 bukanlah hujah kukuh untuk mengatakan “tidak sampai”.
Hujah pertama sudah selesai, kita selidiki hujah kedua.
BERSAMBUNG... |
|
|
|
|
|
|
|
PENGIRIM
Saya pastekan beberapa pendapat ulama' dan rujukan dari Qur'an dan Sunnah :
"Adalah, bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), "Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri."
ALEX
Sebelum kita bersandar dengan hujah-hujah mazhab Syafie, sepatutnya kita kena belajar dan memahami ilmu-ilmu mazhab tersebut terlebih dahulu. Hal ini kerana banyak kaedah-kaedah dan istilah-istilah untuk setiap mazhab berbeza. Sebab itulah kira berasa sungguh kesal dengan sebahagian tenaga pengajar agama dengan mudah-mudah mengajar ataupun memetik kitab-kitab bermazhab Syafie dan menghuraikannya mengikut pemahaman sendiri sahaja. Contoh paling mudah ialah Dr. Asri.
Hal ini ada saya sentuh lebih mendalam dalam artikel saya bertajuk “BAHAYA ISRAILIYYAT, BAHAYA LAGI WAHHABILIYYAT” yang boleh tuan-tuan baca dan kaji di
http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0
(Tolong baca artikel ini kerana beberapa permasalahan di bawah hanya dapat difahami setelah anda membaca artikel ini)
Banyak orang bertaqlid sahaja dengan iklan-iklan baik oleh manusia mahupun media. Apabila iklan-iklan ini mencanangkan KESARJANAAN DR ASRI, kita mudah mengikut tanpa soal selidik lagi. Bukankah sikap bertaqlid buta tanpa kajian begini ditentang keras dalam dakwah Salafi Wahhabi? Jika benar begitu, kita kena buktikan dengan tindakan, bukan sekadar menggesa orang lain tidak bertaqlid tetapi kita sendiri bertaqldi buta.
Untuk memastikan KESARJANAAN DR. ASRI, tuan-tuan boleh baca DAN KAJI artikel-artikel di bawah tanpa sikap taksub:
Pertama
http://myalexanderwathern.freeph ... amp;t=2&start=0
Kedua
http://myalexanderwathern.freeph ... =viewtopic&t=12
Kedua-dua tulisan ini hanyalah sebagai muqaddimahnya. Untuk memahami lebih banyak permasalahan ini, tuan-tuan boleh ke
http://myalexanderwathern.freeph ... ews&new_topic=9
Jadi, tanyalah diri kita sendiri, “Aku berhujah dengan mazhab sekian-sekian, apakah aku sudah belajar selok-belok mazhab-mazhab itu?”
Baiklah, kita terus kepadA kalam mazhab Syafie yang dipetik oleh pengirim.
Hujahnya:
“…maka PENDAPAT YANG MASYHUR dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat”.
Apa maksud “pendapat yang masyhur’” ataupun di kalangan ahli agama disebut QAUL MASYHUR?
“Maka QAUL MASYHUR ialah yang mengibaratkan oleh pengarang (Imam Nawawi) dengannya, bagi tujuan memberitahu bahawa ADA KESAMARAN MUQABILNYA (pertentangan) SESUATUPENDAPAT TERSEBUT. Dan bagi pengarang, terjadi pentarjihan yang berlawanan di antara kitab-kitab beliau, yang terbit (disebabkan) berubah ijtihad (sama ada Imam Syafie sendiri atau mujtahid mazhab atau mujtahid tarjih). Maka HENDAKLAH MENGAMATI DEGAN MENGHURAIKAN PERKARA TERSEBUT KE ATAS MEREKA YANG MAHU 9YANG MAMPU) mentahqiqkan (memeriksa dalil-dalilnya) mengikut jalan-jalan (kaedah) nya.”
(Qaul Masyhur ini telah diistilahkan oleh IMAM NAWAWI dalam kitab Minhaj, dan telah disyarahkan oleh SYEIKH IBNU HAJAR dalam Tuhfah: ms 84, juzuk 1, cetakan Daarul Kutub al Ilmiyah 1996 sebagaimana di atas.)
Jadi, Qaul Masyhur adalah satu ISTILAH YANG DIPOPULARKAN OLEH IMAM NAWAWI dan PARA MUJTAHID TARJIH mazhab Syafie, bukannya istilah Imam Syafie sendiri.
Maksudnya, Qaul Masyhur BUKANLAH PENDAPAT MUKTAMAD. Ia hanyalah pendapat yang dipegang ketika itu setakat kajian yang telah dijalankan, DAN ADA PULA PENDAPAT LAIN DAN PENDAPAT LAIN ITU MASIH BOLEH. Itulah Qaul Masyhur. Malangnya istilah ini telah DISALAH ANGGAP oleh sesetengah pihak SEBAGAI PENDAPAT MUKTAMAD ataupun seolah-olah PENDAPAT MUKTAMAD. Inilah silapnya. Mereka yang melakukan hal ini biasanya yang kurang mahir ataupun tidak pernah belajar selok-belok Mazhab Syafie.
“Dan sesungguhnya telah menyelidiki dan membahas fatwa-fatwa kedua-dua Syeikhul Mazhab (iaitu IMAM RAFAIE dan IMAM NAWAWI) oleh mereka (para ulama) yang kemudian, dan mereka telah menerangkan yang mana muktamad dengan yang tidak muktamad, menurut perkiraan (penilaian) mereka.”
(Majmuk Kutubis Sab’ah al Mufidah ms 34)
Apakah maksudnya?
Maksudnya, pendapat atau pentarjihan yang telah dilakukan oleh kedua-dua orang mahaguru mazhab ini MASIH BOLEH DINILAI SEMULA dan begitu juga terhadap qaul-qaul masyhur yang diriwayatkan daripada Imam Syafie.
Maka, pendapat Imam Syafie yang mengatakan TIDAK SAMPAI ITU BUKANNYA MUKTAMAD untuk diwartakan sebagai fatwa Mazhab Syafie. Ia hanyalah qaul yang masyhur. Apabila disebut masyhur, maknanya lawan daripada pendapat yang masyhur itu adalah suatu yang tidak jelas kedudukannya. LAWAN QAUL MASYHUR ini dinamakan MUQABIL MASYHUR. Jika kajian menunjukkan Muqabil Masyhur ini lebih kukuh sandarannya, maka ketika itu ia boleh pula akan menjadi Qaul Masyhur.
Selain itu, kita nilailah kata-kata Imam Syafie ini:
“Berkata Imam Syafie: Dan AKU SUKA jikalau DIBACAKAN AL QURAN di sisi kubur dan DIDOAKAN terhadap mayat.”
(Makrifatus Sunan oleh IMAM AL-BAIHAQI juzuk 4 ms 191 cetakan Darul Kutub).
Kesimpulan kecil yang kedua- QAUL MASYHUR Mazhab Syafie bukanlah hujah kukuh untuk menolak “sampainya pahala bacan kepada mayat”.
Kita lihat pula hujah ketiga.
BERSAMBUNG... |
|
|
|
|
|
|
|
PENGIRIM
Serta dalam sebuah sabda Nabi Sallallahu `alaihi wasallam yang bermaksud, "Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati" (an-Nawawi, Syarah Muslim : juz 1 hal; 9)
- Imam Nawawi dalam Commentary on Sahih Muslim
ALEX
IMAM NAWAWI ialah salah seorang tokoh besar Mazhab Syafie. Setakat pemahaman saya, tidak nampak pun apa-apa petunjuk daripada Imam Nawawi menunjukkan TIDAK SAMPAI berdasarkan petikan di atas.
Kita lihat apa sebenarnya pegangan Imam Nawwai dalam hal ini.
“Berkata Imam Syafie: DISUNATKAN bahawa dibacakan di sisinya (mayat) sesuatu daripada al Quran, dan jika mereka mengkhatam seluruh al Quran- itu adalah lebih baik.”
(Riadhus Solihin oleh IMAM NAWAWI ms 415 bab 2)
Dalam terjemahan AL ADZKAR oleh IMAM NAWAWI terbitan Al Haramain, Kuala Lumpur dituliskan:
Mengenai sesuatu yang bermanafaat bagi mayyit.
Para ulama telah sepakat bahawa doa bagi orang mati bisa bermanfaat bagi mereka dan sampai pahalanya kepada mereka.
Mereka berhujah dengan firman Allah SWT:
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka berkata: Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman.”
Dan dengan ayat-ayat lainnya yang masyhur yang semakna dengannya. Dalam hadith-hadith yang masyhur seperti doa Rasululllah saw:
“Ya Allah, ampunilah penghuni (kuburan) Bagi’ Al-Gharqad.”
Dan seperti doa Rasulullah saw:
“Ya Allah, ampunilah orang yang hidup di antara kami dan yang mati di antara kami.”
Para ulama berselisih pendapat mengenai sampainya pahala pembacaan Al-Quran.
Yang MASYHUR (harap rujuk semula apa makna pendapat Masyhur pada Mazhab Syafie sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini) dan segolongan ulama adalah tidak sampai pahalanya.
AHMAD BIN HANBAL dan segolongan ulama dari SAHABAT SYAFIE berpendapat bahawa ia bisa sampai.
YANG TERPILIH dalah pendapat agar pembaca mengucapkan sesudah selesai membaca Al Quran: “Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat yang kubaca kepada Fulan.
Wallahualam.
Tamat petikan daripada terjemahan Al-Adzkar.
“Berkata Imam Syafie: DISUNATKAN bahawa dibacakan di sisinya (mayat) sesuatu daripada al Quran, dan jika mereka mengkhatam seluruh al Quran- itu adalah lebih baik.”
(Riadhus Solihin oleh IMAM NAWAWI ms 415 bab 2)
Jadi, dengan meletakkan petikan kalam Imam Nawawi tanpa ulasan sebegini boleh mendatangkan salah faham. Ini hal agama, kita mestilah berhati-hati lebih daripada membicarakan hal-hal lain.
Kesimpulan kecil yang ketiga- hujah ini tertolak.
BERSAMBUNG...
* Ada 11 hujah. Semuanya ditanggap secara ilmiah dengan fakta-fakta yang jelas. Ikuti 8 hujahan lagi beserta KESIMPULAN AKHIRNYA di
http://myalexanderwathern.freeph ... order=0&thold=0 |
|
|
|
|
|
|
|
tu ramai yg sibuk2 kata wahabi ikut ibnu taimiyyah pasai apa?
wahabi tak tahlil... |
|
|
|
|
|
|
|
jadik kesimpulan disini ialah... pahala mmg sampai lah & kenduri arwah boleh ekkk??? |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg kata sampai dan ada yg kata tak sampai
masing2 ada hujah masing2
kesimpulannya bg saya ialah allah je yg tahu
cuma saya selalu niat dlm hati...
kalau betul pahala buleh dihadiahkan maka saya hadiahkan ... kalau tidak betul maka saya pohon keampunan kepada allah ... sbb saya serba tak tahu ... ulama juga berselisih pendapat ... hanya pada allah saya berserah... allah maha mengetahui segala galanya |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah menghadiahkan pahala bacaan yassin kepada arwah ibu saudara saya...dan pada malamnya saya bermimpi dia datang dan tersenyum memandang saya. |
|
|
|
|
|
|
|
**edit**
patutlah moved....
[ Last edited by pipi at 8-6-2007 12:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
bila disebut sahaja kenduri arwah, bacaan tahlil, yasin dsb utk si mati maka akan timbullah beberapa persoalan yg sudah lama dikemukakan jawabannya, sudah bertahun-tahun lamanya ia diperbincangkan mengenai kesahehannya, kebenarannya, kestabitannya daripada al-Quran dan as-Sunnah.. adakah ianya benar dan menepati syara'?? adakah benar ianya merupakan amalan nabi Muhammad saw dan para sahabat?? atau ianya tiada diperamalkan oleh mereka cuma diperbolehkan atau ianya langsung tidak benar dan tidak boleh diamalkan sama sekali..?? berwarna-warnilah fikiran kita dengan pelbagai persoalan dan tanda tanya.. dan bila ditanya.. ada yg memberikan jawaban begitu begian dsb.. yg menyebabkan sesetengahnya semakin keliru dan keliru dengan jawaban yg dikemukan.. ianya tidak lain kerana hanya berlaku sedikit kesamaran dan ketidakjelasan dalam menghuraikan mengenai perkara ini..
apa yg jelas dan tsabit dari nas ialah bacaan al-Quran dll yg HANYA dikerjakan oleh KELUARGA si mati tersebut.. mengenai amalan yg dikerjakan oleh mereka tadilah ulama' dan ahlul kalaam berselisih pendapat mengenainya.. ada yg mengatakan hanya bacaan al-Quran yg sampai pahalanya kepada si mati.. ada yg mengatakan tidak.. dan ada pula yg mengatakan amalan2 yg lain juga sampai kepada si mati dan ada yg mengatakan tidak.. TETAPI semuanya berkisar tentang amalan yg di kerjakan oleh sanak saudara si mati itu sendiri.. BUKANNYA orang lain yg langsung tiada kena mengena dengan si mati tersebut bahkan hanya diUPAH dan dipinta dari mereka utk TOLONG membaca al-Quran dan melakukan amal ibadat lain dengan harapan agar pahala bacaan mereka tadi SAMPAI kepada si mati.. dalam hal bacaan orang yg tiada hubungan persemendaan ini, TIADA ulama' yg mengharuskannya bahkan mereka mengecam orang yg melakukannya..
dan mengenai kenduri arwah (kenduri yg diadakan utk menjamu orang-orang yg diberi upah utk melakukan amal ibadat td) saya katakan ia tidak tsabit dari nas utk diadakannya..
dalam masalah DOA kepada si mati pula, ia memang tsabit dari nas utk kita mendoakan si mati, nabi saw dan para sahabat memang ada berdoa kepada orang yg sudah mati dan DOA kepada mereka yg telah pergi amatlah digalakkan.. TETAPI, jangan sesekali disamakan antara DOA dan SEDEKAH PAHALA (seperti yg saya sebutkan di atas).. kedua-duanya bukan merupakan perkara yg sama.. kedua-duanya mempunyai identiti tersendiri..
sekian utk seketika ini..
salam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknya pendusta agama bertebaran hari ini...
"dalam hal bacaan orang yg tiada hubungan persemendaan ini, TIADA ulama' yg mengharuskannya bahkan mereka mengecam orang yg melakukannya.."
Dalam artikel di atas, dipetik:
SYEIKHUL ISLAM ZAKARIA AL-ANSARI (seorang lagi tokoh besar Mazhab Syafie) menyebut dalam Syarah Ar raudh (Asnal Mutalib) pada Kitab al-Ijarah:
“Mengupahkan bacaan Quran di atas kubur di masa tertentu, atau dengan kadar (bayaran) yang maklum maka adalah HARUS kerana:
1. mengambil manafaat dengan sebab TURUN RAHMAT ketika dibaca Quran……………(panjang lagi)………………. Nescaya kembalilah (DAPAT) manafaat Quran itu KEPADA SI MATI.
2. bahawasanya doa berhubung (SAMPAI) kepada si mati, padahal doa selepas membaca Quran lebih hampir diberkenankan dan lebih berkat
3. bahawasanya apabila dijadikan (diberikan) pahala yang hasil dengan sebab bacaan Quran iaitu didoakan (pahala bacaan tersebut diberikan) kepada mayat, maka DAPAT manafaat mayat tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap lebih banyak pendedahan mengenai wahabi di buat di sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abuaya at 11-6-2007 08:52 PM
aku harap lebih banyak pendedahan mengenai wahabi di buat di sini...
Sedkit-dikit kebusukan wahabi akan terdedah.:@
Pastinya wahabi akan tersungkur mati menggelupur. |
|
|
|
|
|
|
|
buaya tersungkur di kaki lima
dah baca tersungkur dipintu syurga? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 19-6-2007 10:04 AM
buaya tersungkur di kaki lima
dah baca tersungkur dipintu syurga?
Penulisnya dah pun tersungkur terkapar-kapar. |
|
|
|
|
|
|
|
abuya apa khabar sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 28-6-2007 01:22 PM
abuya apa khabar sekarang?
Ya...ana pun teringin nak tahu bagaimana Abuya sekarang.
Hopefully the rufaqaqians will answer the questions and give some informations.
Long live Abuya! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 pasarmalam's post
salam dan ketemu lagi..
dalam keterangan yg saudara kemukan, saya tidak kelihatan adanya bukti-bukti dan dalil-dalil yg utuh.. kalaupun ada hanyalah pendapat-pendapat para ulama yg masih dipertikaikan.
utk kali keduanya saya nyatakan bahawa amal ibadah yg dikerjakan kita seharian ini mestilah bertepatan dengan nas dan syara' yg jelas. kerana ibadah yg dimaksudkan dan diharapkan ialah agar ia bisa memberikan manfaat kepada kita, bukan utk ditimpa balasan dan azab siksanya.. sekiranya sudah didapati keterangan dan kebenarannya didalam sunnah nabi saw, maka usahlah kita tergesa-gesa mencari yg lain pula.
dalam masalah meminta orang lain utk menyampaikan pahala bacaan quran kepada mayyit ini, saya katakan tidak ada nas yg JELAS yg bisa mengharuskannya..
jika kita teliti dan amati sirah nabi saw dan para sahabat ra.. nescaya kita tidak akan dapati sama sekali amalan meminta orang lain menyedekahkan pahala bacaan quran kepada mayyit. kita sedia maklum bahawa dizaman nabi saw dan para sahabat juga ada orang yg mati meninggalkan dunia, seperti dunia kita sekarang ini!! tapi mengapa pula tidak kita dapati walaupun hanya sekali sahaja nabi saw pernah meminta mana-mana sahabatnya supaya menyedekahkan pahala bacaan quran mereka kepada mayyit?? begitu juga dengan para sahabat.. tidak ada dinukilkan mereka meminta sesiapa membacakan quran utk disedekahkan pahalanya kepada mayyit?? apa perkara ini tidak bagus? mengapa tidak nabi saw dan para sahabat mengabarkan kita mengenainya?
jawabnya bisa kita ketemu didalam ayat al-Quran yg bermaksud :
揇an bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|