View: 2895|Reply: 0
|
[Sarawak]
[ALERT] Peniaga rugi RM2,150 terpedaya iklan jualan komputer
[Copy link]
|
|
MUKAH: Akibat tertarik dengan satu iklan jualan set komputer dalam Facebook, seorang peniaga akhirnya ditipu dengan nilai pembelian RM2,150.
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, mangsa berusia 32 tahun telah membuat satu laporaan polis mengenai perkara tersebut pada Isnin sekitar 4.12 petang di Balai Polis Mukah.
"Mangsa mengatakan telah membuat dua pembayaran melalui transaksi dalam talian beejumlah RM2,150 pada 6 Oktober 2021," katanya kepada Utusan Borneo.
Transaksi pertama berjumlah RM1,900 manakala transaksi seterusnya berjumlah RM250 atas alasan diberikan suspek bahawa ia adalah bagi kos bayaran insurans dan perkhidmatan penghantaran.
Manga juga dijanjikan bahawa set komputer yang dibeli akan sampai dalam jangka masa empat hari.
Bagaimanapun, sehingga 11 Oktober 2021, iaitu lima hari selepas pembayaran dilakukan, mangsa masih tidak menerima set komputer yang dijanjikan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Muhamad Rizal pada masa sama menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati dengan semua pembelian secara dalam talian agar tidak menjadi mangsa penipuan atau "scammer".
Masyarakat telah seringkali diingatkan dengan kes-kes penipuan secara dalam talian dan diharap mereka akan lebih peka agar tidak lagi menjadi mangsa penipuan pada masa akan datang dan perkara sebegini tidak akan berulang lagi.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|