CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 68730|Reply: 63

Penjagaan bayi pramatang dan kurang berat badan

[Copy link]
Post time 26-1-2006 06:21 PM | Show all posts |Read mode
PENJAGAAN BAYI YANG PRAMATANG DAN KURANG BERAT BADAN (LOW BIRTH WEIGHT (LBW) )

S1 : Apakah definisi bayi yang kurang berat badan (LBW)?

Bayi yang lahir berat badan yang kurang daripada 2500 gram. Bayi yang berat badannya kurang daripada 1500 gram dipanggil Very Low Birth Weight (VLBW). Yang lahir kurang daripada 1000 gram di panggil Extremely Low Birth Weight (ELBW)

S2 : Apakah kekerapan berlakunya kelahiran yang LBW?

Di Semenanjung Malaysia pada tahun 1989 kadar kelahiran LBW ialah 8% (daripada jumlah kelahiran sebanyak 374,920) dan kadar kelahiran VLBW ialah 0.5%. Di hospital-hospital besar kadarnya lebih tinggi sebab tempat-tempat ini merupakan pusat kelahiran risiko tinggi, umpamanya di Hospital Bersalin KL, kadar kelahiran LBW (1991) ialah 11.6% manakala kelahiran VLBW ialah 1.4%. Dinegara-negara maju kadar kelahiran LBW antara 2-5%. Di Malaysia kadar kelahiran LBW paling tinggi di kalangan bayi India dan paling rendah dikalangan bayi Cina.

S3 : Apakah jenis bayi yang lahir LBW?

2/3 daripada bayi LBW adalah bayi yang lahir pramatang iaitu kurang daripada 37 minggu gestasi. 1/3 pula adalah bayi yang Small For Gestational Age (SGA); bayi yang kecil untuk umur gestasinya (berat badannya kurang daripada persentil ke 10 untuk gestasinya)

S4 : Mengapakah kita memberikan perhatian terhadap bayi yang LBW?

Bayi yang LBW merangkumi 60-70% kematian bayi-bayi pada minggu kelahiran yang pertama. Bayi-bayi LBW juga mengalami risiko yang tinggi terhadap berbagai-bagai jenis penyakit dalam beberapa hari pertama kehidupan dan juga pada jangka masa yang panjang.

S5 : Apakah sebabnya berlaku kelahiran yang pramatang?

(a)    Faktor-faktor seperti darah tinggi, kencing manis, pendarahan, pangkal rahim yang tidak kuat, pecahnya air ketumban secara pramatang (premature rupture of membranes), jangkitan kuman dan lain-lain.

(b)   Faktor-faktor janin seperti kelahiran kembar, janin yang tidak sempurna

(c)    Faktor-faktor berkaitan seperti keadaan sosio-ekonomi yang rendah, kurang penjagaan prenatal.

(d)   50% kes-kes kelahiran pramatang, kita tidak tahu apakah punca sebenarnya. Ia mungkin berkaitan dengan tekanan emosi ataupun jangkitan kuman dibahagian saluran kelahiran.

S6 : Apakah komplikasi-komplikasi awal yang mungkin berlaku ke atas bayi yang lahir pramatang?

(a)    Saiz

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2006 06:22 PM | Show all posts
S8 : Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan kelahiran small for gestational age (SGA)?

(a)    Faktor ibu
Reply

Use magic Report

ikhwanida This user has been deleted
Post time 18-2-2006 11:57 AM | Show all posts
kenapa berlakunya kehamilan anak kurang berat badan?

1. sewaktu mengandung perlulah mengambil air lebih dr 8 gelas sehari.
2. ambil makan yang seimbang dan banyakkan rehat.

untuk menjaga bayi yang kurang berat badan galakkan memberi susu ibu. dan kurangkan anak ini terdedah dgn orang ramai kerana dia mudah dijangkiti penyakit.

inginkan pembesaran normal biasa. ramai yang dah mencuba mengunakan minyak 1001 rahisa alam. kalau nak tau PM lah saya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2006 08:50 AM | Show all posts
But teknik urutan pun boleh membantu menaikkan berat badan baby.. Nih paed anak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2006 03:49 PM | Show all posts
yup, mak selalu ckp
urutlah badan baby2 ni
insyaALLAH, dia akan tambah mesra dan selesa
berat badan akan bertambah
tulang jadik kuat etc

lepas mandi mmg elok diurut2
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2006 11:52 AM | Show all posts
hi sumer...

kopi ada pengalaman melahirkan baby pramatang nie. Dr telah mengesahkan kedudukan uri menutup jln keluar baby (placenta previa type 4). Dr terpaksa menjalankan c-sec selepas kopi mengalami pendarahan yang teruk dlm minggu 32 pregnancy. Nasib baik masa tu kopi dah duk wad sebulan lamanya waktu bulan poser pulak tu & kopi bleeding masa 1st syawal,pagi2 raya sampai my hubby x semayang raya. Berat baby cuma 1.7kg. Terpaksa duduk di nicu selama 3 minggu.

My baby ada masalah pernafasan cause paru2 x matang. After that kena kuning plak, teruk jugak la hampir 2 minggu jgk die kuning, lepas tu kurang darah plak, kena masukkan darah. Kesian sangat tengok waktu tu. Minggu kedua, berat badan die turun ke 1.5 kg because kena kuning.

Minggu ketiga beransur ok, but weight die cuma naik 1.7 kg, macam die mula2 lahir.

So sekarang umur baby dah 4 months...berat die dah 5.5 kg dan pipi dah tembam. First two months kopi bagi s26 susu khas untuk premature baby, sekarang dah tukar to dumex mamex gold. And memng dev. die lambat sikit dari baby biasa. Sekarang baru belajar nak mengiring, tapi apapun kopi syukur sebab semuanya selamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2006 03:07 PM | Show all posts


ni tangkap gambar curi2...ni 2nd weeks kat nicu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2006 11:00 PM | Show all posts
anak pak cik kita pun premature... sb mother ada highblood presure. so terpaksa c-sec masa 32 weeks  dia preg, berat baby cuma 1.2 kg, too small, puting pun tok leh masuk kat mulut dia, tapi devplmnt dia ok.. everthing fully develop cuma tak cukup berat jer... sekarang still kat hospital doktor tunggu weight dia naik smpi 1.8kg pastu dia boleh discharge... so far ok  ler, tapi sian kat mother ler.. kena ulang alik dari rumah ker hsptl tengah confinement lak tu..dah tu c-sec lak...sian, abih nak buat camana...s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2006 10:42 AM | Show all posts
my son pun dulu premature. lahir 1.7 kg. this may will be 3 years. now ni berat dia 15 kg, sama berat dgn kakak dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2006 10:07 AM | Show all posts
Kesihatan Anak: Bayi pramatang perlu jagaan rapi
Oleh Dr Azam Mohd Nor
[email protected]


Soalan:

Boleh doktor jelaskan serba ringkas mengapa terjadi kelahiran bayi pra matang dan apakah masalah kesihatan yang biasa dihadapi?

Nana,
Melalui e-mel

Jawapan:
Bayi pra matang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Terdapat banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin disebabkan oleh gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit semasa dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan juga pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pra matang memerlukan penjagaan yang lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pra matang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pra matang?

Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup.
Bayi pra matang tidak mempunyai lemak yang secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Oleh yang demikian bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi itu cukup untuk mengekalkan suhu badan.


Pemakanan dan Tumbesaran
Bayi pra matang mempunyai keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pra matang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pra matang?

Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pra matang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya. Kelazimannya bagi bayi yang belum lagi boleh menyusu, susu ibu perlu dipamkan dan susu itu diberi melalui tiub.
Susu ibu mempunyai khasiat yang lebih kerana ia mengandungi protein yang membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pra matang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat susu itu.

Masalah masalah bayi pra matang

Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pra matang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

Secara amnya bagi bayi yang jaundis mereka akan diletakkan di bawah lampu ungu untuk menurunkan tahap kuning bayi terbabit.


Apnea
Apnea adalah keadaan di mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.


Anemia (Kurang darah)
Kebanyakan bayi pra matang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Adalah agak mudah untuk mengetahui jika bayi anda mengalami anemia. Ia boleh dikesan melalui ujian darah.


Masalah pernafasan (Respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pra matang berfungsi dengan lebih baik.

Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.


Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pra matang. Ini disebabkan bayi pra matang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dia dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.


Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pra matang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Terdapat ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.


Masalah Retina
Bayi pra matang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pra matang boleh mengalami kecederaan dan ini boleh menyebabkannya mengalami masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Selepas keluar dari unit rawatan rapi
Bayi pra matang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.

Bagi bayi yang mengalami komplikasi pra matang, memerlukan proses pemantauan yang lebih rapi. Sokongan sepatutnya diberikan kepada keluarga yang mempunyai bayi pra matang. Ini kerana penjagaan yang rapi dan sebagainya menyebabkan keluarga berasa tertekan dalam membesarkan bayi itu. Sistem sokongan ini masih belum lagi ada di kebanyakan hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by kopigombang at 10-3-2006 03:07 PM


ni tangkap gambar curi2...ni 2nd weeks kat nicu

wah!! even pramature... panjang ekkk.... .

siannye baby kalo tengok bercucuk berwayar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 04:42 PM | Show all posts
moi pon berpengalaman anak pre mature nih...dok nicu 2 mggu...keadaan dia sama ngan anak kopi gak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 09:17 AM | Show all posts
Originally posted by aja_cute at 24-2-2006 08:50 AM
But teknik urutan pun boleh membantu menaikkan berat badan baby.. Nih paed anak? Aja yg ajar.. Masa lepas mandikan tu amik losyen or baby oil, urut perlahan?.. sentuhan yg penuh kasih-sayang akan m ...



aja,
cemana ek teknik urutan tu? nak tau lah sebab my baby malaekah berat badan dia menurun this month. risau lah. really appreciate if u can share with me :hug:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 01:07 PM | Show all posts
urut mcm biasa jerk...

mcm orang urut kita tuh
tapi bukan mcm tukang urut buat tuh
yang tuh sakit....

nie lemah lembut...
amik baby oil...then ratakan urut satu badan

urut kaki, tangan, badan, depan, belakang, jari jemari...
budak masa tuh
akan nampak selesa dan comel sangattttt
dia akan mengeliat2 sedap

masa tuh...kita bukan takat tersenyum
air mata hepi pun boleh tertumpah..


kopi, tahniah..ada baby...dan alhamdulillah..semua selamat...pasal jarum2 tuh...takpelah...dah mmg mcm tuh...prosedur dia..harap2 kemajuan dari sudut sains...pada zaman2 akan datang, prosedur2 mcm tuh...boleh lah digantikan dgn yang lebih moden, dan ringkas...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 01:33 PM | Show all posts
thanx syd,
kat sini pun diorg ada jugak buat massaging kat baby. nanti shinky try kat baby...mesti baby suka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 01:35 PM | Show all posts
tiap2 ari pun boleh, mod
anak kita lepas mandi tuh
kita lap badan
taruk lah baby oil tuh
losyen baby pun leh guna

lagi satu...budak2 nih
kalau dari awal dah diurut mcm tuh
tulang dia kuat skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 02:24 PM | Show all posts
wokeh, akan ku praktikkan

btw malaekah berat badan dia turun dari bulan lepas dari 6.2 kg kepada 5.8kg, dah bawak dia gi jumpa paed, paed bagi injection vit D3 600,000 ngan iron drops, bulan depan bawak dia gi jumpa paed sekali lagi nak tengok berat badan dia naik ker tak. ni nak cuba teknik urutan sekalik...heharap menjadik..:pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 02:34 PM | Show all posts
ada satu baby oil tuh
tak silap khas tuk
yang urut2 ni laa
mcm panas2 skit minyak tuh
tapi melegakan..

apa ke namanya minyak tuh
johnson & johnson punye
rasanya brand lain pun ada gak
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 05:01 PM | Show all posts
anak saya pun premature gak....berat dia masa lahir cuma 1.25kg....2 bln kat dlm wad termasuklah 2 minggu kat dlm nicu.mmg sedih tgk keadaan dia...masa dlm wad,pernah dia beberapa kali badan dia tetiba jd biru....kelam kabut masa tuh.mujur ada nurese yg tolong...bg oksigen kat dia.saya punyer lah takut....nak nangis pun ada.mlm mmg tak tido....duk tgk dia jer sbb takut jadi biru lg...last2,doc hantar gi nicu...sbb kat situ peralatan canggih lg.

alhamdulillah,bln dpn dia dah masuk setahun dan berat dia dah nak masuk 8kg.mmg perkembangan dia lmbt kit...sekarang dia baru nampak nak angkat2 bontot...nak merangkak kot...tapi dia mmg lasak...

tapi sampai sekarang,setiap 3 bln,mmg kena gi jumpa pakar...doc kata appoinment kena buat samapai dia sekolah rendah...sbb masa 2 bln dlm,dia byk pakai oksigen....so,takut effect kat otak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2006 05:31 PM | Show all posts
ibuaiman,
Tuhan nak duga kita
dia beri kita anak
tapi dia test skit
dia nak tgk kita kuat mcm mana



be strong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057736 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list