View: 10134|Reply: 25
|
Beberapa Persoalan Yahudi Kepada Rasulullah S.A.W Dan Jawapannya
[Copy link]
|
salmon This user has been deleted
|
Beberapa Persoalan Yahudi Kepada Rasulullah S.A.W Dan Jawapannya
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Beliau (al-Mufid) berkata: Abd al-Rahman bin Ibrahim telah memberitahu kami, al-Husain bin Mihran telah memberitahu kami, al-Husain bin Abdullah telah memberitahuku daripada bapanya daripada datuknya daripada Ja慺ar bin Muhammad a.s daripada bapanya daripada datuknya al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s berkata: Seorang lelaki Yahudi datang kepada nabi s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad! Andalah yang menyangka bahawa anda seorang Rasulullah dan diwahyukan kepada anda sebagaimana diwahyukan kepada Musa bin Imran? Rasulullah s.a.w bersabda: Ya, akulah penghulu manusia (ana sayyid walad Adam ) tanpa meninggikan diri, aku adalah penutup para nabi, imam para muttaqin dan Rasul Tuhan semesta alam.
Yahudi berkata: Wahai Muhammad ! Adakah anda kepada kaum Arab atau kepada bukan Arab atau kepada kami?
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah Rasulullah kepada semua manusia.
Yahudi berkata: Sesungguhnya aku akan bertanya anda tentang sepuluh kalimah yang telah dikurniakan Allah kepada Musa di tempat yang diberkati ketika dia bermunajat dengan-Nya. Tidak mengetahuinya melainkan seorang nabi yang diutus atau malaikat muqarrab.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Kemukakan soalan yang terlintas di hati anda.
Yahudi berkata: Wahai Muhammad ! Beritahukan kepadaku tentang kalimah yang telah dipilih oleh Allah untuk Ibrahim a.s ketika beliau membina rumah ini (Ka慴ah)?
Rasulullah s.a.w bersabda: Subhana l-Lah wal-Hamdu li-Lah wa la ilaha illa llah wal-Lahu akbar.
Yahudi berkata: Wahai Muhammad! Kenapakah Ibrahim a.s. telah membina Ka慴ah empat persegi?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kerana kalimah adalah empat.
Yahudi berkata: Kenapakah Ka慴ah dinamakan Ka慴ah?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kerana ia berada di tengah dunia.
Yahudi berkata: Beritahu aku tentang tafsir 揝ubhana l-Lah wa l-Hamdu li l-Lah wa la ilaha illa lla wal-Lahu akbar?
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah telah mengetahui bahawa manusia dan jin akan berbohong terhadap Allah s.w.t, maka Dia berfirman: Subhana l-Lah |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Satu rakaat kerana kesalahan Hawa |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Rasulullah s.a.w bersabda: Kerana selepas Asarlah waktu Adam a.s menderhaka kepada Tuhannya. Justeru Allah memfardukan ke atas umat aku wuquf, ibadat dan doa di tempat yang paling dicintai Allah iaitu di 慉rafat. Allah s.w.t. menjamin untuk menerima doa mereka dan waktu sekembalinya dari 慉rafat itulah waktu Adam menerima kalimat (wahyu) daripada Tuhan serta menerima taubatnya. Sesungguhnya Dia Penerima taubat lagi Penyayang.
Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, apakah pahala bagi mereka yang melakukannya?
Rasulullah s.a.w bersabda: Dia yang telah mengutus aku dengan kebenaran sebagai pembawa berita gembira (basyiran) dan pemberi amaran (nadhiran). Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai tujuh pintu di langit: Pintu al-Taubat, pintu al-Rahmat, pintu al-Tafadhdhul, pintu al-Ihsan, pintu al-Jud, pintu al-Karam dan pintu al-慉fwu. Seseorang itu tidak berkumpul di 慉rafat melainkan dia layak memasuki pintu-pintu tersebut. Sesungguhnya Allah mempunyai seratus ribu malaikat. Setiap malaikat mempunyai seratus dua puluh ribu malaikat yang lain pula. Allah mempunyai seratus rahmat yang diturunkan kepada penghuni 慉rafat. Ketika mereka pulang, Allah mempersaksikan malaikat tersebut dengan memerdekakan penghuni 慉rafat dan apabila mereka pulang, maka Allah mempersaksikan malaikat bahawa Dia telah mewajibkan ke atas mereka syurga. Ada suara yang menyeru: Kembalilah kamu semua dalam keadaan diampuni, sesungguhnya kamu telah meredai-Ku dan Aku telah meredai kamu.
Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad. Beritahu aku perkara yang ke sepuluh tentang sembilan sifat yang telah dikurniakan Allah kepada anda berbanding dengan para nabi yang lain dan kepada umat anda berbanding dengan umat-umat yang lain?
Rasulullah s.a.w bersabda: Fatihah, azan, iqamah, berjemaah di Masjid-masjid, hari Jumaat, pembacaan secara nyaring (ijhar) di dalam tiga solat, rukhsah kepada umatku ketika sakit dan musafir, solat jenazah dan syafaat kepada pelaku-pelaku dosa besar dari umatku.
Yahudi berkata: Anda memang benar wahai Muhammad, apakah pahala mereka yang membaca al-Fatihah?
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca al-Fatihah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala bilangan kitab yang diturunkan dari langit termasuk pahala pembacaanya. Adapun azan, maka muazin dari umatku akan dihimpunkan bersama para nabi, para siddiqin dan para syuhada |
|
|
|
|
|
|
|
Adapun tentang perkara kedua, ketiga dan ke empat, maka Ali, Fatimah; Puteri wanita syurga dan dua anak lelaki mereka berdua. Di dalam Taurat disebut sebagai Ilya, Syabra, Syubaira dan Haliyun, iaitu Fatimah,al-Hasan, al-Husain dan Ali a.s.
Dlm Taurat ada sebut, tapi kenapa dlm Qur'an tak ada? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
sazrul This user has been deleted
|
ANDA SEBENARNYA TERSILAP ATAU MUNGKIN ANDA TIDAK MENGENAL AL-QURAN SEBENAR_BENARNYA AL-QURAn.....
Ayat at-Tathir
FirmanNya di dalam (Surah al-Ahzab (33): 33):"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu ('an-kum) wahai Ahlu l-Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Menurut tafsir-tafsir Syi'ah, ayat ini diturunkan secara khusus kepada Ahlu l-Bait AS sahaja. Sementara orang lain tidak termasuk di dalam ayat-ayat tersebut. Manakala tafsir-tafsir Ahlu s-Sunnah pula, ada yang mengakui bahawa ayat tersebut dikhususkan untuk Ahlu l-Bait AS sahaja, ada yang menyatakan ayat tersebut termasuk isteri-isteri Nabi (SAWAW), dan ada yang mengatakan ianya dikhususkan kepada isteri-isterinya (SAWAW) sahaja. Lantaran itu ianya bertentangan dengan kaedah Bahasa Arab yang tidak menggunakan Dhamir Ta'nith (gantinama perempuan) untuk perempuan di dalam ayat tersebut. Malah Allah SWT menggunakan Dhamir Tadhkir (gantinama lelaki) iaitu perkataan 'an-kum (daripada kamu) dan perkataan yutahhira-kum membersihkan kamu (lelaki).
Kaedah ini memang diketahui oleh penuntut-penuntut yang kecil dan kebanyakan orang awam. Di dalam ertikata yang lain, jikalau Allah SWT di dalam ayat tadi menghendaki isteri-isteri Nabi (SAWAW), nescaya Dia menggunakan dhamir Ta'nith, 'an-kunna (daripada kamu isteri-isteri) dan yutahhirakunna Dia membersihkan (kamu isteri-isteri) sebagaimana Dia menggunakan dhamir Ta'nith sebelumnya (Surah al-Ahzab (33):32. Lantaran itu Allah telah menggunakan dhamir tadhkir untuk mengeluarkan isteri-isteri daripada ayat tersebut.
'Ali bin Ibrahim di dalam Tafsirnya 20 daripada Zaid bin 'Ali AS dia berkata: Sesungguhnya orang-orang yang jahil mengatakan bahawa Allah menghendaki dengan ayat ini isteri-isteri Nabi SAWAW. Pada hakikatnya mereka berbohong dan mereka berdosa. Demi Allah sekiranya Dia maksudkan isteri-isteri Nabi SAWAW, nescaya Dia akan berkata: an kunna al-Rijs (daripada kalian isteri-isteri) dan yutahhira-kunna (membersihkan kalian isteri-isteri dengan sebersih-bersihnya. Dan Dia menggunakan perkataan muannathan (ganti nama perempuan) sebagaimana Dia berfirman: Wazkurna mayutla fibuyuti-kunna, wa la Tabarrajna, wa lastunna Kaahadin min l-Nisa.' Oleh itu ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33):33) tidak harus pada isteri-isteri Nabi SAWAW sekalipun ianya ditafsirkan sebagai berkongsi dengan Ahlu l-Bait AS. Kerana Allah SWT telah mengancam mereka sebelum ayat Tathir dalam firmanNya (Surah al-Ahzab (33): 28-30).
Dan Dia juga telah mengancam mereka dengan firmanNya (Surah al-Tahrim (66):4-5):"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang Mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan."
Inilah adalah menurut apa yang difirmankanNya (al-Mantuq). Adapun mafhumNya: Wahai-wahai isteri-isteri Nabi kalian tidaklah mukminat, qanitat, ta'ibat, sekiranya kalian masih menyakitinya SAWAW. Dan diriwayatkan bahawa Nabi SAWAW tidak mencampuri mereka selama sebulan kerana mereka menyakiti hatinya SAWAW. Rujuklah kepada tafsir-tafsir Ahlu s-Sunnah mengenai ayat ini.
Dan apa yang jelas terdapat di kalangan isteri-isteri tersebut yang telah memerangi Khalifah 'Ali, Hasan dan Husain AS. Memerangi mereka bererti memerangi Allah menurut hadith Rasulullah (SAWAW): Jangan anda melupai bahawa 'Aisyah telah mengetuai angkatan bersenjata kerana memprotes jenazah Hasan untuk disemadikan di samping datuknya Rasulullah SAWAW.21 Jikalau 'Aisyah masih hidup di hari peperangan Husain AS di Karbala, nescaya dia akan memerangi Husain bin 'Ali AS pula kerana sifatnya yang sentiasa memerangi Ahlu l-Bait AS.
Justeru itu tidak hairanlah jika Ibn 'Abbas berkata kepada 'Aisyah:
Anda menaiki unta, menaiki baghal,
dan sekiranya anda hidup anda akan menaiki gajah.
Bagi anda sepersembilan daripada seperlapan tetapi anda memiliki kesemuanya.
Iaitu anda memiliki rumah anda sedangkan anda memiliki sepersembilan daripada seperlapan dan bakinya adalah untuk isteri-isterinya (SAWAW). Dan tujuh perlapan adalah untuk Fatimah kemudian untuk anak-anaknya
Jikalau setengah daripada isteri-isteri beliau bertindak begitu keadaannya, bagaimana mereka termasuk di dalam ayat at-Tathir yang disucikan daripada segala dosa? Telah diriwayatkan bahawa 'Aisyah RD berkata kepada Nabi SAWAW di dalam keadaan marah:"Tidakkah anda sahaja yang menyangka anda seorang Nabi Allah?"22
Adakah mereka layak dengan tindakan mereka yang menyalahi peradaban sebagai isteri, lebih-lebih lagi suami mereka itu adalah Rasulullah SAWAW, dimasukkan ke dalam ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33):33) daripada dosa sedangkan mereka berlumuran dengannya? Jikalau ayat itu termasuk "isteri-isteri" khususnya 'Aisyah, nescaya dia berpesta dan memberitahukannya kepada orang yang masih hidup dan orang yang telah mati. Dan tentu sekali Umm Salmah lebih berhak untuk dimasukkan di dalam ayat tersebut. Kerana kedudukannya di sisi Rasulullah SAWAW dan ayat Tathir telah diturunkan di rumahnya. Manakala mereka tidak dimaksudkan di dalam ayat tersebut, Rasulullah SAWAW mengeluarkannya (Umm Salmah) dengan menarikkan al-Kisa' daripada tangannya lantas Umm Salmah bertanya: Tidak. Berdirilah di tempat anda. Mudah-mudahan anda berada di dalam kebaikan.
Sebagaimana juga beliau menegah 'Aisyah dan Zainab dari memasuki bersama mereka dan memberi jawapan kepada mereka berdua sebagaimana jawapan beliau terhadap Umm Salmah.
Rasulullah SAWAW telah menutup ke atas 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dengan al-Kisa'(pakaian) dan mengangkatkan tangannya ke atas mereka sambil membaca ayat Tathir yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kami ('an-kum) wahai Ahlu -Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" adalah semata-mata untuk memisahkan mereka daripada isteri-isteri dan orang-orang Islam yang lain, dan sabdanya aku bermaksud: Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlu l-Baitku.
Di dalam riwayat yang lain (Ahli) keluargaku iaitu tidak ada selain daripada mereka. Penafsir kepada ayat ini ialah Rasulullah SAWAW sendiri. Manakah penafsiran yang diterima selepas penafsirannya? Adakah orang yang datang dengan al-Qur'an (Nabi SAWAW) yang mengeluarkan isteri-isterinya daripada ayat al-Tathir lebih diterima penafsirannya? Atau sebaliknya orang yang tidak mengetahui takwilannya sehingga memasukkan isteri-isterinya atau sebaliknya di dalam ayat tersebut?
Dan juga dalil yang lebih kuat bahawa isteri-isteri Nabi SAWAW tidak termasuk Ahlu l-Baitnya ialah Nabi SAWAW tidak membawa mereka keluar di Hari Mubahalah dengan Kristian Najran kerana beliau menjanjikan mereka untuk membawa wanita-wanitanya bersama sebagaimana firmanNya di dalam (Surah Ali Imran (3):61):"maka katakanlah (kepadanya):Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."
Sebagaimana ketua Kristian Najran berpidato kepada kumpulannya: Sekiranya Muhammad keluar dengan Ahlu l-Baitnya, maka jangan kalian lakukan mubahalah. Dan sekiranya beliau keluar dengan sahabat-sahabatnya, maka lakukanlah mubahalah. Semua ahli tafsir dan sejarah bersepakat bahawa Nabi SAWAW tidak keluar bersamanya untuk mubahalah selain daripada Ali, Fatimah, Hasan dan Husain AS. Justeru itu merekalah Ahlu l-Baitnya bukan orang lain. Sekiranya ada orang lain selain daripada mereka nescaya Nabi SAWAW akan mengajak mereka keluar untuk "bermubahalah" bersama di sa'at yang paling genting bagi menentang kebatilan.
Oleh itu orang yang Nabi SAWAW bermubahalah bersama mereka bagi menentang Nasara Najran ialah orang yang Allah telah menghilangkan daripada mereka kekotoran di dalam al-Qur'an yang mulia. Lagipun apabila perkataan Ahlu l-Bait AS diucapkan secara langsung bererti al-itrah al-Tahirah AS;'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain Ali tidak termasuk isteri-isteri. Justeru itulah Nabi SAWAW memaksudkan mereka semenjak beliau mewasiatkan mereka dan menerangkan kelebihan-kelebihan mereka di dalam hadith-hadithnya yang mutawatir di dalam buku-buku Sahih "mereka." Dan tidak seorang pun memasukkan "isteri-isteri" di dalam hadith-hadith tersebut. Di antaranya dua hadith yang muktabar yang diriwayatkan oleh jumhur Muslimin"
BERSAMBUNG......... |
|
|
|
|
|
|
sazrul This user has been deleted
|
1. Hadith Thaqalain: Sabda Nabi SAWAW yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang berharga; Kitab Allah dan 'Itrahku (Ahlu l-Baitku) selama kalian berpegang kepada kedua-duanya kalian tidak akan sesat selama-lamanya.23
2. Hadith al-Safinah: Sesungguhnya yang bermaksud: Umpama Ahlu l-Baitku sepertilah Bahtera Nuh, siapa yagn menaikinya akan berjaya, dan siapa yang tidak menaikinya akan sesat selama-lamanya.24
Adapun menjadi kebiasaan kepada kaum Muslimin apabila mereka menyebutkan Ahlu l-Bait di dalam majlis-majlis mereka, mereka tidak maksudkan isteri-isteri Nabi SAWAW.
Begitu juga penyair-penyair Ahlu s-Sunnah dan Syi'ah apabila mereka menyusun syair memuji Ahlu l-Bait AS mereka maksudkan lima Ahlu l-Kisa': Muhammad SAWAW, Fatimah, 'Ali, Hasan dan Husain AS. Perhatikanlah kenyataan yang dibuat oleh Imam Syafi'i mengenai Ahlu l-Bait AS:
Wahai Ahlu l-Bait Rasulullah cintamu suatu fardhu daripada Tuhan di dalam al-Qur'an telah diturunkan.
Memadailah kebesaran Nabimu sesungguhnya kami siapa yang tidak bersalawat ke atas kamu tidak sah sembahyangnya.
Dimaksudkan dengan Ahlu l-Bait AS ialah 'Ali, Fatimah, Hasan, dan Husain AS. Demikianlah juga beribu-ribu karangan para ulama Ahlu s-Sunnah menjelaskan bahawa maksud Ahlu l-Bait ialah Nabi SAWAW dan keturunan 'Ali yang disucikan.
Ya, memang terdapat orang-orang seperti 'Ikramah al-Barbari, Muqatil dan lain-lain yang terkenal dengan pembohongan ke atas Rasulullah SAWAW telah membuat hadith-hadith palsu. Rasulullah SAWAW bersabda maksudnya: Akan banyak pembohongan ke atasku, siapa yang membohongi ke atasku dengan sengaja maka hendaklah ia duduk di tempatnya di neraka.
Oleh itu mengkhususkan "isteri-isteri" atau meletakkan mereka bersama Ahlu l-Bait AS di dalam ayat Tathir (Surah al-Ahzab (33): 33) adalah rekaan musuh-musuh Ahlu l-Bait. Malah mereka mencipta perkara-perkara yang berlawanan dengan Ahlu l-Bait AS, perkara ini adalah jelas. Lantaran itu menolak hadith-hadith palsu dan membersihkan buku-buku sirah dan sejarah daripadanya adalah perkara yang wajib dilaksanakan.
Justeru itu ianya suatu kepastian bahawa ayat Tathir dan pembersihan kekotoran daripada mereka adalah istimewa untuk para imam Ahlu l-Bait AS. Mereka adalah zuriat Rasulullah SAWAW dan mereka lebih berhak dengannya. Justeru itu perkataan innama di dalam ayat tersebut bermaksud al-Hasr (pengkhususan kepada mereka sahaja).
Ayat ini juga dengan jelas menunjukkan bersihnya "itrah Nabi SAWAW daripada keaiban dan kemaksuman mereka daripada dosa-dosa. Dan aku akan menerangkan dalam bukuku ini bahawa imamah tidak layak melainkan bagi mereka yang bersih daripada segala keaiban dan dosa. Justeru itu sabitnya imamah 'Ali dan anak-anaknya AS sama ada mereka memegang jawatan itu ataupun tidak disebabkan orang ramai tidak menyokong mereka sebagaimana sabdanya:"Hasan dan Husain kedua-duanya imam sama ada mereka memegang jawatan ataupun tidak" kerana kedua-duanya telah dilantik oleh Allah SWT. Dan sesiapa yang mempunyai kedudukan sedemikian, keimamahannya tidak akan dicacatkan oleh penentangan orang ramai terhadapnya. Kerana imamah bukanlah melalui perlantikan orang ramai, malah melalui nas daripada Allah SWT.
Imam al-Bahrani di dalam Ghayat a-Maram25 telah mencatat lebih daripada satu ratus dua puluh hadith mengkhususkan Ahlu l-Bait AS dengan "mereka" bukan isteri-isteri Nabi SAWAW dan lebih sepertiga daripada hadith-hadith tersebut adalah menurut saluran Ahlu s-Sunnah. Oleh itu buatlah rujukan kepada buku-buku tersebut wahai pembaca yang budiman.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur26 menegaskan bahawa ayat tersebut diturunkan kepada lima orang Ahlu l-Kisa melalui dua puluh saluran. Al-Tabari di dalam Jami' al-Bayan27 menyatakan ianya diturunkan kepada Nabi SAWAW, Fatimah, 'Ali, Hasan dan Husain melalui enam belas saluran. Al-Sayyid Syihabuddin dan al-Mar'asyi al-Najafi di dalam Ta'liqatuhu 'Ala Ihqaq al-Haq karangan Qadhi Nur Allah al-Tastari RH telah menyebutkan riwayat-riwayat dan hadith-hadith yang banyak semuanya menurut saluran Ahlu s-Sunnah wal-Jama'ah bahawa ayat tersebut telah diturunkan kepada lima orang Ahlu l-Kisa';Muhammad, Fatimah,'Ali, Hasan dan Husain AS.
Di sini diperturunkan beberapa riwayat Ahlu s-Sunnah yang menunjukkan bahawa ayat Tathir diturunkan kepada lima orang Ashabu l-Kisa' seperti berikut:
1. Ahmad bin Hanbal telah mencatat dalam Musnadnya29 daripada Anas bin Malik bahawa Nabi SAWAW telah melalui rumah Fatimah AS selama enam bulan. Apabila beliau keluar untuk sembahyang Subuh, beliau bersabda: wahai Ahlu l-Bait! Sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghilangkan daripada kamu kekotoran Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul30 telah menafsirkan ayat tersebut dengan menyatakan bahawa ianya diturunkan kepada lima orang Ashabu l-Kisa'.
2. Ibn Jarir telah mencatat di dalam Tafsirnya begitu juga Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih,al-Tabrani, dan lain-lain. Al-Turmudhi dan al-Hakim menyatakan kesahihan hadith tersebut. Begitu juga al-Baihaqi di dalam Sunannya dengan bermacam-macam saluran. Umm Salamah berkata: Ayat Tathir telah diturunkan di rumahku. Di dalam rumah itu ada 'Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Maka Rasulullah SAWAW menyelimutkan mereka dengan al-Kisa' (kain berwarna hitam) dan bersabda: Wahai Tuhanku, mereka itulah Ahlu l-Baitku. Justeru itu hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihnya.
3. Muslim di dalam Sahihnya31 bab 'Fadhl Ahlu l-Bait AS' meriwayatkan daripada 'Aisyah dia berkata: Rasulullah keluar di waktu pagi, di atasnya kain hitam, maka datanglah Hasan bin 'Ali, maka beliau memasukkan ke dalamnya. Kemudian datang Husain, maka dia memasukkan bersamanya, kemudian datang 'Ali, maka beliau memasukkannya. Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghilangkan daripada kamu kekotoran dosa Ahlu l-Bait dan membersihkan mereka dengan sebersih-bersihnya." Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ahmad daripada hadith 'Aisyah di dalam Musnadnya. Dan ianya juga telah dikeluarkan oleh Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim, al-Hakim pengarang al-Jami' baina al-Sahihaini, dan pengarang al-Jami' Baina al-Sihah al-Sittah. Dan sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, hendaklah membuat rujukan kepada Rasyfah al-Sadi karangan Abu Bakar Syahabuddin dan Muruja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah) karangan Sayyid Syarafuddin tentang pengkhususan ayat Tathir kepada lima Ahlu l-Kisa'.Dan ianya sudah mencukupi bagi orang yang mempunyai mata hati.
BERSAMBUNG......... |
|
|
|
|
|
|
sazrul This user has been deleted
|
Di sini aku akan mengemukakan sebahagian daripada nas-nas yang menerangkan tentang terkeluarnya isteri-isteri Nabi SAWAW dari ayat al-Tathir dan ianya tidak bertentangan dengan nas-nas yang telah lepas yang mengkhususkan ayat tersebut kepada lima orang AS. Sesungguhnya apa yang dikemukakan di sini adalah berdasarkan kepada penerangan Nabi SAWAW sendiri bahawa isteri-isterinya adalah terkeluar daripada ayat tersebut di antaranya:
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya32 daripada 'Abdu l-Malik daripada 'Ata ibn Abi Rayah dia berkata: Orang yang telah mendengar Umm Salmah meriwayatkan kepadaku bahawa dia berkata: Sesungguhnya Nabi SAWAW berada di rumahnya. Maka Fatimah mendatanginya dengan cerek yang berisi makanan, maka dia memberikan kepadanya. Lalu beliau bersabda: Panggilkan suami anda dan dua anak lelaki anda. Dia berkata: Maka datanglah 'Ali, Hasan dan Husain, maka merekapun masuk dan memakan makanan tersebut. Nabi SAWAW berada di atas tempat tidurnya di penjuru di bawah al-Kisa' Khaibar. Dia bersabda: Aku sedang sembahyang di dalam kamarku, maka Allahpun menurunkan ayat (Surah al-Ahzab (33):33)"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Maka dia berkata: Beliau (Nabi SAWAW) mengambil al-Kisa' dan membentangkannya ke atas mereka. Kemudian beliau mengeluarkan tangannya mengangkat ke langit sambil berkata: Wahai Tuhanku mereka itulah Ahlu l-Bait dan orang istimewaku. Hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihnya. Dia berkata: Aku memasukkan kepalaku di dalamnya maka aku berkata: Aku bersama kalian wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan di akhirat kelak. Ahmad berkata selepas meriwayatkan hadith ini,"Abdu l-Malik berkata: Abu Laila telah meriwayatkan kepadaku daripada Umm Salmah seperti hadith 'Ata. 'Abdu l-Malik berkata: Daud bin Abi 'Auf al-Jahaf telah meriwayatkan kepadaku daripada Hausyab daripada Umm Salmah seumpamanya.
Ibn Kathir di dalam Tafsirnya33 telah meriwayatkan hadith ini. Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul34 daripada 'Ata. Ibn al-Sibagh al-Maliki dalam al-Fusul al-Muhimmah35 meriwayatkannya daripada al-Wahidi.
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur,36 Ibn Jarir, Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim, al-Tabari dan Ibn Mardawaih daripada Umm Salmah RD isteri Nabi SAWAW: Sesungguhnya Rasulullah SAWAW berada di rumahnya (Umm Salmah) di atas tempat tidur dan di bawahnya al-Kisa' Khaibar. Maka Fatimah membawa kepadanya cerek yang berisi makanan. Maka Rasulullah SAWAW berkata: Panggillah suami anda dan dua anak lelaki anda, Hasan dan Husain. Maka beliaupun memanggil mereka dan ketika mereka sedang makan, tiba-tiba diturunkan ke atas Rasulullah (Surah al-Ahzab (33):33)"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan segala dosa dari kamu wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Maka Nabi SAWAW mengambil al-Kisa' dan membentangkannya ke atas mereka kemudian beliau mengeluarkan tangannya daripada al-Kisa' dan memberi isyarat ke langit sambil bersabda:"Wahai Tuhanku! Mereka itulah Ahlu l-Baitku dan orang istimewaku. Oleh itu hilanglah daripada mereka kekotoran dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihnya. Beliau berkata sebanyak tiga kali. Umm Salmah berkata: Aku memasukkan kepalaku ke dala al-Kisa' maka aku berkata; Wahai Rasulullah! Aku bersama kalian? Beliau menjawab: Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan (di akhirat kelak). Beliau mengulanginya sebanyak dua kali.
Hadith ini telah juga diriwayatkan oleh Sayyid Muhsin al-Amini di dalam A'yan al-Syi'ah37 daripada Usd al-Ghabah. Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur juga mengatakan: Al-Tabrani telah mengeluarkan hadith ini daripada Umm Salmah RD, sesungguhnya Rasulullah SAWAW bersabda kepada Fatimah AS: Panggillah suami dan dua anak lelaki anda. Maka beliaupun datang bersama mereka semua. Kemudian beliau bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itulah Ali Muhammad. Di dalam perkataan lain: Jadikanlah salawat Engkau ke atas Ali Muhammad sebagaimana Engkau telah menjadikannya untuk Ali Ibrahim Innaka hamidun majid.
Maka Umm Salmah berkata: Akupun mengangkat al-Kisa' supaya aku memasuki bersama mereka. Tetapi beliau menariknya daripada tanganku dan bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapat kebaikan (di akhirat kelak). Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya38 daripada Umm Salmah. Al-Kanji al-Syafi'i di dalam Kifayah al-Talib39 daripada Ahmad di dalam Manaqib 'Ali AS dan daripada Syahr bin Hausyab daripada Umm Salmah RD.
Al-Tabrani di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,40 al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-Ummal,41 Ibn Kathir di dalam Tafsirnya,42 Ibn Sibagh al-Maliki di dalam al-Fusul al-Muhimmah,43 al-Turmudhi di dalam Sahihnya,44 al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi' al-Mawaddah,45 al-Syablanji al-Syafi'i di dalam Nur al-Absar,46 Syaikh Muhammad al-Siban di dalam As'af al-'Raghibin Hamisy Nur al-Absar,47 dan lain-lain pembesar-pembesar ulama Ahlu s-Sunnah yang meriwayatkan hadith tersebut dengan sedikit perbezaan dari segi lafaz.
Nas-nas yang sahih dan mutawatir yang dikemukakan adalah diriwayatkan oleh semua lapisan Muslimin dan ianya merupakan bukti-bukti yang jelas dan hujah-hujah yang kuat tentang terkeluarnya isteri-isteri Nabi SAWAW daripada ayat tersebut dan iannya diturunkan kepada lima manusia suci Ashabul l-Kisa' dssan iannya tidak dapat diingkari melainkan oleh orang-orang yang fanatik (muta'assib) kepada kebatilan.
Apa yang telah aku kemukakan tentang terkeluarnya 'isteri-isteri' daripada ayat al-Tathir dan turunnya ayat tersebut ke atas lima manusia suci Ahlu l-Kisa' AS, adalah mencukupi untuk menolak sangkaan yang menyatakan ianya diturunkan ke atas 'isteri-isteri' secara khusus atau secara perkongsian (al-Isytirak). Dan sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang lebih daripada apa yang telahku kemukakan, maka buatlah rujukan kepada bukuku yang berjudul al-Syi'ah wa hujjatu hum fi al-Tasyayyu' (Syi'ah dsan hujah mereka tentang Tasyayyu').
Oleh itu aku ingin menegaskan bahawa apa yang telahku kemukakan adalah menunjukkan bahawa ayat al-Tathir adalah dikhususkan kepada lima Ashab al-Kisa' dan juga menunjukkan bahawa mereka adalah maksum daripada segala dosa. Dan ianya menunjukkan bahawa khalifah selepas Rasulullah SAWAW secara terus ialah 'Ali bin Abi Talib AS. Selepas beliau ialah Hasan, kemudian Husain, kemudian sembilan daripada anak-anak Husain AS secara berturut-turut menuruti nas-nas yang wujud dalam buku-buku Sunnah dan Syi'ah.
Dalilku di atas dakwaan tersebut ada dua perkara:
1. al-'Ismah adalah menjadi syarat pada seorang imam menurut Syi'ah kerana imam yang diikuti selepas Nabi SAWAW bila tidak maksum, tidak boleh dipercayai kata-katanya. Oleh itu sabitnya 'ismah imam seperti sabitnya 'ismah Nabi SAWAW. Ayat tersebut telah menunjukkan kemaksuman Amiru l-Mukminin Ali dan dua anaknya Hasan dan Husain AS. Justeru itu, terbukti bahawa jawatan khalifah adalah untuk mereka bukan selain daripada mereka. Mereka itulah para imam dan khalifah-khalifah selepas Rasulullah SAWAW. Setiap orang daripada mereka mengnaskan kepada imam selepasnya. Begitulah seterusnya sehingga sampai kepada Imam Mahdi al-Muntazar AS. Oleh itu berpegang kepada pendapat mereka adalah wajib kerana orang lain tidak maksum. Dan apabila tidak wujudnya 'ismah maka berlakulah kesalahan. Oleh itu ianya tidak sah untuk menjadi khalifah yang mengendalikan syariat Rasulullah SAWAW tanpa 'ismah.
2. Imam Amiru l-Mukimin telah berulang-ulang kali menuntut jawatan khalifah untuk dirinya di tempat-tempat yang bermacam-macam. Di antaranya beliau berkata di dalam khutbah al-Syiqsyiqiyyah48 yang dicatat oleh jumhur Muslimin Sunnah dan Syi'ah seperti berikut:
" Demi Allah Ibn Abi Qahafah (Abu Bakar ibn Abi Qahafah) telah mengenakan pakaian khalifah itu, padahal ia mengetahui dengan yakinnya bahawakedudukanku sehubungan dengan (kekhalifahan) itu sama seperti hubungan pasak dengan roda. Air mengalir menjauhiku dan burung tidak dapat terbang kepadaku. Aku memasang tirai (terhadap kekhalifahan) dan melepaskan diri daripadanya."
" Aku pun mulai berfikir, apakah aku akan menyerangnya atau aku harus menanggung cubaan sengsara kegelapan yang membutakan itu hingga orang dewasa menjadi daif, orang muda mejadi tua, dan mu'min yang soleh hidup dalam kongkongan sehingga ia menemui Allah (di saat kematiannya). Aku pun berpendapat bahawa adalah lebih bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah. Aku lalu menempuh jalan kesabaran, walaupun mata rasa tertusuk-tusuk dan kerongkong rasa tercekik. Aku menyaksikan perampasan terhadap warisanku hingga yang pertama (Abu Bakar) menemui ajalnya; namun ia menyerahkan kekhalifahan itu kepada Ibn Khattab (Umar al-Khattab) sendiri. (Lalu Ali mengutip syair A'sya
BERSAMBUNG......... |
|
|
|
|
|
|
sazrul This user has been deleted
|
" Hari-hariku kini berlalu di punggung unta,
Dan berlalu sudah hariku bersama Jabir, saudara Hayyan."
" Sungguh aneh, semasa hidupnya ia ingin terbebas dari jawatan khalifah, tetapi ia mengukuhkannya kepada yang lain itu (Umar) setelah kematiannya. Tidak syak lagi kedua orang ini hanya berbahagi puting susu di antara keduanya sahaja. Yang satu ini (Umar) mengunci kekhalifahan rapat-rapat, di mana ucapannya sombong dan sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak, dan kerana itu maka dalihnya pun sangat banyak. Orang yang berhubungan dengan kekhalifahan itu ibarat menunggang unta yang degil. Apabila penunggang itu menarik kekangnya maka muncung unta itu akan robek; dan apabila penunggang itu membiarkannya maka ia sendiri akan jatuh terlempar. Sebagai akibatnya, demi Allah, rakyat terjerumus ke dalam ketidakpedulian, kejahatan, kegoyahan dan penyelewengan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, hingga ketika (Umar) menemui ajalnya ia menyerahkan urusan kekhalifahan itu kepada satu kelompok dan menganggap aku sebagai salah seorang daripada mereka."
" Tetapi, Ya Allah! Apa urusanku dengan syura ini! Di manakah keraguan tentang diriku dibandingkan dengan yang pertama dari antara mereka (Abu Bakar) sehingga sekarang aku harus dipandang sama dengan orang-orang ini? Namun, aku terus merendah sementara mereka merendah, dan membumbung tinggi ketika mereka terbang tinggi. Seorang dari mereka berpaling menentangku kerana hubungan kekeluargaannya, sedangkan yang lainnya cenderung memihak ke jalan lain kerana hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga dari orang-orang ini berdiri dengan dada membusung di antaranya (Bani Umayyah) pun bangkit menelan harta Allah, bagaikan unta memakan dedaunan musim semi, sampai talinya putus, tindak tanduknya mengakhirinya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling."
" Pada saat itu tiada yang mengejutkan aku lebih daripada (tindakan) orang ramai yang berpusu ke arahku dari segala penjuru seperti serbuan sekumpulan rubah (hyena) sehingga Hasanain (Hasan dan Husayn, dua putra Fatimah dan Ali) terinjak dan kedua bahagian bahu pakaianku terkoyak. Mereka berkumpul di sekelilingku seperti kawanan domba dan kambing. Ketika aku memegang tampuk pemerintahan sebahagian memutuskan bai'ahnya (nakatsa) dan sebahagian lagi mengingkarinya (maraqa) dan yang lain bertindak salah (qasata), kerana mereka tidak mendengar firman Allah SWT yang berbunyi [bermaksud]:
" (Kebahagian) di negeri akhirat Kami sediakan bagi mereka yang tidak suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di bumi. Dan kesudahannya (adalah baik) bagi mereka yang bertaqwa." [Surah al-Qasas(28):83]
Tidak, demi Allah, mereka mendengarnya dan memahaminya tetapi dunia terlihat berkilau di mata mereka dan hiasan dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang mengembangkan biji-bijian dan menciptakan makhluk hidup, apabila orang-orang tidak datang kepadaku dan pendukung-pendukung tidak menegakkan hujah dalam bentuk penolong itu (pasukan yang membantu Ali) dan bila tidak ada perjanjian Allah dengan ulama bahawa mereka tidak boleh bungkam terhadap kerakusan seorang yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan melemparkan tali kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku beri minum kepada yang terakhir dengan piala yang aku gunakan untuk orang yang pertama. Maka akan kamu lihat bahawa dalam padanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing."49
Begitu juga anak perempuan Rasulullah, dan kedua-dua anaknya Hasan dan Husain dan sembilan anak-anak Husain AS menuntut khalifah untuk Amiru l-Mukminin AS. Lantaran itu, ianya menjadi kewajipan kepada umat membenarkan mereka kerana kemaksuman mereka. Dan tidak harus ke atas mereka pembohongan kerana pembohongan adalah suatu kekotoran (rijsun) yang dinafikan daripada mereka oleh ayat tersebut.
Oleh itu jelaslah sabitnya khalifah selepas Rasulullah SAWAW bagi 'Ali bin Abi Talib AS. Dan ianya bukanlah mencukupi dengan ayat-ayat at-Tathir sahaja, malah banyak dalil-dalil dan hujah-hujah yang kuat yang menunjukkan 'Ali AS berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah SAWAW sehingga diakui oleh musuh-musuhnya dan diketahui oleh yang terdekat dan yang jauh.
Dan buku-buku mengenainya telah ditulis dengan banyak. Di antaranya buku karangan Ayatullah al-'Uzma Muhammad bin Yusuf bin al-Mutahhar dikenali dengan al-'Allamah al-Hulli RH. Dia telah menulis dua ribu dalil menyokong 'Ali AS. sebagai khalifah selepas Rasulullah SAWAW. Satu daripadanya mengandungi dalil-dalil aqliyyah dan seribu lagi mengandungi dalil-dalil naqliyyah. Dan dia menamakan bukunya al-Faini.
SALAM! |
|
|
|
|
|
|
|
ANDA SEBENARNYA TERSILAP ATAU MUNGKIN ANDA TIDAK MENGENAL AL-QURAN SEBENAR_BENARNYA AL-QURAn.....
Persoalan saya mudah saja. Tidak perlu tulis pjg berjela. Syiah mendakwa S. Ali, S. Fatimah, S. Hasan dan S. Husain r.anhum nama2 mereka disebut dlm Taurat. Saya bertanya kenapa tdk ada di dlm al-Qur'an. Apa faedahnya nama mereka disebut kpd org zaman dahulu tetapi tidak utk kita yg menjadi umat Nabi Muhammad. Sesungguhnya anda mengada-ngadakan perkara yg tidak ada.
Ttg ayat tathir dll saya juga ada bhn utk dicopypaste.
WA |
|
|
|
|
|
|
|
untuk apa ia diungkapkan secara nyata,jika dikalangan kita adalah penghambat dan pembunuh mereka?tidakkah anda melihat sejarah keluarga Rasul bagaimana mereka diperlakukan setelah kewafatan Rasul saaw.
secara peribadi saya katakan,adalah lebih baik ia tidak diungkapkan secara nyata.jika tidak,jika sesuai dengan hasad dengki kita,dan perilakuan kita terhadap keluarga Nabi yang terpilih lagi disucikan.maka,kita pasti akan dihukum.selayaknya begitu.maka sudah tidak ada lagi kita..sepertimana terungkapkan dalam ayat mubalahah.maka dimana kita jika,Allah swt melaknat kita kerana menghina kehormanatan mereka a.s. secara nyata?tiada lagi hujah untuk diselamatkan..
ini pandangan saya saja..
[ Last edited by irfani on 29-5-2005 at 01:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by irfani at 2005-5-29 01:09 PM:
untuk apa ia diungkapkan secara nyata,jika dikalangan kita adalah penghambat dan pembunuh mereka?tidakkah anda melihat sejarah keluarga Rasul bagaimana mereka diperlakukan setelah kewafatan Rasul s ...
no komen |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 28-5-2005 10:52 PM:
Persoalan saya mudah saja. Tidak perlu tulis pjg berjela. Syiah mendakwa S. Ali, S. Fatimah, S. Hasan dan S. Husain r.anhum nama2 mereka disebut dlm Taurat. Saya bertanya kenapa tdk ada di dlm ...
Bukankah mereka ini ahlul-bait Rasulullah SAW dan ada dinyatakan dalam al-Quran? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 2005-6-5 12:05 PM:
Bukankah mereka ini ahlul-bait Rasulullah SAW dan ada dinyatakan dalam al-Quran?
Betul mereka adalah Ahlul Bait dan betul juga Ahlul Bait ada disebut dlm al-Qur'an tapi nama mereka berempat r.anhum tidak ada disebut satu persatu dgn jelas dlm al-Qur'an. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 11-6-2005 12:28 AM:
Betul mereka adalah Ahlul Bait dan betul juga Ahlul Bait ada disebut dlm al-Qur'an tapi nama mereka berempat r.anhum tidak ada disebut satu persatu dgn jelas dlm al-Qur'an.
Mungkin macam solat juga, disebut tentang solat dlm AlQuran, sampai hari-hari kena buat (tersangat penting) tapi tak disebut satu persatu dgn jelas dlm al-Quran (ttg bilangan rakaat, rukun, etc). Rasanya kalau Al-Quran cerita detail sgt, nanti kena bawa dengan wheel-barrow lak. Itulah tugas Rasulallah.. menyampaikan yg detail-detail, mungkin ada hikmahnya mengapa tak dicerita detail sgt, hanya Allah saja yg tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 2005-6-11 12:55 AM:
Mungkin macam solat juga, disebut tentang solat dlm AlQuran, sampai hari-hari kena buat (tersangat penting) tapi tak disebut satu persatu dgn jelas dlm al-Quran (ttg bilangan rakaat, rukun, etc ...
Betul, tapi di sini yg musykilnya dlm konteks Qur'an dan Taurat. Berdasarkan artikel di atas, dlm taurat (utk umat Bani Israel/Yahudi) sebut nama mereka dgn jelas tapi dlm Qur'an (utk umat Nabi Muhammad smpai Qiamat) tak ada pulak, sedangkan hanya sebut nama jer. Bukannya pjg berjela. |
|
|
|
|
|
|
salmon This user has been deleted
|
Originally posted by nahzaluz at 11-6-2005 01:21:
Betul, tapi di sini yg musykilnya dlm konteks Qur'an dan Taurat. Berdasarkan artikel di atas, dlm taurat (utk umat Bani Israel/Yahudi) sebut nama mereka dgn jelas tapi dlm Qur'an (utk umat Nabi ...
Salam!
Disini umat sekarang perlu mengetahui secara lahiriah dengan berfirkir sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh menyebabkan INGKAR!!
Kalau di dalam taurat di sebut satu-persatu nama mereka apakah salahnya? Ini kerana sama juga kalau di sebutkan ahlul bait di dalam taurat hanya sahaja berbeza kitab!
Orang Yahudi dahulunya berpegang kepada Taurat!
Mungkin sahaja Allah mahu menunjukkan kepada mereka melalui ayat Mubahalah!
"Sesiapa yang membantahmu mengenai (kisah 'Isa) sesudah datang ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubalahah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta." (surah Ali Imran (3): 61)
Tidakkah kamu melihat kaitan dengannya?
Sesungguh Allah Maha mengetahui apa yang tidak kita semua ketahui!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by salmon at 2005-6-11 10:05 AM:
Salam!
Disini umat sekarang perlu mengetahui secara lahiriah dengan berfirkir sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh menyebabkan INGKAR!!
Kalau di dalam taurat di sebut satu-persat ...
Yg datang bermubahalah bukannya Yahudi tetapi Kristian.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau (al-Mufid) berkata: Abd al-Rahman bin Ibrahim telah memberitahu kami, al-Husain bin Mihran telah memberitahu kami, al-Husain bin Abdullah telah memberitahuku daripada bapanya daripada datuknya daripada Ja慺ar bin Muhammad a.s daripada bapanya daripada datuknya al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s berkata:...
Ini perkara yg utama. Sanad. Sebelum salmon terima apa yg disebut pjg lebar dlm hadis tu, mcm mana dgn sanad hadis ini. Ada 5 org dlm sanad tu yg sdr perlu check status mereka: Abdul Rahman bin Ibrahim, al-Husain bin Mihran, al-Husain bin Abdullah, bapanya dan datuknya. Apakah komentar ulama' jarh dan ta'dil Syiah seperti al-Kasyi, al-Najasyi dll terhadap mereka berlima?
Saya bertanya begitu kerana kita tidak tahu, adakah al-Mufid mensyaratkan bahawa kesemua hadisnya yg dia muatkan dlm kitabnya yg ada hadis ni, semua perawinya thiqat dan hadisnya sahih?
Saya tak tahu!
[ Last edited by nahzaluz on 12-6-2005 at 01:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 11-6-2005 01:21 AM:
Betul, tapi di sini yg musykilnya dlm konteks Qur'an dan Taurat. Berdasarkan artikel di atas, dlm taurat (utk umat Bani Israel/Yahudi) sebut nama mereka dgn jelas tapi dlm Qur'an (utk umat Nabi ...
OK. Paham maksud nahzaluz.. tapi PakMalau tak berapa hairan sangat sebab biasanya GAZET MOVIE (sebelum movie) saja yang sebut/hebahkan nama BINTANG FILEM, cth "Filem ESOK UNTUK SYIAH dibintangi oleh.. Noorkumalasari, Latif Ibrahim, Hail Amir, etc, datanglah beramai-ramai". Tapi bila movie tu muncul tak sebut pun nama pelakon2 tu sebegitu hebat... tujuan IKLAN je kot..
Lagipun kalau sebut secara jelas dalam Quran, bahaya gak sebab nampak sangat nabi nak promote ahli keluarganya.. mcm ajarannya ada udang disebalik mee.. pasal lantikan Ali di Ghadir Khum pun ada yg tak puashati sampai Allah turunkan bala (batu) dari langit hinggap atas kepala si penuduh... (ikut sumber syiah lah)
PakMalau LEBIH hairan mengapa nama Al-Mahdi (future) tak disebut di dalam Al-Quran secara jelas, ASWJ dan SYIAH dua2 percaya... sepatutnya kena IKLAN/GAZET hebat...utk Al-Mahdi... mcm dlm kitab taurat tu.. mungkin sebab ada sistem IMAMAH (termasuk Al-Mahdi) kut dlm syiah jadi tak perlu sebut nama.. bagaimana pula ASWJ, tak sebut langsung pasal AlMahdi?? Takada lak sistem IMAMAH ??? Cerita Al-Mahdi pun dlm hadis2 yg remeh temeh je.. mungkin budget kurang nak buat PROMOSI... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 2005-6-13 11:18 PM:
OK. Paham maksud nahzaluz.. tapi PakMalau tak berapa hairan sangat sebab biasanya GAZET MOVIE (sebelum movie) saja yang sebut/hebahkan nama BINTANG FILEM, cth "Filem ESOK UNTUK SYIAH dibin ...
Begini Pak Malau. Pak Malau pun tahu yg Syiah kata Imamah itu perkara usuluddin yg tahapnya kalau tak percaya Imam 12 tu boleh menyebabkan terkeluar dari agama. Kalau betul begitu, tak ada bahayanya sebut dlm al-Qur'an dgn jelas sebab ia perkara pokok dlm agama. Tapi memang tak disebut satu persatu. Kemudian timbul pula dakwaan mengatakan nama mereka ada disebut dlm taurat (dlm injil saya tak tahu. yg tu kena tanya salmon). Itu yg saya terfikir kenapa ada dlm taurat, tak ada dlm Qur'an sedangkan ia perkara utama dlm agama menurut Syiah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|