CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8751|Reply: 11

Memberi Makan Kanak-kanak Sakit

[Copy link]
Post time 3-5-2006 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Memberi Makan Kanak-kanak Sakit
20 April 2005

Makanan yang mencukupi dan berzat adalah penting untuk bayi dan kanak-kanak bagi menjamin kesihatan mereka. Tetapi apabila seseorang anak itu menghidap sesuatu penyakit seleranya selalunya menjadi kurang dan ini menyebabkan ibu bapa berasa gelisah terutamanya jika penyakit itu berterusan dengan lamanya.

Penyakit-penyakit seperti batuk selesema, sakit tekak, sakit perut dan penyakit-penyakit yang menyebabkan seseorang anak itu selalu muntah atau cirit akan memerlukan pengubahsuaian kepada cara memberi makanan serta komposisi makanan sehingga anak itu sihat semula.

DEMAM

Jangkitan virus yang biasa terdapat di kalangan bayi atau kanak-kanak selalu menyebabkannya demam dan kurang selera. Bukan mudah bagi seseorang ibu memberi anak mereka makan ubat kerana ini selalu diluahkan keluar. Bagi kanak-kanak yang sudah besar dan boleh memahami tentang pentingnya ubat untuk menyembuhkan penyakitnya masalah memberi ubat mungkin mudah diatasi. Tetapi bagi bayi-bayi dan kanak-kanak kecil yang tidak mahu bekerjasama, ubat-ubat yang diberi oleh doktor-doktor mungkin perlu dicampurkan dengan minuman yang digemari oleh mereka. Ada kalanya pula cara ini menyebabkan sekumpulan kanak-kanak kecil hilang minat kepada jenis minuman yang digunakan. Oleh itu, ada pendapat yang mengatakan ibu-ibu tidak patut mencampurkan ubat dengan minuman yang kanak - kanak itu suka atau biasa minum seperti susu atau jus oren. Ubat-ubat yang berbentuk tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan dengan bahan minuman yang enak rasanya.

Kanak-kanak yang demam selalu hilang selera untuk makan pepejal atau makanan keras. Kanak-kanak yang demam banyak kehilangan air dari badannya, oleh itu adalah penting kanak-kanak itu digalakkan meminum air dengan lebih. Kanak-kanak yang kekeringan tidak banyak kencing dan kencingnya berwarna kuning pekat. Oleh hal yang demikian itu, mereka mesti digalakkan untuk banyak meminum air, seperti jus oren, jus nanas, jus blackcurrant atau barli.

Minuman-minuman lain seperti jus anggur, air kacang soya dan air teh manis juga boleh diberi mengikut kemahuan mereka. Jika dipaksa kanak-kanak meminum air dengan banyaknya kadangkala mereka akan muntah, oleh itu adalah lebih sesuai jika mereka digalakkan meminum sedikit demi sedikit dengan kerapnya. Kanak-kanak yang besar selalunya lebih gemar menghisap dengan straw atau menghisap air batu yang telah dihancurkan.
Pada hari pertama atau kedua kanak-kanak biasanya tidak berselera untuk makan makanan pepejal tetapi bila mereka mula mengeluh lapar, atau bila selera mereka mula kembali mereka bolehlah diberi bahan - bahan makanan seperti bahan-bahan makanan yang direndam dalam sup seperti sup ayam atau roti tos yang disapu dengan jem, kaya atau susu manis. Roti yang dicampur dengan telur setengah masak bersama kicap atau sos dan bubur nasi bercampur ikan atau daging juga disaran supaya diberikan.

Memang diakui ada kanak-kanak yang sukar diberi apa-apa sahaja makanan semasa dia demam. Bagi kanak-kanak seperti itu memaksa mereka makan mungkin menambahkan masalah seperti muntah.

MUNTAH-MUNTAH

Kanak-kanak yang muntah selalunya rumit diberi minuman atau makanan, lebih-lebih lagi ubat-ubat yang diberi oleh doktor. Mereka boleh digalakkan untuk menghisap air batu atau air batu yang telah dihancurkan. Jika boleh mereka hendaklah digalakkan menghisap air melalui straw sedikit demi sedikit. Apabila jelas yang mereka tidak lagi muntah bolehlah mereka minum air dengan banyaknya. Pada hari pertamanya adalah baik jika jumlah air yang diberi pada satu-satu masa itu tidak melebihi 3 atau 4 auns.

Kadangkala kanak-kanak yang sakit itu selalu meminta minuman tetapi bila dia diberikan air, dia muntah semula. Jika keadaan ini berlaku, dicadangkan air tidak diberi antara 2-3 jam kerana besar kemungkinan ini akan dimuntahkan juga. Adalah lebih baik jika kanak-kanak diberi air atau air batu yang hancur untuk dihisap. selepas itu jumlah air yang diberi bolehlah dilebihkan. Muntah-muntah didapati dalam berbagai-bagai jenis penyakit. Oleh itu ibu bapa perlu diingatkan supaya membawa anak mereka berjumpa doktor untuk menentukan punca penyakit dikenalpasti dan ubat yang sewajarnya dibekalkan.

CIRIT-BIRIT

Bayi-bayi yang menghidap penyakit cirit-birit dan muntah-muntah mengalami kekeringan yang boleh membahayakan. Jika bayi kelihatan letih, bernafas dengan kencangnya, mata seolah-olah tenggelam atau ternampak darah atau nanah di dalam najis dia perlu dibawa dengan segera berjumpa doktor. Penyakit cirit-birit yang menyerang bayi biasanya disebabkan oleh kuman virus dan boleh dirawat dengan memberinya minuman larutan gula bercampur garam. Bagi bayi-bayi yang sedang diberi susu badan ini boleh diteruskan. Jika bayi diberi susu formula ini boleh dicairkan dan jika masih tidak berkesan diberhentikan terus. Bayi harus diberi hanya larutan air yang dicampur dengan gula serta garam. Kadangkala air yang hilang dari cirit itu boleh melebihi jumlah air yang diminum oleh seseorang bayi menyebabkan dia mudah mendapat kekeringan. Bayi menjadi kering, kurang kencing dan lampung badannya apabila diangkat.

Jika keadaan ini berlaku eloklah bayi itu dibawa untuk diperiksa oleh doktor kerana tahap kekeringannya mungkin mmbimbangkan dan dia perlu diberi air melalui saluran darah.

Kanak-kanak dari umur dua tahun ke atas yang mendapat penyakit cirit-birit biasanya akan gemar meminum air seperti jus buah-buahan, air soda atau coca cola. Jika mereka mengeluh kelaparan dan ingin makan bubur nasi, pisang, roti tos atau ubi boleh dicuba.

SAKIT TEKAK

Kanak-kanak yang menghidap penyakit lebam tonsil (tonsilitis) berasa sakit apabila menelan sesuatu jenis makanan. Minuman panas seperti teh, jus epal, ais krim atau susu ais, air tembikai yang telah dihancurkan selalu digemari oleh kanak-kanak seperti ini. Penyakit ini mungkin surut dalam beberapa hari dan diet yang biasa boleh dimulakan beransur-ansur memandang kepada minat dan keperluan kanak-kanak itu.

BATUK SELESEMA

Kanak-kanak yang menghidap penyakit batuk selesema akibat kuman virus selalu kurang berselera. Keadaan ini selalunya tidak membawa apa-apa kesan jika ibu bapa terus cuba memujuk anak-anak ini makan. Adalah lebih eloknya jika ibu sendiri mengunakan pengalamannya tentang minat anak-anak mereka supaya dapat menyediakan makanan yang bukan hanya berzat tetapi sesuai dengan minat anak mereka.

Penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit alahan dan penyakit-penyakit yang lain yang berpanjangan akan memerlukan komposisi makanan atau pemakanan yang khas yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu. Ini biasanya akan diaturkan oleh seorang dietician yang akan bekerjasama dengan doktor yang merawat kanak-kanak ini.

KESIMPULAN

Walaupun penyakit-penyakit yang dihidapi oleh bayi atau kanak-kanak masing-masing mungkin memerlukan cara rawatan yang tersendiri , penyakit - penyakit ini mungkin mengakibatkan kanak-kanak atau bayi kurang selera.

Dalam usaha untuk menjamin supaya tahap pemakanan (nutritional status) tidak terlalu terjejas akibat penyakit-penyakit ini ibu bapa perlu berikhtiar dengan seberapa daya untuk memberi makanan yang berzat yang boleh diminati oleh bayi atau anak-anak mereka pada waktu mereka sakit. Ini kadangkala tidak mudah dikendali apatah lagi mengikut arahan doktor untuk memberi anak-anak ubat yang tertentu kerana ini selalu diluah , dimuntahkan atau dibantah dengan kuat oleh kanak-kanak. Mujurlah kebanyakkan penyakit-penyakit yang menyerang bayi-bayi atau kanak-kanak hanya sementara dan tempoh mereka kurang berselera jarang berterusan.

Untuk menjamin kesihatan seseorang kanak-kanak makanan yang mencukupi dan berzat, latihan jasmani yang mencukupi adalah perlu. Kanak-kanak yang sihat dengan sendirinya akan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk mengatasi jangkitan-jangkitan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2006 04:40 PM | Show all posts
kalau baby muntah2 makanan apa yg boleh diberi kalau dia lapar ye?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2006 04:43 PM | Show all posts
sambungan soalan..baby below 1 year...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 12:15 PM | Show all posts
wah..baru msk keje after mc last week...kena flu..teruk woo..rs jam  je paler nih..selera toksah kata ler...sbb dlm umah seme kene lebih kurang maka bertukar le menu pd bubur dan sup jek...sambil msk sup ayam terkena aroma sup mensuk idung...wa bestnyer...
buble...u can try bg bubur nasi or barli...make sure he's being hydrated...kalo dia takmo mkn yg likat buat light je takper...then kasik mkn skit2...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 09:34 PM | Show all posts
air rebusan beras pun ok.  Mengisi perut dan ada air jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 12:48 PM | Show all posts
oo kesiannye honey..pasni leh qada mkn best2..hehe.. kak fie, air beras tu air bubur nasik ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2006 12:54 PM | Show all posts
Originally posted by bubble at 9-5-2006 12:48 PM
oo kesiannye honey..pasni leh qada mkn best2..hehe.. kak fie, air beras tu air bubur nasik ke?


Ha...yea lah tu...

Air rebusan beras, bukan air basuh beras..heh..heh..kang kembong pulak budak tu kesian...
:bgrin:

Kiranya tak de lah rebus beras tu sampai ke tahap jadi bubur nasik...beras tu dah lembut dan masih berair..tapi air agak pekat sebab kanji dari beras.  Itu yang bagi kenyang sikit.  Itu kalau dia tak berselera nak makan..

Petua tu doktor yang bagi..untuk elak dehydration terutamanya pada budak-budak yang banyak hilang air dari badan akibat muntah2 dan diarrhoea.

dehydration yang disebabkan muntah dan diarrhoea merbahaya untuk babies.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 03:06 PM | Show all posts
kakfie,
kalau taruk gula skit pun
rasanya dah sedap kan?

kita masa kekecik dulu
bukan nih ke yang mak kita / nenek kita kasik kita makan
kalau kita demam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2006 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by KakFie at 9-5-2006 12:54 PM


Ha...yea lah tu...

Air rebusan beras, bukan air basuh beras..heh..heh..kang kembong pulak budak tu kesian...
:bgrin:

Kiranya tak de lah rebus beras tu sampai ke tahap jadi bubur nasik. ...

kire kalo kite rebus nih beras tuh pecah abis kan...so kalo mkn tak yah kunyah2 dah...telan jek...kalo diarhea nih better takeout dairy diet sementara waktu....mkn pun takleh byk..mkn skit..minum skit2..tp kerap...bkn skit2..but tak kerap tau...nanti kurang lak air dlm bdn...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 9-5-2006 03:06 PM
kakfie,
kalau taruk gula skit pun
rasanya dah sedap kan?

kita masa kekecik dulu
bukan nih ke yang mak kita / nenek kita kasik kita makan
kalau kita demam?


Syd..kalau orang tua makan memang kena taruk gula...
Kalau babies tak yah gula pun tak kisah kot...diorang punya taste bud belum develop betul.  Tak kisah pun sedap ke tak sedap.

Betul tu...kalau dulu sakit je mesti jadi makanan ruji...jadi sedap pulak kan...sebab tak makan selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 05:24 PM | Show all posts
wa.. tengkiu all.. camtu ek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2006 12:19 PM | Show all posts
Anak prasekolah mudah dapat jangkitan

ANAK berusia antara empat hingga enam tahun mengalami pertumbuhan fizikal yang agak perlahan tetapi telah mula mengasah bakat koordinasi fizikal, kebolehan mental dan kemahiran sosial. Kala ini juga personaliti mereka mula dibentuk sepenuhnya.

Tidak hairanlah jika waktu begini amat baik untuk mengenalkan mereka dengan alam pra sekolah bagi membantu merangsang kebolehan, mempelajari persekitaran, bergaul, mengenali peraturan dan batas-batas berinteraksi.

Suatu kelemahan anak-anak dalam usia begini mudah mendapat jangkitan seperti sakit kerongkong.

Halangan ini membuatkan mereka kurang aktif bermain dan menghadiri kelas. Masa-masa yang diisi dengan keseronokan dan membina minda akan terjejas.

Perunding Peadiatrik di salah sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor Dr. Khoo Phaik Choo memberitahu, adalah biasa kanak-kanak dalam usia ini jatuh sakit sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Jangkitan ringan seperti ini sekali-sekala adalah perkara biasa bagi membina dan menguatkan daya ketahanan badan.

''Pemulihan yang mengambil masa beberapa hari selalunya tidak meninggalkan kesan yang berpanjang ke atas kesihatan mereka,'' katanya.

Bagaimanapun Dr. Khoo mengingatkan, kerumitan boleh berlaku jika tidak dirawat dengan sewajarnya, misalnya jangkitan selesema yang boleh mengakibatkan bronkitis dan penyakit cirit-birit pula boleh membawa pengdehidratan atau kurangnya air dalam badan.

Cuma dengan penjagaan yang baik boleh menghalang kerumitan ini daripada berlaku, Namun, adalah wajar jika kita sebagai ibu bapa berusaha mengurangkan risiko kanak-kanak daripada jatuh sakit terlalu kerap.

Misalnya jika kanak-kanak dalam usia ini berada di tadika, sepatutnya pengendalinya perlu memastikan pengudaraan bilek darjah mendapat pengaliran udara yang cukup, jika menggunakan permaidani pastikan kebersihannya dan tandas yang digunakan juga hendaklah dijaga bersih.

Kanak-kanak harus diajar tentang kebersihan diri agar menjadi sebahagian daripada amalan seharian.

Elakkan memberi kanak-kanak makan makanan yang terlalu lama terdedah kerana dikhuatiri berlaku pencemaran.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan memastikan anak-anak mendapat makanan yang berkhasiat mencukupi semua zat makanan dari semua kumpulan yang diperlukan iaitu pembina tenaga, menguatkan ketahanan badan dan pertumbuhan mereka.

Adalah penting memberi anak-anak makanan yang bersesuaian dengan peringkat usia mereka.

Makanan yang diperkaya seperti susu menolong mengekalkan kesihatan kanak-kanak peringkat usia begini.

Vitamin dan zat galian tambahan dalam makanan boleh membantu memperkuatkan daya ketahanan terhadap jangkitan biasa.

Bagi ibu bapa penyayang, menolong anak-anak mereka berjaya dalam usia ini bukanlah satu beban. Malah, segala penat lelah akan terbayar dengan merasa puas apabila melihat anak-anak sendiri berkembang, sihat dan berpotensi untuk berjaya.

Apabila anak jatuh sakit ibu bapa sepatutnya membawa mereka berjumpa doktor. Disamping itu kata Dr. Khoo perhatian juga harus diberikan di rumah.

Beliau seterusnya memberikan beberapa petua yang boleh diikuti oleh ibu ketika menjaga anak sakit di rumah:-

Selesema:

* Pastikan mereka mendapat rehat yang secukupnya.

* Berikan mereka banyak minum air.

l Biarkan anak yang sakit menyedut wap air bagi melegakan hidung tersumbat.

* Berikan mereka anti-histamin (menurut dos yang dicadangkan atau preskripsi doktor) untuk mengurangkan hingus.

* Berikan mereka ubat demam.

* Ubat batuk juga mungkin diperlukan.

Batuk:

* Bagi batuk berkahak, berikan ubat yang disyorkan oleh doktor seperti 'ekspektoran'

* Begitu juga bagi batuk yang kering, berikan mereka ubat batuk yang sesuai.

Demam:

* Awasi suhu badan anak setiap empat jam dengan menggunakan termometer (boleh didapati daripada farmasi).

* Jika suku melebihi 37.5 C, berikan ubat demam (menurut dos yang dicadangkan atau preskripsi doktor).

* Biarkan anak banyak minum air.

* Jangan selimutkan anak atau pakaikan baju tebal.

* Jaram (sponge) dahi anak anda untuk melegakan panasnya.

Cirit-birit:

* Berikan anak anda minum banyak air.

* Elakkan daripada memberi susu atau produk tenusu sehingga anak anda pulih. Susu sepatutnya bukan penyebab cirit-birit kecuali jika tercemar atau anak anda alah kepada laktosa.

* Cuba jangan memberi anak makan makanan pejal selama 24 jam. Sebaliknya berilah mereka makanan tawar seperti bubur nasi atau roti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.132291 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list