CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2024|Reply: 5

Dayang terkeluar secara bermaruah

[Copy link]
Post time 20-9-2006 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Jawab, jangan tak jawab: Dayang terkeluar secara bermaruah
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


One In A Million saksikan penyanyi ternama kecundang di tangan muka baru

HANYA selangkah untuk menempatkan diri pada pusingan akhir, namun perjalanan panjang yang diharungi Dayang Nurfaizah berakhir dengan kekecewaan. Kecundang ketika hati meronta untuk bergelar juara, apa dosa peserta kelahiran Kuching, Sarawak ini?

Hampir 10 minggu bertanding, One In A Million (OIAM) yang akan menutup diarinya Jumaat ini dengan berlangsung pusingan Grand Finale di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bakal menyaksikan kelahiran permata baru industri menerima ganjaran lumayan, wang tunai RM1 juta.

Atas alasan itu juga, Dayang menyertai OIAM. Tertanam tekad jauh di sudut hatinya, malah setiap kali diajukan pertanyaan, Dayang memberitahu dia mahu menang. Kerana itu, dia bersedia mengharungi pelbagai onak dan duri rintangan.

Pro dan kontra, disayangi dan dibenci namun Dayang sentiasa membuktikan dirinya permata berharga dalam pertandingan itu. Bermacam teguran diterima, Dayang dilihat sebagai peserta yang begitu komited untuk mengatasi kelemahan dan persembahan terakhirnya sebelum tersingkir menerima komen yang cukup positif daripada pengkritik.

Bermula sebagai peserta yang agak pemalu, pesona Dayang sebagai penghibur menyerlah dari minggu ke minggu. Namun, semua itu seakan tidak memberi jaminan untuk Dayang terus bertahan.

Kedudukan yang bermula agak kukuh beransur-ansur goyah apabila namanya berada dalam senarai tiga terbawah. Bakat besarnya dipuji pengkritik, biarpun hakikatnya Dayang berdepan tekanan hebat kerana ramai mengharapkan yang terbaik daripadanya.

Apakah kerana sudah mempunyai nama yang cukup kukuh dalam industri menyebabkan Dayang tersingkir? Atau percubaan Dayang belum memadai untuk memancing undian peminat supaya berpihak kepadanya?

Hakikatnya, penyertaan Dayang berjaya mengangkat sebuah pertandingan yang masih mentah dan cuba mencari tempat di hati peminat dengan mutu persembahan yang membanggakan.

Hip mencungkil isi hati Dayang selepas tersingkir Jumaat lalu.

Hip: Sejujurnya Dayang menduga perjuangan Dayang akan berakhir malam Jumaat lalu?

Dayang: Kalau sesuatu akan berlaku, kita akan dapat merasainya. Itu juga yang Dayang rasai sebelum diumumkan tersingkir.

Hip: Bagaimana Dayang menerima berita sedih itu?

Dayang: Sebetulnya Dayang belum bersedia untuk disingkirkan. Dayang menyertai pertandingan ini kerana mahu menang. Dorongan itu juga yang memberi Dayang semangat untuk sentiasa tabah dan kuat dalam mengharungi pertandingan ini. Dugaannya terlalu besar, malah Dayang juga banyak berkorban untuk memastikan sentiasa memberikan yang terbaik kepada pengkritik dan peminat. Tetapi, apa boleh buat hanya setakat ini perjuangan Dayang dalam OIAM.

Hip: Sebagai penyanyi yang ?stablished? tetapi tewas kepada peserta yang belum ada nama, bagaimana Dayang berdepan dengan kenyataan itu?

Dayang: Dayang tahu Dayang tersingkir bukan kerana tiada bakat. Tetapi, ramai yang ?emburu? mungkin kerana Dayang dilihat sebagai pesaing terbesar dalam pertandingan ini. Bagaimanapun, Dayang berbangga dengan apa yang sudah Dayang lakukan. Dayang terkeluar secara bermaruah meskipun jauh di sudut hati, Dayang ingin terus bertahan dan berjuang hingga ke peringkat akhir.

Hip: Saban minggu Dayang dikritik, malah pengkritik juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap persembahan Dayang. Dayang berpuas hati dengan apa yang diberikan?

Dayang: Sukar untuk Dayang jawab persoalan ini. Setiap minggu Dayang cuba bersungguh-sungguh, berusaha memberikan yang sehabis baik kerana Dayang tahu khalayak dan juri meletak harapan yang cukup tinggi kepada persembahan Dayang. Tidak tahu lagi bagaimana untuk memberi lebih kerana Dayang juga berperang dengan diri sendiri. Mungkin orang nampak Dayang ada kelebihan kerana sudah berpengalaman tujuh tahun menyanyi. Tetapi, debaran persembahan pentas dan menyertai pertandingan tidak sama.

Hip: Apakah kesibukan terhadap karier seni hingga menjejas pembabitan dalam siri promosi OIAM memberi kesan kepada undian yang diterima Dayang?

Dayang: Dayang tidak seperti peserta lain sebab Dayang melalui banyak tekanan. Apabila bersetuju menyertai pertandingan ini, Dayang terpaksa membahagikan fokus kepada dua perkara iaitu nyanyian yang menjadi kerjaya tetap dan kedua, tumpuan terhadap pertandingan ini. Dayang tidak boleh menghentikan terus aktiviti seni kerana di bahu Dayang tergalas tanggungjawab besar. Dayang perlu membantu keluarga dan pada masa, bertanggungjawab untuk memastikan karier nyanyian Dayang tidak tergendala.

Hip: Peserta lain juga mempunyai komitmen?

Dayang: Dayang banyak tanggungjawab, Dayang tak mampu untuk menghentikan terus semua aktiviti. Setiap peserta mempunyai cara mereka, Dayang ada cara tersendiri. Mungkin ada akan membezakan pengorbanan yang terpaksa dibuat Suki, Alif dan terutama Faizal yang mempunyai keluarganya sendiri. Mereka ada cara mereka tetapi Dayang juga perlu meneruskan perjuangan untuk memantapkan nama dan menyalurkan bakat supaya dapat bertahan lama dalam industri.

Hip: Masih menyimpan hasrat untuk bersaing lagi?

Dayang: Mungkin tidak kecuali jika menawarkan hadiah bernilai RM2 juta pula. Dayang perlu mempertimbangkan perkara ini sebaik-baiknya. Jika pertandingan itu membantu untuk memperluaskan bakat dan menaikkan mutu serta karier Dayang, mengapa tidak Dayang menyertainya. Cuma itulah mungkin bukan rezeki Dayang dalam pertandingan ini. Dayang sudah cuba memberikan yang terbaik tetapi Dayang tidak mampu menolak jika ada melihat penyertaan Dayang sebagai saingan terbesar dalam pertandingan ini.

Hip: Dayang temui apa yang Dayang cari dalam pertandingan ini?

Dayang: Syukur kerana kritikan dan teguran pengkritik banyak membantu Dayang memperbaiki kelemahan diri. Menerusi OIAM Dayang kenal diri Dayang, malah Dayang sudah menemui apa yang Dayang inginkan dalam diri dan karier. Dayang akan kekalkan jalur muzik yang Dayang bawakan menerusi pertandingan ini. Mungkin arah muzik Dayang akan ditemui peminat dalam album terbaru nanti.

Hip: Apa perancangan Dayang selepas berakhir pertandingan ini?

Dayang: Menang atau tidak Dayang akan tetap teruskan apa yang sudah Dayang lakukan. Alhamdulillah, biarpun sibuk membuat persiapan ketika masih bertahan dalam OIAM, Dayang masih mampu memberikan tumpuan kepada pembikinan album baru. Ketika ini, Dayang masih dalam proses rakaman album terbaru. Tahun depan pula Dayang akan melangkah ke layar perak apabila penggambaran filem sulung, Luka. Semua itu sudah cukup membuat Dayang sibuk.


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 20/09/2006
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2006 11:20 PM | Show all posts
bnyk plak cite dayang skang
ahahahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 09:30 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 20-9-2006 11:20 PM
bnyk plak cite dayang skang
ahahahahah



a'ah. satu hari tu, smua paper nak kena beli. sib baik edisi tamil x de kuar cite dyg. kalau x, aku beli jugak. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 21-9-2006 09:30 AM



a'ah. satu hari tu, smua paper nak kena beli. sib baik edisi tamil x de kuar cite dyg. kalau x, aku beli jugak. :lol



kalo beli,ko paham ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2006 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 21-9-2006 05:12 PM



kalo beli,ko paham ke?



aku x paham. asalkan aku dpt gunting & simpan cerita pasal dayang. lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 21-9-2006 09:30 AM



a'ah. satu hari tu, smua paper nak kena beli. sib baik edisi tamil x de kuar cite dyg. kalau x, aku beli jugak. :lol


tamil??ahahahahaha
gila gila
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.057220 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list