CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6823|Reply: 15

Gagap

[Copy link]
kintan_too This user has been deleted
Post time 13-10-2005 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Pernah tak anak u all mengalami masalah gagap?

Anak kintan umo 3 thn, dia ada masalah gagap ni dari umo 2 tahun. Gagap ni akan datang kadang2 saja cuma bila dah start gagap tu dia akan jadi berminggu2 jugak untuk hilang..anak kintan memang petah bercakap dan cakap laju.
Apa yang perlu kintan buat? Perlu kah kintan bawa jumpa pakar? Pernah highlightkan benda ni pada Dr. tapi dia cuma kata benda ni akan hilang sendiri, tapi kesian tengok anak kintan..susah sangat nak cakap..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kintan_too This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2005 07:52 AM | Show all posts
Tak ada yang nak bagi pendapat ke? Kintan betul2 memerlukan information, kat KL ni Dr pakar kat hospital mana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 08:13 AM | Show all posts
kintan, kalo klinik/hospital pakar ida tak tau ler... tp ida pernah tengok dlm tv ada pusat rawatan yg buleh atasi masalah gagap nih... rasa2 ida kat cakra alam kot...
Reply

Use magic Report

kintan_too This user has been deleted
 Author| Post time 14-10-2005 09:20 AM | Show all posts
zaida,

cakra alam tu kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 10:01 AM | Show all posts
area jusco maluri.... ida pun pernah pegi kat cakra alam tu... ramai gak org esp time weekend...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 04:56 PM | Show all posts
Originally posted by kintan_too at 13-10-2005 10:09 AM
Pernah tak anak u all mengalami masalah gagap?

Anak kintan umo 3 thn, dia ada masalah gagap ni dari umo 2 tahun. Gagap ni akan datang kadang2 saja cuma bila dah start gagap tu dia akan jadi berm ...



kintan,

gagap tu utk setiap patah perkataan ke?

anak achu yg 3 thn pun ada gagap, tapi masa mula2 dia nak cakap..
pas tu baru dia bole terus sebut perkataan lain.. sama dgn kakak dia masa umur2 ni la
gagap utk sebut perkataan yg mula2 jer... byk aaa aaa aaa

tp alhamdullilah lama2 hilang..
kakak dia dah umur 6 thn skrg.. dulu2 tu risau gak kalo berterusan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2005 09:17 PM | Show all posts
Kintan,

Adik chammy ada masalah gagap masa umur 4 tahun sampai sekarang(12 tahun).Cuma sekarang kadang kadang aje tak selalulah.Sekarang ni dah besar,adik gagap bila dia nak cepat atau sakit hati.

Mak chammy beritahu  ngan adik kalau nak cakap ngan mak,fikir dulu then baru cakap.
Lagi satu,masa budak cakap gagap,jangan ketawakan.....budak akan ingat bila dia cakap macam ni mak dan ayah akan suka....
Reply

Use magic Report

kintan_too This user has been deleted
 Author| Post time 17-10-2005 08:04 AM | Show all posts
ye ke achu..
memang pada mulanya anak kintan memang susah nak sebut awal2 perkataan saja..tapi sekarang ni nampak ketara sangat..harap2 hilanglah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kintan_too This user has been deleted
 Author| Post time 17-10-2005 08:06 AM | Show all posts
chammy,

itu yang kintan takut, bila ada org yang ketawakan dia, macam keluarga ni dia org dah faham, tapi kawan2 dia nanti..
tak nak nanti dia rasa rendah diri..memang perkara ni boleh bawa kesan pada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 02:33 PM | Show all posts
Gagap gangguan kelancaran bahasa

Masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak yang gagap ialah gangguan kelancaran berbahasa.

Biasanya terjadi pengulangan dan perlanjutan sebutan sesuatu ayat, bunyi atau suku kata. Dalam keadaan tersebut ada ketikanya terjadi juga pemberhentian sebutan ketika mereka sedang berkata-kata, penambahan ayat baru untuk mengelak sebutan ayat yang mendatangkan masalah, ayat yang disebut laju bagi mengelak stress (tekanan) ketika berkata-kata.

Gagap boleh menjejaskan pembelajaran dari segi akademik dan kecemerlangan dalam pekerjaan. Ia berkaitan rapat dengan ketidakbolehan berkomunikasi dan menyampaikan buah fikiran sehingga dapat meyakinkan orang lain.

Tahap kegagapan berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain bergantung kepada keadaan tekanan sosial yang dihadapi.

Contohnya ketika diminta memberikan ucapan atau menghadapi temu duga keadaan gagap akan menjadi bertambah buruk.

Sebaliknya jika keadaan menjadi tenang dan terkawal seperti ketika membaca buku bersendirian dan menyanyi, gagap akan berkurangan.

Biasanya apa yang akan dilakukan oleh mereka yang gagap dalam menangani masalah pertuturan ini adalah dengan menggunakan mekanisme linguistik tertentu; seperti dengan mengubah kadar pengucapan dengan lebih lambat dan ia akan berjaya mengurangkan kegagapan.

Mereka juga akan cuba mengelak akan keadaan-keadaan tertentu seperti memberi ucapan, bercakap melalui telefon serta persembahan di khalayak ramai.

Gagap juga boleh diikuti dengan pergerakan luar kawalan pada muka seperti mata yang berkedip-kedip dan gerakan otot pipi atau leher.

Apa yang menarik, kaum lelaki lebih ramai menghidapi gagap berbanding dengan kaum wanita. Mengapa terjadinya demikian, tiada siapa yang tahu.

Seseorang kanak-kanak yang gagap akan dirujukkan kepada ahli terapis pertuturan. Mereka akan membantu kanak-kanak yang gagap bertutur.

Ahli psikiatri kanak-kanak akan menilai unsur-unsur rendah diri, kurang kepercayaan kepada diri sendiri dan perasaan kesedihan akibat daripada keadaan tersebut serta memberikan rawatan yang diperlukan.

Ahli psikologi juga dapat membantu dengan terapi tingkah laku berdasarkan ganjaran dan hukuman terhadap tingkah laku positif dan sebaliknya.

Oleh: DR. MOHD JAMIL HJ YAACOB
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 05:04 PM | Show all posts
alamak .. anak ohhbaby pun mengalami masalah yang sama jugak. Anak kita pun baru masuk umur 3 tahun. Kalau mcm dia tersalah cakap .. dia akan ulang balik ayat tu lagi .. so bunyi mcm gagap lah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 05:06 PM | Show all posts
tapi kadang-kadang aje dia gagap, kadang-kadang okey.
Tak tahu ler betul-betul atau saja buat-buat ......... tapi kita tengok mcm dia suka aje.

Kadang-kadang itu satu cara nak tarik perhatian mak bapak.
Janganlah anak aku gagap bila besar2 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 05:08 PM | Show all posts
kita punyer bapak mentua memang gagap .. so anak kita mcm suka nak ikut-ikut.
Mintak dijauhkan dari GAGAP
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 10:55 AM | Show all posts
Gagap ganggu sosial, emosi dan psikologi
Oleh Hafizah Iszahanid


揂AAAAA...abang nak ma..maa..makan,
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 10:32 AM | Show all posts
anak2 GH.. kalau bebaru nak lancar bercakap memang gagap..
bukan gagap.. tp cam berulang2...

cam.."umi..umi..umi... nak susu.." camtu laa.. bukan "u..u..u..mi..."ni kira gagap lah nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 03:12 PM | Show all posts
saya masa kecik2 gagap (and jenis cakap laju, even sampai skrg pun cakap laju).
masa umur 5 thn, sebab determined sangat nak overcome that problem, saya dah tak tau nak buat mcmana. last2 mak cakap, bila cakap gagap, cuba tampar mulut tu (my mom was joking only). and i took it literally, and everytime bercakap, bila gagap, saya pukul mulut.
nak jadi cerita, dgn izin allah, saya stopped stuttering tak lama lepas tu.

it's not a good solution, but somehow it worked for me. siapa2 nak cuba, errr tak perlu la pelempang sampai nak biol.. cukup la sekadar pukul sikit je. ni sendiri pukul la, bukan suruh org lain pukul tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057792 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list