View: 13466|Reply: 51
|
Menggalak minat membaca anak-anak
[Copy link]
|
|
7 cara menyerlahkan kebolehan membaca anak anda. Sumber : Scholastics, dialih-bahasa oleh Nini Hadi
1. Baca kuat-kuat bersama anak anda. Carilah satu tempat yang sesuai untuk duduk sama membaca bersama anak untuk 30 minit setiap hari. Bergilir-gilir membaca muka-surat sambil membimbing anak anda dengan ayat yang susah. Bacalah buku yang agak susah untuknya tetapi yang menarik minatnya.
2. Galakkan segala jenis pembacaan. Komik dan majalah akan memberi kepelbagaian stimulasi pembacaan kepadanya. Asalkan ia adalah sesuai dengan umur jangan halang minatnya. PASTIKAN MENYIMPAN PELBAGAI BUKU YANG BERFAEDAH UNTUKNYA MEMBACA DI RUMAH.
3. Simpan satu kamus. Gunakannya untuk rujukannya dan tolong anak anda mencari perkataan yang dia tidak faham serta berikan penjelasan kepadanya untuk meningkatkan kefahamannya.
4. Gunakan buku-buku berinformasi. Cuba galakkan anak-anak merujuk kepada buku-buku daripada internet dan ajarkannya bahawa buku lebih berinformasi dan bermaklumat terperinci.
5. Bincang tentang buku yang dibacanya. Tanyalah anak anda apakah tema buku itu. Bagaimana watak-watak dalam buku itu sama atau tidak, apa yang digemari olehnya dan tidak tentang buku itu. Kongsi pendapat anda.
6. Jangkakan daya pemahaman yang lambat. Anak anda akan mengambil masa yang lama untuk membaca. Berikan sokongan moral dan lebihkan pujian.
7. Jadi contoh yang baik. Luangkan masa membaca 30 minit sehari untuk membaca kerana ini akan mengajar anak anda secara tidak langsung untuk suka membaca. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bolehlah share nanti, mcm mana pulak cara korang galak anak membaca. |
|
|
|
|
|
|
|
masa dia still baby, tgh nak doze off tido tuh, saya baring sebelah dia, pegang buku kat atas..so, dia tgk gambar besar2 & kaler2 tuh..sambil tu cerita la sampai dia tertido.
bila dia beso sikit, belikan buku yg kulit keras tuh, ajak dia belek sesama sambil cerita gak.
la ni dia dah toddler 3 tahun, dah belikan buku2 yg ada pengetahuan cam pasal animal ke, space ke..so, ajak dia dok sama & bacakan untuk dia..buat cam story gak laa..kadang2 dia sendiri pilih buku mana yg dia nak & ajak baca story. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kekadang anak2 tgk jugak
kalau dia tgk mak bapak dia pun suka membaca
dia pun akan terikut2 dgn tabiat tuh |
|
|
|
|
|
|
|
tips yg bagus syd.
nanti nak cuba dgn anak saya. |
|
|
|
|
|
|
|
dewi mmg galakkan anak2 dewi membaca...
cara nyer lebih kurang sama ler macam syd buat tu..mmg berkesan.. sekarang tak payah suruh mmg diorang minat membaca.. kalau gi shopping anak2 dewi tak teruja sgt tgk mainan dari tgk kedai buku. masuk kedai buku tu mau 1 hari tak nak keluar lah.. lagi2 kalau masuk kinokuniya ker MHP mid valley ker.
dari baby dewi baca kan buku from nursery rhymes.... pas tu buku cerita yg ader softoys tu.. ingat lagi buku yg dia paling suka yg ada anak gajah tu leh picit2 kuat bunyi gajah. kat buku pun ader button2 leh picit2 kuar macam2 bunyi. then buku goldilock n 3 brars pun ader soft toys yg 4 in one tu .... leh interchange jadik goldilock kejap jadik papa bear jap jadik mama bear dan baby bear. sambil baca sambil main puppet ngan soft toys tu buat bunyik suara lain2 la.
bila dia besar sikit buku dah tak der toys tapi ada byk color2 ful gitu. still tiap malam dewi bacakan dan dewi tak kisah dia nak main ngan buku dia .
dah umur 4-5 tahun dewi beli buku grolier tu so dia leh belajar sekali. buku ni sampai sekarang dia guna buat rujukan sekolah. now anak dewi dah 13 n 15 ... buku diorang semua dah baca novel2 jer dah enid bylton still diorang nyer favorite... othman putih kalau yg malay nd buku terjemahan enid bylyton pun ader gak tapi dewi tak galakkan sebab dewi tgk terjemahan dia kadang tak berapa tepat.
sekarang dewi tak perlu pilih buku diorang masuk kedai buku diorang akan buat pilihan sendiri. kita tunggu jer dia bawa buku tu gi cashier. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 16-3-2006 11:13 AM
kekadang anak2 tgk jugak
kalau dia tgk mak bapak dia pun suka membaca
dia pun akan terikut2 dgn tabiat tuh
Itu point yang paling "terpenting" sekali.
Kita guru pertama anak2 kita dan role model yang paling berkesan.
Jika kita minat membaca, anak 50-50 sama ada minat atau tidak. Tapi minat akan lebih senang dipupuk bila kita jadi role model.
Tapi jika kita tak minat, anak juga tidak akan minat. Bagaimana kita nak pupuk minat diorang jika minat kita sendiri tidak dipupuk?
Minat membaca lebih senang dipupuk jika kita memperkenalkan membaca sebagai aktiviti yang fun dan enjoyable. Selalu read aloud, share cerita, perkenalkan poem, menyanyi, main I-spy game, baca label, baca signboards, bawak pergi library, bawak masuk kedai buku dan banyak lagi perkara-perkara kecil yang boleh membawa impak yang besar dalam memupuk minat membaca dalam diri anak2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang aku tengok sekolah anak aku ajar... utk galakkan budak rajin "pegang buku", kita suruh dulu dia karang cerita sendiri... ni stage budak tu belum baca perkataan tapi dah pandai bercakap... Ambik satu buku bergambar, suruh dia cerita kat kita apa berlaku dalam cerita tu. Budak2 memang seronok, especially kalau kita mendengar dia bercakap... kadang-kadang entah hapa-hapa cerita dia tak logik, but that's good sebab kita merangsang kreativiti dia... kalau dia mati kutu tak tau nak cakap apa, cuba tanya apa jadi dalam gambar sebagai "warming up"... aku kadang-kadang tanya soalan bodoh jer...e.g. kenapa rumah tu ada satu tingkap jer, apasal kucing tu gemuk sangat.. :bgrin:... but you'll be surprised at your kids' ability to justify cerita dalam buku tu ikut imagination dia..
Anyway, bila dah pandai baca sikit-sikit korang suruh anak korang tengok dulu gambar, predict cerita... then suruh dia baca, check balik betul ke tak.... Cara tu pun okay jugak kalau nak encourage dia membaca... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pelicano at 16-3-2006 08:39 PM
Yang aku tengok sekolah anak aku ajar... utk galakkan budak rajin "pegang buku", kita suruh dulu dia karang cerita sendiri... ni stage budak tu belum baca perkataan tapi dah pandai bercak ...
Sekolah mana pelicano? Menarik approach dia, macam style oversea. Ke memang sekolah oversea?
[ Last edited by KakFie at 16-3-2006 11:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Yup Kak Fie, sekolah kat UK utk budak-budak 4 tahun (reception)...menarik tengok dia latih budak-budak membaca... Alhamdulillah, my kids suka jugaklah membaca hasil pendekatan macam tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pelicano at 17-3-2006 03:19 AM
Yup Kak Fie, sekolah kat UK utk budak-budak 4 tahun (reception)...menarik tengok dia latih budak-budak membaca... Alhamdulillah, my kids suka jugaklah membaca hasil pendekatan macam tu....
Itula...akak dah agak dah :hmm:
sebab anak akak dulu masa sekolah kat Australia pun guna approach yang sama. Menarik kan?
Walaupun tak diajar structured ABC, 123 tapi early literacy dimulakan dengan read aloud, story tellings, show and tell dan mcm-mcm lagi aktiviti yang menarik. Tak confine to worksheets/book and homeworks. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak tidak mahu membaca dan belajar
Soalan,
Puan,
Saya mempunyai anak perempuan yang berumur 6 tahun dan masalahnya ialah beliau tidak mahu belajar langsung sewaktu berada di rumah.Pelbagai pendekatan telah saya gunakan seperti selalu membelikannya buku-buku, membawanya ke perpustakaan, membaca bersamanya tetapi tidak berjaya.Dia akan belajar hanya dalam masa 2 minit kemudian akan berhenti dan bermain.Ini sangat merisaukan saya.
Ibu Risau
Kuala Lumpur
Jawapan:
Soalan puan memberi petunjuk bahawa puan seorang ibu yang prihatin.
Setiap anak mempunyai minat atau kecenderungan yang berbeza. Mungkin anak puan lebih minat kepada perkara yang lebih fizikal iaitu bermain. Usah risau kerana sebenarnya bermain adalah kaedah yang paling berkesan untuk belajar pada peringkat umur ini.
Apapun saya bersetuju bahawa anak harus didedahkan dan diasuh untuk mencintai ilmu melalui minat membaca. Puan boleh memupuk minat membaca anak dengan memilih buku yang mengikut minat anak. Sebagai contoh sekiranya anak minat bermain pondok, puan boleh membeli atau meminjam dari perpustakaan awam buku cerita tentang kanak-kanak bermain pondok atau masak-masak.
Kanak-kanak juga sangat gemarkan buku yang mempunyai gambar sebenar kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Ia lebih menarik minat kerana mereka boleh mengaitkan diri atau relate dengan cerita. Mereka juga gemar menmbaca atau mendengar cerita yang dekat dengan diri dan pengalaman mereka. Ianya seperti cerita binatang-binatang di zoo apabila pulang dari mengadakan lawatan ke zoo.
Tumpuan anak mulanya memang sedikit. Ajak anak membaca bersama dan berhenti bila anak sudah jemu. Secara beransur-ansur tumpuan mereka akan meningkat. Juga elakkan daripada terlalu menekankan kepada cara membaca yang betul dari segi ejaan dan tatabahasa. Sebaliknya tumpukan kepada maksud cerita dan bercerita dengan gaya dan tonasi yang menarik. Buat permulaan gunalah buku yang menarik illustrasinya dan tidak terlalu banyak perkataan. Jadikan membaca satu aktiviti yang meyeronokkan dan merapatkkan hubungan kekeluargaan.
Selain daripada itu puan boleh mengajak kawan baik anak bersama semasa aktiviti membaca. Anak puan mungkin akan suka dan terdorong untuk membaca kerana pengaruh kawan baiknya. Secara tidak sedar dia akan belajar untuk minat membaca tanpa tekanan.
Persekitaran yang kondusif adalah antara faktor utama dalam membentuk peribadi seorang kanak-kanak. Setiap rumah seharusnya mempunyai perpustakaan mini yang diisi dengan pelbagai jenis buku untuk semua ahli keluarga.
Orang dewasa dalam setiap rumah juga mestilah minat membaca kerana kanak-kanak memang suka meniru perbuatan orang dewasa disekeliling mereka.
Bawalah buku kemana sahaja. Saya membawa bersama buku-buku semasa balik kampung atau bercuti. Anak-anak juga saya galakkan membawa buku dan majalah yang mereka minati. Saya juga suka membawa anak-anak ke pameran-pameran buku.
Untuk memudahkan anak belajar cuba amalkan membaca surah al-Imran 200 dan as-syura-19 dan zikir ya-hayyu, ya-quyyum dan ya-latif. Saya biasa amalkan semasa memasak dan dibaca dalam air minuman.Juga ada petua supaya membaca doa dan menyatakan harapan diubun-ubun anak semasa baru lelap. Ianya insyaalah dapat membentuk peribadi anak.
Harap jawapan ini dapat membantu puan. Selamat mencuba dan didoakan semoga puan berjaya menarik minat anak untuk membaca.
Sayangi dan dekatilah anak-anak kita
Rosnah Ahmad.
Jawapan tambahan:
The problem is anak tak mahu membaca or tak mahu belajar? I am a little confused. But my reply below to encourage reading.
Membantu anak membina minat membaca:
• Kenalpasti minat anak, dan dapatkan buku-buku yang berkaitan dengan minatnya.
• Pastikan buku-buku yang dipilih adalah age-appropriate.
• Adakah ibubapa tunjukkan minat membaca?
• Ibubapa harus tunjukkan yang mereka berminat dengan apa yang anak-anak baca. Tanya mereka soalan-soalan mudah seperti:
o Apa cerita yang adik/kakak/abang baca tu?
o Apa karakter utamanya?
• Adakan carta bacaan di rumah, dan letakkan (gantungkan) di tempat yang senang dilihat. Dan adakan sistem hadiah (reward system). Hadiahkan dia sesuatu apabila dia berjaya membaca sekian banyak buku, umpamanya. Kadangkala, perlu biarkan dia sendiri yang memilih hadiah, puan cuma tentukan had harganya.
Amir Razelan, Lembah Silikon, Cupertino. CA. USA |
|
|
|
|
|
|
|
800 juta buta huruf
Oleh YULPISMAN ASLI (WARTAWAN UTUSAN)
MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa tanggal 8 September merupakan Hari Literasi Antarabangsa. Ia merupakan peristiwa penting yang disambut setiap tahun untuk memberi harapan kepada berjuta kanak-kanak, lelaki dan wanita yang tidak mampu membaca atau menulis, malah nama mereka sendiri.
Justeru, sambutan Hari Literasi Antarabangsa merupakan masa untuk mengingatkan masyarakat antarabangsa tentang peri pentingnya literasi kepada seseorang individu, famili, komuniti dan masyarakat seluruhnya.
Pada sambutan kali ini, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah memilih tema Literasi Mengekalkan Pembangunan.
Ia memberi penekanan bahawa literasi bukan sahaja hasil positif daripada proses pembangunan, tetapi juga nadi untuk perubahan dan instrumen kepada kemakmuran sosial pada masa hadapan.
Malah, Ketua Pengarah UNESCO, Koichiro Matsuura dalam mesejnya sempena sambutan Hari Literasi Antarabangsa 2006 antara lain berkata, literasi bukan sahaja skil kognitif dalam membaca, menulis dan aritmetik, tetapi juga membantu masyarakat membina kemahiran serta kekuatan bagi mencapai kemajuan yang berterusan.
Menurut UNESCO, ketika ini terdapat kira-kira 800 juta penduduk dunia berusia 15 tahun ke atas buta huruf di mana dua pertiga daripadanya adalah wanita. Sementara kira-kira 100 juta kanak-kanak di seluruh dunia pula tidak bersekolah.
Bagi pertubuhan dunia itu, literasi merupakan alat yang sangat diperlukan dari segi penyertaan aspek ekonomi dan sosial yang paling efektif ke arah pembangunan manusia dan mengurangkan kadar kemiskinan global.
Bagaimana pula dalam konteks Malaysia dan rakyat negara ini. Ini kerana, literasi amat berkait rapat dengan tabiat membaca. Membaca akan membuahkan ilmu dan masyarakat yang berilmu merupakan modal insan yang menjadi antara tonggak penting bagi menjayakan Misi Nasional di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Malah, dalam konteks Islam sendiri, ayat pertama yang diwahyukan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w adalah Iqra |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 16-3-2006 11:13 AM
kekadang anak2 tgk jugak
kalau dia tgk mak bapak dia pun suka membaca
dia pun akan terikut2 dgn tabiat tuh
:hatdown:
anak2 sy termasuk sy dan asben... semua HANTU BUKU
kadang2 rumah dah jd cam library...senyap jer..
masing2 tekun ngadap buku...
ngalahkan orang nak amik pekse..:love: |
|
|
|
|
|
|
|
Anak Has memang daripada awal setahun suka dengan buku-buku.......munkin jugak kerana semasa mengandung dahulu sepanjang waktu mengandung Has memang suka membaca dan akan senantiasa meluangkankan masa untuk membaca.......jadi bila dah ada anak minat membaca diwarisi oleh anak....boleh dikatakan setiap bulan Has akan belikan banyak bahan bacaan untuknya....dan malam sebelum dia tidur dia akan minta dibacakan buku cerita sebelum lelap....disudut rumah memang sengaja Has biarkan rak bacaan bersepah-sepah dengan buku-buku dan anak bebas berada disana bila-bila masa tanpa disuruh....YANG PALING PENTING kita senantiasa bersedia menjawab semua soalan-soalan yang akan dikemukan oleh anak.....mengenali bahan bacaan yang digemari oleh anak adalah perkara utama....selalunya bila kekedai buku anak Has akan pilih sendiri buku yang diperlukan nya.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Satu kelebihan yang saya tengok bila anak minat membaca, senang bawak diaorang ke mana-mana. Kalau nampak macam dah restless belikan saja buku/majalah... settle problem.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by RedAlert at 11-9-2006 11:28 AM
Satu kelebihan yang saya tengok bila anak minat membaca, senang bawak diaorang ke mana-mana. Kalau nampak macam dah restless belikan saja buku/majalah... settle problem..
betul tu... anak sy kalau tunggu sy shopping ke apa ke... dia lek2 jer nyandar kat luar kedai sambil baca buku/komik... tak merungut pun.... hik3 |
|
|
|
|
|
|
sapi This user has been deleted
|
Originally posted by Syd at 16-3-2006 10:28 AM
7 cara menyerlahkan kebolehan membaca anak anda. Sumber : Scholastics, dialih-bahasa oleh Nini Hadi
1. Baca kuat-kuat bersama anak anda. Carilah satu tempat yang sesuai untuk duduk sama membaca ...
setahu aku..kalau kita nak anak kita suka membaca...kitalah dahulu harus suka membaca...jadi contoh maksud aku!
Dari anak tu kecik..kita mesti bacakan dia buku.Amalan begini memang baik untuk anak2 minatkan membaca.Kita juga harus membawa mereka ke perpustakaan selalu dan kita juga boleh buat rumah kita sebagai perpustakaan mini agar segala buku yg anak ingini boleh diambil dari rak buku di rumah kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku x tau lah coz anak aku kecik lagi baru nak masuk 8 bulan. Tp from my own experience lak, masa kitaorg kekecik, mmg ayah aku ada beli encyclopedia. Buku tu aku still ingat bentuknya ada ada certain contentnya anyway buku tu dah x wujud lagi kat umah sebabnya kitaorg kekecik semuanya dok koyakkan buku tu. Aku rasa byk content lam tu yg berguna jugak cthnya cerita pasal pelukis italy. Pelukis2 tu nama cam ninja tuirtle so bila 1st time kuar citer ninja turtle aku terus terbayangkan pelukis italy n aku tau derang amik nama tu from pelukis2 tu. PAs tu mak aku sokmo bacakan cerita2 masa kitaorg kecik. Seingat aku mmg time tu kitaorg x tau baca langsung. So bila skang ni, aku pon suka baca buku maybe because of that lah kan.
Anyway, laki aku mmg malas baca buku..so skang bila aku sibuk nak beli buku dia kata nanti rugi sebab bebudak akan koyakkan buku. Anak aku skang nampak buku jer mesti nak koyakkan n mkn. Bg aku tu menda normal. even though kita rasa dia koyakkan tp at least dia belajar pegang buku. ntahlah, susah kalau org x suka buku ni, kan? Tp ari tu aku merajuk ngan laki aku, at last dia nak pujuk aku dia belikan aku buku encyclopedia satu. Baru aku suka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sabb at 19-9-2006 02:24 AM
Aku x tau lah coz anak aku kecik lagi baru nak masuk 8 bulan. Tp from my own experience lak, masa kitaorg kekecik, mmg ayah aku ada beli encyclopedia. Buku tu aku still ingat bentuknya ada ada cert ...
Biasalah tu babies koyak buku, makan buku, gigit buku. Itu tanda dia suka buku... Buku2 kat rumah akak ni kalau orang tengok macam kena gigit tikus. Yang bongsu ni lain pulak cara dia appreciate buku. Buku dah beli lebih 10 tahun untuk anak sulung dulu selama ni elok lagi anak-anak lain baca, sampai turn dia...alahaaiiii.....
Anak-anak akak sampai dalam kereta pun nak baca buku. Akak yang risau takut diorang pening - sebab akak kalau baca dalam kereta akan pening - tapi diorang selamba je. Husband akak cakap kalau diorang nak baca dalam kereta biar jelah, jangan remind diorang tentang pening tu sebab kalau kita put the idea in their head nanti akan peninglah jadinya. Mungkin betul jugak. Sebab kalau pening tentu diorang stop sendiri...why want to push yourself betul tak? Tapi kalau rajin terlebih sampai nak buat homework dalam kereta tu akak and hubby tak kasilah. Karang mesti berkelahi sebab ambik space orang lain.
[ Last edited by KakFie at 19-9-2006 08:57 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|