View: 2169|Reply: 6
|
HMETRO (18/9) : Dayang perjudi karya seni
[Copy link]
|
|
Dayang perjudi kerjaya seni
RAMAI mengatakan penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 25, menjadi aset yang digunakan stesen 8TV untuk menarik penonton mengikuti program realiti baru One In A Million (OIAM) yang menawarkan hadiah RM1 juta.
Perkara ini pernah saya sentuh dalam ruangan ini ketika OIAM mula diperkenalkan kerana saya difahamkan Dayang diundang 8TV menghadiri uji bakat. Nyata hadiah lumayan dan juga peluang melebarkan sayap ke luar negara sebagaimana dijanjikan penganjur, memberi semangat kepada penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu untuk mencuba nasib.
Ramai mengatakan Dayang memperjudikan kerjaya seni yang dibinanya selama ini kerana mungkin popularitinya akan merudum jika gagal menjuarai OIAM.
Apabila Dayang berjaya melalui halangan demi halangan hingga ke peringkat Top 4, saya ramalkan tiga peserta yang berjaya ke peringkat Top 3 ialah Dayang bersama Ahmad Faizal Mohd Tahir (Faizal) dan Low Sook Yee (Suki).
Bagi saya Dayang sebagai aset penting OIAM dan ia perlu dipertahankan hingga ke peringkat akhir. Apabila tiba di peringkat Grand Finale, tiada masalah jika Dayang tersingkir kerana OIAM berjaya menyeret Dayang hingga detik akhir.
Juri tetap OIAM, Syafinaz Selamat dan Paul Moss juga meramalkan Dayang bakal berentap di peringkat Grand Finale bersama faizal atau Suki. Ternyata segalanya berakhir Jumaat lalu apabila nama Dayang diumumkan tersingkir.
Ia menjadi detik memilukan dan mengejutkan kerana ramai meramalkan malam itu giliran peserta paling muda, Muhammad Alif Mohd Satar, 16, selepas penyingkiran Farah Asyikin Zulkifli, 27, minggu sebelumnya.
Penyingkiran Dayang menjadi detik paling memilukan berbanding lapan peserta sebelumnya. Saya juga yakin keadaannya tidak sama kalau Alif yang diumumkan tersingkir malam itu.
Saya sendiri menitiskan air mata kerana simpati dengan cabaran hebat yang terpaksa ditempuh Dayang berbanding peserta lain. Juri sendiri seperti meletakkan standard yang tinggi terhadap penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu.
Dayang juga dikatakan menjadi satu-satunya peserta yang sering menerima undi keluar paling tinggi. Ini kerana ada pihak yang tidak rela Dayang sampai ke peringkat akhir.
Mereka yang menyokong seorang peserta, memastikan peserta kesayangan mereka mara ke peringkat akhir dengan mengundinya tetapi pada waktu sama mengundi Dayang keluar supaya cepat-cepat meninggalkan pentas OIAM.
Pada pusingan Top 10, Dayang disenaraikan antara peserta yang menduduki tempat paling bawah kerana undi keluar yang tinggi tetapi mujur nasibnya diselamatkan undi masuk yang lebih tinggi.
Ketika Farah disingkirkan pada 8 September lalu, nama Dayang juga antara peserta paling bawah. Dayang mengakui terkejut tetapi dia masih selamat tetapi kejutan lebih besar dihadapi Dayang Jumaat lalu apabila namanya diumumkan tersingkir.
Dayang ada bakat, ada peminat dan ada potensi tapi apa boleh buat dia tiada rezeki untuk mendapatkan RM1 juta itu. Dengan penyingkiran Dayang, bermakna tinggal Faizal mewakili mereka yang pernah melangkah dunia seni manakala Suki dan Alif adalah muka baru kelahiran OIAM.
Mungkin keyakinan Dayang yang terlalu tinggi mengundang padah kerana peserta dinilai penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Saya tidak terkejut kalau Suki membawa pulang gelaran juara pertama OIAM kerana sokongan peminatnya walaupun pada dasarnya saya rasa dia bukanlah calon paling layak menerima gelaran itu.
Tapi, siapalah kita untuk melawan takdir. Apapun, kita tunggu saja keputusannya Jumaat ini. Ahad ini juga, Insya-Allah kita akan mula berpuasa kemudian meraikan hari raya sempena kejayaan kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan.
Minggu lalu juga berlaku satu perebutan antara tujuh produser untuk mendapatkan tempat bagi tayangan filem baru di pawagam. Masing-masing mahu filem mereka dipilih Unit Wajib tayang untuk memenuhi tayangan pada pada 30 November, 14 Disember dan 26 Disember.
Tujuh filem itu ialah Cicakman, Salah Bapak, Cinta, The Red Kebaya, Tentang Bulan dan Dukun manakala Diva Popular dan Bilut diputuskan untuk tayangan serentak pada 24 Oktober, sempena Hari Raya.
[ Last edited by gjoy_chester at 18-9-2006 04:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SAPA YG TULIS NI??? SAPA NAMA WARTAWAN TU???:hmm:
COPY & PASTE:-
tidak terkejut kalau Suki membawa pulang gelaran juara pertama OIAM kerana sokongan peminatnya walaupun pada dasarnya dia bukanlah calon paling layak menerima gelaran itu.:setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
aku malas nak bukak topic baru...so,aku paste kat sini jek...kalo dah ada,sori la ek..
BERITA HARIAN
18/9/06
Dayang kecundang dalam OIAM
---------------------------------------
KASIHAN Dayang Nurfaizah yang akhirnya kecundang dalam peraduan yang menawarkan wang sejuta ringgit. Bukan sedikit yang menghantar SMS kepada teman, mengadu, merintih dan ada yang menangis mengenangkan nasib Dayang.
Teman pun sedih juga kerana sehari sebelum beraksi dalam One In A Million, teman sempat duduk berborak dengan Dayang di kafeteria pejabat. Memang tinggi sungguh harapan anak Sarawak ini untuk terus mara ke final.
?ntahlah kak, setiap minggu juri minta Dayang berikan lebih lagi. Dayang rasa dah berikan yang terbaik. Tetapi itulah, Dayang pun dah tak tahu lagi apa yang lebihnya. Undi untuk mengeluarkan Dayang pun banyak. Dayang masuk bertanding ini untuk menang tetapi entahlah Dayang berserah saja,? katanya.
Barangkali itulah jadinya apabila undi SMS menjadi penentu kepada nasib seseorang peserta. Teman pun tak boleh nak kata apa-apa kerana formatnya sudah sebegitu rupa. Ramai kata Dayang memang bagus, orang yang tak mengundi Dayang tetapi mengundi peserta lain pun kata suaranya memang bagus. Tetapi mereka tak mahu Dayang jadi juara.
Terfikir juga ada undi masuk semula ke? Biasalah, program realiti ni kejutannya memang pelbagai. Teman dah tak hairan lagi kerana elemen drama, emosi dan kontroversi memang permainan program realiti untuk menaikkan rating tv. Bercakap mengenai rating ni, itu juga satu cerita lain yang tak kurang menariknya. Jangan bersedih Dayang kerana permainan program realiti begitulah jadinya. Teman memang tak ada duit sejuta untuk diberikan kepadanya tetapi teman dan warga BH akan sentiasa menyokong kerjaya seni Dayang. Jumpa lagi! - [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orang_kampong at 18-9-2006 07:43 PM
aku malas nak bukak topic baru...so,aku paste kat sini jek...kalo dah ada,sori la ek..
BERITA HARIAN
18/9/06
Dayang kecundang dalam OIAM
---------------------------------------
KASIHAN ...
terima kasih berita harian diaras keprihatinan anda. :love: |
|
|
|
|
|
|
|
one more...
MALAY MAIL
18/9/06
One In A Million: Dayang's shocking exit
-by Shuhaidah Saharani -
IT may have been her fans taking her need for votes for granted. It may have been the other contestants? fans voting her out because she was their biggest threat.
Whatever it is, Dayang? elimination from the One In A Million reality show last Friday took the diva by surprise, as it did many viewers.
? was not ready to go,? said the singer at a Press conference.
? entered this competition to win, so to get eliminated is disappointing.?
She was so shocked by the viewer vote results that she couldn? fight her tears as she performed her farewell number.
Dayang said she has no regrets entering the contest.
?t? okay. I know that I was not eliminated for lack of talent. I believe I was voted out because some saw me as a threat.
?nyway, I gave my best in every performance, and that? what matters. I don? see it as a loss, I have found what I was looking for to better myself as a singer. My latest album is in progress and I? going to start filming my first movie next year. There? a lot of planning to do and I Iook forward to getting back to work.?
What her peers think
A LOT of people were surprised to see Dayang get booted from the One In A Million competition last Friday.
To many, the singer would have easily cruised to the grand finale.
But after witnessing the humbling of a diva, what do her peers say?
? am sad to see Dayang go,? said Jaclyn Victor, Malaysian Idol winner.
?he has been in the industry for some time and already made a name for herself. She has a good voice, her own style and image, so her being voted out was not because she does not have talent.
?hat? the difficulty of giving people the choice to vote-in and also vote-out. Even if you are good, if people don? like you enough, they won? vote or worse, vote you out.
Zaf, who together with his group VE sang Usher and Alicia Keys? My Boo with Dayang on a special collaboration episode of One in A Million, was more direct about how he felt: ? am disappointed to see Dayang leave the competition. She should be in the final.
?he one that should leave is Suki because overall, talentwise, Suki can sing but Dayang is better. Everybody knows Dayang, she? one of the best in the local music industry,? he said.
?his is the negative thing about SMS votes, that even if you are good, you might not win as you may not be as popular. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by burung_pungguk at 18-9-2006 04:20 PM
SAPA YG TULIS NI??? SAPA NAMA WARTAWAN TU???:hmm:
COPY & PASTE:-
tidak terkejut kalau Suki membawa pulang gelaran juara pertama OIAM kerana sokongan peminatnya walaupun pada dasarnya dia ...
Nak terkezutkan apa dari awal2 lagi ako dah tau si SUKI pasti Juara OIM dan dapat RM 1 juta..sebab tiap2 minggu dapat undian paling tinggi..begitu juga masa Malaysian idol JAC dan DANIEL..juara dah agak. |
|
|
|
|
|
|
|
berani nya dayang ckp mcm tu
ahahahahahaah |
|
|
|
|
|
|
| |
|