CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33071|Reply: 275

MYSTARZ LG

[Copy link]
Post time 21-5-2007 10:38 AM | Show all posts |Read mode
My Starz LG cari pakej dalam nyanyian, cipta laguOleh Rozdan Mazalan


[size=-2]
BERGANDING: Dari kiri, Aubrey, Mohd Azri, IG Kim, Shareen Ooi dan
Farihin bermatlamat mencari bakat berkualiti.

Program realiti terbaru hasil kerjasama TV3, ntv7 disiarkan Jun guna markah juri, SMS tawar hadiah RM100,000

BIARPUN banyak program realiti disajikan stesen televisyen sejak akhir-akhir ini, ia tidak menjadi soal selagi ada kelainan yang harus ditonjolkan dalam mempelbagaikan hasil produk bagi menepati kualiti diharapkan serta memenuhi selera masyarakat.


Inisiatif LG Electronics (M) Sdn Bhd yang mendapat kerjasama stesen televisyen TV3 dan ntv7 sebagai penyiar rasmi program My Starz LG membuka peluang kepada pencinta muzik untuk menonjolkan bakat mereka dalam industri hiburan tanah air.

Sebagai 憄latform
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2007 12:20 PM | Show all posts
MyStarz pengganti AF?
22-05-2007 11:52:10 AM
Oleh ZIEMAN  


Untuk pertama kalinya, sebuah program realiti TV akan diterbitkan mengikut acuan tersendiri.


My Starz, program realiti TV baru yang akan menemui penonton di TV3 pada bulan hadapan, bakal mengisi kekosongan Akademi Fantasia yang baru saja melabuhkan tirainya. Tujuan diadakan program ini adalah untuk mencungkil penyanyi serba boleh dan bukan sekadar menyanyi secara minus-one saja.


"Kami tidak akan memaksa mereka menjadi versatile" ujar Farihin mengenai kriteria My Starz
(Foto Fail The Star)

Kesemua pelajar akan mengikuti sistem pembelajaran sehingga habis walaupun mereka terkeluar lebih awal. Dua orang tenaga pengajar yang terdiri dari dua komposer hebat Farihin Abdul Fatah dan juga Aubrey Suwito akan bertindak sebagai pengetua dan pengarah muzik.

Setiap pelajar akan diberikan 'exposure' atau pendedahan bagaimana cara betul menyiapkan diri untuk menjadi penyanyi. Mereka juga akan terlibat dalam program kebajikan dan bermacam aktiviti kemasyarakatan yang lain sebagai satu cara untuk mendedah mereka dengan masyarakat.

Program ini akan diterbitkan oleh produser TV3 yang tidak asing lagi Jafni Abu Bakar yang telah berjaya mencorak banyak program di stesen tersebut.  

Sungguhpun program ini mencungkil bakat baru seperti AF, Mentor dan One In A Million, namun formatnya agak berlainan sama sekali dari Akademi Fantasia. Untuk pertama kalinya, 12 pelajar akan mengikuti kelas pembelajaran vokal, persembahan dan semua aspek tentang nyanyian dengan iringan sebuah band.

My Starz ingin terapkan kerjasama dan integrasi yang padu di antara pemain muzik, pelajar yang bakal bergelar penyanyi dan mereka-mereka yang di belakang tabir seperti juru makeup, penjaga wardrobe dan jurugambar.

Pelajar-pelajar ini juga akan diberi tips tentang PR skills dan bagaimana bergaul dengan pihak media juga bagaimana menjawab soalan-soalan dari mereka.


Aubrey Suwito turut bertindak sebagai pengetua dan pengarah muzik
(Foto Fail The Star)


Sebuah rumah yang dinamakan 'LG House" akan menjadi tempat pembelajaran di mana kesemua pelajar akan mengikuti kelas tersebut dari pagi sehingga petang.

"Mereka tidak dikurung di sini dan hanya perlu menjalani module pembelajaran yang telah kami sediakan. Mereka bebas berjumpa dengan keluarga dan rakan mereka.

"Kami akan menekankan kelas membaiki vokal, cara memegang mike yang betul, teknik-teknik nyanyian dan bagaimana berinteraksi dengan pemuzik iringan. Mereka akan didedahkan dengan cara menyanyi dengan iringan pemuzik.

"Tidak ramai penyanyi yang mempunyai kemahiran begini. Kebanyakan penyanyi baru selalu menggunakan minus-one," jelas Farihin yang akan bertindak sebagai Pengetua My Starz.  

Menurut Farihin lagi, kesemua pelajar akan diasah bakat mereka menurut genre muzik yang mereka mahir dan sesuai.

"Kami tidak akan memaksa mereka menjadi versatile. We dont want to kill their talent tapi cuba memberi panduan apa yang terbaik harus dilakukan untuk maximise kecenderungan mereka," kata Farihin lagi.

Pemenang My Starz berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100, 000, sebuah TV LCD berukuran 42" (kedua-dua tajaan LG) dan membuat rakaman album dengan rekod label antarabangsa.

Selain daripada hadiah-hadiah di atas, pihak LG juga akan menaja berbagai alat elektrik keluaran LG dan juga handphone terbaru keluaran LG iaitu LG Shine KE970, penghawa dingin dan juga Chocolate Audio sistem yang terbaru.

Audition di peringkat saringan sedang giat dilakukan sekarang di mana sambutan yang diterima agak luar biasa.

"Di Curve Damansara saja kita telah mendapat lebih kurang 350 orang penyertaan untuk dua hari dan bakat-bakat yang dicungkil terdiri diri mereka yang berpoetnsi menyanyi lagu-lagu berbagai genre," jelas Jafni ketika ditemubual baru-baru ini.

Ujibakat telah dimulakan mulai 19 hingga 20 Mei di Curve Damansara diikuti dengan Penang (Penang Gurney Plaza) pada 23 &b24 Mei, Johor Bahru (JB City Square) pada 26 & 27 Mei, Kucing (Kucing Tun Jaguh) pada 26 & 27 Mei, Kuantan (Kuantan Parade) 30 and 31 Mei dan Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Centrepoint) pada 2 & 3 Jun ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 12:40 PM | Show all posts
:kant: Banyak nyer rancangan camni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 07:49 AM | Show all posts
cam nk try masok laaa..... hmmm..... :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 03:13 AM | Show all posts
namer jer yg lain isi serupa cam realiti show yg dok ader la nie di tv........
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 02:39 AM | Show all posts
best la dengar lagu tema dia...
soran cam faizal oiam...
tak tau tajuk.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2007 01:51 PM | Show all posts
ntah apa2 la tv3...dh byk sgt dia wat pertandingan nyanyia...pastu semua hampeh.....

ni plak nak ikiut af...mmg x keana la tu...cara tv3 wat sesuatu citer pun cam hampeh....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 10:12 AM | Show all posts

Balas #6 adie82\ catat

lagu tema? ko dgr kt mane adie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2007 01:14 PM | Show all posts
Originally posted by adie82 at 28-5-2007 02:39 AM
best la dengar lagu tema dia...
soran cam faizal oiam...
tak tau tajuk.....

tajuknya gemuruh... mmg faizal oiam yang nyanyi.. ciptaan aubrey suwito.. lirik oleh tessh r.s
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 03:37 PM | Show all posts

Reply #9 rienn's post

Ek eh.. pncipta & pnulis lirik same ngan lagu Bisakah =Siti...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 03:38 PM | Show all posts
My Starz LG bimbing peserta jadi artis berbakatOLEH: KHADIJAH IBRAHIM
BAKAT baru dalam bidang seni suara, tentu teruja jika dapat bimbingan daripada para pemuzik berpengalaman. Dan itulah yang dijanjikan kepada 12 peserta (enam lelaki dan enam wanita) yang menyertai program baru terbitan TV3 dan NTV7, My Starz LG, program tajaan LG Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd.
Program ini masih lagi mencari para peserta berumur 18 tahun ke atas di seluruh negara sejak 19 Mei lalu untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu.
Setiap minggu para peserta akan diajar cara menyanyi dan mencipta lagu oleh ketua pelatih, Farihin Abdul Fattah dan pengarah muzik, Aubrey Suwito. Mereka juga akan diberi tunjuk ajar oleh kumpulan Superband yang terdiri daripada pemain bass Andy Peterson, gitaris Nan Salleh, pemain perkusi Steve Thornton dan pemain dram Luke Mason.
Seperti program TV realiti yang lain, peserta My Starz LG juga akan diadili menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebanyak 40 peratus dan 60 peratus lagi daripada juri profesional.
Program yang bakal disiarkan pukul 6 petang, mulai 17 Jun ini di TV3, tidak memerlukan pesertanya mempunyai pelajaran asas dalam bidang muzik. Cukup sekadar mempunyai bakat dan keberanian untuk mencuba.
Justeru itulah sewaktu uji bakat peringkat awal, penonton dibiarkan memilih para peserta sebelum juri membuat keputusan.
Kata Farihin: 揥aktu itu, kami tidak duduk di depan pentas. Kami biarkan orang ramai menilai melalui tepukan gemuruh penonton yang mereka terima. Setelah kami meneliti rakaman tersebut barulah akan diumumkan siapa yang layak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2007 06:45 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 1-6-2007 03:37 PM
Ek eh.. pncipta & pnulis lirik same ngan lagu Bisakah =Siti...

patutlah ramai yang kata best.... tak sabar nak dengar
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2007 12:44 AM | Show all posts
ingatkan nak try masuk, but sekali tengok syarat umu 18 plak...terpaksa lah lagi aku tunggu untuk OIAM...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2007 09:39 PM | Show all posts
buat la prOgram nyanyian byk2..

nanti pemenangnya pun entah ke mana
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 01:12 AM | Show all posts
akan jd seperti audition kan rancangan ini????

kes tiru meniru  bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 10:05 AM | Show all posts
guys and gals of Cari forum......Vote for Nina ok.......cuzzen aku. sore memang best......nanti aku ajak dia daftar cni and join cni.

thanks guys
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2007 05:28 PM | Show all posts

Reply #16 yusmar's post

kazen ko ker? suruh die masuk skali.. pas2 biar kiteorg dgr sore die dlu.. klu ok, gerenti kiteorg promote abis2san kt nie..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 11-6-2007 05:28 PM
kazen ko ker? suruh die masuk skali.. pas2 biar kiteorg dgr sore die dlu.. klu ok, gerenti kiteorg promote abis2san kt nie..



set....aku dah soh dia join cni....tgk la...esok lusa joinla tu. Sore okay....rupe pun okay.....ehem...promotela tu.....
Reply

Use magic Report

nina27 This user has been deleted
Post time 13-6-2007 08:23 AM | Show all posts

askm and hye everyone

hello..my name is Nina..i kazen yusmar..

mcm yang my kuzen ckkp, i dapat top 12 my starz LG..so, hope korang sumer leh support i..My starz LG is on Sunday at 3pm (TV3)..tgk tau

anyway, nanti i tak tahu nak pakai nama Shaza or Nina..korang rase maner ok ek?

okaylah..take care sumer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 03:01 AM | Show all posts
aku ada tengok audition show ni kat the curve tu ari...  urrmm.. media prima betul2 desparate nak cari satu realiti show yg leh lawan af..... urrmm...dapat ke pon. uhuuhhhhhhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.570511 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list