View: 3466|Reply: 2
|
Wajar tak edaran CD al-Quran dikawal macam al-Quran bercetak gak...?
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum korang...!!!
Aku rasa dalam zaman siber ni mesti ramai gak antara korang yang ada CD Quran untuk kegunaan PC korang kan...? Korang terfikir tak, banyak CD Quran ni dijual secara bebas kat kedai CD pirate yang rata2 dimiliki tokey2 Cina...!!! Aku sebut ni sebab terfikir gak kesucian Quran ni bleh tercemar kalau kedai non-Muslim camtu bleh senang2 jual CD Quran. Walaupun setakat CD digital jer, ia tetap kitab suci al-Quran yang kita kena hormati. Bukan tu jer, malah pada pendapat aku gak nak guna CD Quran pun perlukan adab yang sama gak macam Quran bercetak... macam amik wuduk dulu sebelum pegang CD Quran, letak CD Quran kat tempat tinggi, dan yang paling penting, jangan letak CD Quran bersepah sebagaimana yang korang buat pada CD / DVD pirate korang.
Sebenarnya kalau diimbas balik sejarah Quran ni, asalnya Quran kena dihafal sebab time zaman nabi dulu belum ada sebarang teknologi untuk menulis dan mendokumenkan Quran. Memang kertas ada tercipta pada zaman yang lebih dulu lagi, tapi time tu ilmu teknologi penciptaan kertas belum sampai lagi kat Tanah Arab. So, memang kena hafal laa. Tapi lepas nabi wafat, tambah pulak makin ramai para hafiz yang mati (termasuk mati dalam perang), para sahabat sedar bahawa diorang kena gak dokumenkan Quran, kalau tak nanti akan hilang camtu jer. So atas inisiatif Saidina Uthman laa para sahabat membukukan al-Quran guna pelepah tamar.
Sekarang lepas lebih 1,500 tahun ni teknologi komputer dah tercipta, dan Quran dapat dibukukan di dalam CD jer. Kalau dalam Quran bercetak korang kena cari ayat yang korang nak cari secara manual, tapi dalam CD Quran lak korang boleh cari terjemahan ayat, dengar bacaan yang betul untuk korang ikut, cari topik bersesuaian, jump terus kat ayat mana korang nak cari, dan yang paling best ialah sesetengah CD Quran ada aktiviti interaktif tajwid.
So pada pendapat korang, perlu tak kita mintak kerajaan pantau edaran CD Quran ni demi menjaga kesucian al-Quran...?
[ Last edited by Squall-Leonhart at 7-5-2007 04:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pada pendapat aku le quran ni bukan untuk orang islam saja.ia adalah
kata kata allah untuk seluruh manusia dimana di dlmnya terdapat panduan hidup dan beragama yg diredai oleh allah.memang diakui quran ni kitab suci,begitu juga dgn kita terdahulu seperti taurat dan injil.mengenai tiada teknologi untuk membukukan quran pada zaman nabi saya kurang bersetuju tentangnya.kerana sebelum turunnya quran telah diturunkan kita taurat dan injil.bagaimana kita ini dibukukan.kalau dikaji semasa pemerintahan firaun dizaman nabi musa telah ada tulisan yg ditulis
di pyramid dimesir.taurat bukan diturunkan dlm bahasa arab,tetapi
dlm bahasa hebrew.
berbalik kepada kesucian kitab quran,bagaimana kalau kitab ini dipegang oleh orang bukan islam yg ingin mengkaji quran?adakah orang bukan islam diharamkan memegang quran kerana tiada wuduk.sedangkan
kitab ini adalh untuk seluruh umat manusia bukan untuk orang agama islam saja.mengenai zaman sekrang quran dlm cd tak perlu kita mengambil wuduk untk pegang cd quran.bagaimana kalau simpan dlm hard
disc.adakah perlu ambil wuduk sebelum pegang komputer.tujuan quran diturunkan adlah utk panduan umat manusia.jangan kita menyempitkan pemikiran kita bahawa quran ini hanya utk orang islam sja.quran itu
milik allah dan sesiapa saja boleh membaca quran.berapa ramai orang
barat yg masuk islam setelah membaca quran.selepas peristiwa 11
september buku yg paling laris dibarat adalah quran,kerana mereka ingin mengetahui apakah ajaran islam sebenarnya. wassalam ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
biar pun non-muslim, aku harap menjadi wajib supaya isi kandungannya tak diseleweng dengan oleh niat jahat pengkhianat/musuh2 islam...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|