CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7095|Reply: 5

UNCLE K:Nak tahu adakah bayi anda di sampuk makhluk halus

[Copy link]
Post time 20-3-2007 03:11 AM | Show all posts |Read mode
Topik ini telah ada di dalam BOD Mystery and Paranormal.... Mungkin ada di kalangan anda yang tidak pernah menjengah bod berkenaan... Ini adalah panduan kepada ibu bapa sekiranya anda mengalami situasi sebegini...

Bagi mereka yang sudah ada baby...... tentu korang pernah mengalami kejadian anak menangis di tengah malam....

Betul tak...


anak menangis di tengah malam memang melecehkan.. Kena ada tahap kesabaran tinggi.... dah tau buat anak... kena la tau jaga anak... Ye tak...ia di namakan sawan tangis...

Ini pengalaman Uncle dalam bab bab ghaib nih..


ada 2 jenis sawan tangis...

1. sebab bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.

2.Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.

Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.

Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.

Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.



BEWARE.....





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2007 08:00 AM | Show all posts
Originally posted by Uncle_K at 20-3-2007 03:11
Topik ini telah ada di dalam BOD Mystery and Paranormal.... Mungkin ada di kalangan anda yang tidak pernah menjengah bod berkenaan... Ini adalah panduan kepada ibu bapa sekiranya anda mengalami s ...
...so far anak2 aku masih bayi dorang tak pernah mengalaminyalah...alhamdulillah...tapi...malangnya...terjadi plak kat anak sedara aku bila dia masih baru lahir dulu...

...tak brapa ingat kisahnya...tapi my sis went back to her house after staying at my mum's place for about a week or two selepas bersalin...thats when it happened...

...my niece akan mula menangis tanpa henti sejurus selepas maghrib...nangis nangis nangis...kasi susu takmo...didukung dia menangis...apa yang ko buat kat dia semua tak kena...asik menangis ngan kuat sekali...bila dah tak terdaya nak menangis...dia akan stopped for a while...pastu sambung menangis sampai nak dekat subuh baru dia stopped dan tidur...waktu siang...tiada gangguan plak...tidur senyenyak2nya...but...bila tiba waktu maghrib...dia start balik...

...my sis even brought her and got her admitted to the hospital for this...diagnosisnya...crying for investigation... ...but after some tests and observation...dr said that there was nothing wrong with her...and they couldnt explain why she kept crying...tapi...time kat spital...crying dia was a bit lesser i think...

...so...discharged...bawak balik to my mum's place...and the crying continued...until my sis was too tired and mentally exhausted...her crying was driving everyone in the house nuts...bukan kerana marah kat dia...tapi...at that time...we felt so helpless that we couldnt do anything to help her...it sadden and broke our hearts to see her crying and crying and how sunken she looked at that time cos her feeds was affected too...bila datang episod menangis dia...she would refuse her feeds...and this thing was on going for about 1 week plus...dan dalam masa yang singkat nie...badan comel dia semakin susut...

...so one evening...apabila dia start menangis tu...my mum yang dah tak bley tahan tengok cucu pertama dia semakin hari semakin susut bawak dia berjumpa ngan seorang bomoh who lives just one storey above our apartment...

...bomoh nie memang terkenallah kat situ...hari2 non stop orang datang berawat ngan dia...time my mum went with my niece pon ramai orang2 yang menanti giliran mereka...but when he saw my mum carrying my crying niece..he asked for them to be seen first...

...ok...this man...he got an assistance...who was perhaps in a trance state...i dont noe...i wasnt there...but my mum told me that my niece stopped crying immediately when they took her from my mum...

...so...apparently...they said that my sis place was a bit dirty...they mentioned about one of her rooms yang menjadi tempat tinggal dan permaian seorang nenek kebayan dan cucu2nya...cucu2nya according to them were cat like creatures...with sharp teeth and long finger nails...so...apparently...cucu2 nenek nie yang akan ketil2 my niece with their finger nails...tu yang buat my niece menangis...and...they also mentioned about the room being filled with so many soft toys and kat soft toys tu lah nenek dan cucu2nya duduk...

...memang my sis ada menyimpan banyak soft toys kat bilik tu...macam2 soft toys yang dia ada...dan bilik tu kosong cos my sis baru pindah jugak...

...so...bomoh tu kasilah air tuk minum dan lumur for my niece...dan...untuk mencuci rumah dia jugak...nasihat dorang...buang all the soft toys yang ada dalam bilik tu...my sis tak buanglah soft toys tu...cos masih baru2 lagik dan semuanya mahal2 belaka...so...dia kasi pada sapa2 yang nak...

...in the end...semuanya berakhir ngan baik...alhamdulillah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by Uncle_K at 20-3-2007 03:11
Topik ini telah ada di dalam BOD Mystery and Paranormal.... Mungkin ada di kalangan anda yang tidak pernah menjengah bod berkenaan... Ini adalah panduan kepada ibu bapa sekiranya anda mengalami s ...
...so uncle...any tips tuk mengatasi masalah nie??...esp for those yang tinggal berjauhan daripada family members...dan yang masih muda dan tak brapa pandai dalam perkara2 begini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 01:19 PM | Show all posts
menarik jugak..

my baby pun dok nangis2.. tak tentu masa. Paling teruk last month la.. start je midnite smpai ke subuh nangis non stop.. memang letih mental n fizikal   What i did is, beli air diperbuat dari ayat suci al-quran n saffron tu.. (ape nama dia ekk..lupe lak) tiap kali meragam.. selawat n baya ayat kursi sambil sapu kat muka n umbun2. Mlm2 lak mmg sentiasa bukak pc biar alunan ayat suci al-quran sepanjang masa. Alhamdulillah sikit2 dah beransur Ok.. Sekarang ni kengkadang je la dia nangis. Bebetul cmm takutkan smthing.


kebetulan plak smlm, anak yg sulung pegi amik plastik putih (n main2 depan dia.. Si adik pulak mcm nak main sama..Bila dia dapat capai je plastik tu, reaksi muka punye la terkejut sangat. Pastu nangis dlm ketakutan gitu.. Kot2 la kaler benda tu sama mcm plastik putih tu kot.. Ntahle.. tapi mmg menguji kesabaran betul time dia nangis tu. Kesian pun ye gak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2007 02:04 PM | Show all posts
erm... i pun mmg ader pengalaman anak menangis x berenti ni masa zaman anak i baby2 dulu la. skrang ni dah besar sket

my baby start pandai nangis x berenti after i bwk baby pergi ke pantai semasa dlm pantang.
2nd time terjd, lps balik dari pasar mlm (bwk baby skali). Masa tu, everytime dia tgk i dia akan menangis ketakutan sgt2, meliar mata dia. so i mmg x dpt le nak tenteramkan dia, my husband la yg tlg slow down kan baby tu.

after 3 jam xmo berenti jugak nangis, i pergi mandi. then solat. harap2 kot ada 'bende' yg ikut akan hilang la. try amik baby semula sbb nak susukan dia, still sama jugak. Then i baca yassin, pun x jalan jugak. last2 kesian tgk baby menangis dekat nak 5 jam, my husband rendam dia dalam besen mandi. terus diam. Lega.....so kitaorg tak pasti apa punca dia menangis. samada dia panas atau mmg ader yg ganggu, atau mmg dia dah penat menangis.

mak ader pesan, klau ada anak kecik ni. in case terpaksa balik mlm2. letakkan penyapu lidi kat pintu masuk. tujuan nya klau ada 'benda' yg ikut, dia stop sampai pintu tu jer. Bunyi nya mcm karut, i selalu gelak je klau mak ckp mcm tu. tp skrang ni letak jugak lah, walaupun x nmpak kat mana logik nya. heheh...

maybe Uncle boleh bg tips utk atasi masalah ni klau terjd lg kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 12:23 PM | Show all posts
Iskandar pun kena macam ni masa balik rumah mak Shin.

Shin tak duduk bilik Shin sebab maid baru mak dah buat macam bilik dia sendiri (menyampah betul).

Jadi since adik Shin pergi PLKN, Shin duduk la bilik dia. Lagipun bilik dia paling sejuk dan berangin. Tapi yang tak seronok dekat nak masuk maghrib, Iskandar melalak. Mak Shin pun tak tenteram. Bila bawa keluar bilik tu OK pula. Dekat 2 jam melalak, baru ok tapi kesian tengok dia lembek saja.

Sekarang Shin tahu apa sebab dia. Sama macam cerita BM. Bilik adik Shin banyak patung dan tempat kucing lepak dan dah 2-3 kali kucing beranak dalam bilik tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.203208 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list