CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4904|Reply: 17

Yang MENCABUL dan TERCABUL

[Copy link]
Post time 5-3-2006 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Kalau kuhebahkan
扴UREHEBOH

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2006 07:24 PM | Show all posts
RTM larang ayat campur aduk

KL, 4 Mac
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2006 07:26 PM | Show all posts
bagaimana pula yg ni plak???

Pengalaman luka jadi penulis
Oleh: DR. ILIAS ZAIDI

``ERTINYA, semua manusia inginkan kejujuran, bersikap jujur, dan mengharapkan orang lain juga jujur terhadap mereka. Jadi mengapakah hal ini terjadi? Banyak kemungkinan yang boleh disarankan, tetapi yang paling berhak menjawabnya ialah pihak yang melakukan perbuatan itu, bukan penulis yang mengirimkan tulisannya''.
Pernyataan ini dicetuskan oleh Mohd. Affandi Hassan, yang saya kenali sejak tahun 60-an, ketika saya baru berjinak-jinak dengan alam sastera di Sekolah Alam Shah Cheras, sedangkan beliau sudah menjejakkan kaki di Universiti Malaya, satu-satunya menara gading di negara ini pada masa itu.
Permasalahannya apakah rasional mantap di sebalik penolakan karya beliau yang berjumlah lebih 45 itu, baik berupa cerpen mahupun esei tidak mendapat tempat siaran dalam majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka? Andaian ketara ialah editor terbabit, bukan sahaja di DBP malahan organisasi penerbitan yang lain, fobia dengan kemampuan dan kebolehan diri sehingga mengamalkan tapisan-kendiri kerana khuatir akan tindakan tatatertib, dan kalau ketua pula, takut akan dipecat daripada jawatan dan kedudukan berkenaan.
Pengalaman saya dengan DBP tidaklah seluka begitu biarpun apa juga yang saya kirimi ke sana, tidak pernah mendapat jawapan positif. Malah ada yang dianggap tidak layak diterbitkan selepas ditangani oleh bidan terjun `pemeriksa luar', hatta sudah mendapat royalti pendahuluannya.
Penolakan karya-karya saya oleh DBP dan malahan penerbitan lain membenarkan hipotesis-kendiri bahawa diri ini terlalu kerdil dalam arena penulisan dan apalagi dalam dunia kesusasteraan negara. Begitulah padahnya manuskrip antologi puisi dan Pengantar Komunikasi ditolak dengan alasan ``tidak sesuai diterbitkan''. Sebab itulah saya lebih menumpu perhatian kepada penulisan buku bimbingan untuk pelajar kita pada pelbagai peringkat persekolahan, satu amal jariah yang amat menggembirakan saya.
Bagi DBP, saya baru sahaja menerima kembali manuskrip saya, atas tajuk Gerakan Pemikiran Islam berdasarkan Novel-novel Terpilih, diangkat daripada disertasi Doktor Falsafah saya dengan Universiti Malaya. Antara kata-kata yang menyentuh perasaan ialah ``Manuskrip ini tidak sesuai untuk diterbitkan''.
Akan tetapi yang lebih parah ialah apabila saya membaca komen `pemeriksa luar'nya yang kononnya berwibawa lagi autoritatif berbunyi ``terlalu ideal'' boleh dikatakan bagi tiap-tiap ayat yang terungkap dalam manuskrip berkenaan.
Yang saya fahami dengan ``terlalu ideal'' ialah terlalu ``unggul'' mustahil dapat dicapai. Tetapi adakah tindakan matan Perdana Menteri kita dulu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menguar-uarkan Wawasan 2020 dan pembinaan kereta nasional sebagai ``terlalu ideal''. Adakah tindakan kerajaan hendak menghantar angkasawan negara ke angkasa tahun 2007 nanti sebagai yang ``terlalu ideal''?
Pemikiran jumud begini tidak dikesali kalau datangnya daripada penduduk terpencil tidak berilmu dan tidak berpendidikan tinggal jauh di pedalaman, tetapi ironinya tercetus daripada fakulti pemikiran intelektual dengan tahap kesarjanaannya yang tinggi. Kalau tidak, masakan diangkat sebagai `penilai luar'.
Apakah kita beranggapan bahawa Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim itu sebagai MPSI di bawah pentadbiran Dusseck tahun 1922, sedangkan kini sudah diangkat menjadi institusi pengajian tinggi awam yang mahu mencapai tahap antarabangsa.
Kalau hendak maju dan berjaya seperti objektif Wawasan 2020, Melayu termasuk golongan sasterawan dan pemikir sastera, mestilah bersikap global, berfikir secara global, dan bertindak secara global, terkeluar daripada kepompong fikiran sempit yang melingkari diri.
Manuskrip tebal saya ini melihat keterjalinan hubungan yang teranyam dengan baik antara sastera dengan disiplin ilmu yang lain khususnya ajaran Islam, serta sosiologi, sejarah, komunikasi, dan sains politik. Justeru `pemeriksa luar' yang pelbagai disiplin sahaja yang dapat menanggapi mesej di sebaliknya. Novel hanya sebagai wadah penganalisisan, sama seperti yang dilakukan oleh pemikir seulung Edward W. Said, yang bukan sahaja terkenal sebagai kritikawan sastera tetapi penganalisis isu politik sehebat isu Palestin.
Hal demikianlah yang saya cuba lakukan dalam manuskrip terbaru saya, yang dianggap oleh `pemeriksa luar' DBP sebagai ``terlalu ideal''.
Pada tahun 2005, saya dapat menyiapkan terjemahan karya terulung Said yang berjudul Culture and Imperialism untuk Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Kerja ini amat memeritkan walaupun saya pernah menterjemah Falsafah sebagai Pengucapan Sosial untuk DBP, dan itu pun secara kebetulan sesudah projek ini ditolak oleh beberapa sarjana tempatan.
Keterbabitan saya dalam dunia sastera secara kebetulan. Saya ternampak sajak rakan sekolah termuat dalam Ruangan Pelajar, harian berpengaruh sebelum saya diterima belajar di SAS pada 1963. Saya pun turut mengirimkan karya ke persada yang sama dan mendapat siaran. Ada teman yang memperkenal diri saya kepada A. Samad Said di Berita Harian, yang ketika itu di Jalan Pudu, lokasi yang memudahkan saya menuruni bas.
Pertemuan luar dugaan itu menjadi mesra langsung saya menjadikan A. Samad Said sebagai `abang angkat' sampai sekarang. Secara praktisnya, Sasterawan Negara inilah, sekarang Datuk A. Samad Said yang mengasuh bakat saya sebagai penyair (kalaupun boleh dikatakan penyair), penulisan rencana khususnya review buku. Hatinya mulia dan bersikap suka menolong.
Tangan simpatik dan keluhuran hati beliaulah yang membuatkan karya puisi dan esei sastera saya banyak termuat dalam Berita Minggu. Beliau jugalah yang memberi laluan kepada saya untuk berkhidmat di Utusan Malaysia pada September 1967 sebagai penolong penyunting meja luar negara, satu kesempatan yang saya gunakan sebaik-baiknya untuk membuat analisis pergolakan dunia, boleh dikatakan termuat dalam Utusan Malaysia tiap-tiap minggu, terima kasih kepada Saudara Nora.
Di Mingguan Malaysia pula, saya ada Shamsuddin Jaafar yang juga berhati mulia dan murni prihatin memuatkan puisi dan rencana sastera dalam Mingguan Malaysia, termasuk Malam Gerimis di Tapah, sebuah daripada sajak terpanjang saya, dalam keluaran sulung Mingguan Malaysia pada 1964.
Di DBP, Datuk Usman Awang dan Datuk Mohd. Noor Azam adalah orang yang begitu prihatin dalam penyiaran puisi dan rencana umum saya dalam Dewan Masyarakat.
Pengalaman saya di Utusan Malaysia tidak lama kerana bulan Jun 1969 saya berpindah ke Bernama, satu penghijrahan yang bermanfaat dalam kerjaya saya apabila bertemu dengan bos sehebat Datuk Mazlan Nordin. Beliau banyak mendidik saya menjadi pekerja yang cepat, cekap, dan tepat, suatu kemestian dalam profesion wartawan lebih-lebih lagi apabila duduk sebagai ketua penyunting yang terpaksa berhadapan dengan seribu satu macam kerenah manusia birokrasi.
Hubungan saya dengan Datuk Usman dan Datuk Noor Azam terus intim melalui sumbangan berkala saya kepada Dewan Masyarakat. Akhirnya untuk Hadiah Sastera Nasional, saya diangkat sebagai penerima Hadiah Galakan Esei dan Kritikan pada 1975, dan Anugerah Penulis Dewan Masyarakat atas jasa baik Datuk Noor Azam juga pada 1980, tahun yang menyaksikan saya terpilih sebagai Pemberita Terbaik oleh Institut Akhbar Malaysia (IAM).
Semasa melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif, saya menemui seorang insan berjiwa murni dan suci hati. Tokohnya tidak lain daripada Profesor Datuk Abu Bakar Hamid (kini Profesor Emeritus). Beliau yang masih berkhidmat di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, banyak mendidik saya tentang ilmu dan gaya penulisan yang baik lagi berkesan, ringkas tetapi padat, hatta sampai kepada tanda baca pun diperhatikannya secara serius. Ijazah Sarjana Sastera saya di bawah asuhan dan bimbingan beliau, tokoh yang amat saya senangi untuk menerima ilmu dan pengalaman.
Ketika saya sudah menyiapkan dua manuskrip tahap SPM dan STPM sepanjang bulan Januari lepas, saya masih menunggu jawapan negatif daripada DBP, ``Dengan dukacita dimaklumkan bahawa manuskrip saudara tidak sesuai untuk diterbitkan''. Seingat-ingat saya ada satu lagi manuskrip yang tersimpan damainya di meja editor persis terletak damainya disertasi Ph.D. saya di atas meja `pemeriksa dalaman' setahun lamanya tanpa dibaca di Universiti Malaya. Terima kasih kepada Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar dalam hal ini.
Saya difahamkan bahawa Dr. Firdaus Abdullah sedang melakukan rombakan secara besar-besaran terhadap tenaga kerja DBP. Yang perlu dibetulkan dulu ialah mindset mereka dan tenaga ``penilai luar''. Masanya sudah sampai untuk melihat dunia sastera sebagai bidang pelbagai disiplin ilmu yang menuntut kepakaran `penilai luar' dalam pelbagai bidang, tidak terlalu terkongkong dengan paradigma, teori dan pendekatan konvensional lama mereka.

DBP musuh golongan penulis?

Oleh AZMAN ISMAIL

PEMIKIR dan penulis sosialis terkenal Itali, Antonio Gramsci (1891-1937) pernah menulis, ``Musuh utama kepada seorang penulis ialah penerbitan. Kalau sesebuah karya berjaya diterbitkan, bererti satu kemenangan besar penulis terhadap musuhnya. Jika tidak, ia merupakan kekalahan dalam pengkaryaan.''
Ironis sememangnya jika kata-kata Gramsci ini diambil kira. Sesuatu yang sangat kontras kerana penerbitan dan penulis bagai aur dengan tebing. Tidak mungkin dipisahkan kerana antara kedua-duanya saling memerlukan sampai bila-bila.
Alasan utama yang diberikan kepada Gramsci ialah karya-karyanya terlalu berbau ideologi dan memperjuangkan golongan proletarian di Itali yang sama sekali bertentangan dengan dasar pemerintah di negara itu sehingga sukar untuk mendapat tempat di penerbitan.
Hal senada turut ditulis oleh penulis Amerika Syarikat, Charles Dickens. Beliau dalam awal pengkaryaannya memberitahu terlalu sukar karyanya diterima oleh penerbit. Alasan utama, penulis itu tidak dikenali umum dan ini akan merugikan `pelaburan' syarikat pencetakan di negara itu.
Pengalaman Gramsci, Dickens dan beberapa penulis tersohor dunia dari Columbia, Gabriel Garcia Marquez atau penyair prolifik Mexico, Octavio Paz yang pernah ditolak penerbitannya dengan bermacam-macam alasan turut berlaku dalam dunia sastera Malaysia.
Contoh yang paling mudah ialah nasib Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Jika nama besar sepertinya masih `menagih belas kasihan' penerbitan dari agensi gergasi bahasa dan sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bagaimana pula dengan penulis-penulis kecil yang baru mahu bertapak?
Sebenarnya apakah yang menjadi pokok persoalan ini? Kewangan, royalti atau birokrasi?
Namun, jika dilihat dengan teliti terhadap fenomena ini, alasan birokrasi mungkin lebih tepat. Penerbitan dan birokrasi seolah-olah pasangan kembar yang terlalu sukar untuk dipisahkan dalam kesusasteraan di negara ini.
Apabila A. Samad mengisytiharkan `mogok seni' pada penghujung 1980-an, banyak pihak yang menganggap Sasterawan Negara itu merajuk, mengada-ngada dan tidak tahu berterima kasih terhadap apa yang diberikan oleh institusi sastera dan bahasa negara.
Penulis pernah mendengar luahan A. Samad pada awal 1996 dulu. Beliau merajuk bukan kerana wang, royalti atau pelbagai alasan penerbitan. Tetapi dia merajuk kerana prinsip yang berkaitan dengan karya beliau dan birokrasi penerbitan yang rumit di DBP.
A. Samad memilih untuk tidak menjadi popular di kalangan birokrasi sastera. Tujuan utamanya ialah untuk membuka mata masyarakat dan tentunya DBP sendiri yang menjadi penaung kepada semua kegiatan bahasa dan sastera di negara ini.
Kini selepas lebih satu dekad, mogok itu sebenarnya belum berakhir. Beliau sebenarnya berhak berasa kecewa dan terkilan kerana dalam pelaksanaan Sasaran Kerja Utama (SKU) DBP sejak beberapa tahun tidak meletakkan keutamaan kepada institusi Sasterawan Negara dalam banyak aspek.
Nasib
Dalam sejarah institusi Sasterawan Negara, bukan hanya A. Samad sahaja yang menerima nasib sedemikian. Allahyarham Keris Mas pernah mengalami nasib yang sama apabila koleksi cerpennya ditolak oleh Jawatankuasa Penerbitan DBP dengan beberapa alasan.
Antaranya ialah perlunya proses semakan dan peruntukan kewangan. Akhirnya setelah berlaku perdebatan dan `perang' antara kedua-dua kubu akhirnya Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989 diterbitkan. Itu pun setelah beliau meninggal dunia. Itu satu kisah serius birokrasi institusi sastera kita.
Ada kisah lain mengenai penerbitan karya Sasterawan Negara ini. Allahyarham Usman Awang turut mengalami nasib serupa. Tetapi beliau lebih senang berdiam diri dan memendam perasaan hingga ke akhir hayat. Tidak banyak khalayak yang tahu apa isi hatinya dalam melayani kerenah birokrasi sastera ini.
Berbalik kepada A. Samad. Pada penghujung 1990-an, rajuknya kembali kendur. Bukan kerana beliau kembali mendapat tempat sewajarnya di DBP tetapi demi masa depan dan khalayak sastera di negara ini yang masih memerlukan sentuhan kreatifnya.
Tetapi, kendurnya rajuk Sasterawan Negara ini tidak semestinya longgar birokrasi di DBP dalam penerbitan. Kemuncak dari situasi ini, beliau melancarkan mogok kedua pada tahun 2000 dan bertekad mahu memutuskan hubungannya dengan dunia sastera dan institusi yang menaunginya.
Bagaimanapun, mogok keduanya tidak digubriskan oleh DBP. Keperitan yang dialami dalam menerbitkan karya oleh Allahyarham Keris Mas, Allahyarham Usman Awang dan A. Samad sendiri gagal menjadi pengalaman berharga kepada DBP.
Untuk melarikan diri daripada kerenah birokrasi dan prosedur penerbitan yang rumit oleh DBP, beliau menubuhkan Wira Bukit Sdn. Bhd., syarikat penerbitan yang akan bertanggungjawab menerbitkan kembali karya-karya lamanya.
Pandangan beliau sangat ringkas dan mudah. Tidak hanya DBP yang mempunyai kuasa mutlak dalam penerbitan di Malaysia. Masih banyak syarikat-syarikat swasta yang `sudi' mencetak karya-karya sastera semua penulis.
Terbaru, Utusan Publications & Distributors telah menjadi penerbit alternatif dengan menerbitkan kumpulan puisi beliau selama lebih setengah abad di bawah siri Mandala Sukma. Ia memuatkan 127 puisi dalam pelbagai tema yang secara tidak langsung menjadi autobiografi A. Samad.
Sebenarnya, jika dibandingkan dengan A. Samad, golongan penulis muda mungkin lebih parah - berapa banyak manuskrip kumpulan cerpen dan novel mereka tersadai di meja Jawatankuasa Penerbitan DBP.
Mahu atau tidak, beberapa penulis muda seperti Azman Hussin, Faizal Tehrani, Saifulizan Tahir dan beberapa penulis underground di negara ini bertindak menerbit sendiri karya-karya mereka dalam pelbagai genre di syarikat-syarikat penerbitan swasta dan menjual sendiri.
Jawapan untuk keadaan ini sangat mudah. Jika mereka membawa manuskrip mereka ke DBP, ada dua kemungkinan iaitu terpaksa menunggu dalam tempoh yang terlalu lama kadang-kadang melebihi tiga tahun atau ditolak oleh jawatankuasa penerbitan.
Pada 22 Jun depan, genaplah 50 tahun penubuhan DBP sebagai institusi yang menegakkan nilai-nilai bahasa dan sastera Melayu. Bagi sebuah institusi yang berusia setengah abad ia harus memikul lebih banyak tanggungjawab dengan baik dan telus.
Bukan sekadar mempertahankan bahasa dan sastera Melayu tetapi juga semakin matang menjadi institusi percetakan, penerbitan dan tidak akan menjadi `musuh' kepada pengkarya jika kata-kata Antonio Gramsci sekali lagi dipetik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 12:22 AM | Show all posts
...paragraph dear...paragraph would be good here...:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 02:03 AM | Show all posts

betul tuh bulan..... kononnya nak martabat kan bahasa melayu..
BTW it should be Bahasa Malaysia kan? or dah tuko Bahasa Melayu plak dah?

Heboh skrg nih nak muliakan BM balik... tapi bukan sejak dulu ker perkara nih diketengahkan?
cuma isu nih dinaikkan balik maybe spt yg as sesetengah forumners pikir ler....
nak kaburikan mata rakyat... lupakan isu yg tgh melinjak naik.. isu 30 sen...

Bagi aku, memang elok pentingkan BM nih.. still kalu dah dirojakkan dan semakin hari
semakin banyak plak words yg dicampo diuli tuh.. dimana JATI Bahasa Melayu kita?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2006 06:24 AM | Show all posts

Reply #4 blackmore's post

look...newspaper articles are paragraphed already, dearie...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2006 01:59 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 6-3-2006 06:24 AM
look...newspaper articles are paragraphed already, dearie...



...yes...im aware of that sayang..but dont u think u would have made it easier for us to read if u had done some spacing and paragraphing of your own???...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2006 05:44 AM | Show all posts

Reply #7 blackmore's post

if u could read paper that way...am sure u have no problem with that...
just like u r making easier for others to read ur small blueish font,
dear...*wink wink*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2006 05:58 AM | Show all posts
the scene before...

Perkasa bahasa Melayu -- Kerajaan sedia pinda akta, dasar bagi memartabatkannya
Oleh HASHNAN ABDULLAH


PUTRAJAYA 2 Mac - Kerajaan tidak akan teragak-agak meminda sebarang akta atau dasar berkaitan bahasa Melayu dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa tersebut.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah tegas itu juga akan turut melibatkan tindakan undang-undang jika berlaku pengabaian terhadap penggunaan bahasa berkenaan termasuk di papan tanda.

Menurutnya, ketegasan itu bagi memastikan bahasa Melayu bukan sahaja boleh dipertahan serta dihargai tetapi juga diguna dalam pelbagai aspek kehidupan seharian.

Beliau berkata, ia juga sejajar usaha Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan untuk mencari kaedah, pendekatan, mekanisme penyelarasan dan program yang terbaik dalam usaha memperkasa bahasa itu.

``Kita akan melihat bagaimana keberkesanan Akta Bahasa Kebangsaan dan akta lain yang berkaitan.

``Jika perlu dipinda, kita tidak akan teragak-agak lakukannya jika ia boleh menjadikan kempen membaca dan budi bahasa menjadi lebih berkesan berbanding masa lalu.

``Ia termasuk beberapa dasar yang berkaitan seperti Dasar Buku Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan lain-lain yang menyentuh kempen itu,'' katanya.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Sehubungan itu, Hishammuddin memberitahu, satu gerakan bagi memperkasakan bahasa Melayu akan dilaksanakan dengan diberi suntikan, hala tuju dan nafas baru.

``Dalam gerakan ini amat penting bagi kita bertindak secara lebih realistik dan meletakkan keutamaan kita.

``Kita perlu menyedari hakikat bahawa bahasa Melayu atau bahasa Malaysia tidak mempunyai pembela lain selain bangsa Malaysia,'' katanya.

Hishammuddin menegaskan, melalui gerakan ini, kerajaan berhasrat melahirkan generasi bangsa Malaysia yang berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka, mempunyai kefasihan yang tinggi, sedia memberikan penghormatan dan kedudukan yang sewajarnya serta gembira mempromosi bahasa itu di mana sahaja mereka berada.

``Melalui gerakan ini kita mahu masyarakat sedar bahawa jika kita membiarkan bahasa ini pupus, maka kita akan kehilangan salah satu dari identiti unik bangsa,'' katanya.

Beliau menjelaskan, dalam menggerakkan gelombang baru agenda memartabatkan bahasa kebangsaan, kementeriannya bersama-sama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan berusaha menggerakkan pendekatan baru melalui perayaan Bulan Bahasa dan Sastera Kebangsaan (BBSK).

``Kita berharap mulai tahun ini, BBSK dapat kita senaraikan sebagai salah satu projek utama kerajaan Malaysia dan disambut meriah seperti sambutan perayaan Bulan Patriotik dan Hari Kebangsaan,'' katanya.

Hishammuddin menegaskan, usaha untuk menggerakkan gelombang baru agenda memartabatkan bangsa kebangsaan ini akan menjadi projek semua pihak secara bersama dan bukan projek Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau Kementerian Pelajaran semata-mata.

Beliau berkata, walaupun pada masa ini terdapat pelbagai program bahasa dan sastera tetapi ia dilaksanakan hanya sebagai satu rutin yang mana falsafah, semangat dan tujuannya tidak benar-benar dapat dihayati oleh masyarakat sehingga kurang membakar perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam terhadap bahasa Melayu.

Pada sidang akhbar yang sama, Rais berkata, beliau akan menyelitkan semua program bahasa kebangsaan dalam kempen budi bahasa dan membaca buku anjuran kementerian tersebut.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya akan menyarankan supaya pemimpin kerajaan, politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi galakan dan sokongan padu berhubung penggunaan bahasa kebangsaan.

[ Last edited by seribulan at 7-3-2006 01:51 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2006 01:49 PM | Show all posts
the scene after....


Perkasa bahasa Melayu: TV3 tukar nama Karnival Sureheboh
KUALA LUMPUR 6 Mac - Sejajar dengan seruan untuk memartabat dan memperkasa bahasa Melayu, Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) mengambil inisiatif menukar nama Karnival Sureheboh kepada nama Melayu sepenuhnya.

Pengumuman nama baru pesta anjuran stesen televisyen terkenal itu akan dibuat di Nilai, Negeri Sembilan Sabtu ini sempena karnival yang akan diadakan di situ.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Datuk Farid Ridzuan berkata, pihaknya akur dengan usaha kerajaan mengangkat martabat bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi.

``Sebagai tanda sokongan terhadap usaha itu, TV3 mengambil keputusan menukarkan nama Karnival Sureheboh,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, nama Karnival Sureheboh pernah mendapat teguran daripada beberapa pihak disebabkan penggunaan bahasa Inggeris di pangkalnya.

Pertukaran nama atau jenama ini akan dibuat secara berperingkat.

Sebagai permulaan katanya, TV3 akan memastikan para penyampainya tidak lagi menggunakan nama Karnival Sureheboh dalam penyampaian mereka.

Menurutnya, penonton bakal melihat promosi karnival itu yang membawa nama baru untuk destinasi ketiga iaitu Melaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2006 01:50 PM | Show all posts
background knowledge...

code switching - it could be when we changed between languages in our speech...

contoh: Nak pergi ke mana hari ni ye...better if I go shopping since there is a bargain...

code mixing - it could be we mixed words from other languages in our sentence...a bit of
rojak...

contoh: Pergi SureHeboh pon best jugak...lagik happening...ramai selebriti...oo la la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2006 06:52 PM | Show all posts
Langkah tukar nama Sureheboh dapat pujian

KUALA LUMPUR 7 Mac - Pakar-pakar bahasa mengalu-alukan langkah Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) menukar nama Karnival Sureheboh kepada nama Melayu sepenuhnya dan menyifatkannya sebagai tindakan yang tepat dan harus dipuji.
Mereka berpendapat, ia bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memperkasa dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di tempat yang lebih tinggi.
Malah, mereka berkata, syarikat-syarikat korporat lain seharusnya mengikut jejak langkah TV3 itu supaya bahasa Melayu mendapat tempat sewajarnya di negara ini.
Pakar bahasa, Dr. Awang Sariyan berkata, tindakan itu merupakan langkah positif stesen televisyen tersebut dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan khususnya melalui program mereka.
``Saya puji langkah yang dibuat oleh TV3 ini dan berharap pihak-pihak lain turut mengikut jejak yang sama dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Datuk Farid Ridzuan semalam berkata, penukaran nama karnival itu dibuat kerana pihaknya akur dengan usaha kerajaan mengangkat martabat bahasa Melayu.
Pengumuman nama baru pesta anjuran stesen televisyen terkenal itu akan dibuat di Nilai, Negeri Sembilan Sabtu ini sempena karnival yang akan diadakan di situ.
Tokoh pendidik, Prof. Tan Sri Awang Had Salleh pula berkata, langkah TV3 itu sesuai dengan keadaan semasa ketika para pemimpin negara melaungkan azam untuk memperkasakan bahasa Melayu.
Katanya, walaupun perkataan Sureheboh telah lama digunakan oleh TV3, namun masih belum terlewat untuk menukarnya.
``Saya harap selepas ini tidak ada lagi bahasa rojak digunakan oleh mana-mana stesen televisyen,'' katanya.
Ditanya mengenai cadangan untuk memberi nama yang sesuai kepada karnival itu, beliau berkata, biarlah pihak pengurusan TV3 yang menentukannya.
Tokoh bahasa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sahlan Mat Saman pula berpendapat, TV3 mula akur dengan tuntutan pelbagai pihak yang mahukan istilah Karnival Sureheboh diubah kepada nama Melayu.
Katanya, ini merupakan suatu permulaan ke arah perubahan yang lebih besar dalam stesen televisyen swasta itu. `Tidak salah bagi TV3 untuk akur dengan perubahan jika ia mendatangkan kebaikan untuk semua,'' katanya.
Sasterawan Negara, Prof. Dr. Syed Othman Syed Omar menegaskan stesen tersebut seharusnya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam setiap rancangan yang disiarkan.

:kant:???macamana pula 慠akan Cop
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2006 09:38 PM | Show all posts

Blum tuko lagik kan nama SureHeboh tuh kan?
Just now tgk Nita MI tgh nyanyi kat konsert tuh aaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2006 10:59 AM | Show all posts
...JOM HEBOH...


ps. Rakan Cop ni...bila nak tukau...double standard lak...patotnya Rakan Polis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2006 06:23 PM | Show all posts
minggu tepek-menepek...

Empat musuh bahasa Melayu

Mukadimah

KETIKA memulakan tugas barunya sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mulai April tahun lalu, Datuk Dr. Firdaus Abdullah menginsafi tanggungjawab dan tugas besar yang menunggunya. Bahasa Melayu sedang berhadapan dengan cabaran yang bukan kecil.
Ia belum betul-betul diangkat menjadi bahasa ilmu dan tidak juga menjadi bahasa penyatu. Orang pula mengabaikannya walaupun ia bahasa rasmi negara. Lebih daripada itu, bahasa Melayu diasak dengan pelbagai cabaran, daripada kekacauan pelaksanaan dasar sehinggalah kepada ancaman era teknologi maklumat. Tidak cukup dengan itu, orang mempersoalkan peranan DBP yang genap usianya 50 tahun pada Jun nanti sebagai pelindung dan pejuang bahasa.
``Saya menyedari semua masalah ini,'' kata Firdaus kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI yang menemui beliau di pejabatnya, pagi kelmarin.
Tidak hairanlah apabila kerajaan menggerakkan gelombang baru agenda untuk memperkasakan bahasa Melayu, Firdaus melihatnya sebagai hadiah hari jadi tidak saja kepada DBP malah kepada negara. ``Kita akan mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa yang berwibawa dan bermaruah,'' katanya.
Beliau menyebut tentang cabaran daripada empat musuh bahasa Melayu - pengkhianat, orang yang ingkar, peleceh dan pengabai - yang perlu ditangani. Katanya, usaha itu bukan tugas DBP saja tetapi semua pihak kerana ``ini agenda nasional.''
Dalam satu wawancara berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Farid Ridzuan menjelaskan tentang peranan stesen televisyen dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu.
Beliau tidak bersetuju kalau televisyen dipersalahkan apabila orang menggunakan bahasa rojak kerana ``ia hanya menunjukkan satu realiti masyarakat Malaysia.''
MINGGUAN: Orang melihat gesaan memperkasakan bahasa Melayu ini bermusim.
FIRDAUS: Tidak betul. Apa yang sebenarnya bermusim ialah liputan media massa dan sambutan pemimpin sedangkan perjuangan dan harapan DBP serta badan-badan bahasa berterusan.
Tetapi ini nampak bertukar sama sekali apabila (Menteri Pelajaran) Datuk Seri Dr. Hishammuddin Tun Hussein dan (Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) Datuk Seri Dr. Rais Yatim bergabung tenaga hendak memperkasakan bahasa kebangsaan. Malah Hishammuddin berulang-ulang mengatakan bahawa inilah peluang yang terakhir menjelang 2020.
Saya melihat ini sebagai satu kesedaran baru. Saya percaya kesedaran ini memang ada tetapi terpendam, tidak tahu kenapa. Saya juga melihat keghairahan dan keazaman politik ini sebagai hadiah hari jadi ke-50 untuk DBP. Dalam konteks yang lebih luas, ia juga hadiah hari jadi untuk negara yang pada tahun depan genap 50 tahun merdeka.
Tetapi kenapa selepas 50 tahun itu kita masih lagi terpaksa bersilat menangani isu-isu yang sepatutnya sudah selesai lama dahulu?
FIRDAUS: Cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu sekarang berpunca daripada empat sebab utama. Pertama, golongan yang terang-terang mengkhianati bahasa Melayu. Ini golongan yang semenjak zaman menjelang kemerdekaan sentiasa mempersoalkan kedaulatan, keunggulan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu.
Mereka meneruskan perjuangan dengan berbagai gaya, melalui muslihat akademik, berselindung dengan surat layang atau secara terbuka melalui parti-parti politik. Golongan ini tidak pernah jujur untuk melihat bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi yang tunggal seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Mereka menentang Perkara 152, dan penentangan itu berterusan.
Kedua, golongan yang dengan sengaja mengingkari dasar bahasa dengan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam berkenaan bahasa kebangsaan. Walaupun sudah diingatkan bahawa semua urusan kerajaan haruslah dalam bahasa Melayu mereka masih juga menghantar surat dalam bahasa Inggeris. Beberapa tahun lalu surat-surat yang dikirim kepada jabatan kerajaan yang bukan dalam bahasa Melayu dipulangkan tetapi sekarang orang berleluasa melayannya juga.
Ketiga, pihak yang memperlecehkan bahasa kebangsaan termasuklah kelompok yang sama sekali tidak mahu menggunakan bahasa Melayu atau menggunakannya dengan salah misalnya bahasa rojak. Golongan keempat ialah mereka yang mengabaikan bahasa kebangsaan, langsung tidak kisah. Empat pihak inilah yang harus kita hadapi.
DBP tidak ada kuasa undang-undang untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Bagaimana?
FIRDAUS: Kuasa yang ada pada DBP hanyalah menasihat dan menegur, bukan penguatkuasaan dan pelaksanaan. Inilah antara kekangan yang ada pada DBP. Itu masalahnya kalau kita melihat dari segi pelaksanaan.
Tetapi satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah kurangnya azam politik pada sesetengah pihak untuk melihat bahasa Melayu itu diangkat. Dalam berbuat begitu, tanpa kita sedari kita telah mengkhianati dua perkara.
Pertama, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan pengisian. Kealpaan kita memberikan pengisian itu, kalau boleh saya katakan, adalah satu lagi `dosa' kita dalam mengabaikan bahasa Melayu.
Kedua, kita gagal berusaha mengisi hasrat Wawasan 2020 yang secara tersurat menyatakan bahawa kita mahu membentuk sebuah negara bangsa mengikut acuan sendiri. Pembinaan bahasa Melayu adalah satu langkah yang integral dalam usaha itu. Kegagalan berbuat begitu bermakna kita tidak berusaha ke arah wawasan itu.
Inilah yang ingin dicapai oleh DBP tetapi selama ini kita menghadapi rintangan daripada pengkhianat bahasa, orang yang ingkar bahasa, peleceh bahasa dan pengabai bahasa.
DBP menjadi penasihat dan penegur tetapi dalam beberapa kejadian nasihat dan tegurannya tidak dipedulikan. Bagaimana?
FIRDAUS: Kita tidak akan berhenti menegur, sama ada teguran itu diterima atau tidak. Menegur sesuatu yang salah itu sememangnya tanggungjawab kita. Kalau tidak serta-merta lambat-laun saya rasa akan ada kesannya seperti istilah sureheboh yang digunakan oleh TV3.
Kepada pihak-pihak lain, DBP akan terus menegur. Tetapi kita juga menyedari realiti sosial politik di tempat tertentu di mana ada di kalangan pihak berkuasa yang sedar kesilapan yang berlaku dan ada pula yang tidak mahu sedar atau tidak sensitif. Mereka yang sedar itu berusaha untuk membetulkannya tetapi setakat ini belum berjaya.
Lambat-laun kita berharap perkara ini akan dapat diatasi terutama dengan kerjasama para pemimpin yang semakin sedar kepentingan bahasa kebangsaan ini diperkasakan, media massa serta badan-badan lain.
Orang skeptikal dengan perubahan sikap ini kerana pada masa yang sama kita menggunakan istilah fleetcard, misalnya. Kita mahu memperkasakan bahasa tetapi... inilah dia.
FIRDAUS: Penggunaan istilah yang terpisah seperti itu, saya masih boleh diterima. Apa yang lebih penting daripada itu ialah penggunaan bahasa dalam konteks yang lebih luas, dan bukannya istilah yang terpisah-pisah seperti itu.
Tetapi bukankah pembinaan istilah adalah satu usaha untuk memperkasakan bahasa?
FIRDAUS: Tetapi kepada saya kalau sekadar mahu menerapkan istilah-istilah daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu saya tidak begitu risau sangat. Apa yang lebih saya risaukan ialah penggunaan bahasa yang bercampur aduk, pengabaian dan kurangnya usaha untuk memberikan penghargaan kepada bahasa itu sendiri.
Tetapi saya nampak perkara ini sudah bertukar. Dalam pelancaran awal Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) yang dihadiri oleh tetamu antarabangsa, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berucap dalam bahasa Melayu terlebih dahulu. Ini satu petanda baik. Ini satu penghargaan kepada bahasa kebangsaan.
Ini cerita lama. Kenapa majlis antarabangsa kita tidak seperti di Thailand, Jepun atau Perancis yang mengutamakan bahasa mereka sendiri? Ini harapan banyak orang. Kenapa kita terlalu berkendur dalam hal ini?
FIRDAUS: Hal ini memang sudah lama difikirkan tetapi untuk mencapai harapan ini, DBP hanya boleh memujuk dengan membina jaringan dengan kumpulan strategik. Kita boleh meminta wakil rakyat untuk membisikkannya kepada para pemimpin yang lebih tinggi serta bekerjasama dengan media massa untuk mencapai apa yang kita harapkan itu.
Hal ini juga telah saya timbulkan dalam mesyuarat pemerkasaan bahasa Melayu di Putrajaya minggu lalu. Apabila kita bercakap tentang pemerkasaan bahasa Melayu apa yang kita harapkan ialah bahasa itu harus diberikan maruah dan wibawa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Singapura misalnya meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaannya tetapi apakah bahasa itu boleh dianggap bermaruah dan berwibawa di negara itu? Setidak-tidaknya di negara ini maruah dan wibawa itu masih ada, cuma kalau tidak dipertahankan maruah dan wibawa itu boleh terhakis sedikit demi sedikit.
Kita ada tanggungjawab sosial untuk memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal itu tetap berwibawa dan bermaruah.
Apakah maknanya bahasa kebangsaan yang berwibawa dan bermaruah?
FIRDAUS: Pertama, ia digunakan di tempat rasmi dengan betul dan berhemah. Kedua, ia menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kehidupan moden. Sekarang kita hairan atau tidak apabila restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken dan McDonald's lebih taat menggunakan bahasa Melayu pada papan tanda nama mereka berbanding restoran tempatan yang lain. Ini kepada saya adalah kemungkaran terhadap bahasa Melayu yang dilakukan oleh orang kita sendiri.
Ketiga, bahasa Melayu itu menjadi bahasa ilmu pengetahuan dan pengucapan budaya tinggi, dapat digunakan untuk mengungkapkan konsep yang abstrak dan pemikiran besar.
Ini tentunya banyak bergantung kepada usaha penterjemahan. Kenapa apa yang berlaku di Indonesia misalnya, tidak berlaku di sini?
FIRDAUS: Kita akui perkara itu. Antara sebabnya saya rasa ialah kita kekurangan ahli penterjemah. Banyak kerja terjemahan yang mutunya kurang bagus. Ini satu bukti bahawa kita menghadapi masalah tenaga mahir.
Kita sepatutnya sudah melahirkan angkatan penterjemah yang mahir dan berpengetahuan, tetapi itu tidak berlaku sebagaimana juga tidak lahir penulis yang benar-benar menghasilkan karya besar selain beberapa orang Sasterawan Negara.
Ini ada kaitan juga dengan minat orang membaca hasil tulisan yang berkualiti.
Kalau melihat statistik penerbitan buku tempatan pada tahun lalu saja, sumbangan DBP nyata agak kecil. Ini angka-angka yang tidak berbohong. Ini realiti yang tidak boleh dibanggakan.
FIRDAUS: Saya sangat memahami masalah itu. Inilah antara beban emosi dan beban intelektual saya apabila menerajui DBP ini. Setelah ada teguran di Mingguan Malaysia tentang rungutan para penulis mengenai manuskrip mereka yang lambat diproses (DBP musuh golongan penulis?, 29 Januari 2006), saya meminta supaya satu sistem untuk memantau pergerakan semua manuskrip yang dihantar ke DBP.
Antara masalah yang dihadapi selama ini ialah kita tidak ada mekanisme yang sistematik untuk memantau pergerakan manuskrip yang kita terima, sehingga kita menghadapi kesulitan untuk mengetahui kemajuannya. Malah ada manuskrip yang sampai hilang. Saya sendiri menerima banyak sungutan daripada para penulis yang menanyakan apa terjadi kepada manuskrip yang dihantar empat lima tahun lalu. Pemantauan sebelum ini pernah dibuat tetapi tidak sistematik dan berpusat.
Kita berharap selepas ini kita dapat menyelaraskan penerimaan manuskrip oleh sebuah unit khas dan memantau pergerakannya dari masa ke masa melalui Sistem Pengurusan Maklumat Penerbitan (SPMP). Pada tahun lalu kita menerbitkan tidak sampai 300 judul, pada tahun ini berharap mencapai 500 manuskrip.
Orang melihat DBP hanya sebagai penerbit buku teks, dan bukan lagi buku-buku besar?
FIRDAUS: Ini masalah persepsi. Saya sendiri ada persepsi yang sama sebelum datang ke sini. Apabila saya melawat ke pejabat cawangan dan wilayah ternyata mereka menganjurkan sampai lebih daripada 100 kegiatan bahasa dan sastera, sebenarnya. Tetapi perkara ini tidak diketahui umum kerana ia tidak mendapat liputan. Itu sebabnya saya katakan tadi bahawa usaha pemerkasaan bahasa ini dilakukan berterusan.
Apabila usaha pemantauan ini berjalan dengan baik, ia akan dapat meningkatkan kecekapan penerbitan DBP. Kalau selama ini satu-satu manuskrip itu memakan masa setahun untuk terbit dengan kaedah baru ini ia mungkin mengambil lima enam bulan, umpamanya. Ini juga akan menjadi para editor sentiasa peka terhadap tanggungjawabnya. Kalau sebelum ini mereka menyunting lima enam halaman sehari setidak-tidaknya selepas adanya SPMP ini, 15 atau 20 halaman dan dengan itu buku lebih cepat terbit.
Dalam pada itu pun, selain penerbitan ada banyak usaha lain yang kita lakukan. Tetapi orang masih melihat DBP sebagai hanya mengeluarkan buku teks sedangkan kita sebenarnya buat banyak perkara lain.
Orang bertanya bagaimana mahu memperkasakan bahasa Melayu ketika kita melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris? Apa pendirian DBP?
FIRDAUS: Inilah realitinya bahawa pimpinan politik kita terdiri daripada satu kumpulan yang heterogeneous sifatnya, yang di dalamnya wujud berbagai-bagai aliran pemikiran yang barangkali dipersetujui oleh sesetengah dan tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak yang lain.
Apabila kerajaan mengeluarkan satu-satu dasar yang disambut dengan kontroversial DBP harus bijak menempatkan dirinya sebagai sebuah badan kerajaan untuk tidak bertelagah dan menyanggah kerajaan secara terbuka. Kita harus menghadapinya dengan berhemah dan bijaksana.
Kita ada memberikan pandangan tetapi kita tidak mengharapkan publisiti yang sensasi sifatnya. Kita sebaliknya menggunakan saluran-saluran yang bijaksana supaya dasar bahasa kebangsaan yang kita perjuangkan tidak terhakis dan akhirnya runtuh. Dalam hal ini, DBP amat menyedari kembali peranannya sebagai badan kerajaan.
Apabila keputusan itu menjadi satu dasar terbuka adalah tidak tepat untuk kita mempersoalkannya juga secara terbuka. Tetapi kalau kita merasakan ada pandangan alternatif, kita menyampaikan pandangan yang lain itu secara diam-diam tanpa publisiti dan tidak terbuka kepada kontroversi.
Bahasa kebangsaan secara relatifnya masih gagal menjadi alat perpaduan, kalau kita bandingkan dengan Indonesia, misalnya. Bagaimana untuk membina semula masa depan yang lebih baik dari sekarang? Bolehkah ia menjadi bahasa perpaduan? Kalau boleh, bagaimana?
FIRDAUS: Apabila kita memperlekehkan sistem sekolah kebangsaan, inilah yang akan berlaku. Kalau kita perhatikan 10 atau 15 tahun lalu, anak-anak bukan Melayu boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik tetapi sekarang tidak begitu. Dalam hal ini, saya rasa langkah yang wajar ialah membantu usaha kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan.
Bagi saya, pihak-pihak yang cuba menentang usaha-usaha memperkasakan sekolah kebangsaan itu adalah pengkhianat yang mengkhianati kontrak sosial dan dasar-dasar kebangsaan yang telah diperakui bersama. Dasar-dasar itu lahir daripada muafakat setelah adanya perbincangan yang luas dan mendalam di Parlimen. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memahami dan menghayatinya.
Apakah harapan Datuk?
FIRDAUS: Seperti kata Hishammuddin dan Rais, ini adalah agenda nasional. DBP bukan saja tidak semestinya bersendirian dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan ini malah orang Melayu pun tidak harus bersendirian. Ini tanggungjawab semua rakyat Malaysia tidak mengira keturunan dan agama.
Apakah maknanya semua ini dalam konteks kemerdekaan negara yang ke-50 tahun depan?
FIRDAUS: Saya melihat ini adalah langkah peremajaan kembali semangat nasionalisme kita. Pada tahun 1956, banyak peristiwa yang signifikan berlaku - Perlembagaan Persekutuan digubal, (dasar pendidikan kebangsaan) Penyata Razak dilancarkan, DBP ditubuhkan. Saya melihat ini putaran 50 tahun dalam usaha kita meremajakan semula semangat kebangsaan dan komitmen kita dalam membina sebuah negara bangsa.
Kita sekarang menghadapi tempoh 50 tahun yang kedua. Saya berharap semoga kita akan lebih matang menangani isu ini supaya jangan berulang lagi kesilapan-kesilapan sepanjang 50 tahun yang lalu.
Kita sudah cukup berjaya dalam membina sebuah negara tetapi untuk sebuah negara bangsa kita tidak berjaya semata-mata kerana komitmen kepada pelbagai dasar kebangsaan itu tidak dihormati - bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan malah Dasar Ekonomi Baru pun dipertikaikan dengan pelbagai cara.
Usman Awang mencatatkan bahawa DBP ini ``api dari satu zaman''. Orang melihat api itu pernah nampak hampir malap. Tetapi apa ertinya ungkapan itu sekarang?
FIRDAUS: Api ini akan menyala terus sebagai obor abadi dan menjadi bukti kesaktian lidah rakyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2006 06:24 PM | Show all posts
Integriti bahasa, membina integriti bangsa

Oleh Zubayry Abady Sofian

``Tidak hilang melayu di dunia.'' Kata-kata keramat Laksamana Hang Tuah ini mungkin hanya akan tinggal sebagai retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya.
Sejarah telah membuktikan bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang gah suatu ketika dahulu. Melayu mampu menjelajah dunia dan Melaka itu sendiri telah menjadi pusat peradaban suatu bangsa bertamadun yang bernama Melayu.
Kegemilangan Melaka dahulu bukan sahaja di sekitar rantau sebelah sini (Asia) sahaja malahan menjangkau hingga ke sebahagian besar negara-negara di dunia melalui pedagang-pedagang mereka yang singgah di situ. Bahasa Melayu itu sendiri telah menjadi bahasa perdagangan utama dan dipertuturkan oleh pelbagai bangsa yang berdagang di Melaka.
Kini, setelah hampir 500 tahun zaman kegemilangan Melaka berlalu, bahasa Melayu seakan-akan makin tenggelam di bumi sendiri. Persoalan yang timbul bukan dari segi penggunaannya dalam pertuturan, penulisan mahupun status dan kedaulatannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, tetapi persoalan tentang integriti bahasa itu sendiri. Bahasa Melayu itu sendiri telah dan semakin teruk tercemar dengan pelbagai virus perosak bahasa.
Kualiti
Martabat dan maruah bahasa Melayu direndahkan kerana rata-rata penuturnya sudah tidak mementingkan integriti bahasa Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa slanga yang melampau serta amalan merojakkan bahasa seperti sukar dibendung.
Jika kita merujuk kepada Pelan Integriti Nasional (PIN), integriti membawa maksud kualiti atau keunggulan yang wujud secara keseluruhan dalam diri seseorang individu atau organisasi dan ia berkait rapat dengan etika yang merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.
Sebenarnya integriti itu adalah keseluruhan pembawaan kita dari segi peribadi, akhlak, tutur kata dan sopan santun. Integriti bahasa pula merujuk kepada keunggulan bahasa itu sebagai salah satu medium utama untuk membentuk pemikiran dan tindakan penuturnya. Tercemar integriti bahasa, maka tercemarlah pemikiran dan tindakan warga penuturnya.
Jika dahulu, sopan santun dan berbudi bahasanya seseorang itu banyak dapat dilihat dan didengar melalui cara pertuturannya. Sifat orang Melayu biasanya bertutur dengan nada yang lembut serta menggunakan perkataan yang ``sedap didengar'' dan berhemah. Berbicara dalam lembut tetapi penuh makna. Bukankah bahasa itu menunjukkan bangsa? Tetapi hal sebegini jarang atau boleh dikatakan hampir tidak kedengaran lagi. Anak-anak muda sekarang lebih fasih berbahasa slanga. Lebih fasih membahasakan diri mereka sebagai ``gua'' dan ``lu''. Ayat ``pecite beb?'' seakan-akan sudah menggantikan sapaan salam atau ``apa khabar?''
Permasalahan ini semakin parah dengan adanya manusia yang berbicara dalam bahasa, seperti yang digelar oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim, separuh ular separuh belut. Mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Hal ini bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak muda tetapi juga golongan profesional dan penjawat-penjawat awam yang sewajarnya menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin.
Integriti bahasa Melayu juga semakin lemah dengan munculnya ``bahasa SMS''. Sistem ejaan yang digunakan semakin haru-biru. Perkataan ``macam mana'' dieja ``camner'', ``dia'' dieja ``dier'', ``Apa cerita'' dieja ``pecite'' dan seumpamanya. Dan ejaan-ejaan ini secara sedar atau tidak telah pun digunakan oleh para pelajar kita di sekolah-sekolah sewaktu menjawab soalan peperiksaan.
Anjakan
Tugas mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu dan bangsa Melayu seperti yang pernah dikecapi suatu ketika dahulu mungkin agak sukar tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil. Langkah pertama yang mungkin boleh dimulakan ialah dengan membuat sedikit anjakan pemikiran dan sikap. Integriti bahasa Melayu perlu dibangunkan semula.
Semangat pejuang Melayu perlu diserap dalam jiwa anak remaja sekarang merangkumi setiap bangsa yang lahir dan berpijak di bumi Malaysia untuk mencintai bahasa Melayu. Dan semangat ini perlu dilestari dan disuburkan dari generasi ke generasi. Namun begitu, kecintaan terhadap bahasa Melayu ini tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita untuk menerima bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Kebolehan kita menguasai bahasa Inggeris yang merupakan ``bahasa dunia'' akan menjadikan bangsa Melayu lebih megah dan berdaya saing. Sedangkan Jepun, sebuah negara yang cukup kuat mempertahankan bahasa ibundanya juga telah semakin sedar tentang kepentingan bahasa Inggeris untuk terus maju dalam semua bidang.
Ketamadunan sesuatu bangsa banyak dibentuk melalui falsafah dan pemikiran bangsa itu sendiri dan untuk menjelaskan falsafah dan pemikiran ini, medium bahasa dan penulisan perlu digunakan secara optimum. Penulisan karya seperti novel, cerpen, drama, puisi, sajak dan sebagainya perlu menggunakan pendekatan baru yang memfokuskan tema tentang etika dan integriti.
Ini penting untuk menyemai, memupuk dan menyuburkan semangat mencintai nilai-nilai murni dan semangat kecintaan terhadap bahasa dan bangsa. Ini kerana keutuhan pemikiran sesuatu bangsa banyak dicorak oleh keutuhan bahasa bangsa tersebut.
Agensi-agensi kerajaan dan swasta seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Penerangan serta NGO bahasa boleh memainkan peranan yang besar dengan menganjurkan pelbagai bentuk pertandingan dan peraduan untuk menggalakkan masyarakat berkarya dengan tema ini dalam bahasa Melayu.
Industri penerbitan buku tempatan yang seakan-akan kelihatan suram perlu disemarakkan semula. Karya-karya dalam bahasa Melayu yang bertemakan integriti perlu menjadi keutamaan kepada penerbit-penerbit buku. Memperbanyakkan bahan-bahan bacaan seperti ini penting untuk membentuk jurus pandang golongan muda terutamanya, supaya berintegriti dalam segala aspek kehidupan mereka.
Apabila integriti atau keunggulan bahasa wujud dan integriti individu berjaya dibentuk maka secara tidak langsung integriti nasional akan terbina. Integriti nasional inilah yang merupakan anak kunci utama untuk membuka kembali pintu kegemilangan zaman dahulu. Ingatkah kita lagi dengan satu slogan Bahasa Jiwa Bangsa? Ketiadaan bahasa yang berintegriti, santun dan dijiwai akan mencacatkan malah akan menghancurkan sesebuah bangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2006 06:58 PM | Show all posts
I also dont know how to cakap lah....

R6
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2006 08:08 AM | Show all posts

Reply #17 RainbowSix's post

don't cakap anythinglah...
tepek lagik...:gila:

Setakat mana kuasa Dewan Bahasa dan Pustaka?

Oleh MAZLAN NORDIN

PERNAH dikatakan bahawa bahasa bukan seperti pakaian Hercules yang boleh ditukar ganti begitu saja. Maka kita pun tertanya, bagaimana sikap sesetengah orang kita dengan bahasa Melayu?
Persoalan berbangkit kembali setelah pelbagai pihak menggesa supaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diberi kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memperlekehkan penggunaan bahasa Melayu. Ini kerana kepincangan penggunaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan itu semakin ketara di pelbagai aspek.
Desakan seperti itu tidak dibuat semasa DBP diketuai oleh ``panglima bahasa,'' Syed Nasir yang melaksanakan tindakan demi tindakan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kerana adanya political will.
Lain hal berlaku dewasa ini. Akhbar Utusan Melayu Mingguan tulisan jawi telah pun gulung tikar dan kejadian itu diterima dengan sikap ``tak kisah'' oleh orang kita. Tulisan yang dulu berperanan mengembangkan pelajaran agama Islam tiada lagi. Sementara itu pelbagai pihak, termasuk syarikat-syarikat dan gembong-gembong politik memberi derma untuk meluaskan pelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah luar bandar.
Tentunya menarik perhatian ialah kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang kecewa dengan sikap segelintir hakim, khususnya Melayu, yang enggan menggunakan bahasa kebangsaan ketika mengendalikan perbicaraan. Laporan mengenainya dari Utusan Malaysia, bersambung:
``Berucap di hadapan kira-kira 200 pelajar tahun akhir Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) beliau kesal kerana mereka lebih suka menggunakan bahasa Inggeris walaupun mendengar kes yang mudah dari segi fakta. Katanya, dia sendiri lebih suka menggunakan bahasa Melayu ketika mendengar kes walaupun undang-undang membenarkan pendengar kes dijalankan dalam dwibahasa.
``Walaupun lulus dari Universiti Singapura dan Brussel, sejak dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi lagi, saya menggunakan bahasa Melayu dan kurang satu peratus daripada alasan penghakiman yang saya tulis dalam bahasa Inggeris.
``Saya berharap untuk melihat kamu semua di Mahkamah Persekutuan dan berhujah dalam bahasa Melayu. Kalau graduan undang-undang universiti tempatan tidak menggunakan bahasa Melayu di mahkamah di Malaysia itu satu dosa.
``Membangkitkan pengalamannya ketika mendengar penghujahan peguam bahasa Inggeris, Ahmad Fairuz berkata, peguam berpengalaman sudah terbiasa berhujah dalam bahasa Inggeris.'' Demikian laporan akhbar.
Lanjutan dari gesaan bersabit Dewan Bahasa dan Pustaka, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu bahawa pihaknya akan melihat cara-cara menstruktur semula badan tersebut bagi memastikan ia dapat melaksanakan peranan dengan lebih berkesan.
Mirip
Sementara itu pihak lain berpendapat bahawa penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan tidak wajar dibebankan kepada DBP sahaja.
Bersabit DBP sendiri pertanyaan timbul mengenai kerjasama yang telah dijalankan sekian lama dengan pihak ahli-ahli bahasa Indonesia dan Brunei. Tidak begitu banyak diketahui mengenai kesepakatan yang telah dicapai dalam pelbagai bidang.
Para pelancong ke Indonesia biasanya mendapati nama-nama projek atau kawasan perumahan di sana sini dalam bahasa Indonesia. Manakala di Malaysia nama-nama kawasan perumahan mirip nama Sepanyol, Itali dan Inggeris. Tak ada kelas ke, kalau dalam bahasa kebangsaan? Kita tertanya.
Sementara itu ada pula kata-kata seperti boulevard, precint dan parcel digunakan sebagaimana dicatat oleh Profesor Dr. Awang Sariyan. Cuma belum ada yang diberi nama Sunset Boulevard ala Hollywood.
Mendapat perhatian ialah keputusan Kementerian Penerangan untuk menolak ``bahasa rojak'' dalam drama-drama televisyen dan lain. Pertanyaan: Apakah stesen-stesen lain akan ikut sama? Dan bila penggunaan ``bahasa rojak'' diteruskan juga setakat mana kuasa Dewan Bahasa dan Pustaka?
Pelbagai jawapan ditunggu. Molek disebut ialah huraian mengenai bahasa Melayu dalam sebuah buku berjudul Sastera Melayu Lintas Daerah, terbitan Pusat Bahasa di Jakarta. Antara lain dicatat:
``Adapun batasan ``Melayu'' adalah batasan budaya yang tak terbatas secara ketat oleh lokalitas. Ia tidak hanya ada di wilayah yang sekarang termasuk Republik Indonesia, melainkan juga yang sekarang masuk negara-negara Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina.
``Sastera Melayu ``mengikuti'' bahasa Melayu ke mana pun bahasa tersebut tersebar. Sebagai bahasa yang pernah menjadi bahasa perhubungan luas di Nusantara, bahasa Melayu berkembang di beberapa ``kantung'' budaya Melayu.
``Seiring dengan itu, sastera Melayu pun ikut tersebar di beberapa kantung budaya Melayu atau lebih tepat, membentuk kantung-kantung budaya Melayu di beberapa tempat di Nusantara. Dari sinilah muncul gejala keluasan kehadiran sastera Melayu lintas daerah.''
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 1.300440 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list