CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7053|Reply: 30

novel sinetron - Mawar Merah

 Close [Copy link]
Post time 9-11-2006 01:35 AM | Show all posts |Read mode
Terkejut Hans bila tingkap biliknya tiba-tiba terbuka di tiup angin kencang.
"ish...lebatnya hujan, siap ngan guruh petir lagi...minta-minta tak blackout banyak nih keje yang nak kena buat"bisik hati  Hans sambil menutup balik tingkap bilik nya. Guruh berdentum kilat sambung menyambung, Hans duduk balik di kerusi depan komputernya. Kertas kerja proposalnya hampir siap tapi dia macam dah buntu, tak tenang. Tiba-tiba beremang bulu tengkuk Hans. Rasa macam ada yang sedang perhatikannya dari luar tingkap. Hans toleh ke tingkap, tak de apa-apa pun. Cuma pokok-pokok yang menari nari di tiup angin. Lagi pon, Hans di bilik rumahnya di tingkat 2 tak mungkin orang boleh tengok dia kecuali panjat ke balcony. Hans mengiling kepala memikirkan kemungkinan....dia sambung balik buat kerjanya...

Latar belakang Hans

Nama: Hans Isacc bin Abdullah
Umur: 31thn
DOB: 8 July
Asal: K.L
Keturunan: berdarah campuran Bugis dan Melayu
Kelulusan: Masters Degree in Engeneering, Cardiff,UK
Pekerjaan: Perunding Jurutera Awam
Kompeni: MCE Consultants SDN BHD
Menetap: Taman Tun Dr Ismail bersama Ibunya Dian dan 2 orang adiknya Nora Danish dan Adam

................................................................9 bulan yang lalu...........................................

"Eh Hans jadi tak malam nih? aku rasa kali nih ko mesti kalah ngan aku. dulu aku kalah pasal aku silap strategi..." tegur Que Haidar sambil menepuk bahu Hans.

Melumba kereta memang hobi Hans sejak azali lagi. Tiap-tiap minggu geng kereta 'Red Devils' mesti berkumpul di area MRR2 untuk berlumba. biasa nya route melumba nih dari Jalan Ampang masuk ke MRR2 kemudian masuk balik Keramat dan balik ke Ampang untuk penghabisan. Que pulak rakan karib Hans satu opis pon, 2 tahun lebih muda, kalau bab racing nih dua-dua hero.

"On...gasak ko nanti aku kerje kan ko lagi" sambil gelak.
"Dah pukul 5:30 nih aku kena balik cepat nih nak kena amik Nora dari tuition kul 6 jap lagi. ok aku chiow dulu jumpa kat tempat biasa kul 9mlm" sambung Hans sambil bergegas balik.

kedengaran lagu unchained melodi berkumandang dari handphone Hans. "Hello?"
"Hi, sayang...buat apa tu?" kedengaran suara lembut manja seorang perempuan dari loud speaker Hans.
" I tengah Driving lah yang nak gi amik Nora dari tuition nih..."
"tapi you on loud speaker kan?"
"iyer..."
"yang, yang, malam nih kita keluar nak tak?...i teringin nak makan western lah...kat opis nih collegue i asyik do citer pasal steak jer i sampai teringin. kita gi Victoria Station lah yer?boleh laaa i teringin sangat" pujuk Fasha dengan manja
"malam nih? tak boleh la sayang i ada hal. banyak keje nih you bukan tak tau sekarang nih i tengah ada banyak projek so banyak proposal i nak kena sattle nih. kita gi weekend jer lah. boleh kan?" balas Hans
"ala you nih...i tengah kempunan pon you turned me down. teruk lah you nih! nih belum i pregnant lagi kalu i pregnant esok-esok you layan i cam nih teruk lah i! benci lah" kata FAsha dengan nada yang tak puas hati.
Sambil ketawa kecil " haaa tu lah sebabnya you bukannya pregnant hahah"
"teruk lah you nih!...weekend nih? janji?"
"haah weekend nih"
"ok bye see you in 2 days time..hugs and kisses muahhhhhh~"

Fasha tunang Hans. Dah 6 bulan mereka bertunang dan bercadang nak langsungkan perkahwinanya pada tahun depan. mereka nih very loving couple bagai pinang di belah dua.
mereka mula berkenalan bila Hans nak cuba melobi tender di satu syarikat besar di KL. Fasha merupakan salah seorang dari project Director di situ, bukan tu saja dia juga merupakan anak kepada Dato Khalid CEO of the company.

menyelit-nyelit Hans bawak kereta macam orang sakai bawak kereta. Tapi takut lambat amik adik punya pasal dia redah saja. Tapi yang pelik sepanjang Hans berlumba kereta or even drive for that matter, dia tak pernah accident. dia cilok macam mana sekali pon dia so far selamat.

ekkkkkksss~ bunyi brek kereta Skyline Silver elok-elok jer parking kat bas stop.
"Along!! lambat lah..lama tau Nora tunggu..dah nak marghrib dah nih...orang dah lapar" kata Nora sambil menjebih.
"ala sekali sekala along lambat tak pe la bukan along sengaja. jam tau. nanti bila cuti semester Nora gi la amik lesen keter..kalu tak tau along leh aja. senang jer bawak kete nih..."
NOra tetap menjebih merajuk.

20 minit kemudian, sampai lah mereka di rumah.
"hah, apsal lambat sangat balik hari nih? marghrib dah nak habis dah gi sembahyang dulu pastu kita makan. mak masak lauk best hari nih"
dua beradik tuh pon cepat cepat bersihkan diri dan tunai kan sembahyang.
Sambil turun tangga " mmm wahhh best nya bau....waaaaa lala masak cili,  ikan 3 rasa, telur bungkus...mmm nyam nyam.. mak mimpi apa masak special camnih? whats the occassion?"
"tak de mimpi, tak de occassion apa nyer..saja jer nak masak best best hari nih tak leh ke? along mana?"
"Alongggggggggggg~!! cepat turun org tunggu nih nanti lauk habis padan muka!" jerit Nora ke abangnya.
"Mak, Angah bila lagi nak balik sini?ada dia hantar email tak?rindulah"
"ntah...tak pulak dia email kat mak apa-apa"
"ala mak dia kan tengah exam nih mana nak ada masa untuk email-email kita...fuh banyaknya lauk mak masak sumer nih?"sampuk Hans
"yerlah takkan mak curi kot...along ko tolong mak email kat dia mak nak kirim baju lah"
" aaaaa Nora pon nak kirim gak, Nora nak handbag. Handbag kat sana latest design banyak"
Adam adik bawah Hans masih belajar tapi dah tahun akhir jurusan Kedoktoran. Dia menuntut di Cardiff  University universiti sama ngan abang dia, cuma jurusan jer lain.

setelah selesai makan, hans terus ke tapak lumba. sebelum lumba macam biasa, dia akan lepak dulu sambil minum-minum kat kedai mamak maulana. kemudia mereka mulakan acara mereka beramai-ramai. biasanya sekali lumba ada dalam 10 pelumba

Pada waktu yang sama kat kawasan perumahan di keramat ada satu keluarga sedang dalam kerumitan. Rita terkejut bila melihat ibunya tersungkur jatuh tangga.

"Buu!!!~ Ya Allah...ibu?ibu? ayah!!!! ibu jatuh!!!kak Sha!!!!Ibu kakSha..Ayah" jerit Rita sambil menangis
ayah rita dan Nasha kakak Rita bergegas melihat rita sedang meriba Ibunya
"Ya Allah apa dah jadi nih? camner leh jadi cam nih? mah? mah? abang nih dengar tak?" ayahnya menyeru nyeru nama isterinya. Nasha masih terpinga pinga
"ibu? Rita, cuba ko angkat tangan?"kata Nasha dengan cemas Rita mengangkat tangan nya
terbeliak mata Nasha melihat tangan adiknya penuh darah. rupanya kepala maknya luka kerana jatuh.
"kak, cam mana nih kak?" tanya Rita sambil nangis
Nasha cuba telefon operator untuk panggilan kecemasan tapi engage. Hampa dan kecut hati nasha kerana takut tak dapat selamatkan ibunya.
"Rita ko boleh tak pergi kat klinik Rakan Medik Seberang Jalan. ko mintak tolong Doktor kat situ. bawak dia kemari. cakap emergency nih akak akan cuba stopkan ibunyer bleeding"
Ayahnya yang dah uzur tuh hanya menangis melihat wajah isterinya yang kelihatan pucat.
Rita mengangguk dan terus bergegas untuk minta pertolongan.
"Rita! hati hati tau" pesan Nasha pada Rita

Rita gadis yang cantik, lemah lembut dan sopan. umurnya baru 26tahun hanya setahun beza dengan kakaknya. sebenarnya rupa Rita dan Nasha hampir seiras. orang selalu salah sangka ingatkan mereka kembar. dua beradik nih ada buka warung berdekatan dengan rumah mereka.
Dengan rupa dan bakat yang ada pada dua beradik nih memang tak payah pelaris orang sentiasa datang makan di warungnya. hidup mereka senang walaupun taklah kaya raya.

Dengan hati berdebar-debar Hans teruskan perlumbaan nya. Hans sebenarnya hairan hatinya rasa lain macam...tak sedap macam something bad will happen tapi naluri nak menang lebih besar Hans tekan minyak lebih kuat. sampai di selekoh tiba-tiba nampak macam seorang wanita sedang melintas. Hans terkejut dan cuba mengelak sambil tekan brek.
gedebuk ! kuat juga bunyi langgaran tuh. walau mengelak terkena juga. ber debar kuat hati Hans. panik...Hans melihat rare mirrornya tak nampak apa-apa pon.
"mimpi ke aku nih? rasa macam langgar benda tapi tak de benda" sebab tak de benda yang dia nampak lalu dia terus tekan minyak sambung lumba. Macam biasa hans menang perlumbaan tuh. fikirannya masih teringat-ingat hal yang di jalan keramat tuh tapi tidak dia ceritakan kepada sesiapa pon.

seminggu kemudian, di opis, time lunch kaki gosip macam biasa berkumpul pok pek pok pek. dalam riuh rendah tuh Apek, despatch opis pon bersuara " korang baca tak paper hari nih pasal minah yang mati misteri tuh?ala yang mayat dia baru jumpa 2 hari lepas tapi dah mati hampir lebih seminggu. katanya kemungkinan besar langgar lari. kesian giler. aku tengok gambar arwah cun giler siot kesian dia mati muda..mesti tak aman roh dia"

Hans hanya menggeleng kepala tengok telatah office mate-nya. "Que, ko turun dulu aku tertinggal bende kat bilik aku." kata Hans lantas berpatah balik ke office.
Hans tunggu lift sambil bersiul-siul lagu widuri. tiba-tiba pintu lift pon terbuka dan kelihatan seorang gadis yang cantik jelita sedang berdiri di penjuru lift. Hans tercegat sekejap melihat kejelitaan gadis tersebut. wanita tu hanya bagi isyarat mata menanyakan samada nak masuk lift atau tidak. Hans tersenyum malu lalu mauk ke lift.
"lawanya minah nih. tapi macam tak pernah nampak pon dia keje kat area sini. budak baru ke?" bisik hati Hans
Pintu Lift pon buka Hans keluar but then he decided nak cakap ngan perempuan tuh. dia pusing jer.."aikk???? mana dia pergi??? cepat nyer jalan"

Bersambung.................



Peringatan:-
watak-watak dan cerita ini tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati. ianya hanya rekaan semata-mata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2006 01:36 AM | Show all posts
edit sambung nanti plak

[ Last edited by  kemboja at 9-11-2006 01:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 10:23 AM | Show all posts
eh, best nie. aku suka citer2 cenggini. nnt jgn lupa sambung iyerr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2006 11:55 AM | Show all posts
kalu korang perasan nama2 watak tuh aku letak nama-nama artis kita heheeh~ supaya orang leh imagine rupa watak-watak tuh hehehehe nanti aku sambung tengah cari ilham nih tungguuuuuu~~~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2006 05:19 PM | Show all posts
揈h Hans, ko buat apa lambat sangat? Aku dah kebulur la. Kit anak gi makan mana nih?
Reply

Use magic Report

jajadanial02 This user has been deleted
Post time 10-11-2006 01:49 PM | Show all posts
eh...bestlah..sambunglah cepat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2006 03:38 PM | Show all posts
erkkkk... dah xde  le plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2006 01:11 AM | Show all posts
"Hans, dah lewat lah nih. I nak kena balik, esok abah suruh i teman dia gi buat medical check up" kata Fasha sambil mencuit Hans.
"Oh, ye ke? oklah kengkawan kitaorang nak kena chiow dulu. So drive carefully jangan terserempak plak ngan 'hantu' tuh" usik Hans sambil gelak mengejek.

Maka berjalanlah mereka berdua ke parking lot. Masa jalan tuh Hans rasa macam dia di perhatikan, tapi bila dia tengok keliling tak de orang yang mencurigakan plak. Fasha pon rilek jer, jadi Hans pon tak kisahlah. Lagi pon bukannya Hans percaya hantu-hantu nih.

"Sha, you 'extremely in hurry' ke you ada some time to spare?" tanya Hans sambil masuk keter.
Fasha tersenyum manja "okla i alway have time for you cuma esok i tak cukup tido jer la"
"hahahah ok then kita rewang rewang jap" jawab Hans.

Hans bawa Fasha 'makan angin' yelah orang bercinta semuanya best ronda-ronda KL pon best. Jam menunjukan pukul 12:45am Fasha dah menguap dua tiga kali ngantuk. sekali kali tuh ada juga dia terlelap. Sampai satu turning tuh Hans nampak seorang perempuan pakai baju kurung beige bediri dekat traffic light. dari jauh rasa Hans rasa macam familiar jer minah tu. Sampai je selekoh nak masuk jalan kat Keramat tuh tiba-tiba Hans rasa beremang bulu tengkok. Hans tengok ke Fasha, dia pon dah terlelap. Comel jer rupa Fasha tidur, Hans pun tersenyum sendiri memikirkan bertapa bertuah nya dia akan kawin dengan orang macam Fasha. Cantik, lemah lembut, sopan, manja, pandai dah tuh pandai masak. Bertuah sungguh Hans dapat perempuan idaman. Dalam dia melayan perasaan tuh tetiba Hans nampak ada perempuan lintas jalan tak sempat nak elak emergency break je "gedebuk!!!!!" kuat bunyi dentuman macam langgar benda
. Gelabah Hans "menda tuh?" bisik Hans

"aduh...kenapa ni?terkejut Fasha. Apasal tiba-tiba emergency break?" tanya Fasha terpinga-pinga sebab terkejut dengan emergency break.
"hah?ntah tadi rasa macam ada langgar benda" ujar Hans
Fasha tengok keliling, siap keluar kereta lagi nak tengok keadaan. yelah mana lah tahu memang ada langgar orang."Takde apa-apa pon." kata Fasha dengan muka muncung "you letih gak nyer. cepat-cepat lah antar I balik pastu you balik terus tak payah nak jumpa-jumpa member you lagi. Balik tidur jer." sambung Fasha. Hans menjeling ke rare mirror memang tak nampak apa-apa. Hans jadi keliru sangat, dia beranih sumpah yang dia ada rasa macam dia langgar benda. Sambil start kereta dia jeling lagi kat rare mirror.
Mengucap panjang Hans. Terkejut dan terus tekan minyak.
"Apasal nih?" tanya Fasha keliru. Hans hanya mengiling kepala. Dia sebenarnya nampak macam ada orang berdiri di belakang kereta kepala dan badannya berlumuran darah.

Setelah hantar Fasha pulang, dalam perjalanan Hans balik tuh dia nampak ada perempuan jalan di bahu jalan. Hans rasa pelik kenapa pagi pagi buta ada perempuan jalan-jalan tengah jalan. tapi dia buat dunno jer yelah kat KL nih banyak benda pelik, orang pelik. Hans tak banyak fikir tentang kejadian kat keramat tuh. dia cuma beranggapan kemungkinan dia letih so pemikiran mungkin jadi tak rasional. Jalan nak naik ke Bukit Antarabangsa tuh, Hans ada lalu satu bus stop ada perempuan tengah tunggu bas kat situ. Sepintas lalu Hans rasa macam familiar perempuan tuh so dia reverse, memang tak syak lagi gadis misteri di lift tempoh hari. HAri tu dia tak bagi tau nama dia hari nih mesti dia bagi tau nama dia.

"Slamat malam cik adik.nak gi mana malam-malam nih?tak takut ke sorang-sorang?" tanya HAns kepada gadis misteri tu. Gadis tuh hanya tersenyum.
" Meh la abang hantar awak balik. awak nak kemana?" dengan slamber Hans offer gadis tuh masuk keter. Gadis tuh masuk keter tapi dia duduk seat belakang. Dia hanya tunduk dan diam jer. "Hari tu saya tanya nama awak, awak lom jawab lagi....mmmm Awak nak kemana nih?" tanya Hans dengan harapan dia akan jawab soalannya kali nih.

"Rita.....Saya....nak balik." jawab gadis tuh dengan perlahan. "haaaa ada pon nama! nak balik? balik ke mana?" tanya Hans gembira sebab soalannya terjawab juga.
"...balik rumah...Keramat..." jawab Rita sambilmengalirkan airmata. Hans pon patah balik ke Keramat. Dia jeling rare mirror nya tengok Rita mengalirkan air matanya. "kenapa nih? apesal awak nangis?" Rita tak menjawab hanya diam seribu bahasa. Hans rasa kesian kat Rita, nak sangat tolong dia, apa saja pon masalah dia. Tiba-tiba Rita suruh Hans berhenti di satu selekoh.
Hans nak hantar dia terus ke rumah tapi dia tetap berdegil nak di turunkan disitu. Rita pun keluar dari kereta.

"eh nih selekoh aku langgar benda tadi" bisih hati Hans. Hans jeling ke rare & side mirror. Rita dah tak ada. Tiba-tiba ada bau yang sangat busuk masuk dalam kereta. Busuk lebih dari bangkai sampai nak termuntah hans dibuatnya.

Sesampai HAns kat rumah hujan turun dengan lebatnya. Nora masih belum tido tengah layan drama jepun sambil chatting YM dengan boyfren dia , maklumlah malam minggu. Nak dating lebih-lebih mak tak bagi. Hans terus ke biliknya, bersihkan diri lepastu sambung buat proposal buat Highway di Johor. Skali-kali Hans terfikir tentang kejadian aneh yang menimpa dirinya tadi. Lepas tu Rita. Gadis yang penuh misteri bagi nya.

Terkejut Hans bila tingkap biliknya tiba-tiba terbuka di tiup angin kencang.
"ish...lebatnya hujan, siap ngan guruh petir lagi...minta-minta tak blackout banyak nih keje yang nak kena buat"bisik hati Hans sambil menutup balik tingkap bilik nya. Guruh berdentum kilat sambung menyambung, Hans duduk balik di kerusi depan komputernya. Kertas kerja proposalnya hampir siap tapi dia macam dah buntu, tak tenang. Tiba-tiba beremang bulu tengkuk Hans. Rasa macam ada yang sedang perhatikannya dari luar tingkap. Hans toleh ke tingkap, tak de apa-apa pun. Cuma pokok-pokok yang menari nari di tiup angin. Lagi pon, Hans di bilik rumahnya di tingkat 2 tak mungkin orang boleh tengok dia kecuali panjat ke balcony. Hans mengiling kepala memikirkan kemungkinan....dia sambung balik buat kerjanya...

naluri hatinya terasa macam ada orang sedang perhatikannya dari luar. Dengan tak puas hatinya Hans ke tingkap, hanya untuk memastikan bahawa tak de orang yang perhatikan dia.
Tapi terkejut juga Hans bila dia tengok kat bawah di luar pagar rumahnya ada seseorang yang sedang tercegat berdiri menghala ke bilik Hans. Hans tak beberapa nampak rupa orang tu sebab agak jauh tapi kemungkinan besar perempuan.
"Siapa pulak tuh?" bisik hati Hans. Dia intai keluar sekali lagi tapi kali nih orang tuh dah tak ada. Bertambah-tambah konpius Hans di buatnya.
"aii..camnih tak leh buat kejelah gamak nya. mata aku dah bermain main mata dengan aku. Letih sangat agaknya aku nih" bisik hati Hans. Lantas dia pun menutup lampu dan bersiap untuk tidur.

Malam tu Hans bermimpi tentang selekoh jalan tuh. Hans berjalan nak melintas jalan. dalam mimpi tuh Hans rasa dia perlu bergegas untuk melintas jalan kerana nak menyampai kan berita penting. berita apa? dia pon kurang pasti. Tiba-tiba datang sebuah kereta dengan laju lantas melanggar Hans. Hans menjerit kesakitan " Arghhhhhh!!!!~ Arghhhhhh!!!!~"

"Hans? Hans? Hans! bangun nak!" kejut Datin Dian. Hans terjaga dari mimpinya. Badannya basah dengan peluh." bawa mengucap nak. along mimpi yer tadi?mak dengar along menjerit kuat sangat sampai ke bilik mak"
"yelah long. Kuat sangat along jerit ingatkan along nih kena rogol ke hapa ke rupanya ngigau"ejek Nora
"ish ko nih tak baik kata abang ko cam tuh. Along mimpi apa tadi cuba cerita kat mak. Mak tak pernah tengok along ngigau teruk camnih macam orang sasau"
"Tak..tak de mak. along mimpi di langgar kereta sampai terpelanting, pastu ditinggalkan sendirian. Real sangat mimpi tuh...Ya Allah tuhan saja tahu bertapa sakitnya kena langgar kereta. tu yang along jerit tuh..."
Mak Hans mengelap peluh Hans dengan tuala muka "Eh panas nyer badan along nih" kata Datin Dian sambil pegang leher dan dahi Hans." Kau demam yer...Ya Allah panas nya... main hujan ke semalam sampai demam panas camnih? "Tubuh badan Hans memang masih rasa sakit seperti bekas dilanggar. Hans selak bajunya dan kelihatan hampir separuh badanya lebam kebiru-biruan. Mengucap panjang mak Hans melihat badan anaknya macam baru lepas kena belasah. " Along siap-siap lah cepat mak nak bawak kau gi spital. nih serius nih...Ya Allah cam mana leh jadi cam nih"

Dari hari tu hampir seminggu juga lah Hans demam meracau. Resah gelisah keluarga Hans. Bila pergi check up tak de apa-apa masalah cuma memang ada demam sikit but nothing serious. Doktor kata Hans kena banyak kan berehat. Mungkin kerana stress banyak kerja. Keluarga Hans memang tak sedap hati dengan perangai Hans, rasa maca ada sesuatu yang tak kena. Dalam meracau tuh Hans asyik sebut nama Rita saja. balik balik Rita, balik balik Rita. kesian Fasha bila dengar Hans asyik sebut nama Rita membuatkan FAsha tertanya-tanya siapa pulak Rita nih? Tapi memang Fasha seorang yang tabah dan setia, walau hati Fasha sedih dan kecewa dia tetap tolong keluarga Hans jaga Hans. Ni lah dia cinta sejati, lagi pon Fasha tahu Hans bukan jenis playboy, maka Fasha yakin bahawa jauh nun di sudut hati Hans Fashalah permaisuri hati Hans tak kira lah siapa Rita nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


jajadanial02 This user has been deleted
Post time 13-11-2006 05:30 PM | Show all posts
Best-best...cepat sambung ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2006 12:41 AM | Show all posts
Keluarga Hans memang dah rasa tak sedap hati tapi benda benda supernatural nih memanglah diaorang tak percaya. Tapi selepas seminggu sakit Hans mulai reda.

Satu hari Que datang ke rumah Hans untuk melihat keadaan sahabat karib nya.
"Hello my man. amacam? ok dah?" sapa Que dengan gaya slambernya.
"Ok jer."jawab Hans
"Ko nih apa citer? Aku dengar masa ko demam ko asyik sebut nama Rita jer. Siapa Rita?"tanya Que
"Rita...?"kata Hans kemudian termenung seketika. Que mencuit Hans bagi signal bahawa dia masih menunggu jawapan.
"Dialah perempuan miteri lif tuh..."jawab Hans
"Eh kau nih biar benar. Kesian Fasha tau. Dia tuh tengah sedih habis tuh.Kau tau tak masa kau sakit dulu dia lah yang jaga kau so dia dengar semuanya.She's really crushed man! Kalau kau dah tak sayang dia kau jangan lah buat dia cam nih tak baik tau. Fasha tuh budak baik,she deserve better"
"Kau tak tahu Que,minah nih...there's something about her that's so mysterious, buat dia begitu attractive terpesona..." "lepastukan...Rita nih bila kau tengok dia muka dia sedih satu macam. Kalau dia senyum pun aku masih nampak kesedihannya dia mata.Aku tak pernah jumpa orang yang sesedih tu. Aku rasa macam aku kena tolong dia walau macam mana pun" sambung Hans lagi.
"Hans, apa nak jadi ngan kau nih, makin hari makin pelik perangai kau.Kau nak tolong minah yang kau tak kenal.tunang kau yang tengah merana jiwa tuh kau tak peduli plak?... Kau kenal ke family dia?rumah dia kat mana? dia kerja kat mana?Dah tu aku sendiri pon tak pernah jumpa minah nih" tegas Que sambil menggeling kepala.
"Aku rasa macam nak cari dia lah...dia dok kat area keramat. Aku pernah hantar dia balik skali kat area selekoh juction nak masuk kawasan perumahan...mesti dia tinggal area situ..."
"Aku tak paham lah ngan kau sekarang. kenapa kau obses sangat ngan 'Si Rita' nih?..ish"
"KAu nak tolong aku ke tak?"tanya Hans
"Hans, this is a wild goose chase! Do you know that?listen to yourself. Kau patut bagi perhatian lebih kepada Fasha tuh, bukan ke korang dah nak kawin tak lama lagi?kau jangan lah seksa diri sendiri dan orang lain" marah Que lantas beredar dari situ.

Sejak sakit hari tu keadaan Hans sebenarnya semakin teruk. Dia secara zahirnya tampak ok tapi fikirannya kacau, hanya sentiasa memikirkan tentang RIta. KEadaan Hans semakin hari semakin tak terurus, makan pun tak lalu, badan pulak dah kering muka cengkung macam penagih. Hans bangun dari sofa dan terus mencapai kunci kereta. Hans memandu membabi buta sahaja semata-mata nak cari Rita. Dia ke Keramat tapi sebenarnya dia pon tak tahu rumah Rita yang mana satu. Tapi dia tetap ronda pusing-pusing di kawasan perumahan tuh.

Dalam Hans menggelamun tengah filir pasal Rita, tiba-tiba dia ternampak kelibat Rita yang berjalan masuk ke suatu lorong di kawasan perumahan tersebut. Hans pon apa lagi tekan minyak nak kejar Rita. Dia nampak KElibat RIta masuk ke salah satu rumah di kawasan tu. Dengan perlahan Hans mencari rumah mana yang Rita masuk. Sampai ke satu rumah tu, ada seorang gadis yang baru keluar dari pintu pagarnya.
"Rumah tu ke?"bisik hati Hans
Dia berhenti di hadapan rumah tu. Gadis tuh sedang mencari sesuatu dalam handbagnya . Hans hanya perhatikan gadis tersebut sehingga gadis itu pandang ke hadapan.
"Eh, Kak long?dia buat pe kat sini?rumah dia ke nih?" bisik hati Hans. Gadis tu berjalan terus ke kereta HAns lantas menggetuk cermin tingkap Hans.
"Encik nak cari siapa?"tanya gadis tu. Hans menurunkan cermin keretanya
"Kak Long?" kata Hans sambil tersenyum.
"Kau?! buat apa sini?sejak bila awak jadi stalker?"tanya gadis tu sinis kepada pelanggan regular warungnya
"hehe..tak de saya cari rumah mmber tak jumpa. awak kenal tak budak pompuan putih putih,rambut panjang ikal, tinggi lebih kurang awak dok kat antara rumah-rumah sini?" tanya Hans. Berkerut muka gadis tuh " ntah...tak sure plak..tapi arwah adik saya rambut ikal..."
"Kak Long nak ke mana? leh saya hantar. tak pon kita minum-minum ke kejap"pelawa Hans
"erm...saya ada urusan keluarga skit nih..tapi...oklah kejap je kan" jawab gadis tu. sambil masuk ke kereta Hans. Sebenarnya mereka dah lama kenal kerana Hans dan rakan sepejabatnya boleh dikatakan merupakan pelanggan tetap di warungnya. Cuma mereka tak pernah ada formal introduction jer. Hans memang tak pernah nampak atau terperasan adik Nasha sebab Rita hanya berkerja di dapur.
"Kak long, apa nama kak long nih sebenarnya?kita nih kira lama gak lah kenal tapi rasanya kita masing-masing tak tahu nama masing-masing kan?" tanya Hans serius. "oklah saya Hans Issac and you are?"
"Saya Nasha"jawab Nasha tersenyum. Mereka lepak kat kedai mamak Maulana. Mereka makan rinan disitu. "Eh kat belah sana ada florist kan?"tanya Nasha, Hans mengangguk "kejap yer i nak kesana jap" Nasha bangun dari kerusinya dan ters berjalan kesana. Hans menyalakan rokok marlboro merahnya sambil melihat keadaan sekeliling . Sepintas lalu Hans nampak Rita berdiri di seberang jalan, Hans terkejut dan terus bangun dari kerusi untuk ke seberang jalan. Jalan begitu sibuk, sekali lagi Hans tengok Rita sudah tiada.HAmpanya hati Hans bila kehilangan Rita.
"Tengok apa tu" tanya NAsha sambil meletakan sejambak bunga Mawar di atas meja.
"errr tak da apa-apa.mmm  mawar merah untuk siapa nih?" tanya HAns sambil membelek bunga tersebut.
"untuk adik. you know this is her favourite flower. Hari ni hari jadi dia..."air muka NAsha bertukar sedih bila menjawab soalan Hans.
"Ermm...Lepas nih awak nak kemana? boleh saya hantarkan"
"mmm...saya nak ke pusara mak dan..." tiba tiba handfon Hans berdering lagu Unchained Melodi.
"Hello sayang...you apakaba? lama dah kita tak hangout sesama. jom kita keluar nak malam nih? lagi pon kita dah nak kena bincang pasal wedding kita nih"Kata Fasha dengan nada yang manja
"Ok nanti i pick you up in 1hour time bye..."jawab Hans
"Dah petang nih, I hantar you skrang sebab kejap lagi i ada hal plak" kata Hans pada Nasha
"Ok" jawab nasha tak membantah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 04:10 PM | Show all posts
cerita yang menarik.......

seronok membacanya.....

teruskan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2006 12:24 AM | Show all posts
Setelah menghantar Nasha, Hans memandu pula ke rumah Fasha di Taman Melawati. Dalam perjalanan ke sana, sesekali Hans nampak lagi kelibat Rita di antara orang-orang di kawasan rumah kedai dan tempat orang ramai lalu lalang melintas jalan. Badan Hans berpeluh sejuk, menggelabah pun ada tapi Hans sendiri tak tahu kenapa dia terasa begitu gemuruh bercampur seram tapi penuh dengan perasaan ingin tahu yang kuat tentang Rita. Terfikir juga Hans tentang kemungkinan Rita sedang menghantuinya "Tapi kenapa saya?"bisik hati kecil Hans. Hans melihat lagi sekeliling kot-kot nampak lagi kelibat Rita, sepintas lalu dia menjeling ke rare mirror. Terkejut Hans melihat ada seorang perempuan di belakang keretanya. BAgaikan terhenti jantung Hans terkejut sehinggakan dia terbabas ke tepi kaki lima playground berdekatan dengan rumah FAsha. Hans toleh kebelangkang dengan hati yangberdebar tapi tak ada orang pun.

Hati Hans masi berdebar-debar "sumpah aku nampak ada orang kat blakang"bisik hati Hans "Macam Rita...""mmmm tak mungkin, tak mungkin"kata Hans sendirian sambil menggeling kepala. Hans sambung balik bawa kereta selang 5-6 buah rumah sampailah ke rumah Fasha.

Fasha dah siap tunggu di buaian sambil makan lolipop. Nampak kereta Skyline Hans, Fasha terus berjalan keluar rumahnya. Fasha kelihatan cantik sekali malam tu, gayanya agak bersahaja tapi sudah cukup untuk membuat sesiapa pandangnya 2x. Dia memakai baju blouse pink dan purple lembut ala baby doll dress dan seluar jeans kegemarannya,boot leg cutting berjenama Levis katanya seluar tu menampakkan kakinya kecil dan panjang. Solekan Fasha pun menawan, dengan keningnya yang terurus,bulu matanya yang lebat melentik dihiasi dengan soft purple eyeshadow menyerlahkan lagi matanya yang berwarna cokelat hazel.dia mengenakan gincu sweet pink dan rosy pink blush.Solekan Fasha malam tu menampakan dirinya lebih manja dan comel.

"Hans?"panggil Fasha sambil menggerutkan dahinya kerana hairan melihat wajah  tunangnya yang agak pucat "Hans are you ok?"tanya Fasha sambil memegang pipi tunangnya.
sambil tersenyum HAns menjawab"yeah ok...where shall we go now?Perhaps we can have a romantic dinner at Eden's"jawab Hans sambil memandu keluar dari kawasan perumahan Fasha.
Dalam fikiran Hans dia masih memikirkan tentang kejadian tadi.'aku penat sangat agaknya sampai nampak benda-benda yang tak logik'kata hans dalam hati
'Hans ni betul ke dah sihat...kesian dia' fikir Fasha bila dia melihat Hans.

Mereka makan malam di restoren Eden. Bercerita panjang seperti teman yang dah lama tak jumpa. yelah banyak yang nak di ceritakan tentang kerjaya, kesihatan, kawan dan rancangan perkahwinan mereka. Tapi sesungguhnya Fasha ada terperasan bahawa sesekali tuh Hans kelihatan terganggu, cuma dia malas nak tanya. Takut it'll spoil teh evening. Tak lama kemudian baliklah mereka.

Fasha membaling handbag coachnya ke atas katil. menggeluh panjang Fasha kerana menggenangkan Hans. Dia duduk di meja make-upnya dan membersihkan makeup dengan toner pembersih dan kapas. Dengan perlahan di lapkan bibirnya, airmata Fasha mulai mengalir kerana memikirkan tunangnya.

"Apalah salah FAsha sampai Hans buat camni kat FAsha?...Siapa RIta???"kata FAsha sendirian sambil memegang gambar mereka berdua. Walaupun Fasha cuba untuk jadi 'understanding' dia sebenarnya terasa cemburu dengan perempuan yang selalu tunangnya sebut-sebut.

Sementara itu HAns dalam perjalannan pulang ke rumah. Lagi sekali dia nampak Rita sedang duduk di bus stop. Hans berhenti di tepi jalan dan menurunkan tingkapnya "Rita buat apa kat sini malam-malam?"
Rita merenung tajam kepada HAns"....tunggu kawan"
"hah...nak saya teman ke?"tanya Hans ikhlas
"..."Rita tidak menjawab lantas HAns keluar dari kereta dan duduk di sebelah Rita.
"Awak tak takut ke duk sini sorang-sorang?"tanya Hans
"hemm tak...buat apa nak takut"jawab rita lembut Hans ternampak ada banyak kelopak bunga ros merah bertaburan dan hanya ada sekuntum je lagi yang masih intact.ianya di pegang oleh RIta
"pakwe awak ke yang kasi tu?" tanya Hans dengan perasaan yang sedikit cemburu
"awak tahu tak bunga ros nih bunga kegemaran saya" kata Rita sambil mencium bunga itu,Hans hanya perhatikan perilaku Rita
"Hari ni Hari jadi saya. memang tahun nih saya dah plan ngan kakak saya nak raikan harijadi saya yang ke 23 kat kampung. ingat nak buat kenduri kecik. Tapi nasib saya tak baik,saya tak dapat buat apa yang saya rancang"  kata Rita, Hans melihat kesedihan yang terpancar di wajah Rita. Hans hanya berdiam diri. sesekali adala mamat motor yang lalu kasi muka pelik kat Hans tapi Hans tak hiraukan
"mmm...takkan pasal tu je pon awak nak bersedih sangat. rileks la tahun depan kan ada lagi"
Rita merenung tajam pada Hans, sampai Hans kadang kadang tuh terasa gerun juga.
"...masa saya mati memang saya pernah cakap kat kakak suruh tanam pokok bunga ros. tak mau bunga lain.nak kasi bunga pon bunga ros jer"kata Rita dengan nada yang mendatar. sepintas lalu angin sejuk bertiupan.Hans terasa macam seram sejuk pula tapi dia tidak melayan perasaannya
"eh apa awak nih cakap yang bukan-bukan tak baik tau"kata hans cuba memujuk

"bang, bang..bangun bang orang dah ramai nih" seorang pemuda berbaju pejabat cuba menggejutkan Hans. Hans membuka matanya perlahan-lahan, dia melihat ada beberapa orang yang dia tidak kenali sedang menggerumuninya. sepantas kilat Hans bangun dari tidur terkejut.
"aik apa dah jadi? kenapa saya tidur kat sini?"
"manalah kita orang tahu. kami memang tunggu bas kat sini. awk pulak memang dah ada kat sini bila kami sampai"jawab pemuda tu. Di antara ramai-ramai orang disitu, salah satunya adalah seorang ustaz dalam umur lingkungan 50an dia menegur Hans " nak, pakcik rasa anak nih di ganggu...lebih baik anak pergi berubat sebelum terlambat" Hans hanya melihat ke ustaz tersebut dengan muka yang keliru. Cepat-cepat Hans bangun dari situ dan beredar.lagu mad world by gary jules berkumandang di radio kereta HAns

"Mad World"

All around me are familiar faces
Worn out places, worn out faces
Bright and early for their daily races
Going nowhere, going nowhere
Their tears are filling up their glasses
No expression, no expression
Hide my head I want to drown my sorrow
No tomorrow, no tomorrow

And I find it kinda funny
I find it kinda sad
The dreams in which I'm dying
Are the best I've ever had
I find it hard to tell you
I find it hard to take
When people run in circles
It's a very, very mad world mad world

Children waiting for the day they feel good
Happy Birthday, Happy Birthday
Made to feel the way that every child should
Sit and listen, sit and listen
Went to school and I was very nervous
No one knew me, no one knew me
Hello teacher tell me what's my lesson
Look right through me, look right through me

And I find it kinda funny
I find it kinda sad
The dreams in which I'm dying
Are the best I've ever had
I find it hard to tell you
I find it hard to take
When people run in circles
It's a very, very mad world ... mad world
Enlarging your world
Mad world

[ Last edited by  kemboja at 15-11-2006 12:46 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2006 12:47 AM | Show all posts
lagu tuh kita macam soundtract lah hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 11:23 AM | Show all posts
wah..bes2...suker citer misteri camni...cepat2 sambung...

:love::love::love:
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 12:03 PM | Show all posts
mana sambungan nya nih...... takkan jadi misteri jugak........hehehehe
Reply

Use magic Report

jajadanial02 This user has been deleted
Post time 17-11-2006 12:05 PM | Show all posts
go Kemboja go :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2006 01:46 PM | Show all posts
sorry lah kengkawan saya demam plak...nanti kalu dah sihat skit saya pasti sambung cerita nih best nih lom climax lagi nih hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 02:40 PM | Show all posts
sambung la lg kemboja!!
xsabo nak tau cerita selanjutnyer tu...
ape la jadi agaknyer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by kemboja at 17-11-2006 01:46 PM
sorry lah kengkawan saya demam plak...nanti kalu dah sihat skit saya pasti sambung cerita nih best nih lom climax lagi nih hehehe



kemboja...

get well soon n sambung citer cepat2 k...

tak sabar nak tahu kisah 'rita' n hans nie....

makan ubat
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:21 AM | Show all posts
Originally posted by kemboja at 17-11-2006 01:46 PM
sorry lah kengkawan saya demam plak...nanti kalu dah sihat skit saya pasti sambung cerita nih best nih lom climax lagi nih hehehe


Dah baik demam dah nie... :nerd:
Bila nak sambung lagi :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.063236 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list