View: 3301|Reply: 6
|
[Sarawak]
Belanjawan Sarawak 2022 Sentris Rakyat
[Copy link]
|
|
Belanjawan Sarawak 2022 adalah belanjawan sentris rakyat, ujar Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg.
Bercakap semasa sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) tengahari tadi, Abang Johari berkata dalam keadaan yang tidak menentu sekarang akibat daripada kesan pandemik COVID-19, belanjawan kali ini akan lebih menumpukan kepada kebajikan dan kelangsungan penghidupan rakyat Sarawak.
“Alhamdulillah kewangan kita adalah kukuh dan sehubungan itu peruntukan dalam belanjawan kali ini akan memberi banyak peruntukan untuk membantu rakyat seperti peruntukan untuk utiliti, peruntukan membantu dari segi perumahan untuk golongan B40 dan M40 dan satu skim baru iaitu Skim Deposit Perumahan dan BKS ke-8,” kata Abang Johari.
Selain itu, beliau turut berkata belanjawan kali ini turut bertujuan menjadi pelan pemulihan akibat daripada kesan pandemik, merangsang kembali aktiviti ekonomi di negeri ini termasuk peniaga dan penjaja kecil dan yang penting adalah bagi meningkatkan kemahiran kepada peniaga untuk berhadapan dengan suasana norma baharu.
Abang Johari turut mengumumkan berita baik kepada penjawat awam yang mana kerajaan Sarawak bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak satu bulan setengah gaji bagi penjawat awam negeri dan RM 500 bagi penjawat awam persekutuan bagi menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh mereka dalam menangani pandemik COVID-19 dan memakmurkan negeri Sarawak.
Belanjawan Negeri Sarawak 2022 telah diluluskan oleh Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak, selaras dengan kuasa menerusi Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan NEgeri pada 11 Oktober 2021 dan mesyuarat khas ini bertujuan untuk memaklumkan perihal belanjawan berkenaan kepada wakil-wakil rakyat dari kerajaan dan pembangkang bagi memastikan tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan negeri.-TAMAT-
Disediakan oleh : Fachrio Ferdiansyah (BMKK)
Gambar oleh : Cassidy Lisut (BKVS)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penjawat awam negeri dan penjawat awam persekutuan di Sarawak terima bantuan khas
KUCHING, 12 Oktober: Kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas secara sekali bayar kepada penjawat awam negeri Sarawak dan penjawat awam persekutuan di Sarawak.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penjawat awam negeri akan mendapat bantuan khas kewangan satu setengah bulan gaji secara sekali bayar.
Tambahnya lagi, bagi penjawat awam persekutuan yang bekerja di Sarawak pula akan mendapat sebanyak RM500 secara sekali bayar.
Katanya, pihak kerajaan negeri menghargai bakti dan sumbangan yang diberikan oleh penjawat awam kepada negeri ini khasnya semasa mengurus jentera kerajaan daam pandemik ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuching, hari ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Abang Johari umum Belanjawan Sarawak 2022 berjumlah RM10.136 bilion
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Belanjawan Negeri Sarawak 2022 berjumlah RM 10.136 bilion dengan memfokus kepada meringankan beban rakyat impak pandemik COVID-19.
Beliau berkata Belanjawan Negeri 2022 dirumuskan dengan berlatarbelakangkan prestasi ekonomi global dan domestik ramalan pertumbuhannya pada tahun depan.
“Untuk tahun 2022, bajet kita ialah berjumlah RM10.136 bilion, dan kita, seperti mana saya sebutkan, ada mempunyai pendapatan sebanyak 10.036 bilion dan tetapi kita akan membelanjakan RM10.646 bilion. Bermakna kita akan mempunyai sedikit defisit (sebanyak RM600 juta).
“Bajet ini adalah belanjawan pengembangan, iaitu dalam masa yang tidak menentu ini, kita memberikan tumpuan kepada keadaan rakyat, kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Oleh sebab itulah kita nampak dalam bajet 2022 kita banyak memberi peruntukan untuk membantu rakyat dalam masa yang genting ini.
“Alhamdulilah kita mempunyai kewangan kukuh dan banyaklah program-program yang kita laksanakan yang akan membantu rakyat kita dalam keadaan pandemik atau pun kesan pandemik pada tahun 2022,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Abang Johari berkata ini adalah kali pertama mesyuarat seumpama itu diadakan bagi berkongsi Belanjawan Negeri 2022 dengan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri disebabkan Perintah Darurat masih berkuatkuasa di negeri ini.
“Ketua Menteri mempunyai kuasa untuk meluluskan peruntukan daripada Dana Disatukan (Consolidated Fund) bagi perbelanjaan operasi kita untuk tempoh setahun.
“Walaupun saya, atau pihak kuasa negeri mempunyai kuasa, untuk memastikan tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntibiliti, pihak saya telah memutuskan untuk sampaikan kenyataan hari ini dan berkongsi bajet ini bersama-sama ahli-ahli yang berhormat.
“Jadi, saya tegaskan, ini hanya untuk memaklumkan Belanjawan Negeri yang telah kita luluskan untuk 2022. Ini antara kuasa yang saya ada di bawah Perintah Darurat,” katanya menjawab soalan daripada media.
Abang Johari menambah semasa Mesyuarat Khas itu, semua yang hadir menyatakan mereka bersetuju dengan perkara diputuskan untuk Belanjawan Negeri 2022.
“Kita memberi peluang kepada pembangkang dan kerajaan (memberi maklum balas semasa mesyuarat),” katanya.
Terdahulu pada sidang media itu Abang Johari yang juga Menteri Kewangan membaca Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021, yang memperuntukkan, sebarang perbelanjaan atau pengeluaran dariapda Dana Disatukan Negeri, boleh dilakukan dengan kelulusan Ketua Menteri atau pihak berkuasa kewangan negeri semasa Darurat berkuat kuasa.
Menjelas lanjut mengenai Belanjawan Negeri 2022, beliau berkata ia mempunyai lapan strategi Strategik iaitu Melindungi Kehidupan dan Pendapatan Rakyat, Memacu Pemulihan Ekonomi, Memudahkan dan Mempertahankan Pemulihan Perniagaan,Transformasi Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar, Membangunkan Sumber Manusia, Mempercepatkan Penggunaan Digital dan Data, Menyeimbangi Pertumbuhan Ekonomi dengan Kemampanan Alam Sekitar dan Memperkukuhkan Kapisiti dan Perkhidmatan Kerajaan.
Sementara itu berdasarkan Dokumen Belanjawan Negeri 2022 yang diberikan kepada media, sejumlah RM4.046 bilion daripada RM10.646 bilion belanjawanan 2022 akan digunakan untuk perbelanjaan opeprasi manakala RM 6.6 bilion akan disalurkan kepada Akaun Dana Pembangunan bagi membiayai pelaksanaan pelbagai projek serta program pembangunan.
Manakala sejumlah RM7.509 bilion akan disediakan untuk Anggaran Perbelanjaan Pembangunan di bawah Belanjawan 2022 yang akan diagihkan kepada sektor-sektor utama seperti sektor ekonomi (RM5.371 bilion), sektor sosial (RM1.905 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM233 juta).
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CUEPACS Negeri Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah mempertimbang dan memberi Bantuan Khas Kewangan Penjawat awam Negeri Sarawak sebanyak satu bulan setengah gaji dan turut memberi Penjawat Awam Persekutuan di Sarawak sebanyak RM500 seperti yang diumumkan.
Ini kami anggap sebagai satu pengiktirafan kepada khidmat penjawat awam yang setia bekerja dengan kerajaan. Dalam keadaan kesukaran ekonomi kerajaan dapat menghargai penjawat awam.
Dengan bantuan yang diberi ini diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi penjawat awam pada masa Pandemik sejak dari awal tahun lepas.
Dengan ini penjawat awam disaran terus bersemangat dan dapat memberi mutu penyampaian perkhidmatan dengan baik kepada masyarakat. Tingkatkan kualiti kerja dan prokdutiviti yang tinggi pada masa akan datang dan berterusan.
Hj. Omar Bahrein Unin
Pengerusi Cuepacs Sarawak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|