CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6523|Reply: 24

Kemanakah arah ketamadunan masyarakat kita.

[Copy link]
Post time 27-12-2005 11:55 AM | Show all posts |Read mode
kemana...?

Apakah tamadaun yg kita mahu dikenanng pada abad yang akan datang.
Jika bangsa lain bangga dengan kejayaan tamadun  mereka, apakah yg sedang kita cipta agar kelak dikenang dan dibanggai sebagai tamadaun yang disegani.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2005 12:01 PM | Show all posts
Maksud intan tamadun Melayu ke tamadun Malaysia...

Kalau tamadun nie memang kita jauh tertinggal dari negara lain sebab.. kita berasaskan kepada tamadun yang telah sedia ada. jadi kalau tamadun Malaysia.... hambo tak tau ler

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 12:30 PM | Show all posts

Reply #2 adlismel's post

sara kurang setuju jika dikatakan ketamadunan kita ketinggalan..

sebenarnya, tamadun melayu dah lama berkembang pesat sejak abad ke-10 masehi lagi...
cuma adat dunia, dan mmg dibuktikan melalui sejarah, setiap tamadun yg sudah mencapai kemuncaknya pasti akan mengalami zaman kemerosotan... namun, jika kita mempelajari drpd kesilapan itu, insyaallah kita akan dapat mencapai dan merengkuh semula zaman kegemilangan itu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 12:43 PM | Show all posts

Reply #3 mysara's post

memang kita mempunyai ketamadunan dunia yang tinggi... tapi mengapa nianya tidak kekal seperti tamadun yang lain.. seperti tamadun yang lain.. kalau tamadun cina... sampai sekarang mereka masih menceritakan tentang tamadun mereka kerana ada bukti seperti tembok besar Cina dan Kota larangan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 01:12 PM | Show all posts

Reply #4 adlismel's post

jika kita bandingkan ketamadunan kita dgn tamadun cina mmg tak relevan...

1.  bilangan kependudukan, geografi dan sejarah yg berbeza
2.  ketamadunan cina sendiri sara rasa sudah berakhir apabila china mula menyerap fahaman komunis dan mengakhiri sistem beraja mereka... dan mereka melaksanakan dasar tutup pintu terhadap dunia luar ( selepas melaka mencapai kemuncak kemasyhurannya pada abad ke-14, melaka tak perlu lagi bergantung perlindungan china, krn china ketika itu mula melaksankan dasar tutup pintu)
3.  jika tembok besar china sbg bukti ketamadunan.. kita juga ada.. sayangnya semua bukti2 tersebut telah tenggelam di dasar lautan.. kerana kebanyakan bahan sejarah dihangkut oleh raffles dlm kurun ke-16 ke england.. dan tenggelam di dasar lautan..
4.  jika china terkenal dgn tembok besar cinanya yg dibuat menggunakan batu, piramid di mesir, menara condong di pissa, org melayu lebih terkenal dgn ketukangan tgn kayunya... dan kayu mudah reput dimakan zaman...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 02:22 PM | Show all posts

Reply #5 mysara's post

Kalau diikutkan Melaka memunyai kedudukan yang paling kukuh dari segi geografi sebab laluan sutera... mungkin kerana kelalaian kita sendiri yang menyebabkan semua tu terhapus dan tidak dapat dikesani lagi sampai sekarang.....

Mampu kah kita bangkit semula sebagai sebuah tamadun yang akan kekal dan sentiasa diingati sepanjang hayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2005 02:36 PM | Show all posts

Reply #6 adlismel's post

apa yg dikatakan tu ada kebenarannya..
kesan2 dan maklumat ketamadunan silam byk yg hilang angkara kesilapan pemerintah dan penjajah.

ada baiknya kita belajar drpd kesilapan silam, perbaiki dan bina ketamadunan baru kerana kita adalah sebahagian drpd ketamadunan itu sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2005 11:52 AM | Show all posts
menarik sungguh perbincangan saudara saudari

benar kata adlismel...kedudukan kita dari segi geografi tampak begitu kukuh untuk membina tamadun bangsa yang disegani. cuma samada kita telah hilang kesan atau kita tak pernah mahu mencatit kejayaan masyarakat lalu sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat lin. Seperti kata mysara jika negara China masih memelihara tembok besar mereka..apakah bukti ketamadunan yang sedang kita peligara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2005 12:55 PM | Show all posts

Reply #8 intan's post

tamadun kita tidak membina monumen spt negara china...
jika kita kaji kerelevanan antara tembok besar negara china, bkn sbb diorang nak buktikan ketamadunan diorang utk generasi akan dtg, tetapi lebih kpd keperluan keselamatan dan ketenteraan.  raja2 china pun masa itu suka berperang antara satu sama lain, utk mengawal persempadanan negara buakn suatu tugas yg mudah, tambahan pula jika lawannya adalah puak Tar

monumen di indonesia spt chandi brobudur lebih kpd keperluan keagamaan, jika itu yg dikatakan kelangsungan tamdun... dpt dibuktikan bahawa org melayu di tanah melayu menerima pengarug agama budha, hindu dan islam dgn penemuan candi lembah bujang.

satu lagi perlu diingatkan, dahulu tanah melayu dan indonesia adalah suatu daratan besar, jika kita lihat lokasi di indonesia lebih mendapat penumpuan kependudukan, namun selepas zaman ais, berlaku pecahan kpd tanah melayu dan indonesia lalu terbentuk pentas sunda..

jika kita kaji dlm kurun ke-16, byk surat2, artifak dan khazanah bangsa melayu terkubur di dasar lautan angkara raffles yg mengangkut semuanya ke eropah.. mana2 yg terselamat ada di mjuzium leiden.. jika nak kaji ketamadunan, hendak atau tidak kita perlu tahu sejarah dan buktinya byk yg terkubur atau di leiden

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 03:02 PM | Show all posts

Reply #9 mysara's post

tertarik sungguh saya dengan segala hujah saudari/a (mana satu betul nie)

memang mempunyai ketamadunan yang tinggi dan pernah menjadi saalah satu peradaban..
namun mengapa kita sering menyalahkan orang lain... atas sebab yang kita buat sendiri
adakah tamadun kita mengajar kita untuk menyalahkan orang lain atas kelalaian diri sendiri...

mengapa kita tidak bangkit lagi selepas kita terjatuh.. terbiar tersungkur seperi orang buta kehilangna tongkat....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 04:52 PM | Show all posts

Reply #10 adlismel's post

maisara hisham ====> gender perempuan... saudari ler :bgrin:

sbb itu pelajar2 universiti dikehendaki belajar akan tamadun islam dan jika mengkaji kesusasteraan melayu, mahu atau tidak akan belajar juga akan alam tamadun melayu...

sifat menuding jari ke arah org lain dimiliki oleh semua bangsa... cuma pada org melayu agak menonjol mungkin itu salah satu escapisme utk mengelakkan diri drpd berhadapan dgn kebenaran yg mungkin pahit utk diterima.

insyaallah... kita generasi muda, bina semula tamadun yg malap, sinarkan ia agar gemerlapan sepanjang zaman :bgrin:  (adeyyy.. terasa mcm nak promote le pulak :lol )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 05:02 PM | Show all posts

Reply #11 mysara's post

Sekarang sudah jelas saudari tapi lagi satu Cik ker Puan :bodek:

Ya.. memang kita di ajar tentang tamadun dunia dan tamadun islam..
Kalau kita tak belajar semua tu... anak pinak kita lupa siapa mereka..
jangan biarkan mereka terus mengagungkan budaya barat...
kita kena bina budaya dan tamadun kita sendiri

tapi nak mula dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 05:49 PM | Show all posts

Reply #12 adlismel's post

masih cik lagi.. insyaallah coming soon puan :bgrin:

kita bermula dgn pendidikan..
dlm islam sendiri surah yg pertama diturunkan ttg pendidikan jugak.. iqra'
dgn pendidikan insyaallah segalanya akan berubah jika mentaliti kita mentaliti org yg berpendidikan

tegaknya empayar islam dan bersinarnya kegemilangan kerana bijak pandai islam ketika itu amat mementingkan pendidikan.  jika itulah yg kita jadikan benchmark dan diasosiasikan dgn zaman kini, sara yakin kita akan dapat mencapainya, mungkin bukan sekarang tapi mungkin 20 atau 50 tahun akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 06:07 PM | Show all posts

Reply #13 mysara's post

Ya... memang kita mesti bertunjangkan kepada pendidikan ... tetapi pendidikan yang bagaimana.. pendidikan ala sekular, pendidikan ala tentera, atau pendidikan ala barat atau kita perlu ada acuan sendiri agar pendidikan yang kita katakan itu adalah pendidikan yang benar benar boleh memacu manusia ke arah ketamadunan... atau dengan kata lain menggembalikan kegemilangan tamadun Islam dan Tamadun Melayu?

Adakah bermula dengan pendidikan dari peringkat bawahan (tadika)
atau pendidikan yang sudah bertunjangkan kepada pemikiran peringkat tinggi seperi para ulama, guru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 10:07 PM | Show all posts

Reply #14 adlismel's post

pendidikan yg syumul meliputi ilmu dunia dan akhirat.
mungkin krn kependidikan kita bertunjangkan kiblat barat,
namun pengisian rohani harus menjadi kewajipan semua muslimin dan muslimat.
anak2 yg bersih umpama kain putih hendaklah dilarik coraknya dgn penuh berhati2 oleh ibu bapa.  pendidikan sebernar bermula drpd rumah... bagaimana acuan, begitulah kuihnya, mungkin dapat kita asosiasikan ttg pendidikan tak formal ini... setelah cukup umur, diserahkan anak itu kpd guru2 mengaji dan guru2 sekolah agak mereka dapat meraih ilmu pengetahuan secara seimbang.

tugas dan tanggungjawab ibu bapa amat berat pada masa kini krn byknya pengaruh2 negatif yg menyerang segenap penjuru.  jika tidak ditapis dan dikawal.. pengaruh2 mengatif ini akan menggugat proses pembentukan jati diri si anak tadi.

kurikulum sekolah dan universiti mungkin masih belum sempurna, tetapi dgn apa yg ada dan jati diri serta kekuatan individu itu sara yakin kita akan berjaya membentuk suatu masyarakat yg berintelek dan membina ketamadunan kita sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 10:01 AM | Show all posts

Reply #15 mysara's post

Pendidikan syumul yang berteraskan Akidah, Akhlak dan Kepribadian Muslim sejati itulah yang kita mahukan... tapi cuba saudari lihat sekeliling kita.. walaupun kain itu telah dicarik dengan cermat dan dicorakkan dengna teliti.. namun unsur dalaman yang tidak kelihatan menusuk dan menebat hati manusia untuk menerima sesuatu yang baru dan baik........
dapatkah kita bertahan hanya dengan pegangan daripada sesetengah manusia sahaja sedangkan banyak lagi manusia yang tidak tahu menilai erti pengorbanan ke arah melahirkan ketamadunan dunia khususnya tamadun Melayu dan Tamadun Islam itu sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2005 01:34 PM | Show all posts

Reply #16 adlismel's post

ibarat melarik corak ke atas kain putih, elok corak, elok jenis kain, elok penjagaan, sentiasa dirapi, insyaallah kain itu akan tahan lama dan menyumbangkan bakti kpd manusia, begitulah diibaratkan kpd manusia terdidik dan berakhlak, dpt menjaga keimanan, ketahanan mental, menjaga kejantinaannya dprd kezinaan atau perbuatan cela, takut kpd yg hak, berani kpd yg batil, hanya sesungguh takut kpd Allah krn manusia disisiNya adalah sama darjat hanya tahap ketakwaan yg membedakannya.

jika kain yg dicorak drpd jenis yg kurang tahan, larikan tak menarik, penjagaan kurang rapi, maka tak ke mana lah kain tadi, hanya akan carik marik, koyak rabak dan akan memalukan si pemakainya.. tak dptlah kain tadi berbakti utk si pemakai, malah dirinya dicela krn mudah rosak.... demikian kias ibarat utk kita yg tak tahan jiwa, tipis iman, mudah tergodan kesenangan dunia dan kurangnya ilmu terhadap Haq dan Kudrat Allah.

insan kamil insan yg terpuji, utk melahirkan insan kamil kita perlu mengamilkan diri kita dahulu.  bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 01:59 PM | Show all posts

Reply #17 mysara's post

Kita kembali kepada ketamadunan manusia.. ke manakah arahnya?
adakah ke barat.... mengikut kemodenan dan teknologi barat.....
kalau ni boleh menyelamatkan tamadun tu, apa salah nya jika kita mencuba...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 02:11 PM | Show all posts

Reply #18 adlismel's post

tamadun barat pun asalnya mempelajari dan meniru drpd peradaban islam yg ketika itu menguasai segala disiplin ilmu.. sebut saja ilmu apa.. semuanya drpd tamadun islam, bahkan org2 barat yg ketika itu masih lagi dlm zaman kegelapan datang belajar drpd org islam.

drpd pembelajaran pelbagai disiplin ilmu, teknik immitasi dan ujikaji yg berterusan, akhirnya tamadun barat terbentuk dan kini mereka mampu melahirkan teknologi canggih.

kini, jika kita kata tamadun barat sudah mencapai kemuncaknya, sara setuju namun pada masa yg sama zaman kemerosotan mereka juga mula kelihatan apabila kita dapati byk disiplin ilmu bukan lagi dikuasai oleh barat, bahkan timur sudah mula mengorak langkah utk membina tamadun mereka sendiri.  bijak pandai di barat bukannya rata2 org eropah tetapi sudah dikuasai oleh org arab, india, cina, jepun amlahan org melayu sendiri. malahan org barat sendiri sudah mula membejatkan ketamadunan mereka sendiri apabila mereka mula menghadapi krisis moral (sama spt tamadun pompei dan greek), penyalahgunaan dadah, penzinaan, homoseks yg dianggap lumrah dan mendapat tempat dlm masyarakat dsbnya semuanya itu menyumbang kpd kecelaruan masyarakat. jika tak ditangani nescaya, perlakuan yg sudah dianggap sbg norma masyarakat akan meruntuhkan ketamdunan  mereka sendiri.

kita, dlm kelangsungan mencorak dan mencanai tamadun kita sendiri harus mempunyai jati diri sendiri dan meronanya mengikut adat budaya, nilai timur dan hukum agama yg terdiri drpd disiplin ilmu yg berlainan.
natijahnya, kita sebagai warganegara yg berintelek harus menyumbang bakti utk tanah air agar kelangsungan ketamadunan kita tak terhenti di pertengahan jalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 11:24 PM | Show all posts
adake istilah tamadun melayu ??? skang nie cam takde je ...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.094881 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list