|
CINTA UNTUK NABILA
Di dalam kehidupan kita ini pasti ada sesuatu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan. Mungkin kerana mempunyai sentiment tertentu yang merubah kehidupan kita. Aku juga punya cerita tersendiri yang tidak mungkin dapat aku lupakan seumur hidupku kisah seorang teman yang serba kekurangan. Tapi segala kekurangan itu tidak pula menjadi halangan baginya dalam memperjuangkan kehidupannya malah apa yang lebih membanggakan kekurangan itulah yang menjadi kunci kehidupannya . Tidak pernah aku melihat Amir bersungut tentang nasib malang yang menimpa dirinya. Jauh sekali menyalahkan tuhan atau menuding jari kepada sesiapa. Setiap masalah akan dihadapinya dengan tenang. Karakter yang ditunjukkan itu menyebabkan aku hampir terlupa bahawa rakanku itu bisu.
Amir telah aku kenali semenjak dari kecil lagi. Orangnya amatlah periang dan suka membantuku dalam pelajaran. Mungkin agak memalukan apabila aku yang sempurna tidak setanding dengan kepandaian Amir. Hanya satu kekurangan bagi dia iaitu tidak boleh bersuara. Jauh di sudut hatiku ini ingin sekali telingaku ini mendengar suaranya. Walaupun tidak berapa dapat aku mendengar dengan teliti tapi kata itu masih terngiang dalam benakku sehingga kini. Begitu perit dan payah dia meluahkan. Aku dapat lihat dari ekor matanya yang agar berair menahan sakit dan cuba juga untuk meluahkan perkataan itu. Aku hanya terpaku taktala dia berkata sedemikian terhadap Nabila. Selama 32 tahun aku hidup itulah babak kehidupan yang tidak akan aku lupakan untuk selamanya. Terlalu menyentuh perasaan aku sendiri.
Malah masih segar dalam ingatan aku apabila Amir menghadiahkan sebuah senyuman yang paling bermakna bagiku sambil memberi bahasa isyarat kepada aku. Bahasa isyarat? Sebenarnya aku mula bersahabat dengan Amir semenjak dari darjah 2 lagi. Maklumlah Amir itu anak jiran aku. Bersekolah di tempat yang sama, bermain bersama, bergaduh semua telah aku tempuh selama 14 tahun aku berkawan dengannya. Antara sedar atau tidak masa telah pun berlalu aku kini telah mencecah 32 tahun. Sepatutnya pada usia begini aku sudahpun berumahtangga dan mempunyai anak barangkali. Tetapi aku masih bersendirian di rumah besar ini. Mahligai yang tersergam indah adalah pemberian Amir kepadaku. Sungguh mulia hatinya. Aku telah membayar separuh daripada harga rumah ini bagi menyambung pembayaran yang dibuat oleh Amir sebagai membuat persiapan untuk bakal isterinya. Bersungguh Amir menyediakan segala-galanya. Di siang hari mengahadap buku kuliahnya dan sebelah malam pula menggembeling tenaga mencari rezeki. Amir akan pulang ke rumah lewat jam 2 pagi setiap hari. Bayangkan jika ada kelas pukul 8 pagi esok paginya. Amir akan masuk kuliah dengan longlai, matanya bengkak dan merah tidak cukup tidur. Tetapi apabila kuliah bermula dia akan segera memberi tumpun sepenuhnya. Aku sebagai sahabat tidak keruan dengan kegilaan Amir mencari wang. Hendak kata tidak cukup dia mendapat biasiswa yang amat banyak. Maklumlah orang cerdik macam Amir senang sahaja mendapat tawaran. Aku pinjam PTPTN sahaja. Hendak harapkan keluarga sampai bila. Takkan semua family hendak tanggung. Adik-adik aku macam mana pula? Amirku lihat jimat sekali orangnya. Walaupun lahir di dalam keluarga yang agak mewah maklumlah anak seorang pengarah syarikat dan ibunya sebagai doktor, kehidupannya pasti terbela. Amir pun merupakan anak bongsu dalam keluarga. Ketika dia melangkah masuk ke universiti Abang dan kakaknya sudahpun mempunyai pekerjaan sendiri. Hubungan Amir dan kedua saudaranya itu agak renggang kerana mereka berdua jarang berada di rumah. Ketika Amir bersekolah rendah, mereka di asrama. Kalau balik pun sekali sekala. Pada siapalah dia ingin berkongsi cerita? Semestinya pada rakan baiknya ini. Kekurangan pada Amir menyebabkan dia agak tersisih di dalam keluarga. Jika mereka sedang berbincang Amir hanya menjadi pemerhati. Gerakan tangan Amir tiada siapa ambil peduli. Akhirnya dia akur dan naik ke bilik. Sewaktu kecil kalau dia berasa sedih bahuku akan menjadi penyandarnya. Aku ejek juga malulah budak lelaki menangis dia hanya menyambutnya dengan senyuman walau di matanya masih bersisa airmata yang bertakung. Zaman remaja pula, jika ada sesuatu yang menyedihkan diri dia hanya akan mendiamkan diri sahaja dan menarik nafas dalam-dalam. Air matanya ditahan. Bila aku tanya dia hanya membisu dan tidak menceritakan padaku. Amir terlalu banyak memendam rasa dengan ejekan dan usikan rakan yang memanggilnya bisu. Amir tidak mempunyai kawan yang ramai sepertiku. Dapatku hitung rakan lelakinya. Yelah, bukan semua mempunyai pengetahuan dalam bahasa isyarat. Dari situ hubungannya dengan rakan agak terbatas. Terfikir juga aku kenapa ayah dan ibunya tidak mahu memasukkan dia ke kelas khas agar senang dia belajar dan adalah rakan yang hendak dibual bersama. Bukan semua hal hidup seorang lelaki boleh dikongsi dengan seorang perempuan. Jika terlalu rapat lain pula jadinya. Setakat aku berkawan baik dengannya adalah juga sekali dua aku rasa lain macam sedikit tetapi kami hanya kawan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sepanjang aku kenali Amir sebenarnya orangnya agak peramah juga dan luas pengetahuannya sampai naik jenuh aku menggerakkan tanganku ketika berbual dengannya adakalanya kami pecah perut ketawa sakan. Waktu ketawa sahaja dapat kudengar nada suaranya yang agak garau sedikit. Orangnya agak segak dan good looks jika dia tidak bisu pasti ramai gadis yang akan lapang hati menerimanya. Daripada teman-teman universiti dan sekolahku, ramai jugalah yang menyimpan perasaan padanya cuma mereka agak sensitive tentang kekurangannya itu. Bagi mereka agak sukar menjalinkan hubungan dengan lelaki bisu kerana agak payah mempelajari bahasa isyarat dan mendapat restu dari keluarga pun belum tentu. Arrrrrghhhh! Itu semua alasan plastic, mereka tidak tahu menilai kasih sayang. Kalau aku boleh berkomunikasi dengannya masakan orang lain tidak boleh. Kalau keluargaku cukup senang sekali dengan Amir mengapa keluarga orang lain bukannya dia cacat anggota. Kalau terjadi keadaan seperti itupun aku masih lagi ingin berkawan dengannya. Menjadi insan yang sempurna jangan menilai hubungan melalui paras rupa atau hartanya tetapi kerana nilai hati budinya, pendidikan, dan pegangan agamanya barulah kita menjadi insan yang sebenarnya penuh dengan estetika dan menikmati hidup yang menenangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Angin petang itu terasa sungguh nyaman sekali. Udaranya terasa begitu bersih sesekali aku melihat Amir membetulkan rambutnya. Amir, bab menjaga personality mengalahkan aku. Cukup sensitive. Kerana itulah kawanku ini asyik kemas sentiasa. Sedap mata aku memandang. Tanpa disedari aku tersenyum sendirian. Tiba-tiba aku tersedar daripada lamunan bila terasa ada jemari yang mencuitku. Amir merenung ke arahku dan menggerakkan tangannya.(Kenapa senyum sorang2 ni?) tanyanya. Air mukanya penuh tanda tanya. Sengaja dahinya dikerutkan. Suka benar aku melihat mukanya yang penuh tanda tanya itu. Waktu inilah dapat aku lihat alis kening lebat yang begitu tersusun, hidungnya yang mancung serta mata bundar coklatnya. Kali ini mata itu betul-betul tepat memandangku. Terkejut beruk aku. jbaj
慳lamak, kantoi! |
|
|
|
|
|
|
|
揥ah, cantiknya gitar ini! Bertuah betul ko Amir. |
|
|
|
|
|
|
|
揜een, Amir nak jumpe ni. Reen, |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi sedapnya dia buat keputusan. Memaksa pulak tu! Dasyat Amir Amiruddin yang aku kenali dah berubah seratus peratus. Aku hanya mampu membentak di dalam hati. Pintu kereta Fiat Phunto milik kakak Amir, Ainina dibuka. Amir mempersilakan aku masuk. Lama sudah aku tidak mendengar cerita dari Kak Nina. Semenjak dia berkahwin dengan Faizal seniorku sewaktu di Sekolah Menengah mereka bermastautin di bumi Amsterdam. Walaupun Faizal 3 tahun lebih muda tapi dia cukup bertanggungjawab dan matang. Faizal upppss! Abang ijal ni orangnya bukanlah handsome sangat. Kalau dibandingkan betul-betul. Mereka berdua tidak sepadan langsung. Sudah kehendak takdir mereka disatukan. Beruntung Abang Ijal dapat isteri macam Kak Nina tuh. Lembut aje orangnya. Sedang aku leka memikirkan Kak Nina kereta Amir bergerak laju menuju ke destinasi yang aku sendiri pun tak tahu. Sesekali aku sempat jua menoleh Amir besebelahanku. Ahhhh, serius sekali mukanya! Apakah yang ingin ditanya padaku? Apa yang ngin dibincangkan? Mesti pasal Nabila bukan単etus hatiku. Pepohonn yang rendang di tepi jalan mendamaikan keadaan. Kami semakin menghampiri Danga Bay. Ya itulah destinasi atau lebih tepat lagi tempat yang sesuai bagi Amir berbincang dengan aku. Danga Bay memang cantik dan landskapnya pun menarik. Malah ini merupakan salah satu daya tarikan Bandaraya Johor Bahru. Di tengah-tengah kesibukan kota masih ada lagi kawasan peranginan dan tempat istirehat. Pelbagai aktiviti disediakan di sini. Amir menempatkan keretanya berhadapan tempat skate boarding. Mataku begitu asyik melihat pelbagai skill yang digunakan oleh skate boarder yang sedang bermain di situ. Ada yang terjatuh dan ada yang tidak kurang hebatnya. Petikan jari Amir memberhentikan mataku yang dari tadi leka melihat gelagat remaja di hadapanku. Aku ni minat jugalah aktiviti lasak macam tu tapi aku kurang skilllah, asyik nak jatuh sahaja. Last-last terpaksa aku surrender dan masuk aktiviti kesenian sahaja. Bagiku lebih mudah dan jiwaku agak sebati dengan aktiviti seni. Kalau tidak masakan aku boleh memegang watak utama dalam pementasan teater di universitiku sebagai Tun Teja dan menjadi penari yang selalu jugalah mengiringi persembahan akademi seni kebangsaan daerah Johor. Walaupun minatku pada bidang seni tetapi aku bukannya jenis lemah longlai, aku juga suka pada aktiviti mencabar seperti terjun payung, roller coaster dan mencuba permainan yang orang kata kalau sakit jantung atau tidak cukup kuat janganlah naik nanti ada yang mati atau pengsan dekat atas itu. Aku rasa macam seronok melakukannya. Berlainan dengan Amir masih aku ingat ketika kami pergi ke Sunway Lagoon mencuba Tomahawk, muntah-muntah Amir dibuatnya. Hah dalam part mencuba permainan berbahaya akulah juaranya. Kat situ aku menanglah, kalau bab lain aku sahaja yang kalah.
( Tiada masa untuk termenung dan buat muka kesian. Cik Nureen kena sedia berbincang dengan En. Amir) bersahaja sahaja mukanya dan bahasa isyaratnya tampak begitu canggung lakunya. Melampau! Macam hendak aku cekik sahaja Amir dihadapanku. Apa pasal berubah sekali perilakunya. Ternyata hal yang bakal kami bincangkan begitu serius mungkin. Kali ini aku tidak mengikut arahannya. Egoku tercabar! Ingat aku ini macam lembu yang boleh ditarik ke sana ke mari. Dia tidak tahu ker aku ni bangsa degil!
Apalagi aku pun petik jarilah kat dia. Depan-depan mata dia. Tercengang dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Di hadapan cermin itu, Nureen sekali lagi memandang pantulan wajahnya. Tampak tidak terurus sekali. Matanya yang dulu bersinar sudah hilang serinya. Bibirnya yang mungil itu sudah seakan hilang tawanya. Sudah lebih tiga bulan dia berkeadaan sedemikian. Hatinya terlalu parah, luka dan kecewa dengan Amir. Tidak tahu menilai persahabatan yang terjalin dan buta tentang perasaan gadis itu. Sadis sekali bunyinya bukan?
Sinaran matahari menyilaukan pandangan mata Nureen Aida. Kuakan pintu biliknya sedikit mengejutkan Nureen. Dia segera berpaling.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambungannya......tunggu sampai dapat ilham.. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhhhhhhu..........penat btul la baca....
cepat2 ye cari ilham......
nk tahu gak cam mn si Amir ni bleh kawin ngan Nabila....
:pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
maaflah..cerita ni panjang..ini hanyalah permulaan... |
|
|
|
|
|
|
|
cinta untuk nabila???
tajuk dia sama ngan tajuk novel hendan yahya
apepon...citer tu mmg best...
cinta untuk nabila II pun best gak...
lagu cinta untuk nabila..yg terrarosa nyanyi tu pun besh gak... :cak:
btw,citer ni sama ke ngan citer cinta untuk nabila versi novel tuh?? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
sambungla cepat2 ye...tak sabar nie nak tau ape yang si nabila tue nak kat reen... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm cepatlah sambung yer |
|
|
|
|
|
|
|
waaa...mcm best jerrr...cepatla sambung!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnye...
kesian nureen
waaaaaa seksinye jiwe rage die |
|
|
|
|
|
|
|
bile nk smbg ni....:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
cepat2 ye buat sambungan cite nie...tak sabar nak tau kesudahan cite nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Laskar cinta.......
sebarkanlah benih2 cinta...
hapuskanlah virus2 benci....:music:
:pompom::pompom:....bile nk smbng ni.....dah letih masuk rumah awk ni....
cepat ye smbng....story awk ni best...:bodek::bodek: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|