CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4874|Reply: 10

GURU SEMENTARA -

[Copy link]
Post time 27-1-2007 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Tugas sama penting guru tetap

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

PROFESION sebagai guru pekerjaan mulia kerana tugasnya mendidik generasi baru menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun, kekurangannya dapat membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kekurangan boleh berpunca daripada beberapa faktor seperti guru wanita yang terpaksa mengambil cuti bersalin atau guru dihantar mengikuti kursus.

Berikutan kekosongan itu, tugas sebagai guru sementara terbuka luas terutama bagi mereka yang berminat mengajar dan mempunyai kesanggupan memikul beban tugas dan amanah itu.

Sebagai guru memerlukan seseorang itu komited dan bersemangat dalam menjalankan tugas mendidik pelajar. Walaupun hanya sebagai guru sementara, peranannya sama penting dengan guru tetap dan tidak boleh diambil mudah.

Mereka tidak boleh leka atau bersikap tidak bertanggungjawab dengan bekerja hanya untuk mendapat wang tanpa peduli dengan perkembangan akademik muridnya. Mendidik satu tugas yang berat dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Setiap sekolah pasti mempunyai masalah kekurangan guru. Apalagi pada masa kini kebanyakan guru adalah wanita.

Apabila ada guru bersalin mereka akan bercuti hingga dua bulan dan jika tempatnya tidak diganti tentu pelajaran murid tergendala.

Oleh itu, bagi yang berminat menjadi guru sementara, mereka boleh pergi sendiri berjumpa guru besar atau pengetua sekolah untuk bertanya kekosongan jawatan itu dan menyatakan minat untuk mengajar.

Jawatan kosong bagi guru sementara tidak diiklankan dan hanya dari mulut ke mulut. Oleh itu, bagi mendapat maklumat lebih jelas, lebih baik berjumpa terus dengan guru besar di sekolah.

Kelayakan minimum untuk menjadi seorang guru di sekolah rendah atau menengah adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan wajib mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Mereka yang mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris mempunyai peluang lebih cerah menjawat jawatan guru sementara kerana ia dapat membantu mereka mengajar subjek yang memerlukan penggunaan bahasa itu seperti Matematik dan Sains.

Selalunya guru sementara akan mengajar mengikut jadual guru tetap yang digantinya atau mengajar dua mata pelajaran iaitu satu subjek teras dan satu subjek elektif seperti seni atau pendidikan jasmani.

Gaji sebagai guru sementara bergantung kepada kelayakan, tempoh bekerja serta pengalaman.

Yang penting dalam menjawat jawatan sebagai guru sementara adalah minat yang mendalam dan kesungguhan. Ia tidak sepatutnya dijadikan batu loncatan kerana ia boleh memberi kesan negatif pada pengajaran.

Guru sementara juga perlu bersedia belajar daripada cikgu yang berpengalaman supaya proses pengajaran dapat dijalankan dengan baik dan tersusun.

Selain itu, guru sementara juga perlu bersedia menghadapi kerenah pelajar, tahu mengawal mereka serta tidak mudah melatah atau mengaku kalah apabila berhadapan dengan cabaran dalam mengajar.

Guru sementara juga mempunyai peluang diserapkan sebagai guru tetap jika memenuhi syarat yang ditetapkan Kementerian Pelajaran. Antara syaratnya adalah memperoleh kelayakan penuh mengikut skim perkhidmatan kategori masing-masing.

Tip Jumpa terus guru besar

- Mereka yang berminat untuk menjadi guru sementara perlu komited dan bersemangat dalam menjalankan tugas mendidik pelajar. Walaupun hanya sebagai guru sementara, peranannya sama penting dengan guru tetap dan tidak boleh diambil mudah.

- Mereka tidak boleh leka atau bersikap tidak bertanggungjawab dengan bekerja hanya untuk mendapat wang tanpa peduli dengan perkembangan akademik muridnya. Mendidik adalah satu tugas yang berat dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

- Jawatan kosong bagi guru sementara tidak diiklankan dan hanya dari mulut ke mulut saja. Oleh itu, bagi mendapat maklumat lebih jelas, adalah lebih baik berjumpa terus dengan guru besar di sesuatu sekolah.

- Kelayakan minimum untuk menjadi seorang guru di sekolah rendah atau menengah adalah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan wajib mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

- Mereka yang mempunyai kelebihan berbahasa Inggeris mempunyai peluang lebih cerah menjawat jawatan guru sementara kerana ia dapat membantu mereka mengajar subjek yang memerlukan penggunaan bahasa itu seperti Matematik dan Sains.

- Selalunya guru sementara akan mengajar mengikut jadual guru tetap yang digantinya atau mengajar dua mata pelajaran iaitu satu subjek teras dan satu subjek elektif seperti seni atau pendidikan jasmani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


winter_bride This user has been deleted
Post time 28-1-2007 10:51 PM | Show all posts
kenpa banyak tul posting psl guru yer kat board ni??
Reply

Use magic Report

winter_bride This user has been deleted
Post time 28-1-2007 10:58 PM | Show all posts
opppsss... baru baca yang board ni schools problem.. patutylah banyak posting psl cikgu.. hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 01:52 PM | Show all posts
dexa..
thanks for the info..
nak jadi guru sementara ni kena pergi jumpa headmaster directly rupanyer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2007 05:12 PM | Show all posts

Reply #4 mrs_halia's post

betul...

kebanyakkan kawan saya yang kerja sebagai guru sementara apply terus dengan guru besar sekolah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 09:14 PM | Show all posts
btol..

lg bes kalo ade strong connection dgn org2 atas tu GB/GPK.



me myself almost a year jugak jd guru sementara ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
fessarento This user has been deleted
Post time 15-2-2007 10:40 PM | Show all posts
tp.. saya  pernah jadik guru sementara.. apply kat PPD..

die cakap dia x galakkan kita apply melalui sekolah.. nnt dia pening kepala
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 10:42 PM | Show all posts

Reply #7 fessarento's post

itula, sy pegi skolah dia suhgi PPD, saya g PPD dia suh gi skolah. last2 kensel la. baik tanam sayo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


fessarento This user has been deleted
Post time 15-2-2007 10:44 PM | Show all posts

Reply #8 sitilina's post

tips yang paling utama..

mula usha dulu sekolah mane yg ade cikgu nak bersalin..

then wat surat.. bawak resume.. jgn post... g jer PPD.. rayu2 ckit..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 04:17 PM | Show all posts
biasanya melalui sekolah.  

tapi kebiasaannya bila ada guru yg nak cuti...pk or hm akan tanya kalau ada sedara-sedara staff situ yg nak apply (tu pun kalau hm dan pk tak ada sedara mara dia yg nak jadi cikgu sementara)

kalau ada...just minta buat surat, bawak salinan-salinan sijil yg sesuai.  then pk or hm yg akan bawa surat tu ke ppd/jpn.  yg berkenaan boleh lah jadi cikgu sementara.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 12:57 AM | Show all posts
mana satu yg betul ni.nak apply kena gi jumpa guru besar ke atau ppd.kalo aku lebih senang pegi ppd terus ma sbb ppd mesti tau mana sekolah yg memerlukan guru sementara ni.kang pegi jumpa guru besar tu kalo kat sekolah tu x memerlukan guru sementara segan plk aku.hehe

p/s:aku rs enjoy jgk kalo jd cikgu ni sbb keje sekerat hari ma.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.507026 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list