|
Tenun ialah proses mencantum atau menyilang benang-benang menjadi kain tenunan. Seni Tenunan Pahang berasal dari Bandar Diraja Pekan. Fabrik ini ditenun dengan menggunakan 揔ek Siam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa , tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WEAVING - AN ART INTO A TRADITION
Southeast Asia is justifiably famous for its woven fabrics. Intricate designs made with fine and expensive threads are the hallmark of an industry that has been carried out in this region for many centuries.
Brunei Darussalam in particular is proud of her tradition in this ancient craft and produces some of the finest examples of woven material to be seen anywhere in the world.
Perhaps it is the skill that is passed through generation to generation; maybe it is the inherent patience and love of fine workmanship which Bruneians possess to produce such examples of exquisite beauty. Whatever the reason there s no doubt that to be owner of such gown or sarung is to be treasured and savoured for life.
This is well examplified. If a King is to be crowned what will he be wearing? If a man and woman decide to marry what will they both wear on this most important occassion? Both royalty and commoner alike will be proud to adorn their very best for such an occassion. Naturally the silver and golden thread - man's most expensive materials - will constitute a large part of looking and feeling good for these auspicious events.
Tenunan Kain Sipugut
Beautiful
Increased mechanisation has reduced many of the world's ancient crafts into a production line of inferior products. It is reassuring to know that Brunei's woven fabrics, one of the arts central to Brunei culture, are not likely to suffer such a fate. Weaving today is carried out much the same way as it has always been - that is with pride, patience and learning, which can only come about with years of experience and dedication to this art.
The earliest recorded mention of cloth-weaving in Brunei Darussalam can be traced to Sultan Bolkiah's reign from 1485 to 1524. Magellan visited Brunei sometime during this period and his official chronicler, Antonia Pigafetta, reported seeing beautiful examples of Brunei handicrafts in particular the woven cloth.
It was common cottage industry even in those days so it is clear that woven cloth can be dated earlier than the 16th century. Like most proud traditions the art has been preserved through the centuries by the age-old system of father teaching son - only in this case, mother teaching daughter. The technology is much the same today as it was then. You will see no expensive sophisticated automatic weaving machinery; only a hand loom operated by highly skilled, artistic and patient women.
tenunan Kain Bertabur
Jongsarat
The designs too have also survived many centuries. The most well-known and famous is the Jongsarat. It is generally acknowledged to be the design that above all others reflects the skill, artistic beauty and fine workmanship in which a quality cloth possesses.
It is well-known in this region because more people see Jongsarat being used than any other design. It is worn on royal and state occassions, worn by brides and grooms for marriage ceremonies and is also sometimes used as elaborate and decorative wall coverings. Such is the high regard people in this region hold for the Jongsarat that is also given to visiting foreign dignitaries as souvenirs. Of course there are many other designs. The Kain Bertabur, Sipugut, Sukmaindera, Silubang Bangsi and Arab Gagati are but a few of the many examples of patterned cloth available today in Brunei Darussalam.
tenunan Kain Arab Gagati
Inspiration
Cloth-weaving in Brunei Darussalam undoubtedly originated within the confines of Kampung Ayer. Apart from the indigenous Borneo tribes and nomadic hunters, the majority of Brunei's population lived on the waterfront. It was in their homes that the women - perhaps many of them living closely together - perfected their skills. They probably exchanged patters and equipment, helped each other when difficulties arose and generally operated within a tightly knit cooperative. It was from this beginning that the art flourished and it is not difficult to see where the inspiration for the designs came from. Living in harmony with their natural beautiful surroundings and their deep faith in Islam inspired many of the designs, which have survived to this day. Thus the popular creations of yesteryears, incorporating nature's abundant source of idea such as leaves, local flowers as well as Islamic patterns, make up the majority of designs one can see today.
tenunan Kain Sukmaindera
Process
Before cloth can be produced obviously the thread has to be prepared first. Nowadays much of the thread comes from Japan. After selecting the base colour of the cotton, the weaver prepares ten bamboo spools of thread and then sorts it to a required length, depending upon how many pieces of cloth she intends to weave at one time - it could be one or even four. Once this has been completed she calculates the number of strands of thread she intends to use but this is usually dependent on the size of cloth to be woven. It can number anywhere between 1200 and 1500. The process of weaving starts as soon as the thread has been affixed to the loom and the pattern or design selected.
Tenunan Kain Beragi Bertabur
It is in fact the gold and silver thread that makes up the design so a good deal of attention is paid to this detail. The actual job of weaving thread into cloth is a complicated one and would be difficult to describe step by step. It is generally considered however that a good coordination between hands, arms and feet is necessary, coupled with inordinate amounts of skill, patience and, of course, craftsmanship learnt over many years of practise. The finished standard piece of cloth measures about 2.2 meters by 0.8 meters and can take anything from 10 to 15 days and sometimes even months to finish depending on the intricacy of the design and the speed at which the woman works.
Tenunan Kain Jongsarat
Preserve
One of the sadder aspects of modernisation and development is the inevitable loss of interest in the labour-intensive craft industries in preference to working in better remunirative office jobs in the capital. This has also been the case in Brunei Darussalam and had the government not taken steps to preserve the traditional arts and handicraft industry there is no doubt that very little would remain of it today. Prior to 1975, skill in weaving was certainly on the decline and the government, recognising that this most important aspect of the country's heritage was in danger of dying out, took active steps to preserve and promote it.
In September 1975, the Brunei Arts and Handicrafts Training Centre (BAHTC) was opened and took in its first batch of 24 trainees, including eight in cloth-weaving. Designed as a temporary facility, it moved in 1984 to a purpose-built edifice that is situated on a prominent site overlooking the Brunei River and Kampong Ayer. The centre is now the premier teaching facility for Bruneian arts and handicrafts.
A class at BAHTC
[ Last edited by holmes at 26-10-2006 05:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Songket Mesin tetap menawan
Harian Metro 10 Mei 2005
Tatkala perkataan songket dan tenunan disebut, terbayanglah satu seni yang indah, halus dan eksklusif diikuti bayangan kilauan warna emas, perak serta warna menarik menghiasi pakaian pasangan raja sehari, golongan ternama dan pembesar istana.
Kini, keistimewaan tenunan songket dan kain tenunan biasa bukan saja untuk dipakai, tetapi mendapat sentuhan kreatif pencinta seni tenunan yang menjadi inovasi tercanggih seni tenunan sejak ia mula wujud 200 tahun lalu.
Melalui inovasi yang kini dipamerkan di Kraftangan Malaysia Terengganu, tidak hairan jika satu hari nanti kita memasuki rumah seseorang dan mendapati set ruang tamu sehingga ke bilik tidur dipenuhi fabrik tenunan bersulam benang emas, hijau, merah jambu.
Malah, dengan inovasi terbaru Kraftangan Malaysia, pelbagai jenis benang baru juga diwujudkan seperti benang anjal, telus, lurex, denim dan metalik yang lebih menarik serta menambah keunikan seni tenunan di negara ini.
Pengarah Kraftangan Malaysia Terengganu, Mohd Kamil Mohd Ali, berkata inovasi kraf itu dipamerkan di tiga galeri berasingan iaitu Retro, Life-style dan Warisan.
Menurutnya, mesin canggih baru yang ditempatkan di kilang kawasan sama bukan saja memudahkan tenunan benang dan kain, tetapi mempercepatkan proses pembuatannya berbanding secara tradisional yang memenatkan dan memerlukan masa sehingga berbulan-bulan.
Proses pratenun termasuk mencorak motif tenunan, menerai, mengani, menggulung, menyampak, mengarat dan menyongket dapat dijalankan dengan singkat 'serta mampu menghasilkan kain tenun yang jauh lebih banyak.
Sebagai contoh, alat tenun 'dobby berkomputer' berupaya mencorak motif tenunan dengan cepat dan mudah berbanding kaedah tradisional termasuk mereka corak dan pemasangan kayu pancang yang mengambil masa lapan jam.
Katanya, alat tenun ini dilengkapi sistem komputer dan boleh menyimpan serta mereka corak sebanyak 10 corak.
Menurutnya, ia bukan saja mampu mereka corak, malah berkeupayaan memasukkan data dan memindahkan corak tenunan ke alat tenun yang memakan masa hanya 30 minit.
"Proses menerai benang loseng dan benang pakan dilakukan menggunakan alat yang berasingan berbanding kaedah tradisonal yang menggunakan satu alat saja menggunakan Rahak.
"Dengan menggunakan Rahak, penerai hanya mampu menerai benang berukuran 100 meter dan mengambil masa dua minit untuk satu peleting (buluh), manakala mesin menerai loseng lebih praktikal kerana ia berupaya menerai benang loseng pada kadar cepat dan serentak.
"Ia mampu menyediakan benang loseng mempunyai 2,780 urat benang berukuran 120 meter dalam tempoh 40 minit berbanding kaedah tradisional yang memakan masa sehingga 110 jam," katanya.
Sentuhan kreatif dan inovasi perkakas rumah serta reka bentuk pakaian Melayu serta moden menggunakan fabrik tenunan baru menerima respon baik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood, ketika merasmikan Pusat Inovasi Kraf Tenunan 18 Aprillalu.
Malah, usaha itu juga menarik perhatian Permaisuri Terengganu, Nur Zahirah, yang mengunjungi pusat tenunan itu baru-baru ini.
Mohd Kamil berkata, berbanding kaedah moden, mesin tenun Jacquard mampu membuat sehelai songket berukuran 2.25 meter selama dua jam dan menenun kain songket sehingga 1,000 meter pada satu-satu masa.
Malah, katanya, melalui mesin ini juga sebarang corak yang baru direka hanya perlu menukar kad reka corak.
"Bagaimanapun, melalui alat tenun tradisional, sehelai songket yang berukuran dua meter boleh disiapkan dalam masa dua hingga lapan minggu bergantung kepada reka coraknya," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
:tqongratulation to Holmes kerna bukak thread ni. Memang songket suatu tenunan yang menawan dan halus, saya sendiri memang begitu berminat dan fanatik dalam seni tenunan Brunei yang asli ini. bagi saya, tenunan brunei ini, adalah satu satunya yang paling teindah di alam negeri melayu ini, kerana keunikan corak nya yang tiada duanya, walupun pada masa ini tenunan dan corak brunei kini ditiru oleh pembuat kain tenunan dari luar negeri,akan tetapi dari segi benang dan kualiti tidaklah dapat ditandingi daripada buatan Brunei sendiri... Hope holmes boleh, letak more pictures tenunan brunei dan negeri negeri melayu lainnya... salute!!!:tq::clap::clap:
[ Last edited by LailaTempawan at 27-10-2006 01:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 LailaTempawan's post
tengkiu Laila ...akan hom usahakan....
kalo bleh hom nak poremer lain gak leh post article atau gambar2 mengenai topik ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba teringat lak kain cindai.. ada masa nanti I cari info n post something di sini... InsyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 30-10-2006 10:13 AM
Tetiba teringat lak kain cindai.. ada masa nanti I cari info n post something di sini... InsyaAllah
ye lah, saya tak tau camne lah rupa kain cindai ni.. kalau ada info dan gambo kain cindai, post kat sini ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Tambah...
Tenunan adalah salah satu daripada produk dalam industri tekstil. Ia juga telah dikenali kira-kira 7000 tahun dahulu. Manusia telah mengetahui cara menghasilkan tenunan dengan menjalinkan rumput-rumput dan ranting-ranting diantara satu sama lain.
Tenunan ini sesuai dijadikan pakaian dan boleh menganti pakaian asal yang diperbuat daripada kulit dan bulu haiwan. Asas proses tenunan adalah hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara berselang seli antara benang loseng dengan benang pekan.
Melalui pemerhatian alam semulajadi secara teliti terdapat beberapa contoh yang boleh menerangkan dengan jelas tentang tenunan.
- Burung-burung membuat sarang dengan menjalinkan daun-daun dan rumput kering.
- Pokok-pokok yang menjalar menjalin untuk membentuk naungan/teduhan
- Rumput dan tumbuhan berjalin diantara satu sama lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Perusahan tenunan banyak terdapat di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Jenis-jenis tenunan terbahagi kepada 3 jenis tenunan yang popular di Malaysia iaitu:
1.Tenunan Pahang
2.Tenunan Songkit (kain benang emas )
3.Tenunan Pua.
4.Tenunan Demensi baru |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai memenuhi rekabentuk dimensi baru, penerokaan yang lebih berani dan kreatif perlu dipratikkan seiringan dengan mempelbagaikan alat dan bahan, misalnya campuran teknik seperti bahan-bahan kain perca, tali guni, tali rafia dan sebagainya.
Hasil corak tenunan yang baru dan inovatif mula diperlihatkan dalam kelengkapan rumah seperti hiasan dinding, lapik pinggang, bag, alas meja, penghadang ruang dan banyak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kain tenunan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Malaysia.
Mutu yang tinggi dan kegunaannya yang meluas menyebabkan permintaan ini meningkat dari semasa ke semasa.
Industri Desa dalam kraf tangan tenunun seperti di Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak telah memberikan peluang pekerjaan pada penduduk desa.
Pasaran yang semakin meluas menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan masyarakat setempat.
Peranan institusi dan bertubuhan seperti Pusat Kraftangan Malaysia dalam bidang promosi dan kajian, memelihara, serta menyediakan latihan kemahiran, telah memberi jaminan kepada masa depan industri tenunan.
Tenunan Malaysia yang pelbagai jenis dan dengan keunikkannya yang tersendiri memberi identiti yang istimewa kepada negara.
Penghasilan tenunan yang tinggi mutunya mencerminkan tahap kemahiran yang unggul dikalangan pandai tukang tempatan.
Proses menenun memerlukan kreativiti, terutamanya pada peringkat membuat rekacorak.
Kemahiran dan keilmuan tenunan haruslah diturunkan kepada generasi muda untuk memperkembang dan memperkaya bidang ilmu masyarakat tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Benang tenunan pada masa dahalu dicelup oleh penenun dengan pewarna buatan sendiri daripada bahan asli seperti biji, daun, kulit, buah atau akar tumbuhan, tanah liat, kapur dan sebagainya yang terdapat di sekeliling penenun.
Kini, pewarna kimia digunakan secara meluas kerana ia tahan lebih lama dan mempunyai banyak pilihan warna.
Pada masa dahulu, motif corak tenunan diperkenalkan secara turun-temurun dari suatu generasi ke suatu genarasi atau bagi sesetengah kes, corak baru diperoleh dari mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada masa dahulu kerja menenun dijalankan oleh kaum wanita secara sambilan, bukan sebagai mata pencarian yang tetap.
Pandai tukang menghasilkan rekacorak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari daripada ibu atau nenek mereka.
Kini pandai tukang mencuba perusahaan tenunan di rumah mereka sendiri dengan melatih generasi muda secara individu atau kumpulan.
Mereka telah menyebarkan pengetahuan kraf, meneruskan serta mengekalakan kraf tenunan sebagai warisan negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Hiasan dinding terdiri daripada pelbagai bahan dan bentuk hasilan seni yang bertujuan memberi pemandangan yang menarik bagi sesuatu ruang.
Kewujudannya juga boleh merubah keadaan ruang.Misalnya hiasan dinding yang berbentuk memanjang berupaya menjadikan sesuatu ruang yang bersiling rendah kelihatan tinggi.
Pemilihan bahan hiasan dinding untuk sesuatu ruang mestilah bersesuaian dengan kelengkapan yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Kini dengan bantuan teknologi moden, komputer telah digunakan untuk mempercepatkan rekaan motif yang terbaru
Untuk meningkatkan lagi populariti tenunan disamping memenuhi citarasa semasa, pelbagai barangan kraf dibuat daripada kraf tenunan contohnya beg tangan daripada, tali pinggang, sarung kusyen, bingkai gambar, pengadang ruang dan lain-lain.
Institusi seperti karyaneka, KEMAS, telah meningkatkan pemasaran tenunan dan hasil daripada tenunan dimensi baru. |
|
|
|
|
|
|
|
Proses Menenun Hiasan Dinding
Mula-mula sediakan pemidang kayu bersaiz lebih besar daripada saiz sebenar (20cm x 50cm).
Bahagian atas dan bawah pemidang hendaklah dipasang paku terlebih dahulu.
Kemudian pasangkan benang loseng(tali parcel)pada paku tersebut.
Lekatkan kertas mahjong yang telah dilukis corak yang dipilih .
Bahan tenunan daripada tali guni berlebih dahulu hendaklah dicelup dengan bahan pewarna mengikut keperluan.
Mulakan menenun dari bahagian bawah mengikut warna bahan (benang pakan)
Gunakan pembaris kayu untuk merapatkan benang pakan yang telah ditenun.
Teruskan menenun setiap baris mengikut warna seperti yang terdapat di kertas majong.
Tanggalkan bahan tenunan dari pemidang
Ikat dan kemaskinikan tenunan bahagian bawah dan biarkan berumbai.
Bahagian atas pula dikemaskinikan dengan menjahit sedikit untuk dimasukkan kayu penyangkut. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|