View: 10907|Reply: 29
|
Muli : Phillipine - Malaysia Love Story
[Copy link]
|
|
About The Show
An unforgettable Philippine-Malaysian love story is about to conquer afternoon TV.
Discover the real meaning of true love unveils a grand afternoon drama about losing the one you love and then rediscovering the person who completes you. This romantic tale is made more dramatic shot against the backdrop of Malaysia.
Be ready for Muli, a co-production of GMA Network and Malaysian production outfit Creasian Sbn Bhd.
Muli is about an overseas Filipino worker named Lukas (Alfred Vargas) who left his pregnant wife, Racquel (Marian Rivera) in the custody of his Aunt Ason (Odette Khan) in order to provide them a decent life. He works as software engineer for a prominent businessman named Zul (Tony Eusoff) in Kuala Lumpur, Malaysia.
Cheryl (Carrie Lee), who comes from a conservative Chinese family, is set to be engaged to a man she doesn't love. She runs away from home to elope with Zul, her real fiancee.
Unfortunately, Zul changes his heart. He realizes he is not yet ready to settle down and running away with Cheryl can not solve his family problems or their troubled business.
Zul sends Lukas to deliver his message to Cheryl.
Lukas and Cheryl cross paths and they find a common ground. Will this simple friendship bloom into a passionate romance? What if fate separates them and leads them back to where they are supposed to belong - Lukas to his wife in the Philippines and Cheryl to Zul.
Will the power of love bind them strongly until destiny leads them back together again? Or will their lives take new paths and bring them new loves?
Find out if love conquers all in the grandest GMA-7 afternoon program Muli beginning Monday, February 19, immediately after Daisy Siete 14 on Dramarama sa Hapom.
Citer ni tengah tayang kat Filipina...Hope lepas ni dapat tayang kat Malaysia plak pasal ni citer usahama antara GMA ngan Malaysia local production.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca synopsis citer ni, looks like very interesting. harap2 cepat2 citer ni ditayangkan di malaysia. kan malaysia pun join in production. |
|
|
|
|
|
|
|
xnampak mana2
promotion on tis show pun...
dia chanel mana n kul brape? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 cutefuzzy's post
kat malaysia blum tayang lagi.. baru kat filipina..
tapi cari2 video cite nie kat utube,veoh, dailymotion xde la..
kat mana bole cari ek? |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk dia menarik perhatian aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 HaNa_OliJas's post
tu lah. marissa pun tgh cari citer pinoy ni tak x de. mungkin belum upload lagi kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 HaNa_OliJas's post
ehehe.awat tarak name lloydy dlm siggy? |
|
|
|
|
|
|
|
hero nih cam da lme... die ade blakon dlm cite psy... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 eskremVanila's post
haah la, lupa plak kat laki aku yang sorang nie |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni akan tayang kat tv2 mulai 25 Jun jam 6.30 ptg.mungkin 1/2 jam jer kot...x sabo nak tgk usahasama malaysia dgn filipina.Hrp2 abs pun buat join mcm ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
lah pukul 6.30ptg. ni kena cepat balik rumah lah tu. 1/2 jam jee. macam ni lama nak habis lah. tak de website yg boleh masuk tgk citer ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 kinijee's post
wah 25 Jun ke...minggu depan la ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 kinijee's post
yeke?!
kena tgk nie..
thank u for the info |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 kinijee's post
must set the timer. salamat kinijee. |
|
|
|
|
|
|
|
Heroin citer ni, si Miss Lee tu pernah kena gossip bercinta dengan Alfred Vargas, sebab masa shooting citer ni, si Alfred Vargas tengah hangat bercinta dengan LJ Reyes..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 HaNa_OliJas's post
cerita ni ditayangkan jam 2.30pm-3.30pm bermula hari nie kat slot ASEAN DELIGHT : NOW & FOREVER.
ni petikan & sinopsis dr berita harian :
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Hiburan/20070622065617/Article/
'Drama usaha sama Malaysia, Filipina di RTM2'
KISAH percintaan sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Menyedari hakikat itu, RTM menayangkan kisah cinta penuh romantis menerusi drama usaha sama Malaysia dan Filipina, Now And Forever. Drama bersiri 26 episod itu akan menemui penonton RTM2 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 2.30 petang menerusi slot Asean Delight, bermula 25 Jun ini.
Now And Forever berkisar mengenai Zul, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang jatuh cinta pandang pertama apabila bersua dengan Cheryl di Ipoh. Zul dan Cheryl berjanji untuk bertemu di Pangkor di mana mereka berdua berhasrat untuk melarikan diri bersama.
Namun, pada saat akhir, Zul berubah fikiran kerana menyedari masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah keluarga dan perniagaan yang ditinggalkan ayahnya. Dia mengarahkan pekerjanya, Lukas untuk mencari Cheryl dan menyerahkan sepucuk surat.
Cheryl yang meninggalkan keluarganya untuk hidup semati bersama Zul kini tidak mempunyai arah tujuan apabila Zul memutuskan perhubungan. Hanya Lukas saja tempat dia bergantung harap.
Sesungguhnya cinta datang daripada banyak pintu. Tanpa diduga cinta Lukas terhadap Cheryl muncul daripada pintu kasihan. Namun Lukas tidak menyuarakannya kerana dia sudah berumahtangga dengan Racquel yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka di Filipina.
Dalam pada itu, Cheryl yang kecewa terpaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Semasa bercuti di sebuah pulau di Filipina berlaku satu tragedi yang mengakibatkan kematian suaminya manakala Cheryl pula diisytiharkan hilang.
Cheryl sebenarnya masih hidup dan diselamatkan Hilda dan anak lelakinya, Jaime. Cheryl mengalami amnesia, lantas dia tidak mengingati siapa dirinya dan dari mana dia berasal. Hilda dan Jaime menjalankan perniagaan restoran tepi pantai dan bar muzik. Menyedari Cheryl memiliki suara yang merdu, Jaime mengajar Cheryl menyanyikan lagu Tagalog sehingga bar muzik mereka dipenuhi pengunjung.
Lukas pula pada suatu hari berkesempatan menemui Cheryl dan membawa dia lari ke Manila kerana menyangkakan ada orang cuba mencederakan Cheryl. Nasib menyebelahi Cheryl apabila ingatannya pulih sepenuhnya.
Racquel yang bersembunyi kerana dituduh membunuh emak saudaranya, Asom muncul dan mendapati Lukas dan Cheryl menyayangi antara satu sama lain. Pada mulanya dia cemburu, tetapi mengenangkan dirinya yang menghidap penyakit kronik, dia merestui hubungan mereka kerana baginya sudah ada seseorang yang boleh menjaga Lukas dan anak lelaki mereka.
Dalam pada itu, Zul muncul mencari Cheryl kerana menyedari dia melakukan kesilapan besar melepaskan Cheryl selama ini. Zul melakukan pelbagai cara untuk membuktikan cintanya kepada Cheryl adalah tulus dan murni. Bolehkah Cheryl menerima Zul kembali setelah apa yang dilaluinya? Sanggupkah Lukas melepaskan Cheryl kepada Zul, lelaki yang goyah pendirian?
Pastikan anda menonton drama cinta romantis hebat ini yang dibintangi pelakon terkenal Malaysia dan Filipina seperti Tony Eusoff, Carrie Lee, Azizah Mahzan, Dynaz, Alvin Wong, Shukri Hashim, Alfred Vargas, Marian Rivera, Karla Astrada, Gabby Eigenman, Odette Khan dan Victor Ner.
sumber dr berita harian online. |
|
|
|
|
|
|
| |
|