|
berlari tanpa henti, masa menikam diri,
cuba untuk bersembunyi, nyataku tak dapat lari,
inilah rutin hari-hari, makin memakan diri,
entah apa dikejari, masih tak puas hati,
masa ibarat pedang, mencucuk dari belakang,
semua orang berkejaran, padah bila ketinggalan,
kalau silap tersadung, rebah kau menanggung,
kita jadi mangsa, walaubegitu kita rela,
kita ibarat berlumba, garis penamat entah dimana,
berganti ganti berlari, penat tapi terus berlari,
bukan masa arahkan kita, tapi kita tentukan masa,
masa itu emas, jangan kita terlepas, |
|