View: 6659|Reply: 41
|
慡aya restui pilihan Siti
[Copy link]
|
|
Tiada siapa datang merisik - Siti Salmah
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
KUALA LUMPUR 4 Mei - ``Makcik tidak tahu apa-apa cerita. Tiada siapa yang datang merisik Siti pun. Tetapi makcik mengharapkan Siti akan berkahwin sebelum usianya 30 tahun.''
Begitu jawapan ibu kepada penyanyi popular Siti Nurhaliza, 27, Siti Salmah Bachik apabila ditanya tentang gosip mengenai Siti Nurhaliza dengan Datuk Khalid Jiwa (Datuk K) yang dikatakan akan berkahwin dalam waktu terdekat ini.
Bagaimanapun, kata Siti Salmah, 55: ``Walaupun Siti cakap dia sudah matang untuk mendirikan rumah tangga, tapi makcik masih menganggap dia keanak-anakan.''
Siti Salmah menjadi tumpuan wartawan ketika ditemui pada majlis pelancaran laman web dan album terbaru anaknya, berjudul Transkripsi di sini hari ini.
Siti Salmah berkata, sebagai ibu, dia tentunya mengharapkan Siti mendapat calon suami yang baik, menghormati keluarga dan sayang kepada isteri.
``Orang berkahwin sampai ke akhir hayat bukan untuk setahun dua sahaja. Siti kena fikir sebaik-baiknya,'' kata Siti Salmah.
Sementara itu Siti yang ditemui pada majlis itu mengakui bahawa dirinya kini sedang melalui hari-hari yang bahagia.
``Siti gembira dengan kehidupan sekarang,'' katanya dengan nada ceria.
Mengenai kebenaran percintaannya yang dikatakan tidak direstui keluarga, kata Siti, ``Wallahualam, Siti terima apa orang nak cakap kerana yang melaluinya adalah diri Siti sendiri.
``Tapi Siti reda dengan apa yang berlaku dan Siti percaya jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
``Semuanya (yang berlaku) telah tertulis. Siti harus menerimanya dengan reda.''
Namun Siti menegaskan, dalam apa juga keputusan yang diambil, dia akan meminta restu daripada keluarga khususnya dalam soal perkahwinan.
``Tetapi Siti yang akan lalui kehidupan Siti. Jadi Siti harus berani membuat keputusan tertentu.
``Secara ikhlas Siti berserah kepada Allah. Kalau tidak ada masalah panjang, Siti akan berkahwin,'' kata Siti. |
|
|
|
|
|
|
|
cinta itu adlh bila anda hilang kwln..:gila:
DK |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 harisbee's post
ntahlaaaaaa...hmmmmm nampak gaya mmg jadilah kot siti akan tawen |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by Syd at 5-5-2006 08:30 AM
Sukar untuk saya membuat keputusan terutama apabila membabitkan banyak pihak, termasuk keluarga dan peminat, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by icelemontea at 5-5-2006 08:48 AM
tau2 la siapa yang keluarga ngan karatz dia tak bekenan tu.. :cak:
hmmm...peminat yg dimaksudkan tu pun termasuk dalam kategori anti2 gakzzz |
|
|
|
|
|
|
|
kang aku paste yang kosmo punye laks |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 5-5-2006 09:05 AM
kang aku paste yang kosmo punye laks
sedang menunggu syd....:love: |
|
|
|
|
|
|
|
siti kawin ke x ker.. aku ttp sokong.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JAY-Z at 5-5-2006 09:06 AM
sedang menunggu syd....:love:
alamak..terlupa plak..
sat naaa...
kul 10 sat lagi paste |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 5-5-2006 09:32 AM
alamak..terlupa plak..
sat naaa...
kul 10 sat lagi paste
wokeh...sabar menunggu syd:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 Syd's post
PANASSNYYYA!! ALAMAK!!! X DAPAT BACA NGAN JELAS LAAAA...HUHU |
|
|
|
|
|
|
|
awak pakai spek ek?
saya ok jerk baca |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 Syd's post
a'aaa..pakai spek/////tp dah leh baca dahhh.....tenkiu.... |
|
|
|
|
|
|
|
sesapejelah..kebahagianmu kebahagianku jua..ekeke |
|
|
|
|
|
|
|
thanx syd! hmmm..aku doakan yg terbaik utk siti, tp please, sila buat concert dulu before kawin tau! |
|
|
|
|
|
|
|
ct, pilihlah laki yang senonoh skit |
|
|
|
|
|
|
|
betul la agaknyer ngan datuk k.. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
| |
|