CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3400|Reply: 16

Semuanya tentang IBU

 Close [Copy link]
Post time 8-5-2007 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Sempena hari Ibu nanti, jomlah konsi karya2 tentang IBU.
Untuk permulaan aku nak kongsi rencana (aku x tahu nak klasifikasikan ni rencana/novel atau berita) tapi panggil rencana la yg pernah aku buat masa belajar dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2007 12:04 AM | Show all posts
MAsihkah Ada Kasih Untukku?

    
    Tatkala melihat raut wajah milik mereka, berbagai persoalan bertandangdi fikiran. Adakah senyuman itu tanda gembira? Adakah sebening cahaya yangterbit dari sinar mata itu tanda tiada kesunyian menyinggah di hati? Adakahgelak tawa mereka lambang sebuah kebahagiaan? Semua persoalan ini tidak mampuuntuk dirungkai andai dasar hati mereka tidak diselami.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Warga tua atau Senior Citizenboleh didefinisikan sebagai individu yang berumur 60 tahun ke atas.
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi No. 45/106 telahmengisytiharkan 1 Oktober 1995 sebagai Hari Warga Tua Antarabangsa. Malaysia jugaberbuat demikian dengan mengisytiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992sebagai Hari Warga Tua Kebangsaan.
    Setiap kali menyebut tentang rumah orang-orang tua pasti terbayangkeadaan yang suram dan suasana yang penuh kesunyian serta penghuninya warga tuayang sudah tidak mampu untuk menguruskan diri, nyanyuk dan sakit.
    Atas sebab ingin mendalami isi hati warga emas itu, saya berasa terpanggil untuk melawat beberapa buah rumah orang-orang tua sekitar PulauPinang sekali gus cuba menyelami dasar hati mereka tentang kehidupan di rumahitu.
    Tatkala kaki melangkah masuk ke Rumah Orang Tua Lotus (Lotus Old FolksHome) yang terletak di 18, Jalan Scotland, Pulau Pinang, seribu satu perasaanterdetik di sanubari. Bagaimana kehidupan warga tua di situ tanpa kehadirananak-anak di sisi? Tidakkah timbul cemburu apabila melihat warga tua yang lainberjalan sambil dipimpin si anak? Ke manakah perginya anak-anak mereka?     Salam diucap, tangan saya disambut oleh pengurusnya. Suasana surambertukar bising sedikit menyambut kehadiran kami. Mata yang kabur dibukaseluasnya sambil menjenguk mencari kelibat kami.
    Apa yang mereka lihat? Apa yang mereka rasa? Apa yang mereka pendam?Entahlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2007 12:05 AM | Show all posts
Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu
  
Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
  Patut kau campakkan
Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
  
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa
(lirik lagu Ayah Ibu Anak dari Kumpulan Baji)
Lirik lagu itu jelas menggambarkan realiti sekarang. Realiti kehidupansi tua yang seolah-olah dipinggirkan oleh anak-anak.
  
    Saya meneruskan lagi misi kami. Kali ini kami ke Rumah Orang Tua UzurPulau Pinang yang terletak di  Green Lane , disini. Rumah yang memberiperlindungan secara percuma kepada warga tua. Rata-rata yang tinggal di siniadalah mereka yang tiada ahli keluarga dan tiada tempat untuk berteduh.
     Jumlah penghuni di sini adalah seramai 208 orang iaitu majoritinyaadalah Cina 200 orang, India 3 orang, Melayu seorang dan lain-lain dua orang.Perbelanjaan Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang  untuk sebulan adalah mencecahRM90 ribu.
     Menurut Penolong Superintenden, Ooi Seng Hup, semua perbelanjaan iniditanggung oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan sekitarPulau Pinang.
     " Cuba bayangkan kami perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM 1.1 juta setahun untukmembiayai penjagaan dan perubatan warga tua ini," katanya ketika ditemuidi pejabatnya.
    Bangunan tiga tingkat itu persis asrama sekolah waktu zaman erapersekolahan dahulu. Setiap katil tersusun rapi dengan dilengkapi satu almarikayu sebelahnya. Tingkat satu dan tiga dihuni oleh warga tua wanita manakalatingkat dua dihuni oleh warga tua lelaki.         Jam di tangan sudah menunjukkan ke angka 5 petang. Kebiasaannya padawaktu sebegini, warga-warga tua ini akan menjamu selera di dewan makan yangdisediakan di aras pertama bangunan tersebut.
        Sewaktu saya melawat tingkat tiga, kami telah disapa oleh salah seorangpenghuni rumah itu. Namanya Julie Ong Siew Kee, 79. Dia lebih suka dikenalisebagai Aunty Julie. Peluang itu tidak kami biarkan. Kami cuba menyelongkar sejarah hidupnya sehingga beliau memilih untuk tinggal di rumahini.
    Katanya, dia memang memilih untuk tinggal di rumah itu kerana dia tidakmempunyai tempat untuk berteduh. Walaupun kurang fasih berbahasa Melayu, dia cuba untukberkomunikasi dengan kami menggunakan bahasa Inggeris.
    "Aunty baru sahaja enam bulan di sini. Tiada sesiapa untuk Auntyharapkan menjaga Aunty," katanya lagi.
     Ke mana anak-anak Aunty? Persoalan itu hanya bermain di fikiran sahaja.Bimbang jika ditanya akan mengundang kesedihan.. Bagaikan memahami isihati saya, dia sendiri menyatakan yang dia tidak berkahwin.

    "Zaman dahulu bukan seperti zaman sekarang. ibu bapa seolah-olahtiada kuasa untuk menghalang anak-anak mereka daripada terus hanyut. Dalamdunia ciptaan mereka sendiri. Emak Aunty tak suka Aunty bercinta. Itulahsebabnya kenapa Aunty tak kahwin sampai tua," katanya sambil ketawa kecil.
    Saya meninggalkan Aunty dengan seribu persoalan.
     Dari jauh kelihatan seorang lelaki tua sedang leka memerhatikan lalulintas. Termenung panjang. Kami menghampirinya. Dia tersenyum.
Lelaki tersebut,  S.Valiatham A/L Sitambaram, 73. Dia yang telahkematian isteri dan anaknya memilih untuk tinggal di situ.
     "Uncle tidak mahu menyusahkan saudara mara. Biar Uncle tinggal disini. Nak buat macam mana, ke mana lagi Uncle nak pergi,
     "Kalau anak uncle masih hidup, Uncle tak kan tinggal di sini. Uncle pasti anak uncleakan jaga uncle," katanya yakin.
     Adakah keyakinan itu akan direalisasikan sekiranya anaknya masihhidup? Yang pasti melihat semua senario hari ini di rumah orang-orang tua,pasti tergugat jua keyakinan itu.
  
*******************************

  Kehadiran saya seolah-olah dialu-alukan. Kedatangan saya seolah-olahditunggu. Pemergian saya bagaikan dihalang. Kini mengertilah saya bahawa merekasunyi. Jiwa mereka kosong. Mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang.
    Saat mengucap selamat tinggal, mereka tidak henti-henti mengucapkanterima kasih kerana sudi datang dan menjemput saya untuk datang menjengukmereka lagi. Sayunya hati saya saat itu. Air mata ini seakan mahu menitis,namun demi sebuah kekuatan yang terpaksa saya sematkan untuk mereka, sayagagahi juga. Andai ini pengorbanan yang boleh menggembirakan mereka, saya rela.
     Bukan niat saya untuk menyalahkan sesiapa, malah bukan juga untukmembuka aib, namun lahirnya kita beserta akal yang dianugerahkan. Sempurna!Jangan jadikan alasan kerja sebagai landasan untuk menempatkan ibu bapa kita dirumah orang-orang tua. Walaupun mulut mereka berkata 憇anggup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2007 12:10 AM | Show all posts
Sori gambar dh terdelete tp caption utk story tu ada....

Seribu satu rahsia tersimpan diwajah mereka

Keseorangan menikmati hidangan

Adakah senyuman itu tanda kegembiraan?

Mereka hanya mempunyai antara satu sama lain untuk berkongsi kasih

Adakah kasih sayang pengasuh boleh mengantikan kasih sayang seorang anak?

Senyuman disebalik duka

Hadirnya satu kurnia mengalas tanggungjawab seikhlas mungkin

Adakah susu dibalas dengan tuba?


kalau ada gambar sebenarnya lagu tersentuh tp sorilah..
segala kesilapan harap dimaafkan
rencana dibuat di Penang, so warga Melayu xde.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 08:15 AM | Show all posts
Just wanna share my experience at old folks home... when i was lil gal, mom always brought me thre esp during school break... tujuannya..nk memupuk kasih sayang antara kami berdua, antara aku dan org lain. and the top reason is...u need to appreciate your adults.

very sad to hear their stories... kene buang dgn anak-anak, anak takde sbb tak kawin smpi tua...then adik beradik pulak takmo jaga. i cant imagine if my mom terpaksa lalui semua tu... ataupun aku...ishh mintak dijauhkan.

so if u all ada free time during weekend ke...cuti sekolah ke, bawaklah anak-anak pegi umah anak yatim atau rumah orang2 tua... let them see and experience mcmana hidup dlm serba kekurangan... I bet your children will learn something drpd pengalaman itu.

as for myself...aku byk belajar dari situ, hormat org tua, kasih sayang, simpati pada mereka yg kekurangan...byk lg lah. i wish i had more time to spend with 'em tp skang aku dah kesempitan waktu utk ke sana mcm dulu...setahun sekali ajelah gamaknya...

Mama... I love u so so much... Happy Mother's Day to all...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2007 11:08 PM | Show all posts
jom ramai2 buat dedikasi utk ibu, kredit minima 25+ akan di berikan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2007 08:34 AM | Show all posts
ibu..kau lah ratu hati ku...tanpa kasih sayang,tunjuk ajar dr mu aku takkan berjaya pada hari nie..pengorbanan mu terlalu berharga buat ku dan tak mampu utk aku membalas nya...terima kasih ibu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 08:58 AM | Show all posts

Untuk Ibu2 yang telah tiada...

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil mengadap Tuhan.

Begitulah bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadan,
Kemuncak murni kemuliaan insan.


By Usman Awang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


thydiva This user has been deleted
Post time 10-5-2007 09:19 AM | Show all posts
kalau citer pasal ibu ni definitely akan menyentuh perasaan aku. apa je yg aku baca berkaitan dengan ibu, selalunya aku akan menangis sorang2. bayangkanlah, dari kita belum lagi terbentuk jadi manusia, ibu kita dah kemain happy nak menyambut ketibaan kita. lepas lahir je, terus kita ni dijaga bagai menatang minyak yg penuh, hinggalah kita besar dan tahu jaga diri sendiri. masa kita sakit atau susah, ibulah orang yang paling risau. dan dialah orang yg paling gembira bila kita berjaya atau gembira. so, bila je aku dengar manusia lain layan ibu macam hampeh, aku sangat2 terasa hati dan sedih.

kadang kala kita tak sedar bila kita sakitkan hati ibu kita. kadang2 kala kita tak niat pun nak tinggikan suara bila ada benda yang buat kita rasa geram/marah dan lepas tu kita lepaskan kemarahan kita pada orang yang paling kita sayang, iaitu ibu kita.

yang paling aku ingat, masa kecik dulu aku pernah lumpuh bahagian bawah badan aku. mak akulah yang bersusah payah mandikan aku, suapkan makanan untuk aku, suapkan ubat dan tidurkan aku sampai kadang2 dia sendiri tak tidur sebab risaukan keadaan aku. masa tu aku tak boleh nak tidur sambil baring, so kena tidur dengan 2 3 bantal support belakang aku. kira cam tidur duduk la. mak aku kemain sedih dengan keadaan aku masa tu. aku memang terkesan hati dengan kesanggupan mak aku jaga aku. macam2 yang mak bapak aku buat, usaha untuk sembuhkan aku. memang peristiwa tu aku akan ingat sampai aku mati. dan aku memang niat nak jaga mak bapak aku sampai bila2.

my mom, is the perfect mother for me. she's always there for me, whatever might happen. she'll laugh with me and she'll cry with me. she supports my decision, and help me make up my mind. she's everything anyone ever hope for a mother. she's a friend i can count on. she's a mother i can rely on. she's a family i'll always love. i KNOW i am lucky to have her as my mother.

so, MA, I love you, always. Ampunkan dosa Along kalau Along ada buat salah. Selamat Hari Ibu, Ma.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 09:39 AM | Show all posts
SAYNG MAMA....SLAMAT HR IBU, MAMA......

x t'ucap rasanya trima kasih juliet pd mama... wlwpn sgala kputusan dlm mcorakknhidup ini bnyk yg dbuat olh mama, tp diri ini tahu yg sgala kputusan yg mama buat adalh yg tbaik yg dpikirkn olh sorng ibu utk anknya...

dan kni.. diri ini smemngnya akui sngt2... sgala kputusan yg mama buat dl utk diri ini (wlwpn pd mulanya juliet mberontak) adalh kputusan yg x kn silap dr sorng ibu..tlalu nikmat idup yg juliet trima skrg.... sorng suami yg mmahami n 2princess yg cute sngt...

trima ksih mama...atas sgalanya.... JULIET SAYNG MAMA.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 10:30 AM | Show all posts
mama,
perit jerih yg kau damparkan
untuk anak2mu ini
takkan terbalas oleh kami
kasih suci yg kau tebarkan
tak pernah terbatas dek masa

mama, sempena hari ibu ini, milan ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk mama tersayang. jasamu takkan pernah hilang di fikiran milan. kasihmu takkan pernah susut dari hati milan. milan sayang mama sampai bila2. jika ditakdirkan suatu hari nanti milan pergi jauh dari mama, percayalah, milan takkan pernah lupakan kasih sayang dan ajaran mama pada milan. milan percaya, dengan didikan mama, milan mampu jadi manusia yang baik dan patuh dengan suruhanNya. mama, milan sayang mama, sayang sangat2. Muachh... :love:
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2007 11:38 AM | Show all posts
Lirik Lagu Untuk Mu Ibu - Mamat Exist


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

...Lagu nie cukup syahdu kalo di dengar...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 09:12 AM | Show all posts
mama...
inilah harinya
hari yg gemilang buat diriku
tersenyumlah mama
gembiralah dengan anakmu ini
jasa mu itu
akan ku balas habis habisan
dengan kejayaan yang ku genggam ini
berkat doamu itu
berbaloi pengorbananmu jua
terima kasih mama
terima kasih
atas segala-galanya
sayang mama....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 10:47 AM | Show all posts
ibu dialah ratu hati ku,dia lah teman ku.dia juga adalah sumber inspirasiku.semenjak kecil lg aku telah kehilangan seorang abah.waktu itu umur ku 2 tahun.abah ku meninggal dunia akibat sakit jantung.selepas abah ku meninggal,semua tanggungjawab arwah abah,ibu yg mengambil alih.nasib baik adik beradik tidak ramai hnya 2 org saja.aku ada sorang abg & aku yg bongsu.Dari kecil sampai lah skrg ibu lah yg menjaga dan mendidik kami 2 beradik sehingga berjaya.Pengorbanan ibu amat berharga bg kami.tak ternilai rasanya bila waktu aku sakit atau demam,ibu sangugup bersengkang mata menjaga ku.Dan sewktu hr pernikahanku ibu menangis,krn ank yg ibu jaga & didik selama ini telah menjadi seorang isteri.semenjak bapaku meninggal sehingga lah skrg ibu x pernah teringin mencari pengganti arwah bapaku.ibuku amat menyayangi ank-anknya drp dia mencari pengganti yg lain.ibu seorang yg tabah walaupun memegang status ibu tunggal.aku berbangga dgn ibu ku.aku doakan biaralah kasih ibu kepada arwah bapaku sampai ke syurga.kami 2 beradik akan sentiasa mendoakan agar ibu dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki & dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya.kau la segala-galanya ibu.I love u ibu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2007 05:54 PM | Show all posts
mak, adik banyak menyusahkan mak sejak lahir lahir lagi... lahir masa bulan Ramadan sudah menyusahkanmu kerana perlu ganti puasa tapi adik tak payah..
mak, adik banyak menyusahkan mak sejak lahir. Adik selalu buat mak terkejut dengan bila balik rumah dengan bermacam2 kecederaan kat bdn adik.
mak, adik banyak menyusahkan mak sejak lahir. Adik selalu buat keputusan terburu-buru dan tak mahu dengar cakap mak.
mak, walaupun adik banyak menyusahkan mak, tapi kini adik dah besar....
adik x mahu menyusahkan mak lagi...
adik nak balas segala budi mak selagi diri ini termampu
Tp sebelum tu adik nak mintak maaf segala apa perkara yg adik buat sampai melukakan hati mak.
Adik minta maaf mak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2007 02:02 PM | Show all posts
seriously... mengalir air mata aku bace posting korang.. setiap ibu2 ade keistimewaan dia yang tersendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 02:24 PM | Show all posts
Mama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.246954 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list