CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7181|Reply: 9

HADIS AHAD DAN AKIDAH

[Copy link]
Post time 12-12-2004 11:29 AM | Show all posts |Read mode
HADIS AHAD DAN AQIDAH

Sebelum dibahaskan adakah hadis ahad dapat dijadikan hujah dalam perkara akidah atau tidak, terlebih dahulu kita mulakan dengan pembahasan jenis-jenis khabar (hadis) ditinjau dari segi cara sampainya kepada kita.

Dalam tinjauan ini, hadis dibahagi kepada dua :

Hadis Mutawatir

Yakni hadis yang diriwayatkan oleh banyak perawi sehingga mustahil jika mereka berdusta.

Ada ulama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2004 11:30 AM | Show all posts
HADIS AHAD DALAM AKIDAH

Para ulama sepakat bahwa hadis ahad wajib diterima jika memenuhi syarat kesahihannya. Mereka tidak membezakan antara hadis hukum dan hadis akidah. Memilih-milih hadits tentang akidah dengan hadits tentang ahkam adalah perkara baru yang diada-adakan. Padahal Allah berfirman :

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata." (Al-Ahzab : 36)

Jadi ketika telah sampai riwayat dari Nabi secara sahih wajib bagi kita untuk menerimanya apapun substansinya, apakah tentang akidah ataupun tentang ahkam.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata : 揚erbezaan hadis (akidah dan hukum) ini adalah batil menurut ijma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2004 11:31 AM | Show all posts
ABU HANIFAH DAN IMAM MALIK MENOLAK HADIS AHAD?

Diantara yang banyak dijadikan alasan oleh penentang hadis ahad adalah bahawa Abu Hanifah dan Imam Malik juga menolaknya. Namun benarkah kedua-duanya menolak hadits ahad?

Adapun Abu Hanifah, memang beliau menolak hadis ahad tetapi ketika hadis ahad tersebut bertentangan dengan amal (apa yang dikerjakan) perawinya.

Sebagai contoh, menurut beliau najis jilatan anjing dicuci tiga kali saja. Sebab hadis tentang membasuh tujuh kali dan satu diantaranya dengan tanah diriwayatkan secara ahad dari Abu Hurairah, sedangkan (menurut beliau) Amal dari Abu Hurairah menunjukkan bahawa beliau hanya membasuh tiga kali saja (Walaupun ini bukan pendapat yang rajih). Menurutnya, bagaimana mungkin sahabat Abu Hurairah teledor hingga beliau menyelisihi hadis yang beliau riwayatkan sendiri. Ertinya ada kemungkinan hadis tersebut yang tidak sahih, lebih-lebih lagi  ketika itu gelombang pemalsuan hadis sangat kuat.


Kesimpulannya, beliau hanya menolak hadis ahad yang bertentangan dengan amal perawinya. Jika hadis ahad tidak bertentangan dengan amal perawinya, maka beliau menerimanya. Dengan kata lain beliau tidak menolak hadis ahad ketika memenuhi syarat-syarat kesahihannya.

Adapun Imam Malik, beliau hanya menolak hadis ahad ketika bertentangan dengan amal ahlil Madinah (kebiasaan yang dilakukan oleh penduduk Madinah). Alasan beliau, Rasulullah tinggal di Madinah dan majoriti sahabatpun tinggal di sana. Sehingga apa yang menjadi kebiasaan penduduk Madinah adalah apa yang menjadi kebiasaan Rasulullah juga. Suatu hal yang mustahil (menurut beliau) jika majoriti sahabat yang majoritinya tinggal di Madinah melakukan kebiasaan yang sama namun bertentangan dengan hadis Rasulullah.

Beliau lebih mengutamakan amal ahlil Madinah daripada hadis ahad (ketika bertentangan) kerana melihat dari suduti bahawa amal ahlil madinah adalah riwayat 搄ama抋h ilal jama抋h
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2004 05:19 PM | Show all posts
Jazakallah khairan kasiran nahzaluz.....
Posting yang penuh informasi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2005 03:37 PM | Show all posts

salam,

Terdapat 15 belas tingkatan Hadis:

1-  Hadis Mutawatir

2- Hadis Masyhur

3- Hadis Shahih

4- Hadis Hasan

5- Hadis Shalih

6- Hadis Mudha'af

7- Hadis Dha'if

8- Hadis Musnad

9- Hadis Marfu'

10- Hadis Mauquf

11- Hadis Mausul

12- Hadis Mursal

13- Hadis Maqthu'

14- Hadis Munqathi'

15- Hadis Mu'adhdhal
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2005 03:44 PM | Show all posts
Ada 6 buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia:

1-  Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari

2- Kitab al-Jami as-Sahih - karya Imam Muslim

3- Kitab Sunan an-Nasai - karya an-Nasai

4-  Kitab Sunan Abi Dawud - karya Imam Abu Daud as-Sajistani

5- Kitab Sunan at-Turmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam at-turmizi

6- Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2005 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 13-2-2005 09:44 PM:
Ada 6 buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia:

1-  Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari

2- Kitab al-Jami as-Sahih - karya Imam Muslim

3- Kitab Sunan an-Nasai ...



kitab2 nih SUSAH SGT nak dicarik..kat library kalo pon ada..asyik org pinjam jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2005 07:19 AM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 16-2-2005 12:41 PM:



kitab2 nih SUSAH SGT nak dicarik..kat library kalo pon ada..asyik org pinjam jer..


Kumpul duit, lepas tu order

Sekarang ni dah ada software yang ada Sahih Bukhari dan Muslim. Software yang ada keenam-enam koleksi tersebut pun dah ada. Cuma dalam bahasa arab je.

Tapi kalau baca hadis kita tak boleh ingat kita dah boleh buat fatwa sendiri. Imam Muslim dan bebrapa pengumpul hadis lain sendiri mengikut mazhab syafie misalnya. Mereka yang betul-betul mahir ilmu hadis boleh mengenal "kelemahan" hadis yang diiktiraf sahih. Tapi sebagai orang awam macam saya ni, merujuk sajalah kepada guru atau bahan rujukan.

[ Last edited by zentex on 17-2-2005 at 07:20 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


izzansdy This user has been deleted
Post time 17-2-2005 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 2004-12-12 11:31 AM:
ABU HANIFAH DAN IMAM MALIK MENOLAK HADIS AHAD?

Diantara yang banyak dijadikan alasan oleh penentang hadis ahad adalah bahawa Abu Hanifah dan Imam Malik juga menolaknya. Namun benarkah ked ...


Salam sejahtera utk semua.......

Tahniah diatas informasi di atas ......

Memang betul cerita ttg dai' tadi......kerana islam itu utk org yg berakal.....

sifat hadith ialah menyokong........ apa yg disokong.... AL QURAN

Firman tuhan,
" Hai org2 yg beriman, jika dtg kepadamu org fasik(membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut) kalau2 kamu mengenai satu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatan mu " surah al-hujuraat ayat 6

Hadith maudau',
" Berfikir sesaat itu lebih baik dari pd beribadat 60 tahun"

Walaupun hadith ini hadith palsu....... tapi ia menyokong firman diatas agar kita periksa setiap khabar yg dtg dng mengunakan akal kita yg waras...

Apa lagi jika hadith itu sahih......

Salam sejahtera.......

[ Last edited by izzansdy on 18-2-2005 at 12:09 AM ]
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 26-3-2005 11:45 AM | Show all posts
Salam,

Amat penting pengetahuan tentang ilmu hadith kepada mereka yang beriman kepada kitab hadith kerana mereka akan ditanya tentangnya.

29:13. Sungguh, mereka akan memikul beban-beban mereka, dan beban-beban yang lain bersama beban-beban mereka, dan pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka mengada-adakan.

Berikut adalah link berkenaan An Introduction To The Science Of Hadith
http://www.islamic-awareness.org/Hadith/Ulum/atit.html

Amatlah malang nasib orang-orang yang hanya beramal berdasarkan ikutan tanpa mengetahui sumber amalannya sendiri.

2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.280755 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list