CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11403|Reply: 33

Langkah 47, ilmu suami menambat hati isteri.

[Copy link]
Post time 14-3-2007 02:53 PM | Show all posts |Read mode
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

21. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

22. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

23. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

24. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

25. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

26. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

30. Urut belakang isteri sekali sekala.

31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

40. Seeloknya masuk tidur serentak.

41. Belai isteri sebelum pergi kerja.

42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

44. Lakukan riadah bersama isteri.

45. Pergi berkelah sekali sekala.

46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

47. Kalau berjima` , pastikan isteri inzal juga, jangan suami se orang saja yang 'dapat'.

( abe aji tak gemo nombor genap, so pasal nak kasik sampai nombor ganjil maka abe aji tambah jek yang ke 47. Harap basiron tak marah yer? mekacehhhhhh)

[ Last edited by  ajinomotonosuga at 16-3-2007 06:43 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2007 02:59 PM | Show all posts
Banyak keje nak kena buat nak tambat hati isteri ni

Tapi dalam list tu leh kata 90% aku dok wat selalu,  tu pasal la isteri aku sayang kat aku haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 03:01 PM | Show all posts
topik ulangan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 03:03 PM | Show all posts

Reply #2 telagahitam's post

heheh... aku baru nak kata... dalam banyak2 menda dalam list tuh... pi berkelah bersama jer kitaorang tak buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by telagahitam at 14-3-2007 02:59 PM
Banyak keje nak kena buat nak tambat hati isteri ni

Tapi dalam list tu leh kata 90% aku dok wat selalu,  tu pasal la isteri aku sayang kat aku haha



untung bini u ye....  bile tgk senarai tu, mak aaiihhh! byknye yg laki aku tk buat....cessss!

kene kasi die tgk list nih! kasi die sedar skit......
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by kikilalat at 14-3-2007 03:03 PM
heheh... aku baru nak kata... dalam banyak2 menda dalam list tuh... pi berkelah bersama jer kitaorang tak buat



untung dpt suami yg penyayang dan romantik ni kn....(bende yg aku idam2kn b4 kawin smpai skrg....)

tp tk achieve lg those target....hopefully soon.....amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2007 05:44 PM | Show all posts
wah! separuh dari  itu laki teman tak pernah buat   masa mula kahwin dulu semua ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 05:57 PM | Show all posts

Reply #6 petite_adry's post

aminnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2007 06:18 PM | Show all posts
takutlah pada bini...insyallah anda akan disayangi.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 06:26 PM | Show all posts

Reply #9 ABAH35's post

stujuk............
huahahhahahah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by basiron at 14-3-2007 02:53 PM
Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. ...

lama dah tak wat nie..
kena remind kat asben nie..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 06:41 PM | Show all posts

Reply #10 shah_jehan's post

cepattttt je.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by ABAH35 at 14-3-2007 06:18 PM
takutlah pada bini...insyallah anda akan disayangi.....


abah takut bini ke?? bocor ra hsia dah
Reply

Use magic Report

letitbe_rahsia This user has been deleted
Post time 14-3-2007 10:43 PM | Show all posts
aku tak tahu petualah, tapi benda2 ni buat aku bertambah sayang:

1. perkataan 'sayang' tak lekang dari bibir dia
2. puji2an yg lebih kepada penghargaan, contoh, dia masuk rumah, wangi (sebab baru lepas mop), tak abis2 dia memuji nanti
3. ucapan terima kasih, setiap kali aku buat sesuatu untuk dia
4. alert - aku pakai baju apa, warna apa, rambut aku, aku hitamkan ker, aku buat bleach ker, cosmetics aku semua dia tau, apa yg baru, apa yg lama
5. cepat marah bila kawan2 lelaki dia usik aku (tanda sayang ni)

apa lagi ha, nanti teringat tulis lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2007 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by letitbe_rahsia at 14-3-2007 10:43 PM
aku tak tahu petualah, tapi benda2 ni buat aku bertambah sayang:

1. perkataan 'sayang' tak lekang dari bibir dia
2. puji2an yg lebih kepada penghargaan, contoh, dia masuk rumah, wangi (sebab  ...
]

biasalah kalau baru kahwin tu semua laki buat mcm tu leh di katakan semua wife merasa bertapa asyiknya di awal perkahwinan kentut pon depa kata wangi tapi dah lama2 lain le pulak ceritanya, tunggu ko ada anak esok 1, 2 dan 3 ada lagi tak ayat2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 11:05 AM | Show all posts
Originally posted by mata_bulat at 14-3-2007 11:26 PM
]

biasalah kalau baru kahwin tu semua laki buat mcm tu leh di katakan semua wife merasa bertapa asyiknya di awal perkahwinan kentut pon depa kata wangi tapi dah lama2 lain le pulak ceritan ...



aku pn br kawin gak... tk dpt pn bende2 tu sume....

tention gak kekadang, sbb b4 this dgn xbf2 aku, aku dpt layanan mmg 1st class, romantik tk hengat... diorg semua ikut montot aku je, tp disbbkan dulu aku ni agak player jgk la... asik tinggal2kan org je.....tuhan nk balas kot....

kali ni ha! amik ko! laki aku lgsg tk romantik!!

padan muka aku!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 11:42 AM | Show all posts
Satu je...  APPRECIATE HER ALWAYS.

Kebanyakan isteri sanggup berkorban segala2nya utk suami dan keluarga. Baik kerjaya, masa dan wang. So bila isteri tu buat sesuatu tu 'acknowledge it'. Sebab pompuan ni suka dapat attention, lebih2 lagi dari suami.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by mata_bulat at 14-3-2007 10:36 PM


abah takut bini ke?? bocor ra hsia dah


takut sangat tu tak la....tapi kalau dia tengking mau aku terkencing dalam seluar....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 12:21 PM | Show all posts

Reply #18 ABAH35's post

hahahaa...
tak ngaku si abah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 02:09 PM | Show all posts

Reply #19 putubambu's post

iskhh...
normal la tu..
depan bini cover baik punyer..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.070589 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list