CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 56982|Reply: 56

Seni Kraf Logam

[Copy link]
Post time 18-10-2005 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2005 12:21 PM | Show all posts
Di Malaysia, seni pertukangan logam sudah lama bertapak dan dipercayai bermula sejak zaman pra-sejarah.  Seni pertukangan logam ini berkembang sejajar dengan perkembangan industri yang lain, termasuk emas, tembaga dan besi.  Selain itu, barangan yang berasaskan logam bukan sahaja pada pertukangan logam tembaga malah dalam penghasilan perak dan pewter juga mendapat tempat di negara ini.

        Menurut sejarah, penggunaan bahan-bahan logam seperti tembaga dalam proses pembuatan barangan seni telah dibawa oleh masyarakat Funan apabila berlaku kekacauan di negara tersebut.  Teknik pembuatan barangan tembaga secara tuangan juga berasal dari Funan pada zaman Dong-Son.  Apabila berlaku kekacauan di negara tersebut, satu penghijrahan telah berlaku.  Masyarakat Funan dipercayai berhijrah sehingga Tanah Melayu membawa kemahiran yang mereka ada.

        Bagi logam emas pula dipercayai usaha melombongnya bermula sejak 2000 tahun yang lalu.  Emas telah digali di Pahang, Terengganu, Gunung Ledang di Johor, Johol dan Gemenceh di Negeri Sembilan.  Mengikut anggaran dan rekod yang bertulis pada tahun 1839.  Semenanjung Malaysia telah mengeluarkan kira-kira 1250 paun emas.  Emas telah diperolehi dengan berbagai-bagai cara dan dikumpulkan untuk dieksport untuk kegunaan dalam negeri.

        Seni pertukangan logam ini terus melalui beberapa perubahan setelah masyarakat Melayu mengetahui nilai yang ada pada logam.  Jika dahulunya logam hanya sebagai matawang, namun peredaran masa telah menjadikan logam barang keperluan dapur dan senjata.  Pada masa itulah masyarakat Melayu telah pandai mencorakkan sesuatu barangan aksesori kaum wanita.  Logam juga dihasilkan untuk membentuk barangan yang berkaitan dengan adat istiadat masyarakat Melayu.

        Kebanyakan barang perhiasan yang dimiliki oleh kerabat diraja Melayu pada hari ini dipercayai telah diukir pada abad ke-18 dan awal abad ke-19 kerana emas pada masa itu mudah didapati.  Ini telah membolehkan tukang-tukang emas menggunakan kemahiran mereka dengan sebaiknya.  Oleh demikian sehingga kini barangan yang dihasilkan masih mencerminkan keunggulan kesenian Melayu yang tidak dapat ditandingi.

        Penduduk bagi negeri Kelantan dan Kedah juga telah menggunakan duit syiling emas untuk berjual beli.  Siri pertama dan paling penting dikenali ialah yang melambangkan seekor kijang.  Lambang kijang kekal hingga ke hari ini sebagai lambang negeri Kelantan dan sebagai logo Bank Negara Malaysia.  Kini Muzium Negara telah memberi keutamaan kepada usaha mengumpul barang-barang lama tempatan yang dibentuk daripada logam emas sebagai sebahagian daripada koleksi kebangsaan.  Daripada kajian yang dibuat terhadap contoh-contoh menunjukkan kualiti kemahiran kraftangan yang bermutu tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:24 PM | Show all posts
Jenis-jenis Logam

Logam merupakan bahan yang berasal daripada bijih yang dilombong dar dalam tanah.  Pelbagai jenis logam didapati di negara ini seperti bijih timah, bijih besi, bijih emas dan sebagainya.  Jika dahulu logam hanya sebagai matawang, namun peredaran masa telah menjadikan logam barang keperluan dapur, senjata dan barangan hiasan termasuklah cenderahati.  Pada masa yang sama masyarakat Melayu telah pandai mencorakkan sesuatu barangan sehingga barangan tersebut dianggap bermutu dan bernilai komersial.  Antara logam yang sering digunakan untuk menghasilkan barang-barang logam ialah:

1        Perak
2        Pewter
3        Tembaga
4        Emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:28 PM | Show all posts
Perak

Seni pertukangan perak adalah kesan daripada pengaruh Hindu yang bergabung dengan kebudayaan Siam.  Kemudian kesenian ini secara perlahan-lahan dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui perdagang-pedagang Siam terutama ke Kelantan.  Pada masa dahulu, daerah Pattani yang terletak di selatan negeri Thai terkenal sebagai pusat pembuatan barang-barang peraka yang utama.  Ekoran daripada itu, negeri Kelantan adalah negeri yang paling banyak menghasilkan barang-barang perak di negara ini.

Pertukangan perak mula berkembang dan menjadi industri terpenting.  Bagi setengah-setengah penduduk Kelantan, hasil perak dijadikan sebagai pendapatan utama mereka.  Mereka menghasilkan banyak barang daripada perak seperti teko, bekas air basuh tangan, bekas pen, cenderahati dan lain-lain lagi.

Selain itu, sistem beraja yang diamalkan di Malaysia juga telah menggalakkan pengeluaran barang-barang perak.  Alat-alat kebesaran raja-raja Melayu seperti keris, pedang, cokmar diperbuat daripada perak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:30 PM | Show all posts
Pewter

Pewter merupakan campuran logam yang terdiri daripada bijih timah, gangsa dan atimoni.  Kandungan bijih timah adalah sebanyak 97 peratus, manakala tiga peratus lagi adalah campuran gangsa dan antimony.  Pewter digunakan sejak zaman dahulu lagi.  Pewter pernah dijumpai di kawasan petempatan manusia Zaman Batu dan Zaman Gangsa iaiti kira-kira 400 tahun dahulu.  Orang Mesir dan Rom merupakan masyarakat yang mula-mula sekali menggunakan pewter sebagai kegunaan mereka sehari-hari.  
       
Di Malaysia, pewter mula diperkenalkan pada tahun 1885 apabila seorang pembuat pewter dari China telah memulakan perusahaan pewter.  Yong Khuan tertarik dengan penemuan bijih timah di Tanah Melayu dan  mula membuat barang-barang pewter seperti teko, bekas kemenyan dan lain-lain lagi.  Pada masa itu, barang-barang pewter dihasilkan hanyalah untuk kegunaan upacara keagamaan dan adat istiadat, tetapi pada tahun 1960-an kegunaan pewter terus meluas.  Pewter kini telah dibentuk menjadi beberapa barangan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian seperti barang-barang perhiasan dan barang-barang dapur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:33 PM | Show all posts
Tembaga

Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia.  Di Malaysia penggunaan tembaga dipercayai bermula sejak zaman pra sejarah.  Menurut sejarah, penggunaan tembaga dalam proses pembuatan barangan seni telah dibawa masuk oleh masyarakat Funan apabila berlaku kekacauan di negara tersebut.  Teknim pembuatan barangan tembaga secara tuangan berasal dari Funan pada zaman Dong-Son.  Mereka dipercayai berhijrah sehingga Tanah Melayu membawa bersama kemahiran yang ada.

        Di Malaysia, industri melombong tembaga telah diusahakan sejak tahun 1970.  Sabah adalah pengeluar tembaga yang terbesar di Malaysia.  Tembaga terbahagi kepada dua iaitu tembaga merah dan tembaga kuning.  Seni kraftangan tembaga masih giat dijalankan terutama di Terengganu.  Teknik pembuatan masih dikekalkan walaupun penggunaan beberapa peralatan baru diperkenalkan.  Barangan yang dihasilkan melalui teknik tuangan ini seperti tepak sireh, kaki lilin, tempat bara, pahar dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2005 12:41 PM | Show all posts
Emas

Dipercayai bahawa usaha melombong emas di Malaysia telah bermula sejak 2000 tahun yang lalu.  Emas telah digali di Pahang, Terengganu, Gunung Ledang di Johor, Johol dan Gemenceh di Negeri Sembilan.  Emas merupakan logan yang paling bernilai jika dibandingkan dengan logam-logam jenis lain.  Emas amat diminati oleh kaum wanita dan ia merupakan lambang kekayaan.  Pada suatu ketika dahulu, penduduk negeri Kelantan dan Kedah telah menggunakan duit syiling emas untuk berjula beli.  

        Di Malaysia tempat melombong emas  yang menjadi tumpuan adalah Mamut, Nagos dan Bukit Mantri (Sabah), Marang, Rusila dan Lubuk Mandi (Terengganu) dan beberapa kawasan lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia.  Terdapat tiga jenis emas iaitu emas tulen, emas campuran dan emas saduran.  Emas tulen mempunyai harga yang tinggi dalam pasaran kerana ia tidak dicampur dengan bahan lain.  Manakala emas campuran pula telah dicampur dengan bahan campuran dengan tujuan untuk menguatkan barangan kemas ytang dibentuk.  Bagi emas saduran pula adalah bahan logam lain yang disadur dengan sedikit emas supaya menarik tetapi warnanya cepat pudar dan tidak kekal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:45 PM | Show all posts
Barang Kemas Tradisional

Barang kemas atau perhiasan diri yang menjadi warisan masyarakat Malaysia terdiri daripada dua jenis bahan logam yang berharga dan bernilai tinggi iaitu perak dan emas.  Kedua-dua logam ini disifatkan sebagai sangat berharga dan digunakan juga oleh orang-orang berada sebagai cagaran hidup untuk menghimpun harta.  Sifat semulajadi logam ini membolehkan tukang-tukang emas dan perak membentuk barang-barang kemas dengan baik dan menarik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2005 12:49 PM | Show all posts
Hiasan Kepala -Cucuk Sanggul

Pada suatu ketika dahulu cucuk sanggul menjadi salah satu daripada perhiasan diri bagi orang Melayu, Portugis, India dan Nyonya peranakan untuk mendandan rambut mereka.  Di kalangan masyarakat yang miskin, cucuk sanggul mereka diperbuat daripada kayu atau buluh sahaja.  Peranan utama cucuk sanggul yang sebenar ialah untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai.  Cucuk sanggul ini direkabentuk daripada berbagai-bagai jenis logam seperti tembaga, perak, suasa dan emas.  Bagi mereka yang mampu cucuk sanggul mereka ditatahkan dengan berlian, nilam, zamrud, delima, mutiara dan sebagainya.  Namun demikian wanita sekarang tidak begitu berminat memakai cucuk sanggul.  Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan daripada mereka berambut pendek yang sukar didandan dengan memakai cucuk sanggul.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:51 PM | Show all posts
Sikat atau Sisir Rambut

Rambut menjadi di antara sifat yang penting dan mesti dijaga dan dikemaskan.  Selain daripada cucuk sanggul skat atau sisir rambut dibuat dengan tujuan mengemas dan mendandan rambut.  Kebijaksanaan manusia mencipta dan menyesuaikan sesuatu bahan keperluan tidak mempunyai batasannya.  Keadaan ini lebih terserlah jika sisir itu diukir dan direkacorak dengan seindah rupa.  Pada zaman sekarang sikat direka  dengan menggunakan  berbagai-bagai bahan seperti besi, aluminium, plastik, kulit kura-kura, tanduk, gading dan sebagainya.  Sikat atau sisir rambut yang bertatahkan permata dan emas hanya menjadi warisan dan tidak lagi menjadi bahan yang mustahak lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:52 PM | Show all posts
Mahkota

Dalam istiadat pertabalan Sultan-Sultan di Semenanjung Malaysia hanya negeri-negeri Johor, Terengganu, Selangor dan Kelantan sahaja yang menggunakan mahkota.  Bentuk bulan dan bintang menjadi reka corak utama Mahkota Johor.  Berbagai-bagai batu permata seperti delima, nilam, zamrud, dan berlian digunakan untuk menambahkan lagi serinya.  Manakala Mahkota Kelantan diperbuat daripada 16 bungkal emas sepuluh mutu, berukiran timbul dan bermotifkan daun-daun dala muda dan di tengah-tengahnya diterapkan lambang negeri.  Bagi Mahkota Selangor ia telah dibentuk pada tahun 1903 dan kemudian telah direka corak semula oleh Sultan Muhammad.  Semua batu permata yang ditatahkan pada mahkota ini dibawa dari Pontianak Kalimantan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:53 PM | Show all posts
Hiasan Telinga

Terdapat beberapa jenis hiasan telinga dalam tinggalan orang yang terdahulu.  Antaranya Sunting Malar iaitu satu-satunya hiasan yang digantung di telinga.  Ia dibentuk dengan menggunakan kepingan perak ataupun emas.  Sunting malar biasanya dipakai oleh penari-penari di istana raja dan pernah dikatakan berasal dari Thailand, yang dibawa masuk oleh orang Melayu Patani, dan juga dari India.  Barang kemas ini masih lagi popular di kalangan wanita Kelantan terutama sekali penari-penari dan sewaktu mengandamkan pengantin perempuan yang akan bersanding di atas pelamin.

        Selain itu Subang , Gelinya, Kerabu juga merupakan hiasan telinga zaman dahulu.  Sebelum seseorang dapat memakai subang, gelinya, kerabu, terlebih dahulu mereka dikehendaki menindik lubang cuping telinganya kerana ia dipakai dengan cara dicucukkan ke cuping telinga dan penahannya dikenakan di sebalik cuping.

        Memakai hiasan di telinga tidak terhad kepada wanita yang tertentu sahaja tetapi disukai oleh ramai wanita tanpa mengira kaum dan bangsa.  Rekabentuk dan rekacorak bahan hiasan telinga juga tidak mempunyai batasan.  Ia dibuat dengan menggunakan berbagai-bagai logam dan batu permata yang berkilauan.  Corak yang mengikut bentuk lama masih diminati oleh ramai gadis sekarang kerana dianggap ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:53 PM | Show all posts
Hiasan Leher

Semenjak zaman dahulu manusia telah menggunakan berbagai-bagai perhiasan leher.  Perhiasan leher ini dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu rantai, dokoh dan kalung.

Rantai

Rantai boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, sama ada seutas atau beberapa utas dengan berbagai corak.  Terdapat reka corak awan larat dan juga menggunakan motif geometri.  Motif organik disifatkan yang paling popular pada masa ini kerana ia merupakan satu bentuk yang dicipta berunsurkan lunas-lunas alam semulajadi.  Rantai leher yang dibentuk mengikut corak yang menarik dan diadunkan dengan gabungan batu berlian tentu sekali mahal harganya.

Dokoh

Salah satu jenis hiasan leher yang terkenal di negeri pantai timur ialah 慸okoh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 12:56 PM | Show all posts
Barangan Kasar (Peralatan)

Pertukangan perak dalam menghasilkan sesuatu barangan boleh dibahagi kepada tiga jenis yang utama.  Pembahagian ini adalah mengikut cara membuat dan penggunaan sesebuah barangan seperti:


Barang-barang kasar

Barang-barang kasar yang dihasilkan daripada perak adalah barang-barang yang lebih besar dan tidak memerlukan penelitian dalam pembuatan.  Pembuatan barangan jenis ini tidak begitu rumit kerana kebanyakan barang ini besar dan tidak mengandungi corak-corak pembentukan yang halus sehingga menyukarkan pengukir.  Antara barang-barang kasar yang boleh didapati adalah seperti dulang, bekas minuman, talam, bekas habuk rokok, sudu dan sebagainya.

Barang-barang karut       

Barang-barang karut adalah barangan yuang dihasilkan daripada perak dan lebih kecil saiznya jika dibandingkan barang-barang kasar.  Oleh kerana saiz yang lebih kecil, pengukir terpaksa berhati-hati dalam membuat barangan ini.

        Corak dan bentuk barangan ini lebih rumit dan pengukir terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk menghasilkan sesuatu barangan.  Justeru itu kesabaran dan ketekunan amat diperlukan.  Antara jenis barangan tersebut ialah kerongsang, penyucuk sanggul, pin baju, penyepit tali leher dan sebagainya.

Barang-barang ikatan permata

Barang-barang ikatan permata adalah penghasilan daripada gabungan perak dengan batu-batu permata lain.  Perak dibentuk sehingga menjadi sesuatu barangan yang boleh mengikat batu-batu permata supaya menghasilkan sesuatu barangan yang lebih menarik.  Pembuatan barang-barang ikatan permata ini lebih sukar dan coraknya lebih halus dan ini memerlukan ketelitian.  Antara contoh barang-barang perak jenis ini ialah loket, subang, rantai atau gelang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2005 01:01 PM | Show all posts
Caping

Manusia dilahirkan dengan keindahan semulajadi.  Namun, sebaik-baik sahaja lahir ke dunia, citranya diubahsuai dengan beraneka tambahan.  Aksesori dipakai oleh manusia sejak kecil, lebih-lebih lagi jika perempuan.  Pada suatu ketika dahulu, kanak-kanak dipakaikan caping untuk menutup kemaluan mereka.  Pemakaian aksesori di kalangan kanak-kanak  amat rapat kaitannya dengan status sosial.  Kanak-kanak keturunan orang besar atau kaya dipakaikan dengan pelbagai aksesori yang mahal.  Aksesori bukan sahaja dipakai sebagai perhiasan, tetapi memainkan peranan penting dalam pembangunan psikologi dan ekonomi.

        Caping merupakan hiasan tubuh bagi kanak-kanak.  Caping biasanya diperbuat daripada logam yang berbentuk daun ara tanpa ukiran.  Bagaimanapun terdapat bukti dan rekod yang menunjukkan bahawa caping diperbuat daripada berbagai-bagai bahan seperti emas, perak, tembaga kuning dan merah, kulit kerang, tempurung, kayu dan kadangkala berbagai-bagai bahan yang dijalin, ditempah atau dipaterikan.  Caping dipercayai telah diperkenalkan di negara ini oleh orang India sejak zaman Seriwijaya iaitu sekitar kurun ketujuh hingga ke-13 Masihi.  Ia digunakan dengan meluas oleh kanak-kanak perempuan di utara dan di pantai timur Semenanjung Malaysia.  Penggunaan caping di negeri-negeri lain tidaklah begitu meluas.  Memang ada bukti yang menunjukkan bahawa caping turut digunakan di daerah-daerah lain di dunia tetapi setakat ini tidak ada dokumentasi untuk menjadi bukti atau rujukan yang berwenang tentang perkara ini.

        Berikut ialah maklumat yang diberikan oleh para informan tersebut.  Kira-kira 300 tahun yang lalu iaitu sebelum pemerintahan Long  Yunus di Kelantan (1763-1798), tukang-tukang perak tempatan telah diberi peluang oleh Sultan untuk membentuk sebarang ukiran tanpa had masa.  Kesannya karya-karya yang halus, teliti dan bermutu tinggi telah dihasilkan.  Penduduk di kebanyakan tempatdi pantai timur pada zaman dahulu sering mengharapkan agar anak perempuan mereka dapat membantu  kerja-kerja di rumah manakala anak dan kaum lelaki selalunya menghabiskan waktu siang menangkap ikan di laut.  Justeru itu anak gadis dianggap sebagai 憈ulang belakang keluarga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2005 02:40 AM | Show all posts
ada cite pasal alchemy tak dalam seni logam nusantara seme tu cikgu?

alchemy aku maksudkan ni yang metal turn gold tu cikgu..ade?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2005 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 5-11-2005 02:40 AM
ada cite pasal alchemy tak dalam seni logam nusantara seme tu cikgu?
alchemy aku maksudkan ni yang metal turn gold tu cikgu..ade?


Rasanya alchemy ni tak ada dlm budaya Melayu en Aji.  Budaya China dan India adalah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2006 02:35 AM | Show all posts
Perak

Seni pertukangan perak adalah kesan daripada pengaruh Hindu yang bergabung dengan kebudayaan Siam.  Kemudian kesenian ini secara perlahan-lahan dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui perdagang-pedagang Siam terutama ke Kelantan.  Pada masa dahulu, daerah Pattani yang terletak di selatan negeri Thai terkenal sebagai pusat pembuatan barang-barang peraka yang utama.  Ekoran daripada itu, negeri Kelantan adalah negeri yang paling banyak menghasilkan barang-barang perak di negara ini.

Pertukangan perak mula berkembang dan menjadi industri terpenting.  Bagi setengah-setengah penduduk Kelantan, hasil perak dijadikan sebagai pendapatan utama mereka.  Mereka menghasilkan banyak barang daripada perak seperti teko, bekas air basuh tangan, bekas pen, cenderahati dan lain-lain lagi.

Selain itu, sistem beraja yang diamalkan di Malaysia juga telah menggalakkan pengeluaran barang-barang perak.  Alat-alat kebesaran raja-raja Melayu seperti keris, pedang, cokmar diperbuat daripada perak.


:diani adalah antara barangan kesenian yang didapati daripada hasil pertukangan barangan logam...








cantik....
berkualiti
creative

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 04:53 PM | Show all posts

Cucuk Sanggul



[ Last edited by  fleurzsa at 12-10-2006 04:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 04:55 PM | Show all posts

Cucuk Sanggul



[ Last edited by  fleurzsa at 12-10-2006 04:56 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.912743 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list