View: 10598|Reply: 42
|
filem animasi : Budak Lapok (ditayangkan sekarang)
[Copy link]
|
|
SINOPSIS
Budak Lapok merupakan imbasan kepada filem-filem nostalgia komedi P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin. Filem bermula apabila tiga anak muda Ramlee, Ajis dan Sudin yang telah menjadi kawan akrab yang tinggal di kampung Sebatang Pinang. Ketiga-tiga rakan karib itu telah menyertai pertandingan bola sepak mewakili kampung mereka dengan Kampung Semerah Padi diwakili oleh Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim. Dalam masa yang sama mereka cuba memikat hati tiga orang anak gadis Nani, Salmah dan Eton dengan menyertai pertandingan Drama antara sekolah-sekolah walaupun Ajis dan Sudin gerun dengan berada di atas pentas berhadapan dengan orang ramai. Keadaan bertambah rumit apabila kedua-dua pertandingan itu jatuh pada hari yang sama Mereka terpaksa memikirkan cara terbaik supaya boleh berada di dua tempat pada masas yang sama
CAMBEST
[ Last edited by laislabonita at 15-10-2007 02:59 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Budak Lapok (2007) |
| Pengarah : | Anwardi Jamil | Syarikat Penerbit : | Matahari Animation & Production Sdn. Bhd. | | | Kategori : | Filem Animasi | Bahasa : | Bahasa Melayu | Genre : | Drama, Komedi, Keluarga | Klasifikasi : | U - Untuk tontonan umum | Tarikh Tayangan : | 2007 | Durasi : | 90 min | Audio : | Tiada Maklumat | Format :
| 35mm Pelakon
: Aziz Sattar / Pak Ajis (Pelakon Utama): S. Shamsuddin / Pak Sudin (Pelakon Utama): Ramlee (Pelakon Utama) Krew Penerbit
: (Penerbit) |
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...never heard bout diz film before ....kind a look forward for it.....harap2 kualiti ader improvement ler... |
|
|
|
|
|
|
|
apsal aku rase cam x best je... |
|
|
|
|
|
|
|
dr mana info ni dpt????????? |
|
|
|
|
|
|
|
pertama kali aku dengar pasal projek filem animasi ni ialah pada 2001!!
punyalah lama... mungkin dulu bajet tak cukup...
kalau dapat keluar dlm tahun ni.. bagus la. |
|
|
|
|
|
|
|
2001? lama tue...tap filem animasi mmg lama
nk banding dgn hollywood yg tenaga kerja dia smpai ratus orang
kita pakai 21 org je dgr kata..logik lah kalau smpai 6 tahun
mcm filem meet the robinsons tu 3 tahun nak buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
KLU MAlaysia buat filem animasi dlm setahun.. gamaknye cam stop motion plak kang |
|
|
|
|
|
|
|
lambt lg nak siap....
tetiba jer wa rasa rindu pada karekter usop sontorian tu...walaupun animate dia keras, kaku...tp jln citer kelako...best kalo ada sesapa yg dpt animate balik karekter tu...dgn teknologi bru... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 pisang69's post
Usop Sontorian dia punya suara watak2 mmg best dan lawak la, terutama suara Usop dan Singh. sampai skrg aku tak tahu suara siapa.. comel jer suara dia...
[ Last edited by khys at 11-4-2007 11:20 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
visualnya mmg bosan sikit. yg best cuma sebab ada suara Ajis dan Sudin je. siapalah yg nak tengok kat wayang ye....
TRAILER (klik sini) |
|
|
|
|
|
|
|
semua animasi aku suka...
kampung boy,
usop sontorian... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau animasinya lebih menarik dan comel kan best |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Budak Lapok 'hadiah' untuk artis lagenda
22-08-2007 11:16:23 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
FILEM animasi bukanlah suatu perkara baru bagi khalayak filem yang membesar dengan dunia kartun dari negara barat dan negara matahari terbit seperti Shrek, The Incredibles dan Simpsons The Movie. Tidak kurang hebatnya juga penghasilan filem animasi tempatan seperti Silat Lagenda dan Putih walaupun filem-filem tempatan genre ini kurang mendapat sambutan di Malaysia.
Namun ia tidak mematahkan semangat pelakon dan penerbit Wafa Abd. Kadir untuk menerbitkan filem animasi Budak Lapok yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri ini.
Menurut penerbit Syarikat Matahari Animation & Production Sdn Bhd ini, beliau yakin filem animasi yang dianggap sebagai satu hadiah atau tribute untuk artis lagenda, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsudin dan warga filem terdahulu boleh berjaya menembusi pasaran filem tempatan.
"Kalau negara asing boleh berjaya dalam filem animasi seperti Hello Kitty, Power Puff Girls kenapa tidak Budak Lapok?
"Filem animasi boleh tembusi pasaran antarabangsa kerana ia merupakan filem yang universal," kata Wafa semasa majlis sidang media filem Budak Lapok.
Beliau yang terubat kesedihannya kerana anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Nasir P. Ramlee turut menjayakan filem ini berkata syarikatnya terus berusaha untuk menjayakan filem ini dan ke peringkat seterusnya setelah melalui pelbagai cabaran dan halangan seterusnya mengelakkan daripada kegagalan.
"Pembangkit semangat kami adalah nilailah yang tersurat, imbangilah yang tersirat yang bermaksud begini, kadang-kadang Allah hilangkan matahari tapi jadikan guruh, namun disebaliknya Dia turunkan pelangi yang indah," ujar Wafa.
Menurut Wafa, kelebihan filem yang akan menemui penonton di 15 buah pawagam seluruh Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri ini adalah mempunyai nilai kemanusiaan yang cuba disampaikan seperti nilai persahabatan, kekeluargaan dan penekanan usaha demi kejayaan.
Selain Nasir P. Ramlee, Datuk Aziz dan S. Shamsudin, bakat-bakat muda turut menjayakan filem yang menelan sebanyak RM2.589 juta ini.
Antaranya adalah Eric Fuzi (Sudin), Shafique Danial Johari (Sarip Dol), Muhammad Hafizuddin Mahmudi (Ajis), Mohd. Hasrul Syafiq Mohd Ismail (Ramlee) dan Mawar (Eton) yang berumur antara 14 hingga 16 tahun.
Pelakon-pelakon yang telah menyerikan industri seni tanah air turut menyumbangkan suara bagi menghidupkan watak Budak Lapok adalah Dian P. Ramlee, Maizurah Hamzah, Jalil Hamid, Jasmin Hamid, Vanida Imran, Isma Alif, Abon, Sabri yunos, Sathiya dan ramai lagi.
Filem Budak Lapok bakal ditayangkan Aidilfitri ini
(Foto dari fail Budak Lapok)
Filem berdurasi 90 minit ini adalah sebuah filem yang diinspirasikan dan diceritakan semula oleh Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsudin di mana penonton dibawa semula ke alam kehidupan anak-anak mengenai pertemuan P.Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsudin.
Ia akan membawa penonton mengimbau filem-filem popular lakonan mereka yang diolah dengan baik sehingga mampu dilihat sebagai komedi segar.
David Teo selaku pengedar filem hasil nukilan dan arahan Anwardi Datuk Jamil Sulong ini turut menyatakan hal yang sama setelah menonton filem tersebut sebanyak dua kali di Bangkok dan Kuala Lumpur.
"Sebelum ni preview separuh jalan dan semasa di Bangkok, saya preview seorang diri sehingga tamat cerita.
"Cerita ini mempunyai kekuatan tersendiri di mana ia bukan untuk hiburan kanak-kanak semata-mata tetapi mempunyai mesej sejarah berkaitan Tan Sri (P. Ramlee) dan tidak membosankan.
"Selepas pulang ke Kuala lumpur, saya menonton buat kali kedua dan dapati ia mempunyai stail dan lawak nostalgia P. Ramlee," ujar pengedar MIG Production Sdn Bhd yang berpengalaman ini dan telah mengedar 25 buah filem termasuk filem Haru Biru, Impak Maksima, Diva Popular, Bilut dan Tipah Tertipu.
Tribute lukisan Datuk Lat
Lukisan karakter watak-watak dalam filem ini mendapat sentuhan 12 orang pelukis komik tempatan dan mengilhamkan lukisan kartun sahabat karibnya, Datuk Lat.
Filem animasi yang melampirkan dua buah lagu iaitu lagu Juara dan lagu Bujang Lapok yang dinyanyikan semula oleh pelakon-pelakon muda tersebut menggunakan teknik animasi 2D dan 3D yang berkualiti tinggi seperti yang digunakan dalam filem animasi Tarzan.
Menurut Anwardi, filem yang menjalani pembikinan selama dua setengah tahun itu dapat membantu bakat-bakat muda yang berkecimpung dalam dunia animasi.
"Jurusan animasi banyak dan nanti diorang nak pergi mana, takkan nak buat iklan je. Sekurang-kurangnya ada kerja,"kata Anwardi.
Sinopsis Budak Lapok
Filem bermula apabila tiga anak muda Ramlee, Ajis dan Sudin yang telah menjadi kawan akrab yang tinggal di Kampung Pinang Sebatang.
Suasana Kampung Pinang Sebatang yang digambarkan
dalam filem Budak Lapok
Ketiga-tiga rakan karib itu telah menyertai pertandingan bola sepak mewakili kampung mereka dengan Kampung Semerah Padi diwakili oleh Sarip Dol, Megat Komeng dan Brahim.
Dalam masa yang sama mereka cuba memikat hati tiga orang anak gadis, Nani, Salmah dan Eton dengan menyertai pertandingan drama antara sekolah-sekolah walaupun Ajis dan Sudin gerun dengan berada di atas pentas berhadapan dengan orang ramai.
Keadaan bertambah rumit apabila kedua-kedua pertandingan itu jatuh pada hari yang sama.
Mereka terpaksa memikirkan cara terbaik supaya boleh berada di dua tempat pada masa yang sama.
Penonton akan dihiburkan dengan adegan yang terkandung di dalam filem karya P. Ramlee yang diilhamkan ke dalam 60 peratus babak filem tersebut.
Kepada peminat-peminat filem-filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Datuk Aziz Sattar dan S.Shamsudin, anda tidak boleh lepaskan peluang menonton filem Budak Lapok yang akan memulakan tayangan Aidilfitri ini.
Tidak ketinggalan, sebanyak 5000 penanda buku disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah yang datang menonton filem tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
best ker?
harap2 x kaku dan mulut/pergerakan sama ... |
|
|
|
|
|
|
|
best ker tak...aku ttp nk tgok......support our local animation... |
|
|
|
|
|
|
|
Filem animasi Budak Lapok penghargaan untuk P. Ramlee
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
JIKA anda peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, pasti akan ingat setiap dialognya dalam filem-filem lakonannya. Memori tersebut akan terungkai semula apabila anda menonton filem animasi Budak Lapok terbitan Matahari Animation & Production Sdn. Bhd.
Filem animasi arahan Anwardi Jamil yang bakal ditayangkan pada musim Hari Raya Aidilfitri ini itu merupakan filem yang diinspirasikan daripada alam kehidupan P. Ramlee.
Dalam filem berdurasi 90 minit itu, penonton dibawa kepada kisah pertemuan antara P. Ramlee dengan Datuk Aziz Sattar dan S. Shamsuddin.
Menurut Anwardi, filem yang didedikasikan kepada seniman legenda itu dibuat berdasarkan penceritaan semula oleh Aziz Sattar dan S.Shamsuddin.
Kata Anwardi, projek Budak Lapok telah dimulakan sejak tujuh tahun lalu dan kira-kira dua tahun lalu barulah siap sepenuhnya.
揊ilem animasi memerlukan ketelitian. Dari masa ke semasa kami banyak belajar dan memperbaiki kelemahan yang ada.
揕akaran karakter yang dicipta mirip kepada kartun ciptaan Datuk Lat. Semua kerja untuk filem ini menggunakan kepakaran tempatan, |
|
|
|
|
|
|
|
lukisan 2D buruk.
ada harapan flop. |
|
|
|
|
|
|
|
tak minat sgt citer animasi......but yg ni nak tgk kot...minat bujang lapok |
|
|
|
|
|
|
| |
|