CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8716|Reply: 20

Apa Saja Tentang Grafik

[Copy link]
Post time 13-6-2006 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Salam n good day

Perkaitan di antara ilustrasi dan penghurufan, saling berkaitrapat di antara satu sama lain, sejak 4,000 tahun yang lalu hinggalah zaman terawal "scroll" iaitu "Book of the Dead" kepunyaan orang-orang Mesir.

Namun rekabentuk grafik dalam erti kata zaman moden ianya telah bermula sejak adanya elemen-elemen mekanikal dan artistik untuk memanupulasi iaitu dalam "printing" (percetakan).

Di antara satu perekabentuk grafik yang terawal di dalam bidang penghasilan buku ialah seorang yang berbangsa Peranchis bernama Geoffroy Tory ( 1533). Beliau telah mengimbangi teks, ilustrasi, garisan tepi dan ruang-ruang putih yang lain di mana ianya memberi impak visual kepada keseluruhannya dari rekabentuk tradisional yang masih rei even hingga ke hari ini.

Lebih daripada 300 tahun dari zaman Geoffroy Tory, rekabentuk grafik tidak popular sebagai satu kesenian demgan sendirinya-hanya sebagai lingkungan buku dan cetakan pameran teks, di mana setiap pereka juga bergelar "designer."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2006 12:50 PM | Show all posts
Pada pertengahan abad ke-19, rekabentuk grafik semakin meluas ke dalam bidang-bidang komersial dan kepentingan sosial di mana ianya semakin bertumbuh dan berkembang: dalam bidang "packaging", persembahan, pameran dan pengiklanan am.

Dari segi sejarah, rekabentuk grafik abad ke-19 dan hubungannya dengan perkataan dan imej tidak boleh dianggap terpisah daripada bidang-bidang rekabentuk yang lain. Pada akhir separuh abad ke-19, dengan adanya teknik¬teknik baru dan bahan-bahan yang boleh didapati untuk pereka-perekabentuk, maka terdapat perkembangan dalam arkitektur, industri, engineering, teknologi dan "commerce."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 12:52 PM | Show all posts
Perantaraan yang terkenal di antara kesenian lukisan dan rekabentuk adalah seorang berbangsa Inggeris yang bernama Wiliam Morris (1834-1896), seorang artis, pengukir dalam banyak bidang, penulis dan pendidik. Beliau menekan bhw kecantikan sepatutnya menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita dan beliau melihat satu cabaran kepada artis tentang kebanyakan penghasilan produk besar yang berkualiti rendah.

Menurutnya, para artis adalah pekerja-artis yang bekerja; beliau telah mempelajari cara-cara menghasilkan kertas dinding, anyaman.'dyeing', mencetak tekstil; dan mendalami pengetahuan tentang teknik-teknik produk lain, termasuk "stained glass",Dalam tahun 1861, Morris membuka sebuah firma untuk merekabentuk perabot, kertasdinding, tekstil dan objek-objek lain untuk kegunaan seharian.
       
Morris membuat tafsiran satu daripada asas kepada prinsip-prinsip yang terdapat pada sekolah kesenian 'Bauhaus' di abad ke-20 apabila beliau menulis tentang pendapatnya bahawa sebahagian besar latihan bagi seseorang pelukis seharusnya tertumpu kepada kerja-kerja di bengkel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 01:09 PM | Show all posts
Enam tahun sebelum beliau mneninggal, William Morris berbalik kepada sumber asal tentang rekabentuk grafik - cetakan buku. Beliau juga telah banyak menghasilkan produk asli dengan "bold fattened texttype" dan ilustrasi yang amat halus dengan kesenian yang terperinci.

Penggunaan beliau tentang ruang-ruang putih dan ornamen-ornamen yang indah dicemburui oleh pereka-perekabentuk namun ianya tidak dapat ditiru dengan berkesan oleh mereka dalam pembuatan percetakan - katalog-katalog pengiriman melalui pos.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 01:20 PM | Show all posts


Salah satu daripada orang yang pertama mengeksploitasi potensi visual dan rekabentuk tipografi ialah Geoffry Troy, berbangsa Perancis di abad ke-16. Beliau juga merekabentuk huruf-huruf yang ganjil seperti Fantastic Letters yang berasaskan perkakasan rumah, tetapi beliau juga mengkritikkan huruf-huruf dengan bentuk muka dan tubuh badan.

Salah seorang lagi yang mahir dengan rekabentuk tipografi ialah artis diabad ke-19, iaitu William Morris. Karya beliau dengan Kelmscott Press yang diasaskan oleh beliau sendiri pada tahun 1880, menggunakan jenis informatif dan estetik. Pengaruh beliau dengan rekabentuk grafik selari dengan kehendak kumpulan Bauhaus di abad ke-20.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 01:28 PM | Show all posts
Bermula dengan yang mudah, senarai ilustrasi yang bertaburan, Montgomery Ward daripada tahun 1872 dan Sears dan Roebuck daripada tahun 1886 telah membanjiri America dengan katalog-katalog yang semakin meluas dan komprehensif setiap tahun.

Bahan-bahan tersebut kemudian ianya dipenuhi dengan padatnya oleh garisan-garisan halus yang terdapat pada foto-foto dan seterusnya dengan hasilah setiap serpihan yang berlebihan akan dipenuhi dengan teks penjualan.

Terdapat perbandingan di antara produk-produk katalog dan penjualan literatur yang baik pada zaman kini, di mana warna dan teks diseimbangkan, menunjukkan betapa berkembang majunya kesenian rekabentuk grafik dan diambil perhatian oleh perdagangan.

Pada akhir-akhir abad ke-19, para pelukis poster komersial yang berbangsa Peranchis telah membuat rungutan di mana pada hari ini hasil tersebut didapad melucukan.Mereka tidak mahu memasukkan rekabentuk-rekabentuk gambar¬gambar daripada produk asli yang mereka iklankan sebab "packaging" tersebut dianggap satu kesenian yang tidak elok. Mereka tidak menyedari bahawa mereka boleh merekabentuknya semula dengan hasilan lukisan tangan pada "packaging" tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2006 01:29 PM | Show all posts
Selepas Perang Dunia Pertama, berbagai pergerakan kesenian telah mempengaruhi grafik dan juga rekabentuk yang lain. Dadaism telah  melaksanakan penolakan terhadap kesenian idea-idea "bourgeois" dan literatur.

la mungkin dianggap sebagai negatif atau pergerakan anti-rekabentuk yang telah dianggap "mati" pada sekitar tahun 1924, walaupun pengaruh salah satu daripada ahlinya, Kurt Schwitters (1887-1948) masih boleh dilihat dalam ukiran-ukiran kayu yang buruk dan seorang seni pop America pada tahun 50an dan 60an.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 01:34 PM | Show all posts
Dalam tahun 1919, Walter Gropius (1883-1960), seorang arkitek, perekabentuk dan guru, telah mula-mula sekali membuka sekolah "Bauhaus", sebuah sekolah kesenian dan rekabentuk di Weimar.

Kemudian di Oessau dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat (beliau menjadii warganegara). Beliau telah mengajar prinsip-prinsip yang menjadi fundamental kepada hampir semua aspek rekabentuk industri dan komersial abad 20.

Sungguhpun program pendidikan berasaskan kepada prinsip-prinsip William Morris bahawa seseorang pelukis adalah biasanya seorang pengukir, bagi Gropius pula lebih menekankan kepada penggunaan mesin sebagai perkakasan untuk penghasilan seni. Kurikulum "Bauhaus" mengintegrasikan kraf dan latihan-Iatihan artistik dalam lingkungan "framework" yang bersesuaian dengan masyarakat moden.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2006 01:36 PM | Show all posts
Semua berikut adalah tanggapan yang terdapat yang terdapat pada polisi pendidikan "Bauhaus": Para perekabentuk mesti memahirkan diri dlm penggunaan mesin kerana perkakasan ini adalah perantaraan yang utama; para perebentuk dalam semua bidang seharusnya memperkembangkan diri terhadap kriteria estetik masing-masing, kesemua kerja kreatif berkaitrapat di antara satu sama lain; kesermua penghasilan industri adalah kerja2 kolaboratif.

Perekabentuk mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik secara teori mahupun praktikal dalam bidang yang diceburi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 01:38 PM | Show all posts


Perhubungan di antara dunia rekabentuk grafik dan penghasil industri selalu bertentangan.  William Morris, di mana karya beliau merangkumi rekabentuk tekstil hinggalah ke "stained glass'; dan juga ke seramik dan tipografi, merupakan salah seorang pengasas rekabentuk antara imformatif dan hiasan, seperti yang dilihat di atas, diedit oleh Chauser dan dikeluarkan oleh Kelmscott Press pada tahun 1896.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 01:39 PM | Show all posts
Gropius berkata,"Cita-cita kami adalah untuk membangkitkan semangat seorang artis yang kreatif dengnan dunianya dan mengintegrasikan dirinya kepada kehidupan dunia realiti dan masa yang sama, memperkembangka" minda seseorang peniaga yang terlalu "rigid".

"Bauhaus" memberi impak yang amat berkesan dalam pendidikan kesenian dan juga "approach" kepada masalah-masalah merekabentuk di seluruh dunia kesenian Barat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 01:43 PM | Show all posts
Kira-kira enam puluh tahun yang lalu, "armory" typographical perekabentuk grafik - renj bentuk yang diperolehi telah meluas dengan pesatnya. Orang-orang yang terkenal dalam arena ini di zaman ini termasuk Eric Gill (1882-1940), seorang pengukir kayu dan penghurufan yang telah merekabentuk "Gill Sans" dan jenis-jenis "Perpetua";

Stanley Morson (1889-1967), menghasilkan "Times New Roman" yang telah menghasilkan banyak penbaharuan secara kamersil dan Adrian Frutiger yang merekabentuk jenis-jenis "Univers". Pameran jenis pengiklanan semakin mengalami pembaharuan yang berterusan dan modifikasi untuk menandingi fesyen rekabentuk yang moden.

Kepentingan skop, komersial dan industri tentang rekabentuk grafik telah bertumbuh secara mendadak dan meluasnya pada tahun-tahun yang sudah.

Sarung-sarung rekod LP, pembungkus makanan yang telah dibekukan, jadual- jadual waktu penerbangan, lukisan pada teknikal akhbar, manual yang mengandungi arahan-arahan untuk pejabat yang sofistikated dan perkakasan rumah, kereta dan kamera; termasuk penghurufan pada butang-butang yang terdapat pada instrumen.

Semua yang digunakan untuk kemahiran-kemahiran rekabentuk grafik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2006 01:46 PM | Show all posts
Pertumbuhan yang terbaru untuk para perekabentuk grafik terletak pada konsultan yang membangunkan program beridentiti koperat.

Para perekabentuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang mana termasuk para pengguna, ahli-ahli ilmu jiwa, ahli-ahli sosiologi, para ahli ekonomi yang bekerjasama untuk menampung perniagaan yang mempunyai imej yang sama atau stail rumah.

Berkembang kepada tanda-tanda yang disebut logo, produk dan rekabentuk "packaging", rumah-rumah kediaman, pengiklanan, tajuk-tajuk pada surat, pengenalan kenderaan dan bermacam lagi tentang aspek pengenalan bahan- bahan visual.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2006 01:39 AM | Show all posts
ni mcm nota aku belajar seni komunikasi grafik dulu ni....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2006 01:16 PM | Show all posts
Originally posted by tavarat at 16-6-2006 01:39 AM
ni mcm nota aku belajar seni komunikasi grafik dulu ni....


Maybe refered kat nota tu la kot...
Reply

Use magic Report

pinky_melanau This user has been deleted
Post time 29-6-2006 01:40 PM | Show all posts
tgh blaja grafik nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2006 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by pinky_melanau at 29-6-2006 01:40 PM
tgh blaja grafik nie..


Kalo ada apa2 kemusykilan boleh la tanya... tak ada la terer.. tapi boleh la nak hidup he he he he
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 05:20 PM | Show all posts
ha..ah.. macal historical arts masa aku blajar kat UiTM dulu je... Ingat aku masa part 1 dulu malu lak nak bukak... blue..blue...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 11:11 AM | Show all posts
nie blajar grafik kat mana  nie ? uitm ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 11:47 AM | Show all posts
http://xlimit.sifoo.com/

pergi ke link di atas....pastikan download semua..WORTH IT!!!...nice..
hasil karya dalam format PDF..penuh dan berwarna-warni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.092601 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list