CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3254|Reply: 2

Geng 'Keramat'

[Copy link]
Post time 20-3-2007 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Sesekali setelah tinggal berjauhan dari tempat asal menghimbau kembali kenangan2 lama bersama dengan rakan sepermainan semasa kecil. Terasa rindu pulak ingin berjumpa dengan mereka dan bertanya khabar serta melihat bagaimanakah agaknya perkembangan diri masing2.

Kg.Dato Keramat kini sudah jauh berubah. Sesekali balik kebandar semasa Hari Raya dan ingin berjumpa dengan rakan2 sepermainan namun hampa kerana penduduk asalnya telah berpindah. Rumah2 mereka kini disewakan kepada pendatang2 dari luar. Begitulah dengan rakan2 semasa kecil yang masing2 telah menghilang membawa diri keluar dari Dato Keramat.

Masih ingat lagi kenangan semasa kecil dahulu yang penuh dengan adventure. Kami sanggup berbasikal ke Bukit Belacan dan sejauh Klang Gate untuk berkelah ataupun berkhemah. Bekalannya pula ialah ayam2 kampung dan itik yang kebetulan nampak di depan mata hak kepunyaan awam ataupun buah-buahan yang di ambil daripada kebun-kebun kita sepanjang jalan ke destinasi. Inilah geng Keramat yang memang adventure betul kehidupan kami dulu.

Antara nama-nama geng tersebut ialah Ali Bulat, Nasir Broom, Ja'an, Boyan, Negro, Stimrol, Magok, Nayan, Atan Jawa dll lagi. Aznil AF tu pun asal dari situ gak tapi dia tak berapa campur dengan kami sebab dia budak manja. Dia anak bongsu dan abang2 dia terlalu kontrol pada dia.

Ada tak forumners yang berasal dari situ?

[ Last edited by  Gravedigger at 20-3-2007 03:18 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2007 10:07 AM | Show all posts

Reply #1 Gravedigger's post

penah gak duduk situ , rumah mak cik , tp masa tu sibuk gi chow kit jer..window shopping ngan sepupu kat batu road...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2007 10:52 PM | Show all posts
Aku duk Keramat AU2 ...dekat ngan Bengkel Mara dan Asrama Felda tu.....dekat ngan tapak Umah Panjang kat sebelah Asrama Felda..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 1.569530 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list