View: 23981|Reply: 36
|
Masa Kesuburan Wanita
[Copy link]
|
|
Tumpang lalu... Aku ada persoalan.
1. Apa tanda kesuburan wanita?
2. Waktu kesuburan wanita?
3. Mudah atau tidak untuk mengenali masa kesuburan wanita itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesuburan isteri bermula dengan pengeluaran lendir seperti hingus dari faraj. Waktu suburnya ialah beberapa hari selepas dia terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari. Adalah mustahak bagi setiap pasangan tahu mengenai waktu subur jika mereka inginkan zuriat.
Kebiasaannya memang air mani boleh mengalir keluar selepas suami menarik zakar keluar. Namun, ia boleh dielak jika isteri tidak mengemut faraj, sebaliknya isteri perlu mengembangkan corong faraj sambil mengekalkan posisi asal ketika bersetubuh tanpa meluruskan kaki.
Kemutan pada faraj mengakibatkan corong faraj kempis dengan pengeluaran angin yang akan menolak air mani. Isteri juga tidak digalakkan bangun dan bergerak ke tandas untuk membersihkan farajnya. Ini kerana ia akan menyebabkan air mani keluar dan sperma terdedah kepada air dan sabun yang akan mematikannya.
Isteri juga tidak digalakkan meletakkan kain pada faraj kerana ia akan menyerap air mani. Sebaik-baiknya gunakan tisu kering. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunakan untuk menjauhkan kehamilan ( merancang keluarga ) dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28 ). |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana kaitan haid ini dengan waktu subur ?
Wanita hanya keluar benih sekali dalam sebulan, benih perempuan atau ovum dikeluarkan oleh kilang ovari. Setiap wanita mempunyai sepasang ovari dan dalam hayat seseorang wanita ia boleh mengeluarkan lebih kurang 400 telur. Telur ini biasanya keluar pada hari ke empat belas dalam pusingan haid, jika pusingan haidnya merangkumi 28 hari.
Waktu penetasan telor ini (ovulation), dikatakan waktu subur dan ia boleh berlaku diantara hari ke-11 hingga hari ke-20 dalam pusingan haid.
Jika pusingan haid tidak teratur , maka sukar untuk menentukan bila waktu subur ( telur menetas ), mungkin juga ia tidak subur. Setiap wanita perlulah mempunyai pusingan haid yang teratur untuk meningkat peluang untuk hamil.
Untuk menentukan panjang atau pendeknya pusingan ini, satu catitan taqwim adalah sangat penting. Bagi mereka yang ingin mengelakkan kehamilan oleh sebab-sebab kesihatan, kaedah waktu selamat boleh digunakan sejurus selepas bersih dari haid sehingga hari ke-11 dan jangka waktu antara hari ke-18 hingga haid yang akan datang, dianggap selamat. Ini bermakna jika persetubuhan dilakukan pada waktu selamat, kehamilan tidak mungkin berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rosfarizal at 23-11-2006 01:00 PM
tq cik puan yana
Sama².....:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
tq puan yana......... pandai la hang... baru aku tau....... |
|
|
|
|
|
|
|
ala nak senang citer........ 5 hari lepas habis period....... |
|
|
|
|
|
|
|
bermakna waktu subur tu sebelum haid atau selepas haid... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jofizo at 23-11-2006 03:28 PM
tq puan yana......... pandai la hang... baru aku tau.......
poyo laa ko....:geram: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yana79 at 23-11-2006 10:23 AM
catitan taqwim haid ini dapat ditentukan waktu subur ( antara hari ke-12 hingga hari ke-20 ). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan dan merancang jantina bayi. Taqwim haid juga boleh digunaka ...
ya betul.....
:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... teringat aku bio form 5...
Kitar haid berlaku dlm masa 28 hari...
Hari 1-7 adalah pengeluaran haid (bergantung pada orang kadang2 singkat, kadang2 lama. Tengok usia gak)
Masa subur ialah hari ke 10-19. Sebab ovulasi berlaku pada hari ke-14. Ovum bleh idup dlm 24 jam jek. Tapi sperma kuat skit, bleh idup 72-120 jam (3-5 hari). Sebab tu masa subur tu lebih kurang 6-10 ari la...
Pastu kalau tiada persenyawaan berlaku, maka dinding endometrium (dinding rahim) akan runtuh, darah haid kuar lagi...
Jawapan bagi soklan ko:-
1. Kalau wanita tu subur, sudah tentulah kitar haid die normal (~28 hari). Aku rasa nilah tanda utama kesuburan wanita tu... Kalau nak tengok dari wajah ke ape ke, itu aku tak tahula... Kalau tak normal, mesti disebabkan ketidakseimbangan hormon (dah tua, ataupun penyakit)...
2. Dah dijawab dlm penerangan aku di atas...
3. Ade beberapa teknik. Senang susah, aku tak pasti sebab aku bukan pompuan. Antara teknik yg aku tahu ialah mengukur suhu badan. Ukur suhu badan setiap hari lepas bangun tido. Kalau suhu badan jatuh dari normal, that means ovulation pada hari tu (correct me if I'm wrong). Masalahnya suhu badan ni dipengaruhi faktor lain cam penyakit dsb...
Cara kedua ialah check kepekatan mukus (lendir pada faraj tu). Kalau tak silap aku kalau mukus tu cair drp biasa, maka hari tu ovulation berlaku (again, correct me if i'm wrong). Tapi masalah cara ni ialah, susah nak cakap mukus tu pekat ke cair...
Cara ketiga, jumpa doktor.
Ada cara lain lagi kot, aku tak ingat la... |
|
|
|
|
|
|
|
posting lucah...dicensor!!! (Mod)
[ Last edited by alphawolf at 30-11-2006 10:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
untuk menentukan masa subur mmg agak susah sbb tak semua wanita mempunyai haid yg teratur (28 hari)...so nasib2 lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
hari ke 14 selepas haid hari pertama adalah waktu yg betul2 subur kerana ovulasi @ keluarnye telur pd waktu itu dan begitu juga 2 hari sebelum hari ke 14 dan 2 hari selepas hari ke 14 juga dipanggil waktu subur, klau bersama pd 5 hari ni gerenti sangkut (jika diizinkan tuhan ), cara ni betul2 berguna utk org yg haidnya teratur setiap bulan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks everyone... good info |
|
|
|
|
|
|
|
1. Apa tanda kesuburan wanita?
Bagi yg dah kawin...time bini naik miang
2. Waktu kesuburan wanita?
Lepas 3-4 hari period kot...
3. Mudah atau tidak untuk mengenali masa kesuburan wanita itu?
Senang jer...macam jawapan soklan 1 tadi..
Ada betul ke kaum pompuan? Saya ni lelaki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 d_giggsy's post
betul tu..
tak sume pompuan punye kitaran haid yg tetap..
so kalau nak dptkan zuriat..
kna cuba setiap masa lah kot??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|