View: 3590|Reply: 1
|
Kesihatan: Penyakit sendi turut serang kanak-kanak
[Copy link]
|
|
Kesihatan: Penyakit sendi turut serang kanak-kanak
Oleh Nor Affizar Ibrahim
TIDAK seperti hari diserang derita kesakitan kekejangan dan bengkak sendi, pagi Sabtu itu lebih 30 kanak-kanak yang menghidap penyakit artritis juvana, begitu gembira apabila diberitahu akan diberi peluang menunggang kuda.
Riak wajah mereka bagaikan tidak sabar untuk merasakan pengalaman itu, apatah lagi rata-rata daripada kanak-kanak yang mengikuti aktiviti Kelab Junior Artritis anjuran Yayasan Artritis Malaysia (YAM) itu, belum pernah menunggang kuda.
Apa pun, aktiviti luar sehari itu bukan sekadar untuk memberi keseronokan kepada kanak-kanak berkenaan sebaliknya satu kaedah menjalankan terapi fizikal agar sendi mereka dapat bergerak dan otot bertambah kuat. Mungkin ramai yang tidak sedar, penyakit sendi artritis yang sentiasa dikaitkan dengan orang dewasa boleh menyerang pada semua peringkat usia, termasuk juga kanak-kanak.
Perunding Reumatologi Pediatrik, Hospital Selayang, Dr Tang Swee Ping, berkata artritis kanak-kanak yang lebih dikenali sebagai Artritis Juvenil menyebabkan si kecil boleh menghidap hampir semua jenis artritis yang dihidapi orang dewasa tetapi paling biasa ialah reumatoid juvenil arthritis atau artritis idiopatik juvenil (JIA).
Walaupun bukan semua akan merungut mengenai kesakitan sendi, Dr Tang berkata, kebanyakan kanak-kanak mengalami penyakit itu akan berasa kesakitan berikutan keradangan yang mengakibatkan bengkak, rasa panas dan kesakitan sendi serta boleh menyerang mana-mana sendi.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit artritis juga mungkin akan berasa sedih dan bingung. Malahan, ada yang menyalahkan ibu bapa dan tidak kurang pula mengasihani diri sendiri atau menjadi marah kerana aktiviti terpaksa dihadkan.
Dr Tang berkata, menyedari aktiviti luar seperti menunggang kuda membawa kebaikan terapi kepada kanak-kanak artritis, YAM dengan kerjasama Bukit Tinggi Resorts menganjurkan aktiviti seumpama itu. Aktiviti luar membabitkan antara pesakit bersama keluarga masing-masing adalah yang kedua dianjurkan YAM Kelab Junior Artritis sejak dilancarkan November tahun lalu.
揂ktiviti seperti ini turut menggalakkan persahabatan antara pesakit artritis dan paling penting untuk memberitahu kanak-kanak dan ibu bapa bahawa mereka tidak keseorangan menghidapi dan melawan penyakit sendi itu. Oleh kerana penyakit ini jarang berlaku, bukannya selalu kanak-kanak artritis yang mengalami penderitaan sama ini dapat bertemu. Sehinggakan, kanak-kanak artritis sering membesar dalam rasa terasing dan kecewa, mengapa mereka mesti mengalami penderitaan itu, |
|
|
|
|
|
|
|
thanx for sharing syd |
|
|
|
|
|
|
| |
|