CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9722|Reply: 48

mengimbau sejarah di segala daerah...

[Copy link]
Post time 3-6-2007 09:25 PM | Show all posts |Read mode
ada cerita sejarah dalam mana-mana daerah di perak?  ceritakan lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-6-2007 09:31 PM | Show all posts
aku mulakan dahulu.

cerita 1:
di pekan grik, dahulunya ada satu patung gajah didirikan sebagai tugu memperingati tokoh-tokoh tempatan (orang grik) yang berjuang demi kedaulatan negara (di grik).  ada plak dengan senarai nama di bawah patung gajah tu.  generasi umur 40an --> 60an cukup ingat perkara ini malah hafal satu-satu nama tokoh-tokoh tersebut.  kalau terserempak dengan tokoh-tokoh ni, mereka (bebudak masa tu) rajin dok bagi tabik hormat atau salute he he he..
namun begitu, atas sebab patung gajah tu cukup 'sempurna', maka ada yang jatuhkan hukum haram.  akibatnya, patung gajah ini dirobohkan dan satu lanskap (beserta tanduk rusa) didirikan di tempat itu.

sayangnya, plak asal atau yang baru (dengan nama tokoh-tokoh tempatan) tidak diletakkan semula.

akibatnya, ramailah generasi muda, termasuk aku, yang tak kenal tokoh-tokoh grik ni walaupun ada diantaranya adalah datuk/moyang/saudara aku sendiri.  fakta yang sungguh menyedihkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2007 09:38 PM | Show all posts
cerita 2:

kenapa patung gajah?  kerana di grik, banyak gajah berkeliaran.  

malah, residen inggeris menggunakan gajah untuk melawat grik.  residen inggeris biasanya cukup rajin datang melawat grik.  oh ye, grik ditadbir secara direct oleh residen inggeris yang berada di taiping.

korang perasan tak, jalan lama ke grik yang bengkak-bengkok macam ular dipalu tu sentiasanya betul-betul bersebelahan dengan sungai kan?  korang ingat tak?  aku selalu sangat muntah-muntah kalau balik kampung dedulu...

he he he, ini kerana asalnya itu lah jalan gajah.  jalan yang digunakan oleh residen inggeris untuk ke grik.  senang gajah tu nak berehat di sungai bila dahaga, panas, letih, etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2007 09:43 PM | Show all posts
cerita 3:

kembali ke cerita 1, lanskap baru ialah yang tanduk rusa kan kan kan...  jadi ramai yang bertanya, kenapa tanduk sahaja?  haaaaaa ada ceritanya juga tau.  jangan tak tau.

kepala rusa tu ada dalam tanah.  hanya tanduknya saja yang muncul atas tanah.

kenapa begitu?

kerana didepannya (seberang jalan) ada 2 harimau (maybank & esso).  sebab itu lah rusa tu menyorok   :lol  

sori.. sori..  aku tak terdaya menahan diri aku untuk jangan buat lawak ni    :lol  
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 3-6-2007 09:31 PM
aku mulakan dahulu.

cerita 1:
di pekan grik, dahulunya ada satu patung gajah didirikan sebagai tugu memperingati tokoh-tokoh tempatan (orang grik) yang berjuang demi kedaulatan negara (di gri ...


baru aku tau even dah 4 tahun stay kat sinih dulu2 ada patung gajah...tanduk rusa dekat ngan traffic light tu kan

[ Last edited by  Joe Hahn at 3-6-2007 10:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 3-6-2007 09:43 PM
cerita 3:

kembali ke cerita 1, lanskap baru ialah yang tanduk rusa kan kan kan...  jadi ramai yang bertanya, kenapa tanduk sahaja?  haaaaaa ada ceritanya juga tau.  jangan tak tau.

kepala r ...


ceh...rusa takut ngan rimau esso ngan rimau maybank tu la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2007 11:02 PM | Show all posts

Reply #5 Joe Hahn's post

ya betul :clap:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2007 06:39 PM | Show all posts
huh takkan takde langsung yang ingat sejarah-sejarah tertentu di tempat korang?   muda sangat ke korang ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 01:27 AM | Show all posts

Reply #8 Gemukkkkkkk's post

muda belia kak.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 4-6-2007 06:39 PM
huh takkan takde langsung yang ingat sejarah-sejarah tertentu di tempat korang?   muda sangat ke korang ni?


entah le muk, tak ingat la..... yg aku ingat pegi sekolah naekbasikal.... pastu ader pasar rabu pagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 09:13 AM | Show all posts
apa-apa cerita yang menarik pun takpe.  contohnya cam cerita aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 09:44 AM | Show all posts
Sejarah Kg Manjoi..... amik kat wikipedia....

-Pada tahun 1900, Uda Kidal membawa diri dari kampung asalnya di Bota, Perak dan meneroka sebuah kawasan di pinggir Ipoh untuk dijadikan tempat mencari rezeki. Bermula dengan sebuah rumah yang didiami bersama isteri, Teh Manja, kawasan itu `membesar' sebagai sebuah petempatan Melayu terkenal di Perak yang kemudiannya dinamakan Kampung Manjoi.

-Menurut cucu Uda Kidal, Abdul Mat Desa, 73, yang masih menetap di Manjoi, ia sempena nama seorang lelaki alim, Tok Manjoi, yang terlalu rapat dengan datuknya Uda Kidal. Tok Manjoi berpesan kepada Uda Kidal supaya menjaga kawasan berkenaan dan memastikan penduduk di situ tidak bermusuh sesama sendiri.

-Mengikut cerita lain pula, nama itu diambil sempena nama isteri Uda Kidal, Teh Manja. Manja disebut `Manje' dalam loghat Parit. Kawasan itu kemudian dinamakan Manjoi.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 09:47 AM | Show all posts
Gugusan Manjoi seluas 560.8 hektar merangkumi:

Kampung Manjoi
Kampung Tengku Hussein
Kampung Sungai Tapah
Kampung Dato Ahmad Said
Kampung Jelapang Baru.

Gugusan itu mempunyai 6,409 rumah dengan lebih 31,000 penduduk.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 10:00 AM | Show all posts

Reply #12 apouy's post

baru le aku tau sejarah kg manjoi ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 10:02 AM | Show all posts

Reply #14 tapei_ubi's post

sama la kite.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 5-6-2007 09:13 AM
apa-apa cerita yang menarik pun takpe.  contohnya cam cerita aku tu



hmmm.

ni cerita dari bapak aku...

Bagan datoh telah diteroka oleh orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 10:13 AM | Show all posts

Reply #16 TheOne's post

oke le tuh..... abg ipar apouy org bagan datuh gak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 10:52 AM | Show all posts
haaaa.. camtu la.. makin banyak cerita dah muncul :clap:  teruskan! teruskan menyumbang!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 12:27 PM | Show all posts
Sejarah Batu Gajah (tempat teman membesor)                           

Mengikut bukti yang ada, Batu Gajah sudah wujud sekitar tahun 1870an. Menurut diari J. W.W. Birch, Resident British pertama di Perak. Beliau pernah melawat Batu Gajah pada 30 April 1875. Beliau menyebut Batu Gajah sebagai sebuah kampung yang besar di tepi Sungai Kinta dan terdapat sebuah relau yang besar untuk melebur bijih timah.

‘… at 4.15, we arrived at Batugaja on the left bank, a large and fine village

where the soil is very good. There are about 30 or 40 houses, and a large

smelting house.’ (1)

Ini memunjukkan perkembangan awal Batu Gajah adalah berkait rapat dengan kegiatan perlombongan bijih timah yang mula berkembang di Jajahan Kinta pada masa itu. Batu Gajah merupakan nama yang diambil daripada batu yang menyerupai gajah. Beberapa versi telah dilaporkan. Mengikut versi yang pertama, apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka semuanya penganut agama Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum benama, mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai bentuk dua ekor gajah. Kemudiannya, batu itu telah diletakkan di tebing Sungai Kinta untuk dua tujuan. Pertama, untuk memudahkan mereka mengenali tempat tersebut dan keduanya mungkin sebagai tempat penyembahan.

‘This stone is addressed as the Toh Gaja, and everyone passing is supposed to pluck a

Handful of grass or leaes, and striking the Toh Gaja seven times on the bres with them,

To ask him for fine weather fo the journey’

Versi kedua menurut orang-orang tua, pada zaman dahulu terdapat sejenis makhluk bernama SangKelembai (Gelembai atau Gedembai)). Makhluk ini dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah benda-benda hidup menjadi batu apabila ia menegurnya. Pada waktu itu, daerah ini diliputi hutan tebal tempat gajah-gajah liar merayau dengan bebas. Suatu hari, dua ekor gajah yang sedang menyeberangi Sungai Kinta telah ditegur oleh Sang Kelembai lalu menjadi batu; Batu berbentuk dua ekor gajah itu masih terdapat di Sungai Kinta berhampiran Kampung Pisang, tetapi ia hampir hilang akibat hakisan dan kegiatan perlombongan. (3) Kisah legenda ini tidak pernah disahkan benar atau sebaliknya.

Versi ketiga berkaitan dengan kegiatan perlombongan bijih timah. Pada peringkat awal, perlombongan bijih dikuasaioleh orang Melayu. Pekerja mereka ialah orang Cina. Semasa kerja melombong, mereka telah menemui batu-batu sebesar gajah dan keras seperti kepala gajah. Pelombong-pelombong kemudiannya menamakan kawasan yang mempunyai batu-batu itu ‘Batu Gajah’ (Batu Besar).

Perlu dinyatakan di sini bahawa gajah bukanlah sesuatu yang asing bagi orang Melayu. Binatang darat paling besar ini telah digunakan secara meluas sebagai kenderaan atau alat pengangkutan darat di negeri-negeri Melayu sehinggalah awal tahun 1910-an. Dalam perarakan diraja Perak, pasukan gajah yang membawa rengga* biasanya dihias berwarna-warni diiringi oleh juak-juak+ yang berpakaian indah membawa alat-alat kebesaran dan payung diraja. Di samping itu, gajah juga digunakan dalam kerja-kerja pembalakan dan mengangkut hasil serta alatan perlombongan bijih timah di daerah Kinta.

Panggilan nama ‘Batu Gajah’ ini bemula apabila ia telah di datangi oleh orang-orang dari suku kaum Batak, Kurinci, Selayang, Bugis, Batu Bara, Kampar dan Mendailing. Mereka datang menaiki sampan atau sekuci, perahu dan lading melalui muara Sungai Perak menuju terus ke Sungai Kinta membawa barangan keperluan pelombong dan penduduk kampung. Perjalanan dari Teluk Anson (Teluk Intan) ke Batu Gajah biasanya memakan masa empat hingga lima hari. Apabila tiba di sesebuah kampung, gong dibunyikan untuk menarik para pelanggan. Orang Kampar membawa kain hitam, belacan, kain sutera putih, kain rawa (batik, tembakau, atap nipah dan ikan peda (pekasam) untuk dijual. Dalam perjalanan balik pula mereka mengangkut naik bijih timah.  

Batu Gajah terletak di mukim Sungai Terap, iaitu salah satu sebuah mukim dalam Jajahan Kinta. Pada peringkat awalnya, mukim Sungai Terap di dalam pegangan Dato’ Amar di Raja. Beliau ialah orang Besar 16 di bawah kelolaan Dato’ Panglima Kinta. Di antara Dato’ Amar yang terkenal ialah Tok Amar Naam, Tok Amar Abu Kassim dan Tok Amar Pandak Akhat. Tok Amar Naam telah dilantik oleh Sultan Ismail, yang ketika itu pentadbirannya berpusat di Pulau Cempka Sakti pada tahun 1872, iaitu sebelum bermula campur tangan British di Perak.  Selepas Tok Amar Naam meninggal dunia, jawatan tersebut telah diambil alih anaknya Tok Amar Abu Kassim. Pada masa itu, pihak British sudah mula memansuhkan hak di bawa pembesar Melayu tempatan dalam urusan mengutip cukai dan pentadbiran di kawasan mereka. Tok Amar Kassim merupakan seorang yang alim dan tokoh yang tidak mahu tunduk terhadap pentadbiran British. Jawatan tersebut kemudiannya dipegang oleh Tok Amar Pandak Akhat. Pihak British telah menjadikan pembesar Melayu sebagi kakitangannya. Dato’ Amar Pandak Akhat telah diberi sagu hati sebanyak $1,050 sebulan. Ini kerana jasa baik beliau dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kaum Cina di Papan. Bagaimanapun, pada akhir hayatnya, beliau hanya menerima pencen sebanyak $500 sebulan. (4) Peranan Dato’ Amar di Raja menjadi kurang penting apabila Batu Gajah dijadikan pusat pentadbiran British bagi jajahan Kinta pada tahun 1892. Walau bagaimanapun sebagai pembesar Melayu, beliau tetap mempunyai pengaruh istimewa dan tersendiri di kalangan penduduk tempatan.

sumber http://www.mdkb.gov.my
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 12:33 PM | Show all posts
Yg ni teman kaut dr Wikipedia....


Sejarah Daerah Larut, Matang dan Selama ( kg teman, belah ayah )

Mengikut sejarah, bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sg. Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
Apabila British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874 d Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Tristam Speedy sebagai Penolong Residen British. Residen British Pertama di Perak adalah J W.W. Birch pula mendiami Pasir Salak yang ketika itu dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran British. Apabila peristiwa berdarah berlaku di Pasir Salak yang menyaksikan J. W.W. Birch dibunuh oleh pahlawan-pahlawan Melayu Perak yang diketuai oleh Satuk Sagor dan Datuk Maharajalela pada 2 November 1875, pihak British telah memindahkan pentadbiran Negeri Perak ke Bandar Taiping pada 1880-an.

Yg ni teman upload.Paling kiri tu gamba Marhum Sultan Abdullah.......yg tgh2 tu gamba mendiang Kapten Speedy.....kanan sekali tu mendiang JWW Birch. Kalau mata sepet,klik pada gambar ni utk paparan yg lebih besar.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.465133 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list