CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3212|Reply: 10

Dimana boleh cari ramai Melayu

 Close [Copy link]
Post time 14-12-2006 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Di mana boleh cari ramai Melayu?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
Pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2006 10:14 AM | Show all posts
Yang aku tahu
Malaysia memang empunya-nya melayu
that's why kepincangan kita nampak melayu punya dulu
lainlah kalau Malaysia ni cina atau india punya dulu
memang pincangnya kita nampak bukan dari bangsa melayu

Malaysia Tuan Rumahnya Melayu
Yang banyak beranak pinak pun Melayu
Dah ini rumah kita, nak buat macammana, aku pun tak tahu
Sedih jugak tengok bangsaku..
apa nak buat.. aku hanya termangu
Semoga anak-anak aku tak macam tu..
Kalau taknak anak aku macam tu
Aku dulu kena buktikan aku mampu
tanamkan jiwa anak-anakku
Tidak menjadi mereka yang seperti hantu...

Walaupun anak-anakku mewakili percent yang kecil di graf itu
Sekurang-kurangnya aku berusaha ke arah itu..
Memenuhkan mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Dan Semoga anak-anakku
Menjadi bangsa yang maju

Seperti yang kau kata di atas tu :

Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

Ciplak sket jek :bgrin:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2006 10:19 AM | Show all posts
sekadar renungan bersama, semoga tak ader yg terasa ati
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 12:19 PM | Show all posts
Memang best punya sajak... mendalam maknanya tu.

Tapi sayang kesedaran di kalangan kaum kita ... tiada

Yang kaya sedang diulit dengan kemewahan
lupa akan asal usul apatah lagi agama

Yang miskin pula semakin sempit
Sempit dengan poket yang kosong
rumah yang sempit
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 12:23 PM | Show all posts
Bila dah kaya
Mula fikir nak kereta baru
rumah baru
BINI BARU
ANAK DAN ISTERI HARU BIRU

Itulah mentaliti kita orang melayu


(apa yang kulahirkan disini adalah berdasarkan kepada pemerhatian sahaja. tak semua melayu seperti ini)
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 05:29 PM | Show all posts
im agree with u raichosan...


orang sering tersalah bila melihatku
ada yang kata aku cina
tak kurang yang kata aku jawa
heh...tapi tak ada pulak yang kata aku kalinga mari
hakikatnya...
kadang...aku malu mengaku melayu
kelilingku cina dan india pot pet pot pet menghina melayu

sedih bila bangsaku dicaci
keturunanku dikeji...
silap siapa semua ini terjadi?
kerna melayu yang alpa
atau....?

siapa punya jawapannya???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2006 10:15 PM | Show all posts
Banyak maksud sajak cam ni tapi memang best
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2006 10:20 PM | Show all posts
kenapa prejudis sgt? apa yg kita semua buat utk memartabatkan bangsa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2007 12:15 AM | Show all posts
PENIN.....NAK sajak pun takde idea...nengok ja laa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:57 AM | Show all posts

ini cerita aku...

aku cuba jadi melayu baru
aku cari kedai buku
aku nak menambah ilmu
tapi yang dicari tak ketemu
ku tanya pada orang kut-kut mereka tahu
mereka menggeleng, muka sepatu
seolah-olah asing sekali melayu dan buku

aah... ini silap aku juga
tempat yang ku cari tu tak kena
ia pekan yang melayu rakyatnya
...sepatutnya aku ke pekan cina
baru jumpa nukilan pena
tapi rasa malas mula melata

sebab aku pun melayu juga!

:nyorok:  haha! jangan marah aaaaa!

[ Last edited by  otto at 8-1-2007 11:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 02:18 AM | Show all posts
Dragon,

Ini ciptaan ori anda? Kalau ye, bagus lah.

Why I ask is that I received this karya ini melalui forwarded email, tapi (sebagaimana biasa) tidak di kreditkan penulisnya. If your are the author, I would like to reply to the email and inform them of the source.

Thanks.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.208671 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list