View: 19354|Reply: 68
|
Sekadar nak kongsi... main gitar.
[Copy link]
|
|
Tujuan aku menulis ini bukan kerana riak atau menunjuk-nunjuk. Apa nak diriakkan, apa nak ditunjuk-tunjukkan... aku cuma orang baru main gitar, bukan pandai mana pun. Aku cuma nak meluahkan rasa gembira kerana telah melalui satu peringkat yang aku anggap susah & tak pernah termimpi semenjak aku ter-niat nak main gitar. Aku sekadar nak berkongsi sesama pemain gitar & terutamanya kepada yang baru-baru main gitar macam aku sendiri. Semoga mendapat motivasi dan kebaikan @ manfaat.
Aku beli gitar pada 31 Oktober 2006 lepas. Hampir 2 bulan dah aku main. Main tiap-tiap hari. Hujung minggu main 5 - 6 jam berlatih. Hari bekerja 2 jam... kalau paling sibuk pun aku pastikan aku ada practice at least 15 - 30 minit. Aku banyak belajar dari Internet, CD & buku (belajar sendiri).
Apa yang aku rasa tak patut diikut dari buku & internet ialah arahan dalam sesetengah pelajaran dimana ia ajar kita arahan corak strumming misalnyal miss tali ketika upstrum & downstrum. Contohnya : U D U D miss D miss D... (U = Upstrum/ D=Downstrum). Ini amat susah untuk diikuti kerana kita perlu mengajar anggota kita terima arahan secara teknikal mcm itu. Aku pernah cuba belajar mcm itu namun akhirnya hampir mematahkan semangat & buat aku marah.
1. Kita ada satu otak, dan 2 tangan untuk main gitar. Satu tangan petik tali, satu tekan kord. Bukan senang nak coordinate. Kita cuma dapat latih satu tangan dlm satu masa menerima arahan dari otak kita. Kemudian baru dapat gerakkan kedua2nya secara natural tanpa banyak fikir. Ini kena practice dulu.
2. Kalau kita baca arahan untuk strum gitar keatas, kebawah U D U D U U D D.... susah! Tak natural. Kita nak main music disini, biarlah ia mengalir dalam jiwa ketika main. Ini music, seni. Kena practice jiwa kita hanyut bersama music itu, bukan dgn arahan mcm 'buka tayar kereta' macam itu. Cuba pasang music/lagu dalam bilik... mesti sorang2 (tanpa gitar). Padamkan lampu. Sambil duduk menikmati music itu cuba tepukkan tangan pada kerusi atau paha ikut rentak music.... dan selam ke dalam irama itu. Mengalir bersama music itu, dapatkan feel nya. Amalkan latihan ini. Ini untuk melatih telinga & mengikut rentak.
3. Berlatihlah macam biasa dan anda akan secara natural strum lagu hanya dengan mendengar lagu tersebut. Anda akan secara automatik akan dapat menafsir rentak lagu & corak strum akan terhasil secara natural jika anda biasa lakukan latihan seperni no.2 diatas.
Aku sendiri sekarang bila dengar sesuatu lagu beberapa kali, cari kord. Capai gitar dan cuba... aku dapat ikut secara natural (bukan semua lagu lah... tak terrer mana pun aku). Syukur.
Harap maaf jika apa yang ditulis ini kurang disetujui. Ini adalah melalui pengalaman sendiri, mungkin tidak berhasil untuk sesetengah orang. Aku hanya ingin menyumbang pengetahuan yang tidak seberapa ini sebagai tanda terimakasih atas tunjuk ajar kawan2 dalam forum ini & atas tanda syukur kerana dibukakan hati menerima ilmu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yaa momo.. aku stuju pendapatan ko. aku dulu pun cam tu. sampai give up. lps tu sambung balik slow2 jalan.setakat nak kongsi pengalaman je.
kod pertama yg member ajar a minor. katanya yg paling senang. padahal e minor paling senang bagi aku. 2 jari je kan. masa tu tak
kenal internet lagi. aku tengok buku kord yg kecik tu, sampai skarang aku pakai lagi. in the begining mmg ada masalah
strumming berterabur. member bagi tip, cara lebih berkesan adalah melalui pendengaran. cuba tiru sebijik sampai dapat. aku start dgn lagu yg mudah dan slow - di ambang wati- wings.
slow2 praktis, m'sia boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mo-mo at 26-12-2006 10:19 AM
Tujuan aku menulis ini bukan kerana riak atau menunjuk-nunjuk. Apa nak diriakkan, apa nak ditunjuk-tunjukkan... aku cuma orang baru main gitar, bukan pandai mana pun. Aku cuma nak meluahkan rasa ge ...
bravo..bravo..yang paling penting minat..tu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus.. bagus.. kipidap brader... |
|
|
|
|
|
|
|
berhajat gak nak pandai main gitar tp motivasi n disiplin diri kurg betul...siap beli buku tp bila tgk dgn terma2 jargon muzik tu terus patah semangat huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mo-mo's post
fuhh..kalau hari2 2 jam prektis mmg cepat le terror.x sampai setahun mesti dah buleh layan marty friedman tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by myohmy at 27-12-2006 01:21
berhajat gak nak pandai main gitar tp motivasi n disiplin diri kurg betul...siap beli buku tp bila tgk dgn terma2 jargon muzik tu terus patah semangat huhu
Jangan patah semangat jika ada minat. Yang seronoknya main gitar ialah kepuasan diri. Hobby lain pun mcm tu jugak, untuk kepuasan diri... tapi yang best nya bila kita dapat menghiburkan org sekeliling kita (misalnya keluarga sendiri).. dan dihargai. Kita tahu kita dihargai apabila org di sekeliling kita 'request' kita nanyikan sesuatu lagu... bila dapat melakukannya dan org itu suka dan nyanyi bersama (tak kira lah... girlfren ke...kawan biasa, kawan lelaki, jiran ke... isteri ke... anak ke....) itu yang paling syok.
Macam mana kita tahu kalau orang TAK menghargai pulak? Kalau org sekeliling cakap "Oiii... bisinglah!" kita tahu lah org tak suka... ada sesuatu yang tak kena @ belum kena lah tu - mungkin main belum chun lagi.
Saudara myohmy,
Kalau dapat awak cuba tengok kawan yg pandai main dulu, lepas tu main bersama-sama dengannya. Tentu dapat motivasi & bersemangat. Kawan2 dkt forum ini pun sedia tolong dari segi tips & nasihat. Teruskan usaha. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gagek7 at 27-12-2006 11:26
fuhh..kalau hari2 2 jam prektis mmg cepat le terror.x sampai setahun mesti dah buleh layan marty friedman tuh...
Takde lah gagek,
Aku baru je main, cuma baru melepasi tahap2 sukar diperingkat permulaan. Lepas ni aku nak lepak dgn kengkawan yang pandai supaya dapat belajar lagi dari mereka. Umur aku sekarang 32 (baru nak start main!), sebab itu aku praktis sampai 2 jam sehari & 5-6 jam hujung minggu atau cuti... pasal aku nak memanafaatkan masa aku yang sudah terlambat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak cari bfren yg pandai main gitar.....:love::nyorok:
hehe.... ada sesapa nak isi borang...atau aku yang kena isi borang pad sesapa yg pandai main gitar kat sini...:hmm::stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mo-mo at 28-12-2006 08:19 AM
Takde lah gagek,
Aku baru je main, cuma baru melepasi tahap2 sukar diperingkat permulaan. Lepas ni aku nak lepak dgn kengkawan yang pandai supaya dapat belajar lagi dari mereka. Umur aku s ...
betul kata ko....aku tengok pengalaman adik2 aku main gitar...adik2 (5 adik lelaki) aku pandai main gitar seusia 7 atau 8 tahun...start dorg sekolah lagi...sbb dok tgk abg aku main gitar ari2.....smpailah skrg ni...rumah aku tak pernah sunyi dari petikan gitar....tapi malangnyer dorg sume tak nak ajar aku coz aku ni pompuan....huhu..dorg taknak jari aku jadi kematu...:no::no:......tapi takpe...yg best aku bleh request apa je lagu...hehe...pastu nyanyi ramai2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 captain_scubby's post
...Tapi kan, captain scubby kalau org pompuan pandai main gitar lagi lah org respek. Segan lelaki yang tak reti main duduk kat sebelah kalau pompuan main.
Kalau ikut cerita awak mmg keluarga awak berbakat main musik. kalau awak tak main gitar, baik awak main violin, piano ker... manfaatkan bakat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg teringin nak pandai main alat2 muzik ni....dulu masa sekolah rendah saya ada ikut pancaragam sekolah....
pastu bila dah sekolah menengah..takde coz sekolah tu takde kelab pancaragam....so, terbantut mcm tu jer...kdg2 gi tgk performance kt istana budaya atau petronas pilharmonik....saya mmg suke ngan muzik ni.....
tapi kalau nk belajar tu rasanyer nanti dulu....minat ada tapi takde kesempatan.....hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 captain_scubby's post
kalau ada PC kat rumah awak belilah keyboard komputer yang ada 'keyboard music' dari Creative Labs itu (PC & Music Keyboard). Saya sendiri ingin nak beli, tak lama lagi. Harga dia dalam RM170, jual kat kedai komputer. Pasang kat PC, install software dia... belajar notation... & belajar basic main keyboard. Nanti bila dah pandai baru beli keyboard yang besar atau piano.
Tengok kat link ini..
http://www.prodikeys.com/
[ Last edited by mo-mo at 29-12-2006 03:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
momo, hang beli keybord dekat nilai, rm99 je, utk beginner sesuailah. Sound piano dia ok lah. Tak mcm sound bodoh lah.
Teruskan usahamu berlatih gitar..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mo-mo at 28-12-2006 08:19 AM
Takde lah gagek,
Aku baru je main, cuma baru melepasi tahap2 sukar diperingkat permulaan. Lepas ni aku nak lepak dgn kengkawan yang pandai supaya dapat belajar lagi dari mereka. Umur aku ...
alaa...tak yah segan. sy nih umor 22 baru jer nk blajar main piano... lg lah klakar kalo org tau... |
|
|
|
|
|
|
|
hihi..ltak la main gitar kat sini....ada lagu ko buat sndri ke...tepek2 la kat sini kitorang menikmatinyer...haha...aku bukan aper..dh busan dgr professional like artis nyanyi n main....nk gk dgr org2 cm kite yg bkan artis ni main n nyanyi...hihi..mmasyukkk jugakkk tgk ada org yg berbakat di sebalik pekerje/student biasa je |
|
|
|
|
|
|
|
hihi...stone....pegang gitar...treng jeeeee slow2 ikot chords...nnt lama2 dpt feel...percaye laaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|