CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26175|Reply: 195

muzakarah billionaire dan ahmadi_bangi/sheir'ali

[Copy link]
Post time 2-4-2007 07:28 PM | Show all posts |Read mode
thread displit dan diberi tajuk baru.

Menjemput saudara Billionare untuk menerangkan dimana silap tafsir sy ttg al-Quran dlm memahami masalah generasi pertama islam di thread ini...

[ Last edited by  ibnur at 4-3-2008 10:38 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2007 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 2-4-2007 07:28 PM
Menjemput saudara Billionare untuk menerangkan dimana silap tafsir sy ttg al-Quran dlm memahami masalah generasi pertama islam di thread ini...

salam
bagus. Pertama, anda bentangkan dulu keyakinan anda dan hujah anda dan atas dasar apa anda mengatakan apa yang telah anda yakini terhadap generasi pertama. Insya Allah, saya akan jawab dengan rendah hati berdasarkan apa yang saya yakini.

[ Last edited by  billionaire at 3-4-2007 12:22 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2007 09:18 AM | Show all posts

Reply #190 billionaire's post

Sebelum perbahasan tentang generasi pertama islam ini dimulakan, adalah baik kita mulakan penyataan yg diyakini oleh golongan Ahlus Sunnah dan golongan Syiah Imamiyah ttg mereka. Apa yang sy fahami, golongan Imamiyah menyakini bahawa generasi pertama islam ini seperti berikut:

1. Apabila wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. generasi pertama islam terdiri dari Muhajirin dan Ansar telah murtad dan mengzahirkan kemunafikan mereka dgn meninggal rukun imamiyah yg menjadi rukun iman ke-6. Sifat tamak haloba pada jawatan dan kekuasaan telah menjadikan mereka bertindak zalim pada Ali r.a., Abu Bakar r.a. dengan bantuan Umar r.a. telah merampas jawatan tersebut dan saling bergantian mengzalimi Ali r.a. dan ahlul bait lainnya. Rampasan kuasa ini diteruskan lagi oleh Usman r.a. dan kemudian oleh Bani Umaiyah dengan kezaliman yg tidak bisa dimaafkan, penuh tipu daya dan kemunafikan, malahan isteri Nabi s.a.w. sendiri terlibat dgn propaganda tersebut semata-mata berpunca pada kecemburuan dan kebencian pada ahlul Bait.

2. Hanya segelintir sahaja yang tetap kekal beriman dan mereka terdiri daripada Salman al-Farisi, Bilal bin Rabbah, Abu Dazr al Ghifari & Miqdad, tokoh-tokoh ini  dan juga Ali r.a. terpaksa bertaqiyah sepanjang pemerintahan 3 Khalifah utama tersebut utk mengelak bencana besar sekiranya menolak kekhalifan 3 individu tersebut.

Adakah pernyataan sy berkaitan perkara tersebut adalah benar atau salah menurut neraca sejarah golongan Imamiyah? Saya yakin inilah keyakinan golongan Imamiyah ttg generasi pertama islam dan hujah-hujah yang akan disampaikan hendaklah dpt membuktikan perkara-perkara tersebut benar atau salah. Keyakinan imamiyah ini bertentangan dgn keyakinan Ahlus Sunnah yg memahami sebaliknya.. sehingga terwujud 2 golongan besar dlm dunia islam yg melihat generasi pertama islam dlm 2 wajah berbeza..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 09:17 AM | Show all posts
Saudara berdua boleh berbincang dalam thread baru ni.  Sila nyatakan samada nak beri laluan forumer lain join sama atau tidak.

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2007 10:04 AM | Show all posts
mintak maap mencelah saudara2, tolong biar cuma dua org nih sahaja berbicara. seronok baca tanpa gangguan luar. terima kasih.

Tunggu reply dari dia orang berdua.  Sebab dua-duanya masuk seminggu 2 - 3 kali.  Nanti takut ada yang dok menyampuk sambil tunggu-tunggu. ~ibnur

[ Last edited by  ibnur at 8-4-2007 10:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2007 01:07 PM | Show all posts

Reply #3 ahmadi_bangi's post

salam
memang betul kata Ibnur, saya dapat berforum sekali sekala sahaja.
baik saudara Ahmadi bangi, saya rasa anda telah menyatakan pandangan Syiah dari sudut pandangan saudara. Yang sepatutnya dijadikan perbincangan adalah pandangan saudara tentang sahabat2 seperti yang saya sentuh berkenaan hujah anda atas pemahaman anda mengenai ayat "muhajirin dan Ansar."

memandangkan kita sendiri jarang dapat berforum, mengapa kita perlu memanjang2kan isu ini dan adalah lebih baik bagi anda sekiranya anda terus melompat ke isu yang sepatutnya sehingga dapatlah kita menyelesaikan isu antara kita berdua ini wahai saudara!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2007 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 7-4-2007 09:17 AM
Saudara berdua boleh berbincang dalam thread baru ni.  Sila nyatakan samada nak beri laluan forumer lain join sama atau tidak.

wassalam.

salam
sila join pada semua yang rasa nak join- tapi biar konstruktif lah. Bagi saya takde masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 12:31 AM | Show all posts
Mana Encik Ahmadi Hassan ni? Saya boleh masuk join sama ker? Nanti sakit hati lak mod menyampuk ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2007 05:56 PM | Show all posts

Reply #6 billionaire's post

masuk sekejap.......

Secara asasnya sy meyakini sesuatu yg berlainan dr apa yg saudara Bill & sahabat2 se syiahnya....

oleh sbb Bill minta sy menyatakan pandangan sy ttg generasi pertama.. maka asas pernyataan sy bagi menyakini kemuliaan generasi pertama islam adalah spt berikut;

Allah sdr menyatakan kejayaan dakwah islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. spt pada surah di surah al-Nashr, 110 : 1-3 yg bermaksud:

[1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Bagi sy ayat ini secara jelas menyatakan KEMENANGAN PADA DAKWAH ISLAMIAH & BERIMANNYA SEBAHAGIAN BESAR penduduk Makkah & Madinah,

Ayat ini akan menjadi tidak tepat dan salah apabila kita menyatakan bahawa mereka yg beramai2 memasuki islam itu sebenarnya adalah munafikin.. kerana apabila dinyatakan sebahagian besar generasi pertama islam adalah golongan munafikin, maka tidak wajar dikatakan satu kejayaan pada dakwah islamiah..

Seterusnya firman Allah pada surah al-Fath, ayat 29 bermaksud

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Ayat ini merupakan gambaran yg Allah berikan pada umat manusia berkenaan Nabi Muhammad s.a.w. dan generasi pertama yg terhasil dari madrasah tarbiah Nabawiah. Malahan kewujudan golongan istimewa ini telah pun dijanjikan oleh Allah s.w.t. didalam Taurat dan Injil.

Saya berkata, Allah mewajibkan kita beriman dgn al-quran dan keseluruhan ayat-ayat al-quran, maka bagaimanakah kita akan beriman pada ayat tersebut yang menyatakan generasi pertama islam adalah saling berkasih sayang dan berjaya mengembangkan dakwah islamiah hingga menjadi pohon yg subur dan mengkagumkan penanamnya (Nabi s.a.w.) (empayar yg besar & kuat spt termaktub pada sejarah atas dorongan jihad fissabillillah para sahabat) sekiranya kita menyakini bahawa generasi pertama islam bukanlah golongan yg beriman sebalik adalah para munafikin yg penuh kecemburuan dan sifat keji sesama mereka, maka pasti firman Allah pada ayat tersebut tidak tepat dan harus ditolak serta tidak di imani, ayat ini dpt difahami dgn mudah sekiranya jalur sejarah dinilai menurut neraca ahlus sunnah & menjadi tidak tepat apabila dinilai melalui jalur syiah..

saya akan sambung esok insya'Allah...

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 13-4-2007 10:04 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 05:55 PM | Show all posts
spt dikatakan sblm ini sy berhujah seterusnya...

disurah al-Qiyamat 15:9;

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

saya bertanya bukankah Allah menyatakan bahawa al-Quran akan dipelihara, maka sy bertanya bagaimanakah Allah memelihara al-Quran, maka jawapannya ialah melalui usaha2 yg dilakukan oleh Abu Bakar, Umar & Usman,...mereka bertigalah yg memainkan peranan yg ptg dlm usaha memelihara al-Quran sehingga al-Quran yg dimiliki oleh penduduk iran dan penduduk Arab Saudi bahkan di benua China & Afrika adalah sama, Sesgghnya Allah memelihara al-Quran melalui sahabat2 Nabi s.a.w. Hujah saya ialah, mana mungkin Allah memberi anugerah yg begitu ptg pada pemimpin generasi pertama islam sekiranya mereka sdr adalah munafikin...bukankah Allah telah berfirman ttg golongan munafikin spt berikut di surah ali-imran:118

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

adalah mustahil menyakini al-Quran adalah terpelihara skrnya yg menyampaikan pada kita adalah golongan munafik? kerana Allah sdr menyuruh kita berhati2 dan jgn mempercayai mereka. Bukankah terpeliharanya al-Quran dgn usaha Abu Bakar, Umar & Usman memberi bukti bahawa mereka sbg pemimpin generasi pertama adlh merupakan golongan beriman dan mulia kerana melalui merekalah kita menerima kesinambungan wahyu Allah yg telah disampaikan semasa hayat Nabi s.a.w. Ini adlh bukti jalur sejarah syiah adalah tidak sesuai dan selari dgn nas al-quran dan jalur sejarah ahlus sunnah lah yg wajar dipercayai..

insya'Allah sy akan menyambung lagi...ttg generasi pertama islam bersumber nas-nas al-quran ...

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 13-4-2007 09:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 09:48 AM | Show all posts
Hujah saya seterusnya... firman Allah di surah At-Taubah :73

Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka dan (sebenarnya) tempat mereka ialah Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Saya bertanya, adakah terdpt tindakan yg keras dan jihad dilakukan keatas golongan munafikin spt Abu Bakar, Umar & Usman (menurut dakwaan Syiah Imamiyah) semasa zaman Nabi s.a.w. Jawapannya ialah TIDAK.. sebalik Abu Bakar, Umar & Usman merupakan teman2 rapat dan teman bermuzakarah Nabi s.a.w. sekiranya mereka sbg pemimpin utama generasi pertama islam adlh munafikin pasti Allah akan menjauhkan mereka dari Nabi s.a.w Perlu diingat juga bahawa apabila wafatnya Nabi s.a.w. sebahagian golongan2 munafikin telah mengzahirkan sifat munafik mereka, maka Abu Bakar lah yg melaksanakan jihad menentang mereka spt difirman oleh Allah pada ayat di atas.

Seterusnya dari surah yg sama ayat 84

Dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).

Allah dgn jelas menyatakan larangan untuk mengsolatkan jenazah para munafikin....Saya bertanya pada golongan syiah Imamiyah.. bukankah didlm Mushaf Fatimah yg dimiliki oleh imam Ali anda ada menyenaraikan nama2 pemimpin golongan2 kafir & munafik hingga akhir zaman, maka Hujah sy seterusnya ialah.. adakah apabila wafatnya Abu Bakar, Umar atau Usman, Ali r.a. mengsolat jenazah mereka???? kalau ada maka Ali r.a. telah tidak mentaati perintah Allah spt dikehendaki pada ayat diatas. Anehnya lagi didalam peperangan Jamal, bukankah kemenangan dipihak Ali, sekiranya dinilai bahawa yg menentang Ali adalah munafikin, maka mengapa Ali mengsolatkan jenazah mereka (para munafikin menurut Syiah Imamiyah).. Ini adalah bukti bahawa peperangan yg terjadi adlh atas suasana kekeliruan dan gawat yg melanda umat islam masa tersebut dan bukan antara pihak Ali yg maksum dgn Aisyah yg. munafikin. Maka inilah bukti jalur sejarah milik Ahlus Sunah adalah yg benar dan jalur sejarah milik Imamiyah ada masalah tersendiri.


Insya'Allah sy akan menyambung kembali apabila diberi kelapangan oleh Allah ...


[ Last edited by  ahmadi_bangi at 13-4-2007 10:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 01:02 PM | Show all posts
waahhh panjang ...dan dah siap-siap pula dengan conclusion menghentam Syiah... macam mana ni....takpelah..teruskanlah sampai puas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by billionaire at 13-4-2007 01:02 PM
waahhh panjang ...dan dah siap-siap pula dengan conclusion menghentam Syiah... macam mana ni....takpelah..teruskanlah sampai puas.


secara asasnya sy mengjangkakan satu jawapan yg lebih baik dari diatas... semoga kita semua mendpt petunjuk yg jelas & benar... bagi sy perbincangan perlu mengfokuskan pada isu yg jelas dan utama dahulu... dan isu paling asas ialah dakwaan golongan syiah imamiyah yg tersohor dan utama bahawa sebahagian besar generasi pertama islam adlh rosak dan jahat serta Abu Bakar & Umar serta Aisyah r.a. adlh golongan munafikin...  inilah yg cuba sy nyatakan sebagai dakyah yg salah dgn berpandukan al-Quran..

Harap dpt teguran dr sesiapa sahaja sekiranya terdpt pdpt sy yg tersalah dan terlari dari landasan al-quran dan as-sunnah..

wassalam

[ Last edited by  ahmadi_bangi at 13-4-2007 03:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 13-4-2007 03:41 PM
secara asasnya sy mengjangkakan satu jawapan yg lebih baik daridiatas... semoga kita semua mendpt petunjuk yg jelas & benar...bagi sy perbincangan perlu mengfokuskan pada isu yg jelas dan utamadahulu... dan isu paling asas ialah dakwaan golongan syiah imamiyah ygtersohor dan utama bahawa sebahagian besar generasi pertama islam adlhrosak dan jahat serta Abu Bakar & Umar serta Aisyah r.a. adlhgolongan munafikin...  inilah yg cuba sy nyatakan sebagai dakyah ygsalah dgn berpandukan al-Quran..

Harap dpt teguran dr sesiapa sahaja sekiranya terdpt pdpt sy yg tersalah dan terlari dari landasan al-quran dan as-sunnah..

wassalam.


laaa..memanglah nak jawab, tapi anda sendiri yang asyik dok kata nak sambung-nak sambung...so saya bagi chan lah dulu. Tapi kalau anda inginkan sebuah jawapan yang lebih baik dari posting saya yang terakhir, insya Allah, saya cuba penuhkan permintaan anda.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 01:06 AM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 13-4-2007 03:41 PM

Harap dpt teguran dr sesiapa sahaja sekiranya terdpt pdpt sy yg tersalah dan terlari dari landasan al-quran dan as-sunnah..



Kenyataan ini boleh dikira sebagai orang lain pun boleh masuk campur juga lah yer. Heheh..teringat lak masa ikut usrah bersama sahabat utara dulu. Camni juga ler pandangan mereka terhadap sahabat nabi yang disandarkan dari al-quran tu.

Ana masuk ni bukan nak tegur dari segi content tapi cuma dari segi kaedah pengambilan rujukan al-Quran itu saja. Nampaknay ente sudah mengambil ayat-ayat quran sesuka hati lalu di kaitkan dengan pandangan2 peribadi pula. Kalau beginilah caranya samalah juga seperti golongan anti-hadis mempergunakan al-quran itu untuk membenarkan kepentingan peribadi mereka.
Tak adakah riwayat2 hadis atau sejarah untuk menguatkan hujjah2 peribadi ente tu? Paling tidak pun sebutkanlah mengapa ayat2 tersebut diturunkan dan lebih kuat lagi kalau berkaitan dengan sahabat2 nabi tertentu.

Contohnya bolehlah macam ni....

Misalnya al-quran ada menyebutkan,
"Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaanNya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan (demikian juga Kami jadikan) pohon yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau."

Berdasarkan dari al-quran ini siapakah mereka yang di katakan sebagai pohon yang dilaknat? Haa....barulah kita cari dalam hadis2 yang berkaitan dan terdapat pula dari jalur sunni dan syiah yang mengaitkan ia sebagai golongan Banu Umaiyah dan Banu mughirah. Ada pula hadis2 yang mengaitkan ia dengan keturunan Abu Sufyan dan hadis mimpi nabi yang melihat golongan ini seperti monyet.....kemudian diturunkan pula ayat2 quran yang menerangkan tentang mimpi nabi ini.
Barulah kuat hujjah2 macam ni kan?

Hehehe...ini contoh ajer.

[ Last edited by  Gravedigger at 14-4-2007 01:07 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 14-4-2007 01:06 AM



Kenyataan ini boleh dikira sebagai orang lain pun boleh masuk campur juga lah yer. Heheh..teringat lak masa ikut usrah bersama sahabat utara dulu. Camni juga ler pandangan mereka terhadap s ...


awat hang masuk campuq, duk diam2 dah la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gapodio This user has been deleted
Post time 14-4-2007 11:34 PM | Show all posts
Hmm bagilah perbincangan nie antara Billionaire dan ahmadi_bangi.  Actually aku pun nak tau juga  betul ke Syiah ni mengkafirkan sahabat nabi dan khalifah2. Pernah lah bertanya kat kawa Syiah dari Iraq .... tapi depa kata tak lah sampai takat tuuu .....  Mungkin BIll boleh tolong jelaskan dan jawab soalan2 ahmadi secara direct and clear. Rasanya soalan tu cukup tepat babi mngungkil salah satu dari percanggahan dalam aliran Sunni dan Shiite.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 12:13 AM | Show all posts
Originally posted by madie at 14-4-2007 11:27 AM


awat hang masuk campuq, duk diam2 dah la.


Hehehee...aku kenai sapa ang. Hang tu kawan lama aku gak. Janganlah nak dok menyamar dengan nick baru.
Takut juga hang pada aku noo?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 12:31 AM | Show all posts
Originally posted by Gapodio at 14-4-2007 11:34 PM
Hmm bagilah perbincangan nie antara Billionaire dan ahmadi_bangi.  Actually aku pun nak tau juga  betul ke Syiah ni mengkafirkan sahabat nabi dan khalifah2. Pernah lah bertanya kat kawa Syiah dar ...


Alahai...memang menarik perbincangan ni tapi kalau nak tunggu kedua-dua mereka balas berbalas alamat tertidoq lah boring menunggu. Apa kata sementara menunggu pos dari depa kita pulak sampuk menyampuk...ala sekadar nak memeriahkan aja thread ini.
Sementara kita menunggu jawaban dari Bill apa kata saya lontarkan pulak soalan iaitu dari Bukhari dan Muslim pun ada hadis2 yang mengkafirkan sahabat nabi. Mau ditolak hadis ini?
Begitu juga dalam al-quran yang mengkhabarkan bahawa ada sahabat yang munafik, fasik, berdusta, mencampur amal saleh dan keburukan, bersumpah tapi berdusta, suka dunia dan benci akhirat, melarikan diri dari jihad dsbnya.

Gimana Pak?? Bisa saya masuk campur?
Empat hari lagi saya masuk kembali kerna ada urusan proyek dunia sikit.
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 16-4-2007 10:47 AM | Show all posts
Betul juga cakap Pak Grave .... tapi kena berpada-pada lah ... jangan sampai thread ni di "hijack" oleh orang lain pula  

Saya rasa Pak Grave pun faham maksud soalan/kemusykilan saya, kalau boleh saya sangat2 berbesar hati kalau Pak Grave boleh comment secara direct. Dgn cara begini at least kita boleh save storage space dan masa.

Memanglah diketahui umum ada sahabat yang munafik dan dipersetujui oleh ASWJ juga....tak perlu lah nak discuss yang tu. Soalan saya specific terhadap tuduhan munafik Syiah terhadap beberapa sahabat2 Rasulullah dan juga Khalifah Arrashidin (Abu Bakar, Othman, Umar) yang dimuliakan oleh ASWJ.  Apakah betul dan begitu kah hakikat pegangan Syiah terhadap khalifah2 Arrashidin?.

[ Last edited by  Gapodio at 16-4-2007 03:29 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.494111 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list