CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2387|Reply: 19

Suki: dah cukup sediakah?

[Copy link]
Post time 11-7-2006 06:21 PM | Show all posts |Read mode
bila judges taruk die ranking #1 aku mmg faham, die nye suara bagus, clear and sesuai ngan imej die. pastu dah la lawa, muda lak tu

tapi tu semua judges nye ranking after audition round. bila Suki nyanyi depan audience (dah 2 kali) bagi aku die ni tak bersedia lagi. mungkin kurang experience. showmanship mmg kureng. bosan sungguh! even Alif & Shameen yg lebih kurang umur die lebih power dari segi showmanship.

so korang rasa Suki ni so far ok ke tak? lagi2 judges (terutama sekali Paul dok puji2 dia melangit. adakah setimpal? )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2006 09:45 PM | Show all posts
patutnya dia habiskan SPM dia tue dulu...baru masuk..sora dah ader..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 11:13 PM | Show all posts
aku pun rasa dia kurang bersedia
dia ada bakat..
cuma showmanship tu boleh gilap lagi
kalau tak dia macam penyanyi kanak kanak...
FAKE kata orang
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 12:03 AM | Show all posts
fizikal may b dah kot tapi MENTALLY rasanya belom...OIAM ni bnyk tekanannya...bkn mcm MI @ AF...bkn senang org nak kasi SEJUTA oii..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2006 09:18 AM | Show all posts
Originally posted by marul78 at 11-7-2006 11:13 PM
aku pun rasa dia kurang bersedia
dia ada bakat..
cuma showmanship tu boleh gilap lagi
kalau tak dia macam penyanyi kanak kanak...
FAKE kata orang



tu la pasal, mmg boleh gilap tapi mampu ke digilap dalam masa yg singkat neh. lagi2 nak compete ngan peserta lain yg lebih polished
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 09:48 AM | Show all posts
suki.... sedap mata memandang.......... hehehehe.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2006 10:34 AM | Show all posts
huhuhu...suka suki...banyak dia kena blaja lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2006 01:30 PM | Show all posts
dia x sedia lg tuh.byk lg nak kena blaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2006 01:38 PM | Show all posts
PAUL MOP TU KALAU CAYANUN ALIP SURE PUJI MELANGIT NYER..TGK LE DANIEL SIOT DULU TU..
PAUL MOP SIAP CKP LAGI..." I SUPPORT U FROM THE BEGINING"...POOORAH!!
TUNGGU JE BILA SAMPAI AWEK SUKI NI NYANYI LAGU MELAYU....SURE KANTOI....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 03:25 PM | Show all posts
SORE DIA BEST LA..TAPI TAKDELA BEST SGT..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 03:39 PM | Show all posts
PETIKAN UTUSAN ....yg sudah diramalkan SUKI mungkin menang atas vote org cina...hehehe


One In A Million mungkin jadi milik Suki
Oleh ABD. AZIZ ITAR


LOW Sook Yee atau Suki merupakan satu-satunya peserta bukan Melayu yang bertanding dalam program realiti televisyen terbaru terbitan 8TV, One In A Million.

Suki bukan sahaja mempunyai vokal yang mantap tetapi dia juga bakal menjadi tumpuan para penonton selain 11 lagi peserta Melayu dalam program realiti tersebut.

Peserta berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu tentunya mempunyai peluang yang cerah untuk muncul juara dan seterusnya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta.

Ramalan itu berdasarkan Suki merupakan peserta One In A Million yang menerima undian khidmat pesanan ringkas (SMS) paling tinggi daripada penonton pada peringkat saringan sebelum ini.

Para penonton tanpa mengira kaum dijangka akan mengundi gadis Cina berusia 17 tahun ini terutama penonton kaum Cina.

Apatah lagi 8TV merupakan stesen TV di mana lebih separuh daripada jumlah penontonnya terdiri daripada penonton kaum Cina.

Sementara 11 lagi peserta Melayu dijangka menerima pecahan undian SMS bagi menentukan kedudukan masing-masing.

Suki dilihat mempunyai laluan yang mudah untuk muncul juara One In A Million kerana faktor-faktor itu.

Mega sempat bertemu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban dalam aliran sastera ini untuk bertanyakan ramalan tersebut.

Menurut Suki, dia tidak menganggap menjadi peserta tunggal bukan Melayu sebagai kelebihan, sebaliknya ia memberikan tekanan.

?aya rasa mungkin inilah perasaan dan pengalaman yang dilalui Daniel sebelum dia muncul juara Malaysian Idol 2 pada tahun lalu.

?agaimanapun, saya akan bekerja lebih keras bagi membuktikan bakat saya dalam bidang nyanyian. Jika tidak, penonton tidak kira kaum apa sekalipun yang mengundi saya, mereka tentunya akan berasa kecewa,? katanya pada sidang akhbar kelima program realiti TV itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Suki, dia meletakkan harapan yang tinggi untuk muncul juara bagi membantu meringankan beban keluarganya.

Selain bergelar pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada November ini, Suki juga bekerja sambilan sebagai guru piano di Institut Do Re Me, Seremban.

?ama ada kalah atau menang, saya sudah merancang mahu sambung belajar di UiTM (Universiti Teknologi Mara) dalam bidang muzik selepas habis SPM dan juga berakhirnya program ini.

?uat masa ini, saya juga akan menyertai kelas tuisyen sebagai persediaan untuk SPM,? ujarnya.

Suki yang mula bermain piano sejak berusia tujuh tahun memiliki gred 8 dalam skil piano.

Anak kedua daripada tiga beradik ini bukan setakat boleh menyanyi tetapi juga berbakat mencipta lagu.

Kata Suki, setakat ini dia sudah mencipta 30 buah lagu dan ada antara lagu-lagu ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi popular.

?agu ciptaan saya pernah dinyanyikan oleh penyanyi dari Taiwan seperti Na Ying,? katanya yang amat meminati penyanyi Barat, Norah Jones.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar tidak meletakkan mana-mana peserta pilihan dalam program realiti TV tersebut.

Sebaliknya, beliau menganggap 12 peserta terbabit mempunyai kelebihan

masing-masing dan terpulanglah peserta mana yang paling berjaya mencuri tumpuan para penonton.

?ami tidak kisah siapa juga yang akan muncul sebagai juara kerana setiap peserta yang kami pilih dalam program realiti TV ini adalah yang terbaik.

?etapi kami akan nasihatkan para pemenang program realiti TV ini bagaimana mahu menggunakan hadiah wang RM1 juta tersebut,? komennya ringkas pada majlis itu.

Selain Suki, 11 lagi peserta program realiti TV itu ialah Ahmad Faizal Mohd. Tahir, Anny Johanna Mohamad Shariff, Muhammad Aliff Mohd. Satar, Norshammeme Arzeyana Shamsuddin, Shameen Shah Halim Shah, Farah Asyikin Zulkifli, Alif Azfar Ishak, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Mohd. Lokman Abdul Mutalib, Noor Hasliah Abu Hassan dan Zaihanee Zainal Abidin.

Ada antara peserta program realiti TV ini pernah bergelar penyanyi dan merakamkan album seperti Dayang Nurfaizah, Anny Johanna, Alif Azfar serta Ahmad Faizal yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana.

One In A Million akan memulakan pertandingan pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam mulai 21 Julai ini menerusi 8TV.

Pemilihan juara pertandingan program tersebut ditentukan 100 peratus menerusi undian SMS selain kritikan juri profesionalnya, Paul Moss dan Syafinaz Selamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 13-7-2006 03:39 PM
PETIKAN UTUSAN ....yg sudah diramalkan SUKI mungkin menang atas vote org cina...hehehe


One In A Million mungkin jadi milik Suki
Oleh ABD. AZIZ ITAR


LOW Sook Yee atau Suki merupakan satu- ...


PERKARA NI TAK MUSTAHIL BERLAKU..MI 2 DAH BUKTIKAN..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by ColbyRaikkonen at 13-7-2006 03:39 PM
PETIKAN UTUSAN ....yg sudah diramalkan SUKI mungkin menang atas vote org cina...hehehe


One In A Million mungkin jadi milik Suki
Oleh ABD. AZIZ ITAR


LOW Sook Yee atau Suki merupakan satu- ...


aku setuju dgn artikel ni dan aku setuju dgn kenyatan yg kau 'bold' kan tuh...sudah terang lagi bersuluh...

so peserta MELAYU sekalian, pandai2 la korang pikat hati penonton...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 04:10 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 13-7-2006 04:00 PM


aku setuju dgn artikel ni dan aku setuju dgn kenyatan yg kau 'bold' kan tuh...sudah terang lagi bersuluh...

so peserta MELAYU sekalian, pandai2 la korang pikat hati penonton...


TUGAS BERAT UTK PESERTA TARIK ORG MELAYU UTK VOTE..APATAH LAGU AF MASIH TAK HABIS LAGI NIE..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2006 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by jin_lampu at 12-7-2006 01:38 PM
PAUL MOP TU KALAU CAYANUN ALIP SURE PUJI MELANGIT NYER..TGK LE DANIEL SIOT DULU TU..
PAUL MOP SIAP CKP LAGI..." I SUPPORT U FROM THE BEGINING"...POOORAH!!
TUNGGU JE BILA SAMPAI AWEK SUK ...

aku penah dengar suki nyanyi lg mak ET...ok gak la sora dia...aku rasa dia tak der masalah nyanyi lg melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 04:37 PM | Show all posts
aku mmg suke suki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2006 05:02 PM | Show all posts
die ader pakej yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:15 PM | Show all posts
dia nak masuk UiTM ke? bukan UiTM utk bumiputra jer ker?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 10:24 PM | Show all posts

Reply #18 rajasemarak's post

tu la..aku pon pk camtu gak...masuk le ukm/usm..pon ade course muzik gaks
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 11:36 PM | Show all posts
muda agik suki ni upe nye.. kdg tgk lawo kdg tgk bese2 je.. tp aku suke.. aku pon vote dia gak.. mueheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.087410 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list